Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer? Assalammualaikum semua! Musim sejuk dan demam macam ni, teringin makan bubur bersama ayam goreng. Tapi, nak buat sendiri macam tidak berdaya. Ruby sekeluarga kalau demam, selsema dan batuk, mesti sama-sama. Bergilir-gilir pas baton sakit. Bila anak sakit, ibu bapa sihat ok la kan. Bila ibu bapa sakit, anak sihat memang mencabar. Nak rehat pun kena lanyak-lanyak. Hahaha. Sakit-sakit begini elok kuarantin duduk dalam rumah. Tapi bila ke shopping mall sihat pula. Wakakaka. Ruby ke Sunway Velocity baru-baru ni dan ternampak restoran Texas Chicken Sunway Velocity di tingkat 4. Masa tu menunggu waktu masuk untuk tonton movie di GSC. Dah lama juga tak makan Texas Chicken, rindu ayam besar dia.

Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

Ruby mula jatuh cinta dengan Texas Chicken semasa pertama kali pergi makan di cawangan depan Pasar Seni iaitu Texas Chicken Geo Hotel. Masa tu ruby buat pesanan ayam bahagian ribs ye adik. Seronok bukan kepalang bila dapat bahagian ayam idaman kalbu. Masa tu tahun 2015. Alif pun belum ada lagi. Kemudian berterusan ke Texas Chicken Sunway Pyramid. Kali ini ruby dapat pekerja yang peramah giler, sebab dia rekemen makanan. Nak tak Honey Butter Biscuit, nak tak tambah itu ini. Ruby pun dengan girangnya yes boleh boleh. Masa ni baru rasa Texas Chicken punya bubur. Pergghh panas dan sedap! Mangkuk besar just nice untuk ruby ketika itu. Sekarang beli bubur kongsi dengan anak-anak. Story of my life…

Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

Fried Chicken, Classic Burger, Tender Wrap dan Porridge

Ruby pesan semua hidangan Crunchy Deals. Nak ayam pedas atau biasa? Mestilah nak pedas. Hehehe. Ayam dan Tender Wrap ayam pedas. Kemudian bila dah mula makan, Adam dah baca doa. Dia terus makan Classic Burger. Asingkan sayur macam biasa la kan. Tapi ruby terkejut juga la dia boleh habiskan burger ayam tu. Kemudian makan lagi Tender Wrap suami ruby punya. Hahaha. Kemain berselera.

Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer? Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

Kami makan kongsi-kongsi macam ni pun dah kenyang. Hehehe. Si Alif suka makam bahagian luar ayam Texas Chicken. Rangup-rangup hehehe.

Tambah RM 1.50 untuk Honey Butter Biscuit, Mashed Potatoes atau Coleslaw.

Masa beli set New Crunchy Deals ni, ramai pelanggan sedang beratur. Terlupa nak tambah tiga add-on ni. Serius ruby suka tiga-tiga add-on ni. Next time pasti tambah 3 makanan ni. Hehe

Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer? Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer? Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

Minuman Boleh Diisi Semula

Di Texas Chicken, perkara paling best adalah boleh isi semula minuman. Kami berempat mempunyai selera berbeza. Malah minuman bergas ruby tidak berikan kepada Adam dan Alif. Ice Lemon Tea atau Southern Sweet Tea untuk mereka. Minuman yang sama dengan ibunya. Wakaka. Sebab ruby suka Southern Sweet Tea tu. Suami ruby suka minuman bergas. Jadi suka hati dia nak pilih Coca-Cola atau Fanta. Hahaha. Nikmat sungguh. Konsepnya bukan isi penuh pun, dia nak rasa semua perisa. Rajin benor.

Korang dah pernah makan di Texas Chicken? Mesti cuba tau!

www.texaschickenmalaysia.com
www.facebook.com/TexasChickenMalaysia
www.instagram.com/texaschickenmalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 Jer?

    nikkhazami

    (August 18, 2018 - 2:07 pm)

    sayangnya texas chicken ni takde ni kelantan. kalau ada dah lama saya serbu. hehe
    nikkhazami´s last blog post ..Ulasan 13 Reasons Why Season 2My Profile

    nasa azman

    (August 14, 2018 - 6:02 pm)

    Memang sedap makan ayam dan snek ringan lain di texas chicken. Harganya pun alhamdulillah masih mampu untuk ramai orang. Air jangan ceritalah. Balik kembung perut
    nasa azman´s last blog post ..Pelan Banglo 2 Tingkat. 4 Bilik Tidur & 5 Bilik Air [FAU190718]My Profile

    precious cla

    (August 13, 2018 - 11:29 am)

    Yummy !! sedapnya. Tak hanya sedap harga pun murah . Tapi kalau nak makan tiap hari memang tak lah, silap sikit berat 56kg trus ke 70kg hahaa

    atikah

    (August 13, 2018 - 12:21 am)

    Tengok gambar-gambar ni tetibe rindu dengan texas chicken.. hehehe texas chicken serius memang sedap..

