RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan. Assalammualaikum semua, hari ni ruby ingin berkongsi topik yang agak berat tetapi ruby suka. Hahaha. Ruby suka membaca dan mengkaji, jadi dalam masa yang sama ia boleh mendidik pengikut blog ini. Semoga ia bermanfaat dan terima kasih! Bila bercerita tentang pakar estetik, pakar dermatologi dan pakar pembedahan plastik. Pasti anda fikir dengan hanya 1 doktor boleh lakukan semua ini, sedangkan ia berlainan bidang dan kemahiran. Para doktor juga mendalami tentang semua ini melalui berlainan pembelajaran di Universiti. Jadi, rawatan estetik, dermatologi dan pembedahan plastik bukan perkara mudah.

Pengalaman ruby dalam dunia kecantikan adalah juga, tapi tidak melampau. Masih membataskan sebab ruby beragama Islam. Setakat rawatan wajah dan laser aje yang pernah buat. Itu pun membuatkan ruby insaf. Apa yang ruby insaf? Ruby tidak pasti isi kandungan produk dan ruby tidak cek sama ada doktor mempunyai sijil yang sah. Aduhh. Lepas tu mula la takut jadi apa-apa dekat kulit. Nasib baik cun lagi. Kahkahkahkah.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Kebiasaannya apabila ke klinik estetik, kita lebih mendengar apa yang kita ingin dengar dari doktor tanpa mengetahui adakah beliau doktor yang bertauliah. Malah kita lebih selesa biar doktor beri rawatan tanpa bercerita panjang tentang masalah anda. Mungkin ada alami alahan kepada pemakanan dan mengakibatkan kulit semakin sensitif. Anda juga tidak beritahu rutin penjagaan wajah anda. Komunikasi amat penting apabila mendapat perundingan bersama doktor pilihan anda.

Walaupun melibatkan kos yang besar, rakyat Malaysia masih malu-malu untuk bercerita masalah dan keadaan mereka. Masih mengharapkan keajaiban dari seorang doktor. Tahukah anda doktor pakar estetik, pakar dematologi dan pakar pembedahan plastik adalah berbeza profesion? Ruby pun baru tahu tadi semasa perkongisan hebat bersama lima orang doktor hebat di dunia.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Dr Ma. Purita (Peachy) Paz-Lao, Dermatologist (Philippines)

Doktor Peachy berkhidmat di Makati Medical Center, Filipina. Beliau adalah Pakar Dermatologi, Ketua MCF DermLaser dan Pusat Fototerapi, Bekas Pengerusi Jabatan Dermatologi di Pusat Perubatan Makati dan Naib Presiden bagi The Philippine Dermatological Society (PDS).

Menurut Doktor Peachy, Imej sangat penting tetapi keinginan untuk melakukan rawatan estetik bergantung kepada hak individu, permintaan di dalam sesebuah negara, kekuatan agama dan persekitaran mereka. Sebagai contoh, adakah bagus melakukan estatik pada usia muda? Bagi negara Korea, permintaan melakukan rawatan estetik berlaku pada usia 14 hingga 16 tahun.

Kebanyakan meminta rawatan membentuk hidung dan double eyelids. Bagi negara Malaysia dan Filipina, ia belum lagi berlaku kerana usia 14 tahun terlalu muda. Walau bagaimanapun rawatan ini bergantung kepada trend negara tersebut. Lagi pula pada usia 19 hingga 65 tahun kini digelar Millennial. Dengan adanya teknologi, pendidikan, sosial media, peluang pekerjaan awal dan wang simpanan pada usia muda, ia menggalakkan penerimaan rawatan estetik secara tidak langsung.

Selain itu, prosedur yang selalu diinginkan adalah pengelupasan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Tiada siapa ingin nampak tua kan? Sebelum anda melakukan sebarang rawatan, pastikan anda mengetahui beberapa perkara penting.

