Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

| |

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua. Assalammualaikum semua, alhamdulillah artikel kali ini amat memberi panduan kepada umat Islam yang sentiasa bercita-cita ingin menunaikan Umrah dan Haji. InsyaAllah kita semua akan kesana. Doakan ruby dapat menunaikan Umrah dan Haji ya. InsyaAllah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Seiring perkembangan semasa, teknologi semakin berkembang. Sentiasa dikemaskini. Malah keupayaan internet jalur lebar sentiasa bertambah liputan dan kelajuan. Tahniah kepada Manhajj Mutawwif kerana berjaya mencipta satu aplikasi hebat untuk memudahkan jemaah dan umat Islam. Selepas ruby tahu aplikasi ini, Ruby sudah padam aplikasi lain. Sebab aplikasi lain, tidak lengkap seperti Manhajj Mutawwif yang mempunyai pelbagai fungsi. Malah ia menjadikan lebih banyak ruang storan memori di telefon ruby.

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah

Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua-1
Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dari kiri Selebriti Shuib, Ustaz Halim Ikhsan,  En MYusof MSurid dan Wakil Manhajj

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan berkata, aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif. Selain itu jelas beliau, Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Ustaz Zainal Abidin bin Malim (Pegawai Royal Embassy of Saudi Arabia)

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah. Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj,” katanya.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 1Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 2

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 3Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 4

Senarai Manhajj Partners

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 5Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 6

E-Library & E-Sirah Tentang Kisah Nabi & Rasul

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 7Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 8

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 9Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 10

Penterjemah Suara & Pengesan Penerbangan

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 11Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 12

Waktu Solat & Kompas Arah Qiblat

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 13Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 14

Manhajj TV & Kalam Manhajj

Untuk fungsi ini, aplikasi akan memaparkan video terkini di bahagian Manhajj TV. Video tentang aktiviti Manhajj dan juga Rancangan TV Manhajj. Manakala Kalam Manhajj ibarat quotes untuk peneman kita seharian. Mungkin sisipan dari sunnah dan kisah nabi. Kata-kata hikmat ini amat membantu untuk memberi semangat kepada diri kira.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 15Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 16

Senarai Mutawwif / Mutawwifah Bertauliah & Soalan Lazim

Ruby masih tidak faham peranan Mutawwif/Mutawwifah ni, sebab ruby selalu dengar mereka panggil ustaz dan ustazah aje. Mungkin sama peranan uztaz semasa kita di bangku sekolah. Cuma mereka mahir menguruskan jemaah dari mula mengerjakan Umrah, sehinggalah pulang ke Malaysia. Mereka ibarat pemandu pelancong, tetapi lebih dekat dengan kita. Sebagai contoh untuk Mutawwifah akan menjaga wanita yang sedang cuti haid dan orang tua. Kawasan mana yang boleh dilawati dan apa perlu buat. Begitu juga Mutawwif untuk jemaah lelaki, membantu 100% walau apa keadaan sekali pun. Jadi, penting adanya Mutawwif/Mutawwifah bertauliah agar dapat menjaga kita sebaiknya. Memberi rasa cinta kepada kepada Rasulullah. Sentiasa mengingatkan kita apa doa boleh dibaca. Bercerita tanpa rasa bosan. Pasti anda sebagai jemaah akan happy dan ingin kembali ke tanah suci. InsyaAllah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 17Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 18

Ilmu Tentang Wanita

Fungsi ini paling menarik, ini kerana sebagai wanita adalah wajib untuk menyimpan tarikh kitar haid. Ada kalanya kita terlupa bila akan datang haid. Tetapi apabila kita menunaikan ibadah Umrah / Haji pasti kita tidak mahu terlepas dari menunaikan ibadah di sana. Maka, rancang perjalanan penerbangan dan Umrah sebaiknya. Jenis darah juga dapat ditentukan dengan warna tertera. Ia boleh dijadikan rujukan untuk jemaah wanita. InsyaAllah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 19Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 20

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 21Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 22

Fungsi “Panic Button”

Aplikasi Manhajj juga mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.

Daftar Umrah Melalui Aplikasi Manhajj, Deposit Serendah RM 300

Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah

Informasi Berguna Tentang Umrah

soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah. Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 23Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 24

Pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna. Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi. Muat turun sekarang!

