BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur. Assalammualaikum! Annyeonghaseyo!! Wah pastinya ramai peminat KPOP dan BLACKPINK tidak sabar untuk mendapatkan tiket konsert mereka. Ruby mula mengenali BLACKPINK ni dengan lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’. Nampak tak ruby dah lama meninggalkan KPOP, yang ruby suka Super Junior, FT Island, Rain, Girl’s Generation dan Wonder Girls. Hahaha! MasyaAllah nampak tak akak ni generasi bila? Korean muzik tidak pernah jemu untuk terus berkarya. Lihatlah BLACKPINK, mereka berduet dengan DUA LIPA lagi! Memang buka mata ramai pihak. BLINK BLINK. Hehehe.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Macpiepro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. BLACKPlNK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Tarikh : 23 Februari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 6 Petang (Tepat)
Lakasi : Stadium Malawati, Shah Alam

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Harga Tiket BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Tiket konsert BLACKPINK dijual mengikut zon keinginan anda. Limit pembelian tiket adalah 4 keping untuk seorang. Berikut adalah harga tiket BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

  •  RM373 (Zon Hijau)
  • RM483 (Zon Ungu)
  • RM573 (Zon Kuning)
  • RM673 (Zon Merah)
  • RM693 (Zon BLINK)

Dapatkan tiket yang sah di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah harl.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Shuttle Bus Disediakan

Perkhidmatan Shuttle Bas Ke Konsert K-POP iKON & WINNER

Untuk memudahkan peminat pergi ke konsert, penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga ke Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati. Jangan risau kerana, ada staff Macpiepro akan membantu anda. Konsert bermula tepat jam 6 petang dan dijangka tamat pada 8.30 malam. 

Mengenai BLACKPINK

BLACKPlNK yang terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSE dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016. Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.

Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 lebih dari satu kali.

Dengan perjanjian rekod global baharu bersama lnterscope Records dan pelancaran solo setiap ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang.

MCALLS Penaja Titanium BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan.

Penggemar muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket apabiIa mereka melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

Pakej HITS memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan jaminan kemasukan.

Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS. Pakej HITS boleh didapati di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup Mcalls berdekatan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Pakej HITS Mcalls, sila layari https://mcalls.asia/deals/blackpink/ atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang).

PERANCANGAN ‘CRAZY 20’ MACPIEPRO

Syarikat pengurusan acara, MacpiePro yang juga merupakan anak syarikat Sterling Progress Berhad telah ditubuhkan lebih setahun dan telah menganjurkan beberapa konsert yang hebat antaranya Festival Muzik K-WAVE.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
MacpiePro 2019 ‘Crazy 20’ Ground Plan Sharing bersama Mr. Ang Chee Ciang & Sterling Progress Berhad CEO & Executive Director, Mr. Francis Leong

MacpiePro akan merancang lebih banyak konsert pada tahun 2019 selepas kejayaan mereka menganjurkan Festival Muzik K-WAVE, iKON 2018 CONTINUE TOUR lN KUALA LUMPUR, WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR tahun lalu.

Pada tahun 2019, MacpiePro bakal merancang lebih banyak konsert yang menakjubkan untuk peminat muzik dengan misi untuk menyokong artis secara global.

MacpiePro akan menganjurkan 20 konsert yang bukan saja terhad kepada genre KPOP malah MPOP, artis tempatan dan antarabangsa. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan menjadi titik permulaan bagi perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro pada tahun hadapan.

BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur
Sesi wawancara bersama Fuying & Sam dan Han Xiao Aii

Selain itu, MacpiePro bakal menganjurkan konsert Mandarin pertama yang menghimpunkan barisan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Bii and Roger Yang (Taiwan), Jeno Liu (China) dan Victor Wong serta duo pop, Fuying & Sam (Malaysia) di Arena of Stars pada 20 April 2019.