  1. Pastikan doktor bertauliah. Lihat sijil dan kemahiran. Berapa tahun pengalaman dan menerima sijil kedoktoran dari Universiti mana?
  2. Apakah produk yang digunakan, isi kandungan di dalamnya.
  3. Jujur dengan doktor anda, ceritakan masalah anda. Rawatan kecantikan perlu konsisten, pasti anda  ingin teruskan rawatan dengan doktor yang sama.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Dr. Jaime Anthony Arzadon (Philippines)

Dr Jaime atau lebih mesra dipanggil sebagai Dr Bong berkhidmat di Asian Hospital & Medical Center. Beliau berkongsi tentang info menarik berkenaan Dermal Filler. Kebiasaannya ramai yang ambil suntikan Dermal Filler kerana ia boleh dikatakan tiada kesan sampingan selain anda nampak cantik.

Dermal Filler adalah proses dimana tisu lembut akan disuntik ke dalam kulit untuk membantu  atasi kedutan, memulihkan penampilan dengan lebih halus. Cuma, Dermal Filler bersifat sementara kerana ia akhirnya diserap oleh badan. Untuk terus nampak cantik, lakukan rawatan kecantikan ini secara berkala. Dermal Filler boleh bertahan diantara 6 bulan hingga 1 tahun. Bergantung cara anda menjaganya.

Manfaat Dermal Filler adalah meremajakan wajah, meningkatkan keyakinan diri, mencegah penuaan dan garis halus. Kesan Dermal Filler biasanya berlangsung selama 3-4 bulan. Ia berasaskan dari Asid hyaluronik. Asid hyaluronik adalah sejenis gula (polisakarida) yang terdapat dalam tisu badan, seperti kulit dan tulang rawan.

Alergi selepas rawatan ?

Komponen dalam filler boleh membuat ia bertindak balas. Tetapi alergi boleh juga datang dari makanan, udara dan persekitaran. 

Kesan sampingan selepas rawatan mungkin berlaku, seperti :

  • Lebam
  • Kemerahan
  • Bengkak
  • Sakit
  • Gatal-gatal
  • Ruam

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Professor Salvatore Piero Fundaro, M.D., Plastic and Aesthetic Surgeon (Italy)

Salvatore Piero Fundarò adalah pakar bedah estetik di Bologna dan Modena Itali. Beliau adalah Pengasas dan Presiden Pusat Penyelidikan Keselamatan Injectable (R.C.I.S) dan Pengasas dan Bendahari Associazione Italiana Trattamento Estetico Botulino (A.I.T.E.B.) dan Naib Presiden Società Italiana Medicina e Chirurgia Estetica (S.I.E.S).

Dr. Fundarò menerima Ijazah Perubatannya di Universiti Modena dan beliau telah menyelesaikan persekutuannya dalam Pembedahan Umum di Bahagian Pembedahan Am Universiti 1st Modena. Beliau telah menjadi rakan masa penuh di Pengerusi Pembedahan Plastik dan Rekonstruktural Universiti Modena. Beliau menerima ijazah Sarjana dalam Pembedahan Kosmetik di Universiti Milan.

Beliau mengajar di Sekolah Pengkhususan Peribahasa Post-University P.C.M.A.-Valet di Bologna, Itali. Topik pengajaran dan minatnya adalah prosedur estetik minimal invasif untuk peremajaan wajah sebagai Botulinum Toxin, Pengisi, Thread Mengangkat dan prosedur pembedahan lain seperti liposuction, lipostructure, pembedahan payudara, pembedahan pembaharuan muka.

Beliau adalah Pengarah Perubatan Multimed-Day Surgery Centre di Bologna, dan Pengamal di Hospital Hesperia di Modena dalam Pembedahan Plastik, Estetik dan Pembedahan Payudara Onkologi.

Apakah perbezaan Thread Lifting dan Dermal Filler.

