Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin berkongsi tentang kafe yang mempunyai menu Indomie dan sangat sedap. Sedap itu subjektif, tapi jika anda dah biasa makan Indomie, pasti anda suka kafe ini. Selalu makan Indomie kosong aje kan? Tetapi di IndoBowl Cafe ini anda dapat makan Indomie dengan ayam goreng telur masin, chicken chop dan macam-macam lagi! Jadi, silalah baca sampai habis penulisan ruby pada hari ini ya.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Indobowl adalah kopitiam terinspirasi dari Indonesia yang bermula pada bulan September 2017. Munculnya idea itu ketika menyedari tidak ada restoran di wilayah ini memahami konsep makanan jalanan Indonesia. Di IndoBowl, pelanggan boleh berkumpul dengan rakan dan keluarga dan menikmati makanan yang enak dengan harga yang berpatutan. Hidangan dan pengkhususan IndoBowl adalah satu-satunya Indomie, di mana pelanggan dapat menemui mi yang disajikan dalam rasa dan tekstur yang berbeza.

Dekorasi IndoBowl Cafe

Saat melangkah ke IndoBowl Cafe, ruby lihat suasana amat tenang dan selesa. Susun atur kerusi meja juga teratur. Kebersihan cafe dan tandas amat memuaskan. Sebab jika membawa anak-anak, ruby memang akan mencari restoran yang mudah untuk ruby sekeluarga. Pernah ada situasi makan di restoran dalam pasaraya yang tidak mempunyai tandas dan memerlukan ruby ke tandas pasaraya. Kebiasaannya bila berlaku keadaan Adam nak ke toilet, memang ruby akan bayar bil dan terus keluar.

Ruby suka juga konsep IndoBowl Cafe ni sebab lampu tidak terlalu kelam. Jarak di antara pelanggan lain juga tidak terlalu rapat. Ada kerusi kanak-kanak. Cuma belum ada lagi pinggang, cawan dan sudu plastik untuk kanak-kanak je lagi. Hehehe

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Menu Di IndoBowl Cafe Lake Fields

Semasa ke IndoBowl Cafe, ruby perhatikan menu seperti sedikit sahaja. Mungkin itu yang paling digemari. Tetapi bila baca betul-betul menu, banyak hidangan enak disediakan. Bukan hanya Indomie, nasi goreng dan nasi putih juga ada. Harga untuk tukar ke Nasi Goreng adalah tambahan RM 2 atau Indomee RM 1. Di sini juga ada sediakan minuman bersaiz Giant. Hanya tambah RM 2.90 sahaja untuk gelas besar.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Indomie Salted-Egg Chicken RM 11.90
Ayam yang diliputi dalam kuning telur masin keemasan. Rasa sedikit pedas dan enak. Ruby suka! Cuma kena diselang seli dengan Teh O Ais Limau saiz Giant. Hahaha.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Indomie Cheese Chicken Chop RM 14.90
Chicken Chop drizzled dalam saus keju. Menu ini kegemaran Adam dan Alif sebab tidak pedas, mereka dapat makan mee dan kuah keju pun dah syok. Ayam tu biar ruby makan. Hahaha.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Set Lunch Bersama Teh O Ais

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Nasi Ayam Bawang Cili Hijau + Teh O Ais RM 10.90

Disediakan bersama nasi putih, nasi goreng atau Indomie, ayam dimasak bersama bawang dan cili hijau. Ada acar timun, telur rebus sebelah, keropok dan taugeh. Jika anda ingin menukar ke Nasi Goreng RM 2 atau Indomee RM 1

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Nasi Ayam Goreng Balado + Teh O Ais RM 9.90

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Nasi Ayam Goreng Jawa + Teh O Ais RM 8.90

RoPang – Roti Panggang

Menu RoPang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau hidangan sarapan pagi. Tetapi jangan khuatir, anda boleh nikmati RoPang sepanjang hari. Ia adalah menu setiap hari.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

RoPang Cheese ini disediakan bersama hirisan keju yang sangat murah hati dari IndoBowl. Lihatlah berapa banyak keju tu, kemudian di bahagian tengah roti panggang ada jagung manis dan chocolate rice. Enak dimakan bersama sekeluarga. Potong lapan dan anda akan dapat nikmati kemanisan jagung dan lemak keju. Roti panggang juga mempunyai tekstur lembut rangup.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

RoPang Chocolate Cheese adalah kegemaran anak-anak ruby. Apa sahaja mempunyai chocolate pasti menjadi pilihan mereka. Rasa chocolate mewah dan lemak keju yang ummmmmm membuatkan RoPang ini unik. Isi kandungan di dalam RoPang adalah jagung manis dan chocolate rice. Nyummy!

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Minuman Bersaiz GIANT!

Ya di IndoBowl ada menyediakan minuman pada saiz biasa dan pada saiz GIANT. Hanya tambah RM 2.90 untuk saiz GIANT. Minuman yang paling mendapat sambutan adalah Soda Gembira iaitu Sirap Bandung, Biji Selasih dan Soda di campur sekali. Bila dicampur, pasti rasa gembira. Haha. Kemudian Es Cendol di IndoBowl sangat unik, isi kandungannya adalah santan, cendol, gula merah dan jagung manis. Yummy! Tapi untuk ruby, ruby suka Teh O Ais atau Teh O Ais Lemon. Segar terus.

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Giant Soda Gembira RM 8.90
Giant Es Cendol RM 8.90
Teh O RM 2 (Panas) RM 3 (Sejuk)

Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe Nikmati Gabungan Indomie Di IndoBowl Cafe

Buat anda yang tercari-cari makanan untuk seisi keluarga atau untuk anda yang menggemari mee segera Indomie, datang ke IndoBowl dan nikmati sendiri hidangan gabungan istimewa ini ya. Gabungan Indomie bersama ayam telur asin, daging dendeng balado, sambal merah, makanan laut dan macam-macam lagi tersedia. Nikmati makanan popular Indonesia dan Malaysia bersama Indomie, pasti syok!

INDOBOWL KL
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL

INDOBOWL SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya

WAKTU OPERASI :
Isnin – Ahad : 10.30AM – 10PM

HUBUNGI :
indobowl@gmail.com
(019) 542-6869

www.indobowlcafe.com
www.facebook.com/IndoBowlOfficial
www.instagram.com/indobowlcafe

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.