Ibu-Ibu Perlu Tahu Produk Penjagaan Kulit Dari Dr Buds Organics

Ibu-Ibu Perlu Tahu Produk Penjagaan Kulit Dari Dr Buds Organics. Assalammualaikum semua! Hari ini di segmen ibuhood, ruby ingin berkongsi tentang produk dari Dr Buds Organics. Sebelum ini ruby ada dengar tentang produk ini. Kemudian ada sertai beberapa acara mereka. Cuma keberkesanan produk sahaja ruby belum cuba. Sebab anak ruby dah besar dan tidak memerlukan produk penjagaan kulit. Tapi ruby silap, masalah kulit ni luas. Kulit adalah organ terbesar manusia, ia melindungi badan kita secara keseluruhan. Hati, Otak, Paru-Paru dan Jantung adalah organ dalaman. Jadi, bagaimana kita dah yakin yang kita tidak ada masalah kulit? Betul tak?

Ibu-Ibu Perlu Tahu Produk Penjagaan Kulit Dari Dr Buds Organics

Ruby baru tersedar tentang pelbagai masalah kulit. Mungkin kita tidak menghadapi seperti orang lain. Tetapi kita perlu ambil tahu, supaya bila anak-anak alami, suami alami, saudara-mara alami. Kita boleh berkongsi informasi tentang produk Dr Buds Organics. Tujuan ruby menulis artikel ini untuk memberi informasi kepada semua keluarga di Malaysia. Masalah kulit tidak boleh ambil mudah, malah jika kulit menunjukkan sesuatu perbezaan. Ia adalah tanda dari masalah organ dalaman juga.

Apabila kita kurang air, kulit kering. Apabila ada tanda kencing manis, luka di kulit lambat sembuh. Malah apabila anda rasa gatal di kulit, ia mungkin tanda ekzema, psoriasis, kayap, ruam dan lain-lain. Masalah kulit adalah gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat atau sebaliknya. Jadi, perlu untuk kita tahu jenis kondisi kulit kita.

Dr Buds Organics

Buds Organics diasaskan pada 2003 yang difokuskan terhadap produk penjagaan peribadi bayi bersifat semula jadi dan dihasilkan untuk kegunaan anak pengasasnya. Sejak itu, Buds Organics berkembang maju dengan setiap produk dihasilkan secara teliti menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuhan organik tanpa bahan kimia berbahaya. Kesemua produk diformulasi mengikut piawaian keselamatan ketat tetapi amat berkesan dalam melindungi kulit bayi. Buds Organics kini mempunyai rangkaian jenama untuk pelbagai peringkat usia yang terdiri daripada Buds Baby, Buds for Kids, Dr Buds, Esmeria dan Buddies (rangkaian penjagaan peribadi organik haiwan peliharaan).

Tentang Dr Buds Organics

Permulaan Buds Organics tercetus ketika anak-anak KK menderita ekzema ketika mereka masih bayi. Produk yang dihasilkan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi paling efektif, asli dan selamat. Pengalaman peribadinya berdepan masalah akne remaja juga menjadi pendorong beliau menghasilkan alternatif rawatan khusus terhadap masalah kulit normal tersebut, terutama apabila anak-anaknya meningkat ke usia remaja.

Dibantu dengan kemajuan sains dan keberkesanan menyembuh alam semula jadi, Dr Buds Organics menggunakan bahan-bahan organik yang diperakui terbaik dalam empat rangkaian produk bagi membantu merawat masalah kulit yang spesifik: Easy-Clear untuk ekzema, Acne Rescue bagi akne, Hair Loss Rescue untuk rambut gugur dan Dandruff Rescue bagi kelemumur. Rangkaian tersebut hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sememangnya dikenali sebagai penawar mujarab sejak sekian lama.