Untuk hasil jangka panjang, Thread Lifting adalah paling sesuai. Tetapi rawatan kecantikan berkala perlu diteruskan agar anda nampak cantik sentiasa. Thread Lifting memberikan peningkatan minimal dalam kontur muka. Dalam masa 1 hingga 3 hari selepas rawatan anda akan rasa sedikit ketidakselesaan. Rawatan ini kebiasaannya tahan dua hingga lima tahun.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan
image courtesy of https://www.malaymail.com/s/1323267/plastic-surgery-report-demand-for-designer-vaginas-fastest-growing-here

Apakah perbezaan permintaan rawatan kecantikan pembedahan plastik dan suntikan botox di Asia, Eropah & Timur Tengah.

Banyak perbezaan diantara Asia, Eropah dan Timur Tengah. Ini kerana kita dapat lihat dari permintaan pembedahan plastik dan suntikan botox. Asian hanya inginkan minimal efek seperti hidung mancung, double eyelids dan leher yang jinjang. Manakala di Eropah lebih menggemari untuk menebalkan bibir dan naikkan pipi. Timur Tengah pula permintaanya lebih kepada liposuction dan pembesaran payudara.

Professor juga berkata bahawa Asian sangat beruntung kerana proses penuaan lambat. Hehehe.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu KecantikanDr Giovanni Salti (Italy)

Dr Salti lulus cum laude dalam Perubatan dan Pembedahan di University of Florence School of Medicine, dan seterusnya menjalani pembedahan umum di Universiti Bologna School of Medicine dan mendapat Ijazah Sarjana dalam Pembedahan Plastik Aestetik di Universiti Padua School of Medicine. Beliau juga memegang Diploma Perguruan dalam Perubatan Estetik yang diterima di University of Rome School of Medicine.

Affiliate ini termasuk Italian Societi of Plastic Reconstructive and Aesthetic Surgery (SICPRE), Italian Association of Aesthetic Plastic Surgery (AICPE), Italian Society of Aesthetic Medicine (SIME), American Society of Dermatologic Surgery (ASDS) dan Lain-lain. Ia adalah profesor tambahan untuk ubat estetik di University of Pavia dan Rom. Beliau kini Ketua Perubatan dan Pembedahan Aesthetic di Istituto Medlight di Florece, sebuah klinik swasta yang ditumpukan kepada Pembedahan Plastik, Dermatologi, Pembedahan Laser dan Perubatan Estetik. Beliau juga merupakan perunding bagi beberapa syarikat dalam bidang Pembedahan Plastik Asthetic dan Perubatan Estetik

Perbezaan Wajah Asia, Eropah dan Timur Tengah

Bentuk muka, bentuk tengkorak dan ketebalan tisu kulit, peratusan lemak memainkan peranan. Bentuk muka berbeza, seperti Asian, mereka memiliki diameter wajah lebar dan rendah. 

Keinginan Rawatan Kecantikan

Adat berbeza bergantung kepada agama. Kebaikannya adalah ia bukan penyakit, ia adalah keinginan. Doktor berlatarbelakang tradisional, mendapat pendidikan kedoktoran tahu tentang anatomi manusia. Manusia berhak untuk lakukan apa sahaja. Hormati keinginan mereka.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan
image courtesy of https://theglobalhealthnews.com/malaysia-medical-tourism-market/

Adakah perlu melakukan rawatan untuk maintain hasil kecantikan?

Perlu. Ini kerana ia adalah falsafah kehidupan, seperti anda mencukur bulu kaki, pergi gym dan lain-lain. Tetapi rawatan ini tidak sekerap yang diperlukan. Makin tua, makin kurang kita lakukan kerana kita dah bertukar tanggungjawab, keinginan dan gaya hidup.