    Mazni Azmi

    (August 13, 2018 - 12:11 am)

    Lama betul Mazni tak makan di texas chicken. Sebab hari tu punyalah selera, sebulan makan beberapa kali sampai terbantut pulak rasa teringin tu. Hehe. Kalau dah ada set dan menu baru bolehlah datang cuba semula
    Mazni Azmi´s last blog post ..Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

    Mama Hakim

    (August 12, 2018 - 11:45 pm)

    Mama paling suka honey butter biscuit tu. Rasa dia sangat unik. Luarnya rangup melekit dan manis manis sikit. Dalamnya lembut dan putih. Wah cakap je dah terliur mengingatkan kesedapan
    Mama Hakim´s last blog post ..4 Krim Malam Himalaya yang terbaik di drugstore Malaysia.My Profile

    Ibu Zaid

    (August 12, 2018 - 10:07 pm)

    Ibu kalau pergi texas chicken mesti pastikan tak minum lagi. Maklumlah rugi kalau tak minum puas puas kan. air kan bottomless. Lepas tu harga set pun dah ambil kira semua tu.
    Ibu Zaid´s last blog post ..Amverton Heritage Resort Review [2018] Ada water theme park best!My Profile

    Abby Onety

    (August 12, 2018 - 3:50 pm)

    Ruby .. Abbu sering makan disini. Di chicken Geo Hotel. Karenanya enaknjadi kadang di ulang. Ada juga tempat maka n lesehan pas depan station Go KL tuh.. enak dekat texas
    Abby Onety´s last blog post ..Keseruan Grand Opening HijUp Store Bersama Pecinta Fashion MakassarMy Profile

    Mimi

    (August 11, 2018 - 11:35 am)

    Dah makn texas chixken memang sedap.air boleh topup ikut suka.ayam pun size besar.lama tak makn texas chixken..lepas nih nak makan texas chicken lg

    Bonde Zaidalifah

    (August 11, 2018 - 9:09 am)

    Lama tak singgah Restoran Texas Chiken, Texas Chicken New Crunchy Deals RM 5.50 murah giler ni… Boleh singgah makan kejab lagi he he he

    Ayu Rafikah

    (August 11, 2018 - 7:09 am)

    Rm5.50 biar betik. Murah dan berbaloi. Tapi yang bestnya texas mmg hidangan dia sedap. Akk selalu makan texas kat sunway piramid. Mmg port feveret akk dan anak2

    Hanny Abdullah

    (August 11, 2018 - 12:29 am)

    RM5.50 jewww?? Wahhh murah tu, besok gak sis gi..hehehe. Texas Chicken ni memang dekat umah sis, selalu gak pergi..dalam bulan ni je tak pergi. Memang suka makan ayam dan wrap dia dr tempat lain punya…memang sedap.

    Kisah si dairy

    (August 10, 2018 - 11:15 pm)

    Serius sedap makan kat texas chicken, biskut honey butter, kentang putar dia, ayam memang cukup rasa dan ada kelainan dari ayam goreng jenama lain.. Nak repeat lagi nanti

    Huda

    (August 10, 2018 - 9:35 pm)

    Best yer makan kat Texas Chicken ni, ayam dia memang lagi sedap. Ni harga murah camni, memang wajib bawa anak-anak datang makan sini. Next week nak jalan2 KL boleh cari texas chicken kat KL, dok teganu ni xde. hehe

    Fadzi Razak

    (August 10, 2018 - 4:42 pm)

    Fadzi tak pernah lagi cuba texas chicken ni sebelum ni. Tak sangka harga dia murah murah jugak. Ingatkan dengar texas, uih comfirm mahal nye ni sebab nama texas tu hahahaha

    adianiez AIDA

    (August 10, 2018 - 4:31 pm)

    texas chicken ni aida x perasan la kat melaka area sini.
    kalau ada, surely kat town sana. aida nak google jap lagi, ruby.
    murah plak tu. memang sesuai la utk aida ni hah. ala-ala KFC kan. ada ayam. ada burger.
    mash potato. coleslaw. kak Nurin memang suka tang kulit ayam yg krup krap.
    syuhada kurang minat. so, dia akan pass la kulit tu kat kak Nurin nyer… Izzat? hmmmm mcm upin ipin la 🙂 drumstick sesaje.
    kebetulan, ptg ni, mr.asben ajak plak dinner kat mcD, bwk anak-anak.
    kak Nurin kat balik dari asrama. hmmmmm 2-3 minggu sekali aje, ruby, belanja diorang fast food hi hi hi…
    bagi happy. bagi excited. extra special kan bila kita bwk diorang makan gini.

    Syiera Firdaus

    (August 10, 2018 - 2:29 pm)

    Wah.. lama tak makan Texas Chicken. Personally syira lebih sukakan Texas Chicken daripada Kfc. Ayam dia lagi sedap. Itu ikut tekak syira la. Hehehe tapi murah betul ye. Rm5.50 ja. Berbaloi baloi ni. Paling best air boleh refill.

    Sarah Amirudin

    (August 10, 2018 - 2:26 pm)

    Sedapnyaaa. Texas Chicken mmg favourite fast food i. Especially Mexicana Wrap. Hehe
    Sarah Amirudin´s last blog post ..It’s Time to Mingle at Flamingo Bloom, Sunway Pyramid!My Profile

    JMR

    (August 10, 2018 - 11:37 am)

    Bila rasa teringin nak makan honey bicsuit tu, konfem konfem akan ke Texas..tu feveret kami. Hmm..nak kena terjah try ayam crunchy ni plak lak..aish..
    JMR´s last blog post ..Diskaun Sehinga 80% Di Lazada Big Baby FairMy Profile

    Racheal Loh

    (August 10, 2018 - 11:22 am)

    Did I read wrongly? RM5.50 is so cheap. Definitely I wanna go grab this. I really like Texas chicken Wei… Much more tasty, CrossFit and juicy!

    mar mansor

    (August 5, 2018 - 3:53 pm)

    murah sungguh rm5.50 je.dengar-dengar texas chicken ni memang sedap amat.kat JB pun dah ada sekarang cuma belum berpeluang merasanya.
    Janji Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.