Dr Buds Organics

Evolusi sains juga menyumbang terhadap pembuktian kandungan yang digunakan sebagai efektif dalam membantu mengatasi masalah kulit dan kulit kepala. Rangkaian tersebut merangkumi bahan-bahan asli lama yang kekal berkesan sehingga ke hari ini termasuklah beberapa bahan daripada tumbuhan unik. Antaranya ialah minyak pokok teh untuk antibakteria, ekstrak likuoris sebagai anti keradangan, aloe vera dan fruktan untuk mereda dan menghidrat kulit, serta prebiotik bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Dr. Buds Organics Diiktiraf Organik Oleh ECOCERT, Perancis

Dr Buds Organics

1. Ia memenuhi keperluan kandungan bahan organik dan semulajadi: –

  • Sekurang-kurangnya 95% daripada jumlah bahan mesti dari asalnya semula jadi
  • Sekurang-kurangnya 95% bahan tumbuhan mestilah organik
  • Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah bahan (termasuk air dan garam) mestilah organik

2. Semua ramuan dan sumber masing-masing telah disahkan dan diluluskan oleh ECOCERT.
3. Perumusan dan kandungan produknya telah disahkan dan diluluskan oleh ECOCERT.
4. Ia tidak mengandungi bahan-bahan yang ada dalam Senarai Bahan Negatif ECOCERT: –

  • Dianggap tidak selamat, termasuk ramuan GM yang diperolehi bahan yang berasal dari haiwan,
  • Bahan-bahan yang diproses menggunakan bahan kimia
  • Bahan-bahan yang diuji pada haiwan
  • Bahan-bahan yang tidak mesra alam sekitar

5. Bahan pembungkusannya telah diluluskan sebagai mesra alam.
6. Ia dihasilkan dalam kemudahan pembuatan mesra alam. Kilang itu diperiksa dua kali setahun oleh ECOCERT.
7. Semua tuntutan mengenai bahan pembungkusan dan promosi telah disahkan dan diluluskan oleh ECOCERT.
8. Ia adalah tertakluk kepada audit yang ketat yang dijalankan dua kali setahun oleh ECOCERT, di tapak di kemudahan perkilangan untuk mendapatkan lesennya diperbaharui setiap tahun.

ECOCERT & Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff

Dr Buds Organics mematuhi polisi ketat syarikat dalam memastikan hanya bahan-bahan semula jadi dan organik boleh digunakan, tanpa bahan kimia berbahaya. Golongan selebriti juga mula menunjukkan minat terhadap produk sebegini sebagai sebahagian gerakan ‘kecantikan tanpa bahan toksik’ di mana ia telah menjadi mantra Buds Organics sejak dulu.

Rangkaian produk Buds Organics juga diiktiraf sebagai organik dan efektif seperti yang dikongsi kepada pengguna oleh ECOCERT, antara pertubuhan pensijilan antarabangsa yang mematuhi standard pengiktirafan ketat. Dengan sokongan ECOCERT, pengguna akan lebih meyakini bahawa produk-produk ini tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan hanya menggunakan bahan-bahan organik dan semula jadi yang diperakui selamat serta melalui proses pembuatan mesra alam.

Pakar Allergi & Imunologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, turut memberikan maklum balas positif terhadap keberkesanan rangkaian produk tersebut.

Dr Buds Organics Dr Buds Organics

Senarai Produk Dr Buds Organics

Acne Rescue 

• Acne Rescue Mild Cleanser 150ml – RM 75.90
• Acne Rescue Sebum Control Gel 50ml – RM 82.90
• Acne Rescue Acne Control Cream 30ml – RM 75.90

Dr Buds Organics

Easy-Clear Rescue

• Easy-Clear Rescue Soothing Cleanser 300ml – RM 69.90
• Easy-Clear Rescue Soothing Lotion 75ml – RM 79.90
• Easy-Clear Rescue Intensive Cream 50ml – RM 86.90

Dr Buds Organics

Dandruff Rescue

• Dandruff Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Dandruff Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Dandruff Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90

Dr Buds Organics

Hair Loss Rescue

• Hair Loss Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Hair Loss Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Hair Loss Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90

Dr Buds Organics

Rangkaian produk Dr Buds Organics kini boleh didapati di laman web rasminya. Ia boleh didapati di pasaran secara eksklusif di Guardian dan Hospital Pantai KL. Dr Buds Organics juga menerima sokongan dari Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

www.drbudsorganics.com
www.facebook.com/drbudsorganics

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.