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Dr Steven Kusmanto, Associate Marketing Director for A. Menarini Asia Pacific

Asian menginginkan wajah 3D dan menggemari rawatan Dermal Filler untuk membentuk wajah mereka. Permintaan Dermal Filler dan Thread Lifting sekarang semakin popular kerana gaya hidup sudah berbeza. Populasi remaja muda, mula bekerja, memiliki syarikat sendiri. Permintaan untuk kelihatan cantik adalah tinggi kerana mereka bekerja dalam industri korporat. Sebab tu pasaran estatik sentiasa menjadi permintaan. Jangkaan trend ini akan berterusan lagi 5 hingga 10 tahun atau selamanya. Ini kerana usia tidak membataskan untuk sesiapa kelihatan hebat.

Ruby dapat lihat keinginan kelihatan penampilan menarik tidak terbatas dikalangan golongan lelaki atau perempuan. Mereka akan melakukan pelaburan ini agar berasa yakin berdepan dengan sesiapa sahaja. Keyakinan diri bukan sesuatu semulajadi hadir bagi sesetengah individu. Jadi dengan memiliki wajah berseri, tiada jerawatm bentuk badan menarik. Ia memberi hasil yang positif kepada setiap individu untuk meneruskan kehidupan dan terus sukses.

Matlamat 3R RELIFE by Menarini Group

  • Reshaping
  • Restoring
  • Resurfacing

Mengenai Menarini Group

Ditubuhkan pada tahun 1886, Menarini Group mempunyai pengalaman lebih daripada 130 tahun dalam industri farmaseutikal dan merupakan syarikat farmaseutikal Itali terkemuka di dunia. Ia hadir di lebih 100 negara di seluruh dunia.

Menarini mempunyai perolehan lebih dari € 3.4 bilion pada 2016. Kumpulan ini mempunyai 16,722 pekerja dengan lebih daripada 900 mereka terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan. Menarini mempunyai kehadiran di bidang terapi penting seperti kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan, analgesia. dan kini, dalam dermatologi dan estetika perubatan dengan rangkaian produk RELIFE yang baru.

RELIFE by Menarini Group

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Menggunakan lebih daripada 130 tahun pengalaman perubatan, syarikat biophannastik terbesar di Itali telah menghidupkan pendekatan revolusi baru untuk estetika perubatan dan melancarkan sebuah syarikat baru di seluruh dunia, RELIFE yang akan mengkhususkan diri dalam bidang dermatologi dan estetik.

Menggambarkan inspirasinya, pejabat pusat global syarikat itu terletak tepat di buaian Renaissance, Florence, Itali. RELIFE melukiskan warisan saintifik dan seninya untuk mencipta kecantikan, seperti juga anak lelaki Renaissance yang paling terkenal, Leonardo Da Vinci, yang menggunakan geometri kecantikan dalam sains dan seninya, dan mengodkan peraturan estetik estetik dalam karya-karya seperti orang Vitruvian.

Produk dan protokol rawatan berasaskan sains RELIFE mencerminkan warisan saintifiknya manakala konsep inovasi sedar syarikat merangkumi warisan seninya. “R” dalam logo RELIFE adalah penghormatan kepada pemahaman Leonardo Da Vinci tentang sifat-sifat perkadaran sifat dan keharmonian sementara penyertaan Menarini Group dalam logo menandakan bahawa RELIFE didirikan berdasarkan kepakaran saintifik dan standard kualiti tinggi syarikat induk.

Kerana Wajah Anda Menunjukkan Kepada Dunia Bagaimana Perasaan Anda

RELIFE percaya kulit mencerminkan kepribadian kita. Itulah sebabnya RELIFE menawarkan pengamal penjagaan kesihatan (HCPs) pendekatan holistik kepada ubat estetik untuk memberikan penampilan semula jadi. penampilan muda. Ini dicapai dengan kombinasi produk unik dan teknik rawatan yang dibangunkan dengan kerjasama HCP dan pakar terkemuka serta komuniti saintifik giobal. RELIFE akan sentiasa mendengar keperluan pesakit dan HCP, untuk menyediakan produk dan nilai terbaik dalam kelas -dengan sokongan perkhidmatan.