STRESS-FREE MUSIC

MacpiePro turut merancang untuk mempromosikan artis-artis tempatan dengan memberi mereka peluang menyerlahkan bakat masing-masing dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa. Memandangkan Malaysia mempunyai ramai artis yang berbakat, MacpiePro bercadang menceburi bidang pengurusan artis. Han Xiao Aii adalah artis tempatan yang pertama menandatangani kontrak bersama MacpiePro. MacpiePro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja sebelum ini yang banyak menyokong mereka terutamanya Mcalls kerana menjadi rakan perniagaan strategik sejak konsert pertama anjuran MacpiePro. Kolaborasi itu bagi memperkenalkan konsep “STRESS-FREE MUSIC” supaya penggemar muzik dapat menikmati muzik tanpa had.

Meningkatkan Industri Pelancongan Malaysia

Macpiepro merancang untuk bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk membawa lebih ramai peminat dari luar negara untuk menghadiri acara muzik kegemaran mereka di Malaysia. Inisiatif ini akan meningkatkan industri pelancongan dan memberi manfaat kepada ekonomi negara. Sehubungan itu, MacpiePro berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara muzik yang hebat selari dengan objektif dan visi ‘Crazy 20’ pada tahun 2019.

www.macpiepro.com

www.facebook.com/MacpiePro

www.instagram.com/macpiepro

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala Lumpur

    Racheal Loh

    (December 14, 2018 - 2:15 pm)

    oh gosh… really dunno who is blackpink until i read this post… i think i shall mix more youngster to know about kPOP… lolz
    Racheal Loh´s last blog post ..The NEW LOOK of the Theme Park Hotel’s Lobby and Rooms | Resorts World GentingMy Profile

    Wawa Ashihara

    (December 14, 2018 - 2:07 pm)

    Kita xminat sgt kpop.. Tp layanlah juga kpop..xsemua.. Mula2 ingt blackpink ni xnaik..rupanya skjp je naik mcm 2NE1…hehe.. Mesti meriah kan sambutan konsert pertama mereka ni

    syamimi

    (December 14, 2018 - 9:58 am)

    Kita tak pandai sangat dengan kpop2 ni. Haha
    Dulu sekadar tahu je.
    Sekarang dah tak ambil tahu sangat dunia hiburan ni.
    Tak sempat nak kisahkan. Hehe

    Wui Kathy aka Mouse Mommy

    (December 14, 2018 - 6:36 am)

    Kpop ni! mesti ramai book ticket nak pergi. Kwn2 sy pun ramai Kpop jugak. Nnt sy share blog ni kat mereka.
    Wui Kathy aka Mouse Mommy´s last blog post ..School Holiday Fun With Astro First-Ever Fun Escapade At Puteri Harbour, Sanrio Hello Kitty Town And Thomas Town, Johor!My Profile

    henrytan

    (December 14, 2018 - 5:06 am)

    i never really a big fan of kpop so you bet i do not know about blackpink haha way too many kpop group dont you think. i think it’s rare to have solo singer. anyway i supposed many kpop fans in malaysia so this should be good event for them to go! looking at the price….. wow… only a fan will be willing to go! hahaha
    henrytan´s last blog post ..EPF Increases Minimum Basic Savings to RM240,000 At Age 55 Effectively Starting 2019My Profile

    Hanny Abdullah

    (December 14, 2018 - 2:04 am)

    Alahaii kesiannya lahai gan sis ni, nampak sangat sis ni dah tuo, tak kenal pun siapa Black Pink ni..hehehe. Ni kalau sis tanya anak sis ni sure dia tahu lah kot..maklum peminat kpop lah katakan. Kang gitau black pink datang kl..nanti dia nak gi pulak..x mampu mama nak beli tiket dia

    Chaza Xiaojie

    (December 14, 2018 - 1:43 am)