4 Negara Rebut Juara Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Penerbitnya, Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Menandatangani MOU diantara NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd dan Manhajj. Dari kiri En Mohd Fazli Basaruddin (Pengurus Besar NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd), YBhg Dato’ Zamri bin Yaakob (Pengerusi NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd), Wakil dari Manhajj, Ustaz Halim Ikhsan dan En MYusof MSurid

Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.

“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat di sini hari ini.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Ustaz Abd Halim Bin Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Brothers Sdn. Bhd.

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya.

Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Pemenang Manhajj Mutawwif Musim Pertama

Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

www.facebook.com/manhajjmutawwif

www.manhajjmutawwif.com

play.google.com/manhajj

Previous

A guide to styling and making Dispatch your own

Botaneco Garden Organic Chia Seed & Honey

Next

20 thoughts on “Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua”

  1. Zaman sekarang ni dah dipermudahkan dari pelbagai perkara kan.
    Termasuklah urusan yang macam ni.
    Dengan adanya apps ni, in shaa Allah ianya dapat membantu pengguna.
    Tak perlu nak risau sangat kan..

  2. Kita dah muat turun aplikasi Manhajj ni mana tahu tahun akan datang dapat seruan untuk tunai umrah lagi Aminnn doakan kita. Rancangan Manhajj Mutawiff ni pun kita sempat tengok satu episod sangat bagus membantu dan penyampaian yang sempoi…

  3. Bagus la semua skrg dihujung jari .banyak pihak yang mewujudkan portal online untuk kemudahan…eh..lepas ni boleh la akak daftar Umrah…company ada bagi hadiah sempena 10 tahun perkhidmatan…akak nak download la apps ni

  4. Bagusnya aplikasi nie sebab ada penterjemah tu. Senang kalau sejenis yang reti macam Rawlins. Syukur ada aplikasi nie
    memudahkan urusan semua orang. Dan yang penting, boleh cari pakej umrah yang legal untuk mengelakkan dari ditipu kan.

  5. wahhh ini satu aplikasi yang bagus untuk panduan semua umat islam di luar sana. lengkap semuanya. malah warna darah haid juga ada diajar dalam apps tu. kadang kita rasa macam dah tahu pasal asas ilmu keislaman nie, tp sebenarnya banyak lagi yg perlu kita belajar. apps nie pon nampaknya sangat bagus untuk muallaf juga. boleh mereka jadikan panduan utk mendalami islam.

  6. Bagus kan sekarang semua pakai apps, memudahkan pengguna. Sebab install je semua ada dalam tu. Bagus apps ni membantu para jemaah nanti. Macam-macam ada dalam app ni..huishh..Lagi panic button tu..

  7. Bagus app ni sebab memudahkan para jemaah umrah nk dapatkan panduan. Mak ayah akan ke umrah tahun depan, Nak suruh download app ni. Mudah dan boleh jadi panduan dieorang nanti kat sana.

  8. zaman teknologi sekarang semua bnde kne ikut peredaran masa..memang sgt membntu aplikasi ini utk kawn-kawan yg nak pergi umrah. semoga apliksi manhajj mutawif ini menjadi pilihan semua orang.

  9. Berguna sangat untuk orang yang nak pergi umrah ke haji ke. Ye la kan, kadang-kadang even dah pergi kursus haji semua tu, masih ada yang blur blur tak tahu. Kalau rasa macam confused ke ape, boleh refer dekat apps ni. Senang

  10. Alhamdulillah.. ada juga app yang boleh menbantu jemaah kita ketika umrah dan haji.. bukan apa kadang2 kita musykil atau tersesat dekat sana.. selain itu ada info2 berguna mengenai islam

  11. Terbaik la apps Manhajj ni..cukup berguna untuk jemaah haji..Sapa punya idea bijak sebegini kan. InsyaAllah teknologi akan memudahkan urusan jemaah kita di sana. Mungkin juga apps ni ada potensi untuk diperkenalkan kepada jemaah luar negara lain. Good business!

  12. Haritu emi ada terbaca jugak tentang aplikasi ni. memang sangat bermanfaat untuk kita semua. Tapi emi tak download lagi pun, sebab memori fon penuh. Nanti nak war2kan kepada family, semoga bermanfaat untuk mereka juga.

  13. Alhamdulillah… Nina baru download, setuju dengan Ruby. Bagusnya apps ni . Seiring teknologi, Apps ini sangat memudahkan pengguna , boleh tengok dari handphone jer untuk berurusan dan info lain.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.