Produk estetik RELIFE by Menarini Group

RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

Estetik RELIFE terdiri daripada dua produk utama iaitu :

1. Happy Lift™ (Revitalizing) Thread Lifts

Lift Lif direka bentuk untuk mengangkat dan memegang tisu muka lembut dan / atau kendur untuk melihat segar dan kontur muka yang lebih jelas. Ia adalah garis dipatenkan, monofilamen yang boleh diserap, benang-lubang yang diseret yang diperbuat daripada bahan unik yang terdiri daripada asid poly-L-lactic dan caprolactone. Tidak seperti beberapa jahitan konvensional yang lancar. Benang Happy Lift mempunyai barbs kecil. Setelah dimasukkan ke dalam kulit, barbs kecil ini merangsang fibroblas untuk mensintesis matriks ekstraselular dan kolagen pada kulit yang bertindak sebagai perancah untuk mengangkat dan memegang tisu muka lembut di tempat, memberikan hasil Ionger-Iasting daripada kebanyakan jenis jahitan lain.

2. SKINFILL™ Plus Hyaluronic Acid (HA) Fillers

SKINFILL digunakan untuk mengurangkan penampilan kedutan, memulihkan jumlah yang hilang dan membentuk semula wajah wajah. Ia dibangunkan berdasarkan teknologi COESIX® Plus yang dipatenkan, teknologi cross-linking yang berkesan yang membolehkan pengusaha menjadi seimbang secara seimbang antara tempoh dan kebolehlaksanaan. SKINFILL diperbuat daripada asid hyaluronik, yang secara semulajadi berlaku di dalam tubuh manusia dan dikaitkan silang dengan butanediol diglycidyl eter (BDDE) untuk meningkatkan kestabilan. Bersama dengan kolagen dan elastin, asid hyaluronik bertanggungjawab untuk penampilan kulit muda.

Healthcare Practitioners (HCPs)

RELIFE menyediakan HCP dengan pengetahuan. latihan dan produk yang mereka perlukan untuk bertindak balas terhadap keinginan pesakit mereka melalui platform pendidikan yang tersendiri ICME (Inovasi dan Kesedaran dalam Pendidikan Perubatan). RELIFE rakan-rakan HCPs untuk mencipta keputusan yang mereka mahu melalui inovasi sedar penyelesaian estetik. Syarikat itu berbangga kerana menjadi jenama yang pesakit dan HCP boleh bergantung dan percaya kepada:

1. Menyediakan penjagaan berpusatkan pesakit dengan pendekatan berasaskan sains
2 Membangun dan mengeluarkan produk yang selamat dan berkesan
3. Bekerjasama dengan HCP untuk membawa inovasi dan penyelesaian yang sedar untuk memenuhi keperluan pesakit
4. Bersama komuniti saintifik dan perubatan untuk membangun dan menyampaikan pendidikan perubatan yang berterusan

Memperkenalkan RELIFE ke Asia

Malaysia adalah negara kelima di Asia, selepas Hong Kong, Singapura, Filipina dan Indonesia melancarkan RELIFE. Untuk memperkenalkan konsep RELIFE sains. seni dan kecantikan ke Asia, RELIFE telah menugaskan bintang yang semakin meningkat di dunia seni Asia. Monica Hapsari, untuk mencipta satu siri tujuh lukisan, yang dikenali sebagai Karya Kecantikan Seorang pelukis oleh bakat, karya seni Monica Hapsari memberi tumpuan kepada ekspresi muka manusia dan tafsiran kecantikan. Semua lukisan yang ditugaskan menggabungkan persepsi Asia keindahan yang dicampur dengan konsep Renaissance sains dan seni.

Salah satu lukisan dari siri ini, dalam warna RELIF E biru gelap, emas dan putih, akan menjadi simbol konsep RELIFE sains dan gabungan seni untuk menghasilkan kecantikan. Lukisan ini akan diterbitkan semula ke atas semua bahan pemasaran yang digunakan pada acara pelancaran RELIFE di seluruh Asia.

International Dermatology Aesthetic Surgery Summit (i-DASS) 2018

Monica sendiri akan muncul untuk memberikan persembahan lukisan secara langsung pada setiap acara Pelancaran Estetik Pembedahan Dermatologi Antarabangsa (i-DASS) untuk memperkenalkan RELIFE kepada komuniti perubatan estetik. i-DASS diadakan sebagai makan malam gala pasca persidangan berikutan acara antarabangsa yang mengumpulkan siapa yang estetika perubatan di atas platform pengalaman dan perkongsian kepakaran.

Pada akhir setiap acara pelancaran i-DASS di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina, semua lukisan dari karya Masterpieces Beauty akan dijual di lelong tertutup di enam negara. Hasil daripada lelongan ini akan disalurkan kepada Smiles Asia, sebuah persatuan amal global yang bekerjasama untuk berkongsi kecantikan dan kebahagiaan dengan memberi anak-anak dengan bibir bibir dan lelangit kembali senyuman dan keyakinan mereka. RELIFE telah menaikkan lebih daripada RM90,000 untuk SmiIes Asia dari empat lukisan yang dijual dalam acara-acara sebelumnya di Hong Kong, Singapura, Filipina dan Indonesia.

RELIFE by Menarini Group hanya terdapat di klinik estetik bertauliah sahaja!

www.menariniapac.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

16 thoughts on “RELIFE by Menarini Group Berkongsi Ilmu Kecantikan

    Ika Sani

    (Aug 12, 2018 - 8:16 pm)

    Ika kalau boleh nak buat liposuction. Nasib kuat Iman huhu. Nak buat ala2 angelina jolie. Munggil dan sexy gitu hehe
    Ika Sani´s last blog post ..Red Chef Spicy Sakura Prawn NoodlesMy Profile

    nasa azman

    (Aug 10, 2018 - 12:36 pm)

    Amboi harga pakej rawatan tu memang macam tu ya. Mahal mahal pun ramai wanita sanggup keluar belanja untuk rasa diri lebih cantik. Sedangkan kecantikan sebenar pada keluhuran budi dan kekuatan jatidiri
    nasa azman´s last blog post ..Dilema pembeli rumah, bina sendiri atau beli dari pemaju?My Profile

    Mazni Azmi

    (Aug 10, 2018 - 11:50 am)

    Pakar pakar yang datang pun bukan calang calang orang dalam bidang kecantikan ya. Nampaknya tak lama lagi ramai lah buat pembedahan plastik. Rawatan ni bagus untuk mereka yang perlu. Tapi bukan untuk semua orang lah
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

    Mama Hakim

    (Aug 10, 2018 - 11:10 am)

    Mula mula mama baca tajuk artikel ni, ingatkan anjuran kumpulan tarian manalah ni. Rupa rupanya doktor kecantikan. Hehe. Nak lawa ada macam macam servis di berikan. Ada duit semua boleh kan
    Mama Hakim´s last blog post ..Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?My Profile

    Afizah Abd Rahman

    (Aug 10, 2018 - 9:16 am)

    Thanks for sharing Ruby. Seram pulak rasa nak buat treatment cucuk-cucuk dekat muka ni. Tapi siapa yang nak buat tu memang kena pilih doctor yang betul-betul pakar dalam buat rawatan ni.
    Afizah Abd Rahman´s last blog post ..Bestnya St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub Ni!!My Profile

    Ibu Zaid

    (Aug 10, 2018 - 9:13 am)

    Pengaruh korea dan nak mengejar kecantikan boleh membuatkan kita belanja besar untuk nampak lebih menarik. Kalau tak melanggar syarak dan mengubah rupa asal boleh buat rawatan ni.
    Ibu Zaid´s last blog post ..Amverton Heritage Resort Review [2018] Ada water theme park best!My Profile

    Huda

    (Aug 10, 2018 - 8:24 am)

    Owh baru tahu orang Asia penuaan lambat. Sebab genetik ke? Huda setakat pergi facial and buat laser berani la, bab filler, dan advanced aesthetic procedure macam takut kesan jangka masa panjang. Semoga kita bersyukur dengan kecantikan semulajadi yang Allah hadiahkan pada kita, dan perlihara sebaiknya.

