Philips Airfryer XXL Tampil Dengan Dua Teknologi Baharu

Philips Airfryer XXL Tampil Dengan Dua Teknologi Baharu. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang produk baru dari Philips. Kali ini pasti ramai ibu bapa akan membeli. Sebab Philips Airfryer tampil dengan saiz XXL. Macam saiz baju pula kan. Hahaha. Tapi serius ia lagi mudah untuk anda yang seperti ruby yang suka masak seekor ayam, menggoreng untuk 6 orang dan boleh masak apa sahaja. Ruby kalau ada Philips Airfryer XXL ni mesti masak nasi ayam hari-hari. Hahaha. Sebab dah tidak perlu menggoreng dalam minyak yang banyak! Kemudian boleh sediakan ikan salmon grill terus. Tak perlu dah guna oven. Sekarang ni, kalau bleh nak kurangkan peralatan elektrik di dapur. Sebab jarang guna. Haha

Philips Airfryer XXL Tampil Dengan Dua Teknologi Baharu

Cara Lebih Sihat Untuk Menggoreng Dengan Airfryer XXL. Philips Viva Collection Airfryer XXL – Airfryer paling berkuasa pernah dihasilkan, adalah peralatan pertama menggabungkan Teknologi Turbostar Berkembar dan Teknologi Penyingkiran Lemak yang menawarkan pengalaman menggoreng lebih Besar, lebih Menyihatkan dan lebih Baik. Makanan yang diproses mungkin mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi. Kesannya terhadap kesihatan dapat dilihat apabila 47.7% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di mana berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular, iaitu punca kematian nombor satu rakyat Malaysia tahun demi tahun.

Philips Airfryer XXL

Lebih besar – Masak lebih banyak hidangan enak

Peralatan yang perlu dimiliki untuk menyediakan hidangan yang enak lagi menyihatkan di rumah ialah Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan anda memasak hidangan untuk seisi keluarga. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar anda dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Anda tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang! Anda boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini.

Philips Airfryer XXLPhilips Airfryer XXL Philips Airfryer XXL

Lebih menyihatkan – Menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak

Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa. Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

Philips Airfryer XXLPhilips Airfryer XXL

Anda boleh memanggang seekor ayam bulat sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa serta jusnya. Gemarkan kentang goreng? Dengan menggunakan Airfyer, anda tidak lagi perlu menggoreng kentang menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak. Selain itu, rumah anda juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.

Lebih baik – Pelbagai guna dan memudahkan

Bagi mereka yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Philips Airfryer XXL Philips Airfryer XXLKepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan anda memasak dengan lebih cepat. Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna anda tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada anda memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80?C hingga 200?C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan.

Philips Airfryer XXLUntuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Anda boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android anda.

Philips Healthy Eating, Healthy Living Roadshow Di IPC

Sempena Hari Jantung Sedunia 2018, Philips Malaysia sedang menganjurkan pameran ‘Philips Healthy Eating, Healthy Living’ pada 2 hingga 7 Oktober 2018 bertempat di Atrium Tingkat Bawah, IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara. Dapatkan Philips Viva Collection Airfryer XXL anda pada harga promosi RM1,499 di sini dan terima seutas gelangtanganpintar MiBand 2 bernilai RM109 secara percuma bagi membantu anda untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas!

Philips Airfryer XXL

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di jerayawara berkenaan, yang pastinya akan menginspirasikan anda untuk mengamalkan gaya hidup serta diet yang lebih sihat. Kenali dengan lebih dekat dan dapatkan produk Philips yang berinovasi, rakamkan detik menarik anda di sana di Instagram, atau lakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Terdapat beraneka gerai yang menawarkan pelbagai permainan yang menyeronokkan di mana anda boleh mengumpul mata untuk menebus barangan menarik.

Harga Philips Airfryer XXL

Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Philips Airfryer XXLUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkain produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Philips Airfryer XXL Tampil Dengan Dua Teknologi Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.