Siap Sedia Untuk Festival Kanak-Kanak Terbesar Di Malaysia “Lola Baba Kids Festival 2018”

Lola Baba Kids Festival 2018. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby nak berkongsi tentang festival yang bakal membuatkan anda semua tak sabar nak datang! Bukan sahaja pengunjung seperti ruby sahaja teruja, malah vendor dan selebriti terlibat juga pasti teruja! Ruby memang menantikan acara hot spot tahunan yang menampilkan pelbagai jenama, pelbagai kartun animasi, makanan enak seluruh Malaysia, tempat ibu bapa boleh membeli belah keperluan anak-anak seperti alat tulis dan buku. Kemudian paling best adalah masuk PERCUMA! Yayy!

Lola Baba Kids Festival 2018

Karakter comel dua ekor biri-biri, Lola clan Baba membawakan festival kanak-kanak terbesar di Malaysia iaitu Lola Baba Kids Festival. Bakal diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, ia dijangka menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung. Lola Baba Kids Festival dianjurkan oleh Eventious Global Sdn Bhd dengan kerjasama Binsabi Event Solution yang julung kali diadakan menyasarkan ibu bapa dan anak berusia 18 tahun ke bawah. Festival ini tentu memberikan pengalaman yang begitu berbeza berbanding seumpamanya yang pernah diadakan.

Lola Baba Kids Festival 2018

Paknil Duta Rasmi Lola Baba

Lola Baba Kids Festival menampilkan YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai duta rasmi Lola Baba. Profail Paknil sentiasa memberi inspirasi kepada para ibu bapa dan anak-anak. Malah kami yang membesar dengan Paknil dari kaca televisyen juga menjadikan beliau idola. Mana tidaknya, setiap apa jua penampilan Paknil dalam apa jua rancangan, pasti dinantikan. Dalam bidang pengacaraan juga Paknil digelar sifu. Sebab beliau pandai menangani pelbagai situasi sepanjang bergelar host. Paling best, bila paknil buat situasi mendebarkan masa Akademi Fantasia. Hahaha.

Lola Baba Kids Festival 2018

Anak Paknil Presiden Lola Baba Kids Club

Paknil memang terkenal dengan sikap profesional dan jauh dari kontroversi. Paknil memiliki 3 orang anak iaitu Fildza Haifa (Fifi); 28, Fariq Haizen (Riki); 24 dan Firdaus Hariz (Baby Riz); 10 tahun. Apa perkembangan mereka pun netizen tidak tahu. Jauh dari dunia hiburan. Tapi, ada sesuatu yang membanggakan. Anak bongsu Paknil iaitu Firdaus Hariz Aznil yang kita semua kenal sebagai Baby Riz telah dilantik sebagai Presiden Lola Baba Kids Club. Tahniah! Wah bertambah meriah industri dengan penampilan anak Paknil.

Lola Baba Kids Festival 2018
Dari kiri Puan Sharifah Fadzliah; Principal Lola Baba, YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi; Duta Rasmi Lola Baba, Firdaus Hariz Aznil; Presiden Lola Baba Kids Club

Siapa Yang Terlibat Sepanjang Lola Baba Kids Festival 2018

Festival ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan seperti Amir Raja Lawak dan pasangan Khai Rosma serta YBhg Dratuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor termasuklah karakter animasi seperti Omar Hana dan Didi & Friends bagi menyerikan program itu.

Lola Baba Kids Festival 2018 telah menarik sokongan ramai penaja iaitu . Champs, Pipipau, Siti Khadijah dan Glorier manakala rakan strategik LoLa Baba iaitu Tateh, Yons, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, PantangPlus, Little Dariena, Si Chomel Lily, Chak2baby. House of Kambing, Susu Irfan, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Grolier, Zawra, Kenny Rogers Roaster, UPM dan UKM.

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Pencarian Vendor Lola Baba Kids Festival 2018

Pelbagai vendor akan memeriahkan suasana di festival ini. Pasti tempat ini menjadi satu hot spot untuk ibu bapa berbelanja. Mungkin expo bayi, expo barangan permainan patut diadakan. Barulah berbaloi datang dari jauh. Kita borong semua keperluan anak-anak. Hehehe.

4 jenis vendor yang diperlukan. Sama ada dari syarikat besar atau bumiputera, kedua-duanya amat dialu-alukan. Ruby teringin satu tempat ada pesta buku antarabangsa, expo bayi, food festival yang ada food truck dan pakaian anak-anak murah-murah dari tollyjoy, pureen, aeon ke.

  • Syarikat Penerbitan
  • Permainan Bayi & Kanak-Kanak
  • Produk Makanan
  • Pakaian Bayi & Kanak-Kanak

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Aktiviti di Lola Baba Kids Festival 2018

Pelbagai program dan aktiviti menarik yang disediakan untuk mencipta keteruiaan sekaiigus menggandakan kegembiraan terutamanya kanakkanak iaitu buih gergasi, belon udara panas, sand art, permainan virtual, bouncing castle, petting zoo, pony ride, memanah, paintball dan lain-lain lagi.

Festival ini turut mengadakan beberapa aktiviti seperti persembahan kebudayaan, pencarian bakat cilik, forumkeibubapaan, persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan catur, pertunjukan fesyen bayi. perjumpaan pasangan kembar Malaysia dan banyak lagi.

Terdapat empat zon disediokon iaitu Zon A, kawasan yang dilengkapi dengan penyaman udara dengan 260 ruang niaga disediakan di bahagian ini. Zon B pulo kawasan yang dilengkapi dengan khemah Arabian yang menempatkan sehingga 152 ruang niaga. Sementara itu, Zon C merupakan ruang untuk gerai makanan termasuklah trak makanan. Manakala Zon D adalah ruang untuk permainan luar.

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Ruby seru semua ibu bapa dan anak-anak di seluruh Malaysia untuk masukkan festival ini di dalam jadual. Bulan oktober walaupun nampak seperti masih jauh, tetapi tidak bagi ruby yang sentiasa sibuk. Ruby akan pastikan kami sekeluarga hadir. Mula menabung dari sekarang ya. 25hb dah gaji, pastikan semua yang hadir happy tau. Hahaha. Tambahan anak-anak kita. Setiap permainan mesti nak main. Oh ya bawa juga wang tunai ya. Sesetengah vendor ada perkhidmatan kad debit dan kredit. Hehehe.

Lola Baba Kids Festival 2018
26, 27 & 28 Oktober 2018
Jumaat, Sabtu & Ahad
10AM – 10PM
MAEPS Serdang
Masuk PERCUMA!
#lolababafestival2018 #lolababa #funparknil #lolababafest
www.lolababa.com
www.facebook.com/lolababamalaysia
www.instagram.com/lolababa.official

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

19 thoughts on “Siap Sedia Untuk Festival Kanak-Kanak Terbesar Di Malaysia “Lola Baba Kids Festival 2018”

    Azwan

    (August 27, 2018 - 8:04 pm)

    Brand baru ke ni? First time dengar. Macam menarik.
    Azwan´s last blog post ..7 Langkah Bebas Hutang (Kaedah Dave Ramsey)My Profile

    Alia

    (August 8, 2018 - 12:09 pm)

    Lol..awat akak xkenai lola n baba ni apa..ni kes ank2 tgk omar dan hana ja lah ni…btw gud event la mcm ni..siap ada paknil lagi tuuu

    Mama Hakim

    (August 8, 2018 - 8:52 am)

    Banyak pula promosi pada bulan lapan ni kan sis ruby. Agaknya sebab banyak cuti kot. Hari merdeka, raya haji dan lain lain. Pandailah aznil buat promosi masa orang nak berbelanja ni
    Mama Hakim´s last blog post ..Pencuci muka safi manggis untuk kulit lebih lembap dan cerah.My Profile

    Mama Hakim

    (August 8, 2018 - 8:46 am)

    Anak bongsu aznil kecil lagi ya. Tapi tak apa lah. Muka aznil pun masih nampak muda sebab banyak senyum agaknya. Wallahualam
    Mama Hakim´s last blog post ..Toner Aiken Tea Trea Oil! Selamat ke untuk kulit kering?My Profile

    Ibu Zaid

    (August 8, 2018 - 8:18 am)

    Festival anjuran artis veteran yang ever green ni ya. Semangat nak meniaga masih kuat ya. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan dunia akhirat
    Ibu Zaid´s last blog post ..Anmum Free Sample – 4 Cara dapat sample susu bayi percuma.My Profile

    Lia Hasty

    (August 7, 2018 - 9:30 pm)

    Comelnya karakter Lola Baba ni sesuai dengan kanak-kanak. Di samping Paknil yang pandai ambik hati budak2 ni. Mesti bertambah menarik dan meriah kan.

    Wawa Ashihara

    (August 7, 2018 - 6:48 pm)

    Wah mcm menarik je festival ni.. Ada paknil lagi mesti meriah kan… Ini program baru ke lola baba ni? Sbb tak penah dgr… Mklumlah xde anak2..hihi… Kanak2 suka sgt dgn event cmni.. Jd happening dan seronok bersama2 dgn lolababa..

