11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan tentang laman e-dagang yang mampu memberi anda pengalaman membeli-belah luar biasa. Murah, kuantiti banyak dan terus dari China! Kebiasaannya kita dapat melihat video para usahawan ke Guangzhou China untuk membeli barang keperluan perniagaan mereka. Dari rak pakaian, kabinet untuk pameran, hiasan meja, pakaian-pakaian, material untuk kegunaan tersendiri, barang keperluan untuk hadiah tetamu majlis dan macam-macam lagi! Tapi, pasti anda ada ketakutan untuk membeli. Dijamin sampai ke ni? Ada insuran ke? Mahal ke? Rumitnya nak faham bahasa cina! Jangan risau, semua itu akan dipermudahkan oleh Pasukan SGshop. Hehehe.

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

Ruby pernah membeli di SGshop pada tahun 2016, pengalaman memang seronok. Beli pada waktu jualan murah, SGshop sentiasa kemaskini notifikasi tentang keadaan barang ruby. Apa yang rumit ketika itu adalah ruby tidak faham apa yang ditulis di poster produk yang tertera. Ruby berterima kasih kepada pasukan SGshop kerana rajin ya amat melayan mesej di facebook. Mereka terangkan produk itu apa, saiz, dan macam-macam lagi. Hahaha. Jadi, ruby pun ingin berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh mudah membeli di SGshop dari mula sampai la terima barang yang anda beli. SGshop juga mengadakan 11.11 Treasure Hunt. Anda boleh sertai disini 11.11.2018 Treasure Hunt

1. Jualan Murah Dan 10% Diskaun Untuk Pelanggan Baru, Gunakan Kod NEW10

Jika anda pelanggan baru dan pertama kali di SGshop, anda bertuah kerana dapat 10% diskaun. Malah jualan murah di SGshop sentiasa berlangsung. Jika tidak harga produk murah, harga untuk kategori juga murah. Tapi paling ruby suka adalah ada diskaun keatas penghantaran. PERCUMA 1kg pun dah bersyukur. Hahaha.

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

Seperti gambar di atas, ruby mencari floral suits atau blazer. Di SGshop ada jual dalam pelbagai corak dan mempunyai saiz sehingga XXXXL! Best kan?

2. Peluang Memulakan Perniagaan & 14 Kategori Untuk Anda

Di SGshop ada 14 kaktegori, dalam 14 kategori tu ada macam-macam sub-kategori. Terserah kepada anda ingin mencari apa. Memang banyak barang keperluan dijual. Ia juga menjadi salah satu cara untuk anda memulakan perniagaan dan terus ulang beli barangan dengan mudah sekali!

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

3. Bantuan Jurubahasa

Perkara utama yang kita perlu rajin adalah, rajin bertanya. Laman web SGshop tersedia dalam bahasa inggeris, cuma poster produk sahaja kadang-kadang ada tulisan bahasa cina, jadi anda boleh bertanya dengan pasukan SGshop. Ruby guna facebook mesej sahaja. Sepantas kilat mereka jawab. Screenshot siap-siap apa yang anda tidak faham tu k

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

4. 3 Langkah Bayaran Mudah & 5 Langkah SGshop Lakukan Untuk Memastikan Barangan Anda Selamat

Di SGshop, nak bayar senang aje. Ada tiga langkah berasingan. Fasa pertama anda bayar kepada kedai harga barangan anda. Kemudian fasa kedua bayaran untuk China Warehouse simpan barang anda. Sebagai contoh anda beli banyak produk tapi berlainan kedai. SGshop akan tunggu semua barang anda dan bungkus ia menjadi satu kali penghantaran. Bergantung berapa tinggi dan berat barang anda. Fasa ketiga adalah bayaran anda kepada cas servis SGshop di Malaysia untuk pos ke alamat anda.