    Fadzi Razak

    (Aug 10, 2018 - 7:45 am)

    Saya jeles tengok orang perempuan lain cantik pun tak tergamak nak buat operation untuk cantik. Ade jugak saya tengok blogger dapat sponsorship untuk kecantikan tapi jenis cucuk. Seramsss
    Fadzi Razak´s last blog post ..Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dengan Lara AlanaMy Profile

    nannie isa

    (Aug 10, 2018 - 12:10 am)

    sapa tak na cantikkan? tapi kalau muka berparut , muka berjerawat dan memang perlukan bantuan dari pakar kulit saya setuju. sebab ianya merawat sambil membantu membersih juga mencantikkan. kena check juga latar belakang klinik sebelum bermulanya rawatan ye. thanks for the sharing
    nannie isa´s last blog post ..Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live in Singapore 2018My Profile

    Mahamahu

    (Aug 9, 2018 - 10:02 pm)

    Ramai juga orang Malaysia buat pembedahan plastik dan juga untuk kecantikan ini tak tahu kita ingat ramai orang sedar akan kesannya hanya sementara. Tapi kalau atas sebab-sebab kemalangan atau penyakit memang tak boleh elak itu diharuskan supaya ia tidak mengganggu kehidupan mereka…
    Mahamahu´s last blog post ..Meriahkan Bulan Kemerdekaan Negara Dengan Sajian Merdeka Special Di Kluang Station Heritage SharedMy Profile

    Azirahman

    (Aug 9, 2018 - 7:18 pm)

    Wow. Menarik dan terima kasih untuk info ni. Tak pernah tahu sangat pun tentang rawatan estetik begini. Baca kat sini baru terbuka sedikit minda tentang pelbagai rawatan kecantikan yang ada. Tapi kena tau juga nak pilih yang mana satu.

    adianiez AIDA

    (Aug 9, 2018 - 5:18 pm)

    tq for sharing info ni, ruby.
    kecantikan ni makna nyer ada byk angle kan.
    pelbagai. rawatan pun beza-beza ekk.
    normally, kat melaka ni aida nampak luarnya tulis aesthetic.
    got laser treatment, ratusan RM juga la. bukan setakat normal facial kat spa biasa.
    bukan setakat bersih kan muka, merawat.
    tq again. lebih faham.

    MUSTAZARAZALI

    (Aug 9, 2018 - 2:17 pm)

    Sekarang memang macam-macam cara nak bagi cantik

    Suria Amanda

    (Aug 9, 2018 - 1:06 pm)

    Akak sekarang mengalami masalah kulit muka berminyak..tengah usaha nak bagi hilang jerawat2 pasir ni..Relief ni macam pernah baca kat mana lupa…menarik ni product ni..target diorang pun bagus…

    Mimi

    (Aug 9, 2018 - 12:17 pm)

    Bagus perkongsian seperti ini dihebahkan. Orang kita selalu ambil mudah jika berkaitan dengan kecantikan dalaman dan luaran dengan mengambil produk yang tidak diiktiraf. Sepayutnys kita perlu berjumpa dengan pakar dalam bidang kecantikan dan tanya pro and cons sesuatu produk atau rawatan yang kita ambil

    Norhamimah Asmiera Othman

    (Aug 9, 2018 - 9:07 am)

    Sejak pregant ni kulit ya ampunn bintat sana bintat sini uneven bagai kering lagi.
    Time camni slalu wishful utk try rawatan rawatan cambest tp rejeki lom izinkan.

    Thank for sharing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.