Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal

Ayamas Kitchen perkenal 10 jenis Dim Sum sejuk beku halal. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang menu baharu dari Ayamas Kitchen. Ia adalah menu yang ruby sangat suka! Kebiasaannya ruby akan makan Dim Sum semasa bulan Ramadan di hotel. Sebab mereka menawarkan buffet berbuka puasa sekali ada Dim Sum. Memang sedap! Tapi, mahal la kan. Sebab makan Dim Sum aje. Haha. Tapi itu ketika diri ini bujang trang tang tang. Sekarang, dah berkeluarga dan anak kecil lagi. Nak makan Dim Sum pun kena cepat-cepat. Lepas tu kenyang sebab mata melilau tengok anak dan kejar anak. Hahaha. Apabila Ayamas Kitchen perkenal 10 jenis Dim Sum sejuk beku halal ini sudah mula dijual. Ruby rasa terharu. Terima kasih Ayamas! Ibu ruby memang amat memerlukan Dim Sum dan Dumpling untuk dinikmati di rumah.

Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) melalui jenama Ayamas Kitchen telah melancarkan pelbagai jenis produk Dim Sum halal sejuk beku yang lazat untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina. Ayamas KItchen menawarkan 10 jenis Dim Sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu

  1. Hakao Udang
  2. Dim Sum Ayam & Udang
  3. Dumpling Udang
  4. Nasi Pulut Ayam Daun Teratai
  5. Pek Kombo Dim Sum
  6. Dim Sum Kari Ayam
  7. Kek Lobak Bersama Udang Kering
  8. Pau Ayam Barbeku
  9. Tauhu Gulung Ayam & Ikan
  10. Dim Sum Udang.
Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal
Encik Adi Wira Abd Razak, Chief Executive Officer, dan Encik Rafiq Moosa, Chief Operating Officer, QSR Brands (M) Holdings Bhd Upstream Division menunjukkan sepuluh Dim Sum pelbagai yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen.

Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal

“Produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional. Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. Dim Sum halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah.

Produk kami diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan kami dapat memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati. Produk ini disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen amat mudah untuk dinikmati. Pelbagai cara untuk menyediakannya, bergantung kepada jenis Dim Sum itu. Ia boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang terbaik, saya syorkan ianya dikukus secara tradisional. Dim Sum Ayamas Kitchen juga enak dicicah dengan sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

5 Jenis Dim Sum Kini Dijual Di Pasaraya Giant

Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM 13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.

Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal

Ayamas Kitchen Perkenal 10 Jenis Dim Sum Sejuk Beku Halal
Selebihnya dijual di Kedai Ayamas berhampiran anda.

Ayamas Kitchen adalah salah satu daripada jenama rak kedai keluaran QSRT yang telah wujud selama dua tahun. Selain daripada produk dim sum sejuk beku, ia juga menghasilkan barangan dapur yang lain seperti sardin & makerel dalam tin, pes segera, rempah-rempah & perapan, dan produk siap dimakan.

QSRT juga merupakan pengedar produk beku berasaskan ayam di bawah nama ‘Ayamas’ iaitu Golden Nuggets, Drumet ayam bersalut, Ayam Goreng Crispy, Bebola Ayam, Quikburger dan Sosej Ayam Premium. QSRT juga memasarkan jenama pihak ketiga seperti Divella, Lactima, dan Kewpie di pasaran tempatan dan dieksport ke luar negara.

Setelah Ayamas Kitchen perkenal 10 jenis Dim Sum sejuk beku halal, anda tiada alasan lagi untuk tidak menikmati Dim Sum di rumah bersama keluarga. Yahoo! Harap-harap ada sos dim sum dijual di kedai ayamas. Sedapnyaaa!

www.instagram.com/kedai_ayamas
www.facebook.com/AyamasRoasters
www.ayamas.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.