DEWA 19 Reunion Live In Malaysia Pada Februari 2019 Akan Datang!

DEWA 19 Reunion Live In Malaysia Pada Februari 2019 Akan Datang! Assalammualaikum semua! Wah terujanya ruby, tahun hadapan terdapat ramai selebriti antarabangsa akan datang ke Malaysia untuk membuat persembahan secara langsung! DEWA 19 juga turut akan beraksi di pentas Stadium Malawati Shah Alam. Sekarang dah bulan November, sekejap je akan ke Februari. Percayalah! Hehehe. Lagu DEWA 19 kebanyakannya di ketahui oleh kami yang lahir tahun 80-an dan 90-an. Sering menjadi ikutan lagunya, sebab lirik yang menyentuh jiwa, muzik yang unik dan suara berhantu vokalis DEWA 19.

DEWA 19 Reunion Live In Malaysia Pada Februari 2019 Akan Datang!

Dewa 19 Reunion Live In Malaysia! Mendengar berita ini sahaja sudah membuatkan penganut setia yang begitu sinonim dengan panggilan Baladewa penasaran. Ia bukan sekadar Dewa 19 di Malaysia, tetapi ajaibnya kedatangan mereka pada kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalisnya dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986. Ini akan menjadi sebuah reunion fantastik dan momen manis yang tidak layak dilepaskan. Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 di dalam sebuah konsert.

Ya, Ari Lasso si pemilik vokal dari syurga yang antaranya menjadi faktor meledaknya album perdana mereka Dewa 19 menerusi Kangen pada awal 90-an bersetuju untuk tampil di konsert ini. Once, vokalis lelaki dengan suara super powernya juga tidak punya masalah bergabung sama. Bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih sukses luar biasa menerusi deretan beberapa albumnya termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada tahun 2000.

DEWA 19 REUNION LIVE IN MALAYSIA

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, si mastermind Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak. Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrument masing-masing adalah Andra(gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum). Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan dalam konsert bersejarah ini kelak.

2 Feb 2019 Di Stadium Malawati Shah Alam

Memilih tanggal 2 Februari 2019 dengan bangganya Nizra Production akan mencipta sejarah tersendiri apabila Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. 

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Sedar Baladewa sudah terlalu kangen terhadap persembahan mereka, Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35 untaian hit daripada ratusan katalog hit yang dimiliki band ini menerusi album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani pula.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini. Justeru itu, untuk sekalian Baladewa, jangan menunggu lama untuk membeli tiket yang telah mula dijual jika kalian enggan terlepas kembali menelusuri masa lampau bersama Elang, Larut, Cemburu, Pupus, Mistikus Cinta atau Sedang Ingin Bercinta yang akan bergema di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2  Februari 2019 bermula pukul 8.30 malam kelak.

Album Studio

  • Dewa 19 (1992)
  • Format Masa Depan (1994)
  • Terbaik Terbaik (1995)
  • Pandawa Lima (1997)
  • Bintang Lima (2000)
  • Cintailah Cinta (2002)
  • Laskar Cinta (2004)
  • Republic Cinta (2006)
  • Kerajaan Cinta (2007)

Album live

  • Atas Nama Cinta I & II (2004)
  • Live in Japan (limited Edition DVD) (2005)

Album kompilasi

  • The Best of Dewa 19 (1999)
  • The Best of Republik Cinta Management (2009)

Formasi Dewa sekarang

  • Ahmad Dhani, Andra, Yuke, Agung

Mantan Dewa

  • Vokalis: Ari Lasso, Once
  • Pemain drum: Wawan, Erwin, Wong Aksan, Gabriel Bimo, Tyo Nugros

Harga Tiket DEWA 19 Reunion Live In Malaysia

  • RM238 – Cat 3 (Reserved seating)
  • RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
  • RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)
  • RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating)

Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018 pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam! Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my. Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.

www.facebook.com/Dewa19
www.facebook.com/Dewa19ReunionMY
www.instagram.com/dewa19reunionmy/

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “DEWA 19 Reunion Live In Malaysia Pada Februari 2019 Akan Datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.