5. Pelbagai Peraduan Dan Kolabrasi Bersama Jenama Terkenal Di Media Sosial

Selain dari jualan murah di laman web, SGshop juga mengadakan kempen untuk lebih dekat dengan pelanggan yang sedia ada. Hadiah menarik menanti anda! Sekarang sedang berlangsung SGshop X Tik Tok. Korang dah join?

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

6. Insuran Pampasan SG-Care & 4 Jenis Penghantaran

Insuran turut disediakan untuk anda! Ya! Kesemua barang yang anda beli termasuk dalam polisi insuran SGshop. Malah anda tidak perlu risau jika tidak menerima barang atau berlaku kerosakan. Anda boleh baca tentang insuran di www.sgshop.com.my/help?help=16

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa perlu sampai hampir 1 bulan menunggu barangan anda sampai. Ini kerana pemilihan penghantaran juga terdapat dari SGshop. Sama ada anda ingin penghantaran menggunakan kapal kargo di lautan atau kapal terbang.

  1. Express Air adalah kaedah penghantaran terpantas yang hanya memerlukan waktu 1-2 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia, 2-4 hari bekerja untuk Sabah Sarawak.
  2. Economy Air lebih murah daripada penghantaran Express Air, namun masa menunggu akan sedikit lebih lama.
  3. Special Air merupakan susunan khas untuk barangan sensitif, yang tidak dapat dihantar melalui penghantaran udara biasa.
  4. Sea Shipping adalah kaedah penghantaran termurah yang sesuai untuk item yang besar, walaupun masa menunggu sedikit lebih lama daripada penghantaran udara. Anda boleh membeli apa sahaja dan penghantaran secara kapal kargo ini lebih digemari apabila anda membeli kabinet, stok perniagaan banyak dan lain-lain.

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

7. Pembayaran Secara Internet Banking, ATM Transfer & Credit Card

Pembayaran adalah di dalam masa 24 jam sahaja. Jadi anda boleh gunakan mana-mana cara yang anda selesa. SGshop mempunyai 3 akaun bank iaitu Public Bank, Maybank dan RHB. Bagi anda yang suka lakukan pembayaran secara Cash Deposit, anda boleh ke tiga cawangan bank yang ruby kongsikan tu. Tetapi jika anda suka online banking, ia lagi mudah dan mudah untuk menjejak rekod pembelian anda dari akaun bank secara online. Manakala untuk anda yang menggunakan kad kredit, cas tambahan akan dikenakan. Bergantung kepada cas VISA dan Master Card bank anda ya.

8. Beli Melalui Aplikasi SGshop

Zaman serba maju, aplikasi di telefon pintar juga memudahkan anda untuk membeli-belah pada 11.11 ini. Tips untuk anda, sila pilih produk yang anda inginkan dan masuk ke dalam cart dan mula beli apabila SGshop mengadakan sale. Hehe.

itunes.apple.com/us/app/sgshop

play.google.com/store/apps/details?id=my.com.sgshop.app

9. Notifikasi Pembelian, Penghantaran & Penerimaan Dari Masa Ke Semasa

11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

10. Kongsikan Ulasan Pengalaman Anda Dan Terima Mata Ganjaran Keahlian Anda

Nak mata ganjaran yang boleh digunakan ketika anda membeli belah? Ha, inilah peluang untuk anda menjana mata ganjaran. Tinggalkan komen positif dan anda akan menerima mata ganjaran. Lagi banyak anda membeli, lebih banyak mata ganjaran. Hehe

11. SGshop Melarang Keras 5 Barangan Terlarang

Untuk terus memberi perkhidmatan yang tip top, SGshop sentiasa menjaga kualiti dalam servisnya. Barangan berikut adalah dilarang sama sekali.

