Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer. Assalammualaikum semua! Wah kali ini ruby ingin berkongsi tentang peraduan terkini yang bakal menarik perhatian kita semua yang bergelar influencer. Hehehe. Mana la tahu kot ada rezeki ke kan? Join aje! Setakat hari ini, 500 penyertaan ruby dapat lihat pada cabaran pertama. Fuhh gigih la nak pilih 50 orang Influencer. Ruby pun join. Doakan ruby ya!

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

Watsons melancarkan pencarian besar untuk Influencer Sosial Terbaru Malaysia dengan tawaran hadiah menarik dan lumayan! Watsons Malaysia baru sahaja melancarkan pencarian Top Influencer Malaysia dengan cabaran minggu pertama bermula pada 4 Oktober. Para peserta perlu ikuti Instagram @watsonsmy & @ohbulanofficial untuk mengetahui apakah tugasan yang perlu dilaksanakan. Setiap tugasan akan diumumkan oleh selebriti terkenal dan ikon fesyen tanahair iaitu Scha Alyahya. Sebanyak tujuh cabaran perlu dilaksanakan sebelum final.

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

Satu pemenang akan dipilih dan akan mendapat kontrak selama 12 bulan bersama Watsons Malaysia. Peserta juga akan dibimbing oleh penggiat sosial terkemuka di Malaysia, iaitu Scha Alyahya yang mempunyai 6 juta pengikut di media sosial. Scha Alyahya juga akan menjadi panel hakim pada peringkat akhir pemilihan pemenang.

“Berdasarkan data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadar penggunaan telefon mudah alih di Malaysia mencecah 132.9%. Manakala menurut survei Pengguna Internet 2017, Influencer pasti dapat menjangkau pengguna Malaysia, diantara aktiviti atas talian yang sering digunakan adalah teks komunikasi (96.3%), melayari media sosial (89.3%) dan mendapat maklumat (86.9%). Daripada mereka yang melawat laman rangkaian sosial, 97.3% mempunyai akaun Facebook, diikuti oleh Instagram (56.1%), kata tinjauan itu. Oleh itu, pencarian bintang media sosial adalah perkara inovatif untuk melakukan sekarang. Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Watsons akan sentiasa berada di dalam barisan inovasi, “kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

“Kemahiran bercerita dan berkongsi oleh Influencer dalam melakukan video tutorial dan penyiaran produk Watsons yang terpilih akan menjadi sebahagian daripada kriteria penghakiman. Oleh itu, di Watsons kita ingin memberi peluang kepada para Influencer untuk berkongsi foto dan cerita mereka untuk memberi otentik pengalaman dengan jenama kami, “kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia.

“Saya tidak sabar untuk menjadi mentor kepada Influencer ini agar menjadi Watsons Malaysia’s Top Influencer. Ia akan menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan oleh para peserta dan Watsons juga! “kata Scha Alyahya.

Hadiah Pemenang Utama Watsons Malaysia’s Top Influencer

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

  1. RM10,000 tunai
  2. Mata Ganjaran Watsons bernilai RM20,000
  3. Produk bernilai RM10,000 daripada Watsons
  4. Dilantik sebagai Watsons Key Opinion Leader rasmi selama setahun, muncul di iklan televisyen komersial Watsons dan juga dalam papan iklan Watsons di seluruh negara
  5. Muncul dalam video di portal seperti Oh Bulan!, Says, Vocket dan banyak lagi!

Pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer

Semasa pelancaran kempen Watsons Malaysia’s Top Influencer, lebih daripada seratus tetamu termasuk penyokong sosial utama menghadiri acara ini. Beberapa aktiviti media sosial diadakan, penampilan selebriti, dan hiburan. Turut hadir ialah Caryn Loh, Urusan Pengarah Watsons Malaysia, Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Scha Alyahya, Amber Chia dan Johanis.

Cabaran Minggu 1 (4 Oktober 2018)

 

 

View this post on Instagram

 

[Cabaran 1] Kini bermulalah cabaran pertama yang korang nanti-nantikan untuk Watsons mempersembahkan Malaysia’s Top Influencer!! So untuk cabaran ni sangat senang, korang hanya perlu post gambar menarik/kreatif yang melambangkan karakter diri korang. . Untuk caption, korang kena describe kenapa korang nak sangat jadi ‘Watsons Malaysia’s Top Influencer’ beserta hashtag #watsonsmti. . Tag Instagram @ohbulanofficial dan @watsonsmy dan make sure FOLLOW Instagram kiteorg sekali tau! Pastikan akaun korang di tetapan “Public”. Kami akan memilih 50 orang yang bertuah untuk ke cabaran seterusnya! . Hadiah Wang Tunai Serta Hadiah Menarik Menanti Berjumlah Sehingga 40k Juga Pelaburan Promosi dan Pengiklanan Sehingga RM5Juta bakal dimenangi! . . Tarikh tutup pada 8 Oktober 2018. Good luck korang! #watsonsmti #watsonsmy#Watsonsmalaysia #ohbulan

A post shared by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

 

View this post on Instagram

 

Ruby nak jadi Watsons Malaysia’s Top Influencer kerana ruby tahu bahawa untuk menjadi seseorang yang sentiasa diikuti amatlah mustahil jika ruby tidak berkongsi apa yang ruby lakukan secara aktif dan konsisten . Seorang influencer adalah individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan orang lain kerana ilmu pengetahuannya, hubungannya dengan pengikutnya dan latar belakangnya . Di Watsons, Ruby dapat mencari pelbagai produk yang diperlukan. Malah sebagai ahli Watson Elite ruby dapat kumpul banyak mata ganjaran. Beli produk jenama Watsons dapat 5x mata ganjaran. Sekarang bulan Oktober adalah bulan hari lahir ruby. Ruby dapat 10x mata ganjaran semasa membeli belah! Best kan? Yayyy . Sebagai influencer, ia tidak membataskan ruby untuk berkongsi tentang apa sahaja. Travel tempat menarik, trend fesyen, produk kecantikan terkini, makanan viral, berkongsi perkembangan anak-anak, kisah ibuhood, menyertai larian untuk kekal cergas dan macam-macam lagi. Sebagai influencer, kita harus berani mencuba sesuatu walaupun pada hakikatnya kita tidak berani atau tidak makan pedas. Hehe . Berkongsi gambar, video & aktiviti di sosial media dan blog memberi ruby kepuasan apabila mendapat respon positif / negatif dari netizen. Terima kritikan dan ambil setiap komen sebagai penaik semangat . @watsonsmy @ohbulanofficial @introducingmy #watsonsmti #watsonsmy #watsonsmalaysia #ohbulan #introducingmy #1stcabaran

A post shared by RABIATUL ADAWIYAH (@rubydotmy) on

Cabaran Minggu 2
Cabaran Minggu 3
Cabaran Minggu 4
Cabaran Minggu 5
Cabaran Minggu 6
Cabaran Minggu 7

Hashtags rasmi untuk pencarian Watsons Malaysia’s Top Influencer adalah #Watsonsmti dan #Watsonsmalaysia. Ikut akaun Instagram @WatsonsMy dan @ObBulanOfficial dan Akaun Facebook Watsons Malaysia dan Ohbulan untuk turut serta dalam pencarian.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.