Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER. Assalammualaikum semua! Dalam tempoh kurang seminggu dari sekarang, dua kumpulan idol K-Pop yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment, iKON dan WINNER akan berada di Malaysia. Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro itu akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), pada pukul 6 petang. Masih ingat artikel rubyKonsert K-POP iKON Dan WINNER Bakal Berlangsung Oktober 2018. Sekejap je dah mula konsert!

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi pertama dua kumpulan idol itu untuk menjayakan konsert mereka di Asia Tenggara. Tidak dinafikan peminat kumpulan iKON dan WINNER yang digelar iKONIC dan INNER CIRCLE pasti teruja untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka secara langsung selepas melihat foto-foto menarik konsert idol kesayangan masing-masing sewaktu di Seoul dan Taipei.

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Untuk memudahkan peminat pergi ke konsert, penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati.

iKON dan WINNER Merchandise

Barangan rasmi iKON dan WINNER akan turut dijual di kios yang disediakan sepanjang tempoh konsert berlangsung bagi membolehkan peminat memiliki cenderamata kenanganan kumpulan idol masing-masing.

iKON 2018 CONTINUE TOUR in Kuala Lumpur WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR in Kuala Lumpur

Selain itu, iKONICS dan INNER CIRCLE juga berpeluang menonton persembahan terkini kumpulan kesayangan masing-masing dan menyanyi bersama-sama menerusi lagu hit mereka. iKON, yang baru meraikan ulang tahun ketiga penubuhan kumpulan tersebut, membuat penampilan kedua di Malaysia, manakala WINNER pula baru pertama kali mengadakan konsert di sini.

Tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) telah HABIS dijual, sementara tiket yang masih boleh dibeli adalah pada harga RM693 (Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu).

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my. Setiap pembelian tiket akan mendapat poster rasmi sebagai tanda penghargaan. Konsert K-Pop yang diadakan dua hari berturut-turut di Malaysia membuktikan pihak MacpiePro sentiasa berusaha memenuhi kehendak penonton untuk menikmati MUZIK TANPA TEKANAN dengan menawarkan harga tiket berpatutan kepada peminat yang berumur bawah 18 tahun.

Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER pula dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Barang-Barang Yang Dilarang

Konsert K-POP iKON Dan WINNER

Pesanan untuk anda yang akan hadir ke Konsert K-POP iKON Dan WINNER, pastikan anda tidak membawa barangan larangan! Jumpa anda semua pada sabtu dan ahad ini!

www.macpiepro.com
www.facebook.com/MacpiePro
www.instagram.com/macpiepro

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.