8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale. Assalammualaikum semua! Wah demam ezbuy 11.11 Craziest Sale sedang berlangsung! Masa ini lah paling sesuai untuk berbelanja lebih. Ruby dah sediakan bajet untuk membeli-belah kali ini. Ia adalah tabung tahunan yang ruby sediakan untuk shopping! Hehehe. Nak berbelanja kena bijak, sebab takmo ikat perut dikemudian hari! Tawaran yang ditawarkan ketika jualan 11.11 amat sukar untuk ditolak. Sebab murah dan banyak sangat barang yang ruby perlu! Hahaha. 10 juta produk dan jimat 70% produk tempatan dan enjoy 4 kali penjimatan! Jom ruby nak ajar anda semua cara membeli-belah dari ezbuy!

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

ezbuy (dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited) yang diasaskan pada tahun 2010 oleh sekumpulan usahawan bercita-cita untuk membawa produk berkualiti dengan cara yang mudah kepada penduduk tempatan melalui platform ezbuy.my.

Sehingga hari ini, ezbuy mempunyai lebih daripada 3 juta pelanggan dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka telah membawa berjuta-juta produk berkualiti dari China, