200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah Jakel terus memberi pulangan kepada pelanggan setianya. Membeli belah di Jakel tidak rugi, kerana kita akan dapat pulangan balik. Ruby sentiasa ikuti Jakel di sosial media dan mendapati mereka sangat aktif memaklumkan apa sahaja peraduan dan jualan murah yang sedang berlangsung. Jadi, kita tidak ketinggalan!

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Jakel adalah 100% syarikat Islam bumiputera dan melakukan peraduan dan jualan murah demi amal jariah dalam CSR. Sebanyak RM 1.5 juta cabutan bertuah wang tunai berlangsung di sosial media dalam bentuk kuiz. Manakala RM 1.3 juta cabutan bertuah utk 200 jemaah umrah yang bertuah. Mereka menerima pakej Umrah bernilai RM 6,500 yang di tanggung sepenuhnya oleh Jakel. Subhanallah maha suci Allah. Beruntungnya 200 orang pelanggan setia Jakel ni. Mereka akan bertolak menunaikan Umrah bermula bulan Januari 2019 secara berperingkat.

Jakel Trading merealisasikan impian seramai 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA bagi memenuhi hasrat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah. Selain itu pemberian mock-up cek turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd bagi simbolik kepada majlis ini.

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma
Dari kiri Datuk Hj Mohamed Nizam Bin Mohamed Jakel, Tuan Hj Salim bin Salleh; Pengarah urusan Al Khatiri Group, Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Group Managing Director of Jakel Group of Companies dan En Hj Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel sewaktu menyerahkan mock-up cek.

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Jakel masih mengekalkan pembelian eksklusif RM 1000 untuk melayakkan pelanggan menyertai Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018. Ini kerana Pakej Umrah adalah eksklusif untuk seluruh umat Islam. Jakel bersungguh ingin memberi, maka pelanggan juga perlu bersungguh untuk menang. InsyaAllah. Sepanjang 30 minggu peraduan berlangsung, sebanyak 50,000 penyertaan pihak Jakel telah terima.

Penyertaan dari seluruh cawangan Jakel iaitu dari Jakel Mall, Jakel PWTC, Jakel Shah Alam, Jakel Sungai Besar, Jakel Johor Bahru, Jakel Batu Pahat, Jakel Segamat, Jakel Ipoh, Jakel Tanjung Malim, Jakel Senawang, Jakel Melaka, Jakel Kuantan, Jakel Kubang Kerian, Jakel Alor Setar, Jakel Sungai Petani, Jakel Kota Kinabalu, Jakel Terengganu. Ada juga penyertaan tidak lengkap dari peserta dan terpaksa cabut undi lagi sekali. Jadi, tiada siapa tahu tuah anda, mungkin tuah anda di Jakel. Tahun lepas pihak Jakel berjaya menghantar 80 pelanggan bertuah menunaikan Umrah. Tahun ini 200 orang, dan insyaAllah tahun 2019 / 2020 juga 200 orang pelanggan bertuah. Bermaksud 100 pasangan.

Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat Kepada 200 Pemenang Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Penganjuran majlis ini adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Pada Jualan Akhir Tahun 2017 yang Iepas, Jakel meneruskan kempen PERADUAN BELI & MENANG dengan memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah UMRAH selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu.

Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000 keatas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Tanggungjawab CSR Jakel

Perlaksanaan penganjuran kempen peraduan ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu, Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma 200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah, dimana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam, ini membolehkan Jakel membantu untuk membawa pelanggan bertuah mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Selain itu, Jakel turut memberi sumbangan tanpa pengetahuan media. Seperti pada bulan Ramadan, pihak Jakel memberi pakaian kepada OKU, asnaf-asnaf dan pusat tahfiz demi jihad ekonomi kepada masyarakat beragama Islam.

Al Khatiri Group Menjaga Kebajikan Jemaah Umrah

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Salim bin Salleh; Pengarah urusan Al Khatiri Group bersama warga kerja Al Khatiri yang lain. Al Khatiri beri pakej selesa iaitu jarak hanya 50 meter dari masjidil haram dan masjid nabawi kepada jemaah Umrah.

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Tips & Motivasi Menunaikan Umrah

  • Mulut jangan celupar
  • Jangan sia-siakan masa selama berada di sana
  • Tambah ilmu menunaikan Umrah. Hafal surah an doa
  • Jangan lepas kan peluang melawat tempat bersejarah
  • Set tujuan dan misi beribadah

Tips Ubat & Kesihatan

  • Bawa panadol atau ubat yang diperlukan. Sediakan untuk sepanjang trip.
  • Bawa minyak angin / urut
  • Bawa topeng muka
  • Stokin yang sesuai

Video Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat Kepada 200 Pemenang Cabutan Hadiah Beli & Menang Hadiah Eksklusif Pakej Umrah 2017 / 2018

Tonton video semasa majlis penyerahan hadiah dan sesi taklimat. Lihatlah wajah para bakal jemaah Umrah. Berseri-seri dan ruby mohon kalian doakan ruby berpeluang ke sana. Amin

Jualan Akhir Tahun Jakel 2018

200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

Jakel turut mengadakan Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula pada 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain-kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan akhir tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukan kain-kain baru dengan corak yang lebihfresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya para wanita dan keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai.

www.jakel.my
www.facebook.com/GedungTekstilJakel
www.twitter.com/JakelTextile
www.instagram.com/jakeltextile
www.youtube.com/Jakeltextile

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

20 thoughts on “200 Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Percuma

    Isabel

    (December 7, 2018 - 5:35 pm)

    Over the past years, Jakel has suddenly become very very popular and I keep seeing their news. It’s good that they are giving out the pakej umrah as many people do not have the opportunity to do so
    Isabel´s last blog post ..Why You Need ezbuy’s RM 8.80 Flat Rate Shipping + Prime BenefitsMy Profile

    nikkhazami

    (December 5, 2018 - 9:07 pm)

    bertuahnya siapa yang menang tu.. tak sangka plak beli kain pasang pun ada peluang menang menunaikan umrah.. kalau yg dah lama pasang niat nak pegi mesti happy gila. good job jakel
    nikkhazami´s last blog post ..Ulasan The Haunting of Hill House di NetflixMy Profile

    AlongMurni

    (December 5, 2018 - 9:14 am)

    Wah!! Baguslah program CSR yang dianjurkan oleh pihak Jakel ini.. Sambil berbelanja leh menang pakej tunaikan haji dan umrah.. AM sangat sokong program seumpama ini..

    sayaiday

    (December 5, 2018 - 3:44 am)

    bestnya dapat menang pakej umrah. Alhamdulillah rezeki diorang ni kan. Bukan sikit, 200 orang tu. murah rezeki Jakel ni. Tahniah kepada semua pemenang!
    sayaiday´s last blog post ..Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Bantu Golongan Yang Memerlukan Sejak Tahun 2014My Profile

    ayu rafikah

    (December 5, 2018 - 12:31 am)

    seronok tengok pemenang yang dapat pergi umrah tajaan jakel….ras anak join juga tahun 2019..memang rezeki kan dapat ke tanah suci. belanja jakel ni best..kain kualiti terbaik dijual pada harga mampu milik

    Mahamahu

    (December 5, 2018 - 12:01 am)

    Alhamdulillah seronoknya dapat mengerjakan umrah kita dulu pun dapat tajaan tahun 2016 pergi umrah hehehe kenangan berharga dan sangat menggembirakan. Harap akan dapat jemputan lagi untuk pergi sana mana tahu ada orang nak taja lagi hehehe Aminnn moga-moga segala urusan dipermudahkan kat sana..
    Mahamahu´s last blog post ..Pokémon Festival Pertama Malaysia Di Resort World Genting Bermula Musim Cuti Sekolah IniMy Profile

    Amni

    (December 4, 2018 - 11:08 pm)

    Rezeki badan 200 orang tu
    Ni yang membuatkan rasa nak join jugak
    Kena bawak umi abah mai shopping kain kat sini ni
    Ya allah rezeki dapat pergi umrah tu nikmat nya kan akak
    Tapi sangat brbaloi kalau shopping dekat Jakel ni
    Kain3 diorang semua best dan berkualiti
    Amni´s last blog post ..200 Orang Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Secara PERCUMAMy Profile

    Liez

    (December 4, 2018 - 11:01 pm)

    Alhamdulillah.. rezeki mewah untuk pelanggan Jakel yang tak putus beri sokongan. dab Jakel sangat bagus menghargai pelanggan-pelanggan Jakel. Juga Jakel banyak membantu mereka yang memerlukan bantuan. Liez pun suka kalau membeli kain atau baju anak-anak dekat Jakel. material bagus berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

    Cikcappuccinolatte

    (December 4, 2018 - 10:33 pm)

    Alhamdulillah , tahniah pada 200 pelanggan jakel yang berpeluang untuk sama2 tunai umrah . Bukan mudah nak dapat peluang macam ni . Bagus jugak jakel adakan platform sebegini sekaligus dapat bantu orang2 kat luar sana . Sekaligus ini salah satu penghargaan jakel untuk pelanggannya
    Cikcappuccinolatte´s last blog post ..PEMBUKAAN CAWANGAN BARU KAISON DI AMAN CENTRAL,ALOR SETAR KEDAHMy Profile

    Rane Chin

    (December 4, 2018 - 6:21 pm)

    oh nice effort to Jakel. It is so happening as there are many happy winners there. I must visit Jakel one day to check it out because I haven’t been there till now leh. But I heard many good feedbacks from Ruby dan rakan rakan blogger yang lain make me really wanna go there shopping and win! haha
    Rane Chin´s last blog post ..Welcome Home for The Holidays with The Coffee Bean & Tea Leaf®!My Profile

    Jane Chua

    (December 4, 2018 - 4:51 pm)

    Congrats to all the winners who had achieved their dreams to go for umrah. Is it indeed great to spend at Jakel and being rewarded with such a great prize for everyone.

    Nadratul Syazwana

    (December 4, 2018 - 3:49 pm)

    Alhamdulillah. Dah sampai rezeki untuk menunaikan umrah lah tu. Rezeki Allah untuk diorang menang kan. Siap ada tips lagi kak Ruby selitkan ye. Hehe bagus niat Jakel buat peraduan macamni bagi memberi peluang orang lain pergi menunaikan umrah juga.
    Nadratul Syazwana´s last blog post ..Beauty Review : Althea Milk Peel Cream MaskMy Profile

    Qeela

    (December 4, 2018 - 3:16 pm)

    waa mmg beruntung sungguh para pemenang bertuah tu yea! bagus betul Jakel ni kan, selalu buat pertandingan dan kempen yg hadiahnya bagus2 mcm ni untuk para pelanggan mereka, no wonder mmg ramai yg setia beli di Jakel, sbb bukan je harga dan kualiti yg bagus dgn pelbagai pilihan menarik dan cantik2, tp dlm masa yg sama dpt join pertandingan unt menang hadiah2 best dan menarik! qeela ada jugak shopping di Jakel each year but so far masih belom ada luck unt menang lagi hehe. xpelah kot nnt2 ada kan ?
    Qeela´s last blog post ..Trip to Paris : Yeayyy I’ve Made it to the Malaysian’s Finalists!My Profile

    Ezna

    (December 4, 2018 - 1:53 pm)

    Bagus betul la Jakel ni bagi hadiah umrah untuk pembeli kain2 mereka. Ramai pula tu yang ditaja. Moga bertambah la rezeki Jakel ni. Akak sekarang ni kalau nak ke Jakel pergi kat Ostia Bangi. Paling best kalau kita pergi tu tetiba ada Happy Hour. Harga lagi merudum dari yang biasa.
    Ezna´s last blog post ..Rehlah Surau Ar RidhwanMy Profile

    ciktom

    (December 4, 2018 - 1:00 pm)

    ciktom pun salah seorg pelanggan setia jakel..byk kahwin beli kat jakel..puas hati dgn kualiti dan berbaloi dpt harga murah. bagusnya jakel hargai pelanggan macam ni..ptt la pelanggan semua makin bertmbh..tahniah pd 200 pemenang..korg mmg bertuah!
    ciktom´s last blog post ..PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA TERBAIK DI MALAYSIAMy Profile

    Chaza Xiaojie

    (December 4, 2018 - 11:40 am)

    #11 Bagusnya Jakel ni! Seronoknya jika terpilih menjadi antara yang terpilih untuk menunaikan umrah secara percuma! Allah Allah Allah! Bertuah sangat. Semoga Allah permudahkan urusan para jemaah nanti. Semoga Jakel berterusan murah rezeki.?

    Anyway, nice tips sharing. ?
    Chaza Xiaojie´s last blog post ..Part 2: Pengalaman Bersalin Anak KeduaMy Profile

    Mimie

    (December 4, 2018 - 11:32 am)

    Alhamdulillah. Tumpang happy bila dengar ada yang akan mengerjakan umrah. Teringin juga nak pergi sana tunaikan umrah. Bagus JAKEL ni menghargai pelanggan dengan sponsor pakej umrah. Rezeki mereka semua kan.

    LEE JIA SHIN

    (December 4, 2018 - 10:43 am)

    Such a blessing for those who have won, I know Umrah is a place where every muslim wish to visit at least once in their life and Jakel has helped people to fulfill their dreams.

    Ana Suhana

    (December 4, 2018 - 10:38 am)

    Bagus kan Jakel. Sentiasa mengharga para pelanggan yang setia. Tak sia2 shopping sampai RM1k bila dpt tajaan utk tunaikan umrah secara percuma. Tahniah buat semua para pemenang.
    Ana Suhana´s last blog post ..Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™My Profile

    Sherry

    (December 4, 2018 - 10:36 am)

    good to know about this as I didn’t know it until I visit to your posting here. Congratulations to lucky two hundred lucky winners. So good to see their happy faces, I like the printing of the fabrics here. Good to know there is year end sales now, shall tell my neighbour now.
    Sherry´s last blog post ..Pigeon Beautiful Me Workshop @Isetan Japan Store, Kuala LumpurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.