    Hahaha first of all, cx nak gelak dulu sebab kita sama sis ! Kita zaman Kpop FT island, Girl Generation, Suju, etc. Hahah rasa dah tua pula. Tapi cx setuju! Hahah cx pon kenal Black Pink ni thru their song yg femes tu. Ddu – Ddu. Lain² fak tahu. Dah tak sempat skrg nak layan kpop . Dah anak dua. Huhu. Btw cx baru tahu harga tiket dia semahal tu! Ya Rabbi! Sumpah baru tahu. Maknanya kwn² cx masa study dulu kayalah sebab dpt pergi concert suju dkt KL. Mak aih. Kalau dah kata minat, duit tabung pon sanggup kita korek. Betul tak? Huhu apa² pon Lagu² kpop mmg sentiasa nice ntk kita follow. ? tak jemu
    Chaza Xiaojie´s last blog post ..Anak Lelaki Goyang Kaki, Anak Perempuan Jadi Orang Gaji.My Profile

    Maisarah

    (December 14, 2018 - 12:09 am)

    Peminat K-Pop pasti takkan lepaskan peluang ni. Teringat masa belajar di universiti dulu, sorang roommate ni peminat tegar K-Pop. Pergi konsert dengan tiket harga beratus pun tak kisah sebab minat hehehe. Dapat juga tarik pelancong luar untuk tonton konsert tu nanti kan.
    Maisarah´s last blog post ..BuyandShip Sediakan Servis Penghantaran Antarabangsa Lebih Murah daripada Biasa!My Profile

    Nadia johari

    (December 13, 2018 - 10:48 pm)

    kita tau kumpulan kpop pun mana yang keluar dekat radio je. kita bukan fanatik sangat dengan kumpulak kpop ni. Tau pasal balckpink ni yang viral budak2 buat lagu diaorg.. Heehe.. Wah meagi tiket dah habis nni.. Ramai kot suka kumpulan ni.

    Mahamahu

    (December 13, 2018 - 10:26 pm)

    Kita tahu sapa yang memang giler sangat kalau ada artis Kpop ini ehehehehe adik perempuan kita memang tak pernah lengkang tengok cerita korea setiap hari ada jer cite baru yang di tengok tapi lagu korea tak pernah dengar dia nyanyi lak wakakaka… Ruby pun peminat Korea kan hehehehe…
    Mahamahu´s last blog post ..Ingat Krismas Ingat Hotel Armada Petaling JayaMy Profile

    Rane Chin

    (December 13, 2018 - 8:28 pm)

    Great news to all BLACKPINK fans. for sure they will catch BLACKPINK in 2019 World Tour In Kuala Lumpur. The ticket prices not bad but I heard it’s sold out right? Also ppl selling much more higher price than original price now. Kesian bagi all real fans yang nak tenguk mereka. Anyway I hope BLACKPINK in 2019 World Tour In Kuala Lumpur all the best. can’t wait to see them in real person. 🙂
    Rane Chin´s last blog post ..在马来西亚遇见冬季 @ i-City SnoWalkMy Profile

    Ezna

    (December 13, 2018 - 6:23 pm)

    Ni cam lagu tema promo Shopee je ni. Dudududu……Ni anak sedara memang minat sangat KPOP ni. Anak pun ada minat juga tapi kumpulan lelaki BTS. Black Pink ni pun dah cukup popular kat Malaysia ni. Tiketnya tu….paling rendah pun RM300++ .
    Ezna´s last blog post ..Lovingly Signed – Beautiful pastel baby productsMy Profile

    Bella Jamal

    (December 13, 2018 - 5:18 pm)

    Patotla ada perasan sorang ahli Blackpink nyanyi solo. Ada global deal rupanya. Grup ni memang gila suka lagu dududu tu. Pastu ada pulak parody Thai tu lagilah meriah. Gilelah dlm24 jam views berjuta2. Ermmm bestnya kalo dpt pi konsert dia. Tapi tk mampulah.

    Suria Amanda

    (December 13, 2018 - 11:31 am)

    Yeay Black Pink datang Malaysia..tapi nak beli tiket dia sure mahal kan,akak suka lagu dia..siap buat ring tone..hahahaha..Kakak Dania suka grup ni..dia ckp grup ni yg paling best among grup lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.