    Mazni Azmi

    (August 7, 2018 - 6:45 pm)

    kecil lagi anak bongsu aznil ya, kalau nampak muka aznil mesti tak sangka usianya dah berapa. Awet muda orang banyak senyum ni kan
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

    Hanny Abdullah

    (August 7, 2018 - 11:02 am)

    Mesti best n happening kan. Sis kalau gi ni sure cari makan n shopping apa yg patut le..hehehe.
    Nanti sis inform kat adik beradik yg ada cucu kecik2 bolehlah ke sini tgok lola baba..sure depa suka

    penaberkala

    (August 7, 2018 - 8:31 am)

    Waaah. Macam meriah je event ni nanti. Mana taknya, kalau dah pak nil ada dan anak dia sendiri jadi duta. Mesti happening gila. Excited la budak-budak nak jumpa Lola dan Baba

    Rawlins GLAM

    (August 7, 2018 - 8:20 am)

    Confirm nanti penuh pengunjung. Kalau la dekat, Rawlins akan bawa anak-anak saudara Rawlins datang gak. Eh. Apa kata buat Lola Baba buat special promotion untuk menerbangkan anak-anak dari Sabah dan Sarawak dengan special prize? Hehehe
    Rawlins GLAM´s last blog post ..Start My Day With Min KaffeMy Profile

    Bhanu

    (August 7, 2018 - 3:05 am)

    Wow free enterance. the kids are gonna so love this. Great way to bring the kids out and spend some quality time with the kids. Plus those who selling baby stuff, they can apply for vendor to grow their business. Great effort.
    Bhanu´s last blog post ..Sekkisei Sun Protect Essence Milk with SPF50+ PA++++ by Kose – ReviewMy Profile

    Fadzi Razak

    (August 6, 2018 - 10:56 pm)

    Tak dapat nak pergi. Waktu ni mesti tengah dalam pantang. Due bulan 10 ni. Nampak macam menarik je. And Pak Nil tu, bila lah muka nak tua. Awet muda selalu. Jeles
    Fadzi Razak´s last blog post ..Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dengan Lara AlanaMy Profile

    Nina Mirza

    (August 6, 2018 - 8:55 pm)

    Wah…. Tentu meriah nanti ni, aktiviti pun macam-macan ada. Thanks sharing Ruby, nanti nak save date bawak anak-anak pegi sini. Eh eh… Anak Pak Nil tu hensem laaa kannn…? Segak macam Pak Nil gak.. Kak Nina memang minat Pak Nil bila dia host apa-apa majlis, santai jer…
    Nina Mirza´s last blog post ..Gempak seyhh..!! Promosi Merdeka Bangi WonderlandMy Profile

    kinahnazari

    (August 6, 2018 - 8:49 pm)

    Ni la acara yang kinah tunggu. Nak bawak anak have fun. Harapla dia tak takut dengan maskot lola baba tu. Aktiviti dia pun menarik jugak. Tapi dekat Maeps Serdang tu. Harapnya cuaca baik-baik aje

    Syiera Firdaus

    (August 6, 2018 - 5:56 pm)

    Menariknya. Banyak aktiviti yang menarik diadakan. Memang sesuai sangat untuk anak2. Paknil pun mesra dengan kanak kanak. Awet muda dia. Tak nampak usia sebenar dia.

    cindyrina

    (August 6, 2018 - 4:59 pm)

    Bestnye…mesti menarik Karnival ni. But one thing I nak komen sket, kenapa la dia pi pilih warna hitam. Kalau I jadi budak sure I nangis sebab gelap sangat. Harap tak de anak kecil yg takut cam saya, kekeke

    adianiez AIDA

    (August 6, 2018 - 1:35 pm)

    alhamdulillah.
    syuhada da abis upkk, ruby. boleh gi kot ni.
    maeps tu, 2 kali aida masuk. first tu MAHA last few years.
    second, makan kambing 🙂 few months ago.
    nampak menarik festival ni. mesti byk cenderamata jual.
    booth makanan yg best best.
    kawasan nyer luas, sure happening.

    TENGKUBUTANG

    (August 6, 2018 - 10:48 am)

    wahh.. anak bongsu pak nil (Baby Riz) tu dilantik jadi Presiden Lola Baba Kids Club?? tahniahh.,. huhu.. Paknil pun masih comel kan ruby.. awet muda betul dia kan.. jeles tengok.. muka still macam tu je dari dulu.. dan bab pengacaraan .. memang tak disangkal lagi.. terbaekk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.