  1. Bahan letupan / mudah terbakar / toksik
  2. Barangan palsu dan hak cipta
  3. Senjata api, persenjataan dan bahagian-bahagiannya
  4. Produk tajam dan bahan berbahaya
  5. Produk pertanian dan haiwan hidup

 

Setelah anda mengetahui 11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11, pasti anda tidak sabar menanti untuk shopping barang dari China. Semuanya murah! #BuyFromChina #ShipToMalaysia #Taobaoagent

www.sgshop.com.my
www.instagram.com/sgshop_malaysia
www.facebook.com/SGshopMalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

20 thoughts on “11 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Di SGshop Pada 11.11 Ini

    kylie cre8tone

    (November 1, 2018 - 4:18 pm)

    u already give all the reasons to shop in sgshop… can’t find any reason not to shop… hahahaha.. now it’s time to go shop shop.. buy buy buy.. worth and convinient..
    kylie cre8tone´s last blog post ..Dutch Lady Breakfast Challenge 2018My Profile

    Jia Shin Lee

    (November 1, 2018 - 10:37 am)

    I’ve never tried shopping in this platform before, the prices are a real bargain, will do my first ttransaction cant wait to receive my items.

    Seriwangi

    (November 1, 2018 - 8:57 am)

    Sekarang ni musim shopping online pastinya pembeli mencari yg ada offer dan shipping yg tidak membebankan

    adianiez AIDA

    (November 1, 2018 - 8:43 am)

    aduhai, ruby. stop reminding me about 11.11. stress nih 🙂 ha ha ha ha
    izzat tiap mlm tanya lepas tgk iklan shopee kat tv, “bu da soping ke? brg Ijat ada tak?”.
    nyesal plak explain kat dia pasal shopee. lagu nyer kan catchy kat tv, kan.
    anak-anak pun terpikat dgn lagu nyerrr…
    sgshop ni aida lom godek lelebih lagi, ruby. semlm dah klik dah. lom lebih mendalam jer godekan nyer 🙂
    menarik la. bagus brg2 yg dijual.

    ayu rafikah

    (November 1, 2018 - 8:35 am)

    setakat ini belum pernah berbelanja dekat sini. Nampak pelbagai kemudahan yang diberikan oleh pengurusan platform ni. Pilihan barangan dengan harga yang cukup berpatutan juga banyak pada 11.11 , bolehlah singgah tengok nanti mana tahu ada barangan yang kita berminat.

    emi

    (November 1, 2018 - 7:14 am)

    So far emi belum pernah shopping dekat sgshop lagi. tapi selalu jugak la tengok member2 post pasal sgshop ni. Tak sangka, banyak yang menarik dekat sgshop ni. Kejap lagi nak try usha la kot ada yang berkenan dihati, hehe
    emi´s last blog post ..Pengalaman Kali Pertama Sertai Hari Sukan Negara Fun Walk.My Profile

    Wui Kathy

    (November 1, 2018 - 4:32 am)

    Online shopping mmg senang skrg ni. SGShop ni siap ada insurans lagi, bagus, x perlu risau brg hilang.
    Wui Kathy´s last blog post ..Spooky Fun Halloween Night For Family And Kids At Little Cuba, Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang!My Profile

    AL

    (October 31, 2018 - 11:21 pm)

    Assalamualaikum kak Ruby … Interesting juga SG shop ni … Hati ni berbelah bagi nak shoping ni …
    AL´s last blog post ..Obike untuk siapa sebenarnya ?My Profile

    Bella Jamal

    (October 31, 2018 - 10:54 pm)

    Memang banyk betul online shop. Tapi dah beberapa kali beli tapi tak memuaskan. So memang jarang nak beli online sb tak puas. Plg latest beli cadar, pastu cadar tak muat yer!! pelik katil saiz China memang kecik ke! Hahaha. Btw, tertarik dgn bantuan jurubahasa tu and fast response rate. barulah ada hati org nak shopping 🙂

    nikkhazami

    (October 31, 2018 - 10:08 pm)

    senang je sebenarnya shopping di sgshop ni. sangat berbaloi sebab harga memang berpatutan. kalau nak beli barang dari china tu tak perlu pening2 kepala,. beli je menerusi sgshop.
    nikkhazami´s last blog post ..SGShop Malaysia Haul – Beli Barang dari TaobaoMy Profile

    Qeela

    (October 31, 2018 - 8:45 pm)

    wahh macam menarik jee SGshop ni ye..dengan pelbagai pilihan barangan siap pilihan size sampai je XXXXL lagi tu, memang bagus. Baru tau ada pertandingan2 macam tu, nanti bolehlah nk tengok2 jugak kat website dia ?
    Qeela´s last blog post ..Fernleaf Milk : What Makes It 100% Trusted Goodness?My Profile

    Faries

    (October 31, 2018 - 8:05 pm)

    Alamak! lepasni SGshop ni memang jadi tempat fav lah nak shopping. Sebelum ni taw 1 je website yang jual barang-barang daripada china. Nak kene daftar cepat then boleh la nk shopping since memang nak cari something. Memang suke beli barang direct dari china sebab murah dan pilihan pun cantik2.

    Mimi

    (October 31, 2018 - 6:23 pm)

    Bila shopping di sgshop memang kadang tak faham apa spesifikasi yang ada pada sesuatu produk tuh. Tapi yang best shopping kat sgshop sebab banyak barangnya cantik dan murah

    Mimi

    (October 31, 2018 - 6:22 pm)

    Bila shopping di sgshop memang kadang tak faham apa spesifikasi yang ada pada sesuatu produk tuh. Tapi yang best shopping kat sgahop sebab banyak barangnya cantik dan murah

    Jane Chua

    (October 31, 2018 - 6:01 pm)

    That are the reasons why I should not shop at Shopee. So many things in an affordable price to choose from.

    Mahamahu

    (October 31, 2018 - 5:33 pm)

    Wow ada contest Tik Tok ni hehehehe nampaknya macam kena masuk join jer wakakakaka tapi kita pernah juga beberapa kali shopping kat SGShop ni hehehehe memang barang berkualiti dan penting penghantaran tu kena tepat masa almaklumlah kita tak suka tunggu lama hehehe…
    Mahamahu´s last blog post ..Produk Makanan Dan Kesihatan Halal Taiwan Kini Di MalaysiaMy Profile

    Afizah Abd Rahman

    (October 31, 2018 - 3:00 pm)

    Thanks for the info Ruby. Sangat lengkap. Tak pernah shopping dengan SG Shop lagi. Tapi macam menarik je ni, Kena save the date nampaknya sebab banyak diskaun menanti ni ?
    Afizah Abd Rahman´s last blog post ..SEERS Instant Water Heater | Menjimatkan Elektrik Dan SelamatMy Profile

    Fadzi Razak

    (October 31, 2018 - 1:59 pm)

    Saya kalau beli barang barang dekat SGshop, mesti cari barang barang yang murah dan ringan. Beli barang ringan pun sebab ank make sure kos untuk shipping tu tak mahal sangat even guna sea shipping
    Fadzi Razak´s last blog post ..Apa Itu SGshop Dan 5 Sebab SGShop Website Terbaik Untuk Shopping OnlineMy Profile

    TENGKUBUTANG

    (October 31, 2018 - 11:04 am)

    TB pernah shopping 2x dekat sg shop ni.. beli barang mainan harraz semuanya.. hahaha.. ada lagi sampai sekarang.. murah tapi kena pandai tengok kos shipping dia tu.. kos domestik.. kos lain.. huhu.. kalau tak memang boleh heart attack tetiba kos shipping tinggi.. kih3
    TENGKUBUTANG´s last blog post ..Rawat Kulit Kusam & Tak Bermaya Dengan Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng MasksMy Profile

      Ruby

      (October 31, 2018 - 11:24 am)

      Betul! Hahaha. Memang kena alert. Tp semua barang yang kita nak tu ada je kan TB. Best sungguh tengok mainan bebudak ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.