ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata. Assalammualaikum semua! Ya hari ini ruby ingin berkongsi tentang peranti baru. Ia amat diperlukan oleh kita semua! Jika dahulu, projektor hanya berada di bilik mesyuarat dan tersimpan rapi di dalam stor. Kini, anda boleh ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih kemana-mana sahaja! Satu set lengkap mengandungi Projektor M1, kabel kuasa, kabel jenis USB, alat kawalan jauh, beg projektor dan buku panduan permulaan ringkas. Ruby telah mencuba projektor ini. Sangat sesuai untuk kita semua, jika anda seorang bekerjaya. Boleh gunakan ketika mesyuarat di luar. Jika anda suka main permainan video dan tonton bola, anda boleh sambungkan HDMI dan USB Jenis C. Tonton bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Mudah kan?

ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

Sebagai ibu, ruby cuba sedaya upaya memberi keselesaan sepenuhnya di rumah. Supaya anak-anak dan suami seronok berada di dalam rumah. Dengan keadaan sosial dan hiburan di luar, ruby inginkan anak-anak dan suami sentiasa berada di rumah. Pulang ke rumah untuk bermain permainan video, menonton bola sepak FIFA World Cup, menonton filem dari telefon pintar dan tonton video keluarga yang ruby sunting agar kami sentiasa lebih rapat.

Untuk menjaga keluarga, hiburan dan ikatan siratulrahim perlulah seiring. Disamping menjaga akademik pelajaran, cara kita memberi hiburan juga penting. Sebab di awal usia anak-anak, mereka lebih tertumpu untuk mendengar nyanyian dan menonton kartun comel. Pembesar suara ViewSonic M1 LED Projektor mempunyai pembesar suara dual Harman Kardon. Tidak perlu sambung dengan pembesar suara lain. Malah boleh dibawa kemana-mana.

Kebiasaanya kanak-kanak dia teruja dengan cara projektor berfungsi, pelbagai soalan ruby terima dari Adam dan Alif.

“Ibu macam mana dari telefon ibu boleh keluar gambar dekat dinding?”

“Ibu macam mana boleh ada suara keluar dari projektor? Adam tengok dekat school tiada suara pun teacher punya projektor color white?”

“Ibu kenapa lampu keluar depan projektor warna white tetapi di dinding ada movie”

“Ibu why projektor ni so small?”

Hahaha, maka banyak soalan seterusnya dari anak-anak ruby. Siap dia pegang pusing sana sini dan setiap kali itulah cahaya dari M1 LED Projektor akan “auto blank” dan menjaga mata dengan fungsi Eye Protection. Bagus kan?

Pelancaran ViewSonic M1 LED Projector

Untuk memenuhi kehendak pelanggan yang kian bertukar, ViewSonic Corp., peneraju global dalam bidang produk visual terkemuka, kini mempamerkan inovasi terkini mereka, projektor ultra-mudah alih LED M1 dengan speaker harman/kardon® terbina-dalam. Dengan mobiliti dan kemudahan menjadi salah satu ciri utama pemenang iF Product Design Award ini, projektor ViewSonic M1 ultra-mudah alih ini membolehkan pengguna mengakses hiburan di mana jua lokasi pilihan mereka.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Sumber Lampu LED Lanjutan

Projektor ini menggunakan teknologi LED keadaan pepejal terkini yang bebas merkuri dan tanpa lampu, menawarkan penyelesaian projektor bebas penapis yang lebih hijau dan hijau. Sumber cahaya LED menyediakan lebih daripada 30,000 jam penggunaan * sambil memakan kurang daripada separuh kuasa TV LCD biasa, dengan itu menurunkan jumlah pemilikan penuh anda.

* Lifetime Lightsource mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan sebenar dan faktor-faktor lain.

Bateri Terbina dan Penyimpanan Dalaman 16GB

Untuk hiburan di mana sahaja, ViewSonic M1 adalah pilihan terbaik dengan bateri terbina- dalam yang menjanjikan kuasa sehingga enam jam*, 16GB memori terbina dalam, dan teknologi LED yang tahan sehingga 30,000* jam penggunaan berterusan. Sifat mudah-alih projektor ViewSonic M1 mewujudkan pengalaman menonton yang fleksibel bagi individu dan keluarga. Lihatlah ruby bermain permainan video menggunakan M1 LED Projector. Nampak jelas dan puas.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Projektor 360 darjah dengan Smart Stand

Smart Stand yang bersepadu menyediakan persediaan 360 putaran darjah mudah, membolehkan projektor diletakkan di kedudukan yang berbeza pada hampir mana-mana sudut. Smart Stand juga berfungsi sebagai penutup lensa yang secara automatik mematikan projektor apabila ditutup, dan secara automatik kuasa pada projektor apabila dibuka.

Projektor M1 ini mempunyai kecerahan sehingga 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Smart Stand yang diintergrasikan membolehkan paparan 360-darjah, dimana pengguna boleh menayangkan multimedia mereka di dinding kosong ataupun pada siling.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

M1 secara automatik akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta-merta apabila lensa dibuka. Sistem keselamatan terbina-dalam akan menutup lensa buat sementara apabila objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Pengguna juga boleh menikmati imej sempurna di setiap sudut dengan sistem keystone automatik yang membetulkan imej yang diunjurkan oleh M1.

Pembesar Suara Dual Harman Kardon

Nikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan dwi-speaker harman/kardon® yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah. Ia sesuai untuk musik dan wayang di rumah mahupun di jalanan. Dengan satu butang, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon®, bersiap-sedia untuk memain-balik fail audio berkualiti tinggi.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Sambungan USB Type-C, HDMI dan MicroSD

M1 juga memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah dengan menggunakan pacuan microSD yang terbina-dalam, sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C, Audio keluar dan HDMI. Sambungan USB Jenis-C M1 membolehkan pengguna untuk strim video, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada. Sesi permainan video juga lebih seronok kerana ianya boleh diunjurkan ke saiz yang lebih besar. Pengguna boleh menyimpan terus fail media ke dalam storan 16GB terbina dalam untuk dimain-balik semula dengan mudah.

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Harga Dan Spesifikasi ViewSonic M1

M1 kini berada di pasaran pada harga RM1,349 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah. Untuk berita lanjut dan informasi mengenai ViewSonic, lawati ViewSonic.com/my dan ikuti kami di Facebook

ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra  ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra ViewSonic M1 LED Projector Bersaiz Ultra 

Official Lazada Shop: http://bit.ly/ViewSonicM1Lazada
Official ViewSonic M1 product page: http://bit.ly/ViewSonicM1

www.facebook.com/ViewSonicMalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “ViewSonic M1 LED Projektor Mudah Alih Melindungi Mata

    ibu pantang

    (Oct 7, 2018 - 3:06 pm)

    sebiji macam screen wayang kalau tengok dalam bilik tido kan…model ni mmg laku keras sis sebab banyak permintaan kalau tengok yang ada jual dekat luar tu semua tak sesuai utk fmly kebanyakkan untuk kerja aje…yang model ni mmg mesra fmly..jimat duit beli tiket wayang hahahaha..
    ibu pantang´s last blog post ..7 Tips Ajar Anak Hafaz Surah Dalam Al-Quran Dari Farah LeeMy Profile

    Hanny Abdullah

    (Oct 6, 2018 - 9:51 pm)

    Menarik sangat projetor ni, kecik dan mudah betul kalau nak bawak ke mana-mana. Anak sis sukalah ni, boleh dia tengok movie dan main game dalam bilik dia, tak le asyik2 tengok cerita mama je..hehehe.
    Nampak gaya kena menyimpan le kalau nak dapatkan satu ni

    adianiez AIDA

    (Oct 6, 2018 - 11:41 am)

    nanti nak jengah lazada la, ruby.
    ada inform asben aida pasal ni. masa baca status fb ruby ari tu, yg ruby dok atas katil tu 🙂 hi hi hi…
    dia berkenan. dia lecturer kan. so perkara gini memang menarik perhatian dia.
    aida terfikir utk bwk benda ni time holiday jer, ruby. asben kaki donlod movie. so, tgk kat wall hotel, wow!!!
    mcm wayang gitu ekk 🙂 hmmmmm nanti la, terjah lazada dulu hi hi hi hi…

    Liez

    (Oct 6, 2018 - 7:23 am)

    Comelnya projector viewsonic tu. Liez suka klau brg kecil ni sebab tak makan space. Satu lagi bagus sebab tak merosakkan mata seperti tengok dr tv.. kalau dapat ni memang letak dalam bilik la hihihi

    Mawardi

    (Oct 6, 2018 - 5:56 am)

    Rugi betol tak beli m1 portable projektor ni tempohari. Memang menarik betol. Sangat sesuai kalau orang yg jenis bnyak buat presentation. Share haritu pon ramai yang tanya. Nanti nak beli lah satu.

    Zharif Azis

    (Oct 6, 2018 - 2:18 am)

    wow sekarang dah ada projector saiz mini. ini satu invensi yang sangat bagus. senang untuk dibawa dan boleh dipancarkan dekat mana2. siap lengkap dengan speaker pulak tu. kalau dapat satu kt rumah nie, nampak gayanya mcm tak tidolah gamaknya. manjang movie je. hahaha

    Kinah

    (Oct 6, 2018 - 12:32 am)

    Wah bila ada gajet macam ni kat rumah tak payah dah nak pergi tengok wayang kat luar tambah pulak ada anak kecik ni memang tak dapat la nak tonton wayang kat luar. Cikgu- cikgu mesti suka dengan saiznya yang lebih kecil senang la nak simpan dalan beg tak macam zaman dulu punya besar gedabak

    Nina Mirza

    (Oct 5, 2018 - 11:44 pm)

    Alahai… Comelnya soalan Adam ngan Aliff. Bijak bijak! Menarik laaaa boleh bawak travel, palong suka sebab ianya melindungi mata. Tak laaa risau luangkan masa bersama anak² – marathon tonton movie ? hehee
    Nina Mirza´s last blog post ..Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYETMy Profile

    Angel

    (Oct 5, 2018 - 11:39 pm)

    Looks so high tech! maybe should recommend my husband to consider it for the office use 😀

    Mahamahu

    (Oct 5, 2018 - 9:44 pm)

    Ala comelnya produk projektor ini memang sesuai untuk kita ni yang memang kaki tonton movie kat rumah secara online hehehehe… Hari tu ada juga ayah kita cari projektor kecil macam ni nak buat tayangan untuk kenduri senang bila malam orang ramai tayang movie jer best juga good idea…
    Mahamahu´s last blog post ..Beli Sekarang Banquet Set Menu Dan Bufet Makan Malam Tahun Baru Cina Di SDCC Dengan Harga MurahMy Profile

    Syaza Redzuu

    (Oct 5, 2018 - 2:57 pm)

    Waa LED projector mudah alih! Omg! I guess every office should have this. Nak buat presentation dekat mana2 pun senang. Woohoo nice entry sis Ruby!
    Syaza Redzuu´s last blog post ..FIRST TIME TRAVELLER : JOM TERJAH KOREA! (TIPS TRAVEL MUDAH)My Profile

    akubiomed

    (Oct 5, 2018 - 2:54 pm)

    Teringat zaman Samsung pernak keluarkan Smartphone boleh convert jadi mini Projektor. Bagus ada mini Projektor mini dari Viewsonic yang mudah alih dan senang dibawa.

    kylie cre8tone

    (Oct 5, 2018 - 2:13 pm)

    Looks like it’s a great product.. to hv this kind of projector at home… it’s great to protect eyesight.. great for adults, great for kids…. Let’s get a m1 led projector and start movie-ing.. haha~
    kylie cre8tone´s last blog post ..Vinda Deluxe Unveils ‘Stay Strong Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita’ CampaignMy Profile

    Abby Onety

    (Oct 5, 2018 - 2:08 pm)

    Ada yang baru rupanya ya. ViewSonic M1 LED Projektor yang Ruby kenalkan nih rupanya bakal di minati banyak orang sebab punya keunggulan lebih dibanding projector yang lain.

    Lebih senanglah pakenya. Abby coba rekomendasikan ke sekolah twmpat Abby ngajar sebab projector yang boasa Abby pakai lampu so kurang bagus.

      Ruby

      (Oct 5, 2018 - 3:02 pm)

      Ohhhh ya projektor ini lagi disukai para guru. Malah setiap guru boleh memiliki dan menjaganya sendiri. Simpan aje di dalam bag heheh

    Qeela

    (Oct 5, 2018 - 1:08 pm)

    waa mcm best jee projector ni! geram pulak rasa bila baca specifications dia yang ada tu, gatal tangan rasa nak beli hehe. Bagus betul dia ada fungsi eye protector, pelbagai jenis sambungan, smart stand semua tu, sgt memudahkan pengguna. Best ni kalau ada satu set sendiri, especially jenis kaki movie, lagi insomnia la tak nak tidur nak layan movie je keje nnt hehe.
    Qeela´s last blog post ..Fernleaf Milk : What Makes It 100% Trusted Goodness?My Profile

      Ruby

      (Oct 5, 2018 - 1:12 pm)

      Hahaha insomnia tu betul. Kalau bujang mesti layan drama Korea sampai dua hari tak tidur sebab nak habis kan. Macam akak dulu la. Hahaha. Sekarang dah berkeluarga, akak takleh pi tengok wayang di shopping mall sebab anak kecik tiada siapa mau jaga. So tengok wayang kat rumah je le. Hehe

    Suria Amanda

    (Oct 5, 2018 - 12:15 pm)

    Wah best ni ada mini projector macam ni..nak tengok movie ramai-ramai kat mana-mana pun boleh..even kat bilik tido pun bleh pasang utk lekakan anak2 sebelum tido kan..size pun kecik je boleh letak dalam backpack..sekarang macam2 gadget canggih yang memudahkan kita kan…

      Ruby

      (Oct 5, 2018 - 1:01 pm)

      Betul kak. Sekarang semua dah saiz yang kita mudah bawa dan kegunaan seisi keluarga. Tidak tertumpu kepada kegunaan kerjaya semata-mata. Jadi, boleh manfaatkan gadget dengan lebih luas. Hehe

    Sherry

    (Oct 5, 2018 - 12:06 pm)

    glad you sharing on this, so easy now with this projector. I like its travel size easy to carry and sure my dear like to know more of this!

    Syafiera Yamin

    (Oct 5, 2018 - 12:05 pm)

    menarik untuk orang kaki wayang bolehlah beli benda ni satu, macam I cukuplah mengadap benda lagha hari hari :(((…
    tapi very small la tu kalau bawa masuk pergi hutan ke bawa pergi picnic pun okay gak, at least bebudak leh dok diam kalau buka rancangan kegemaran dorang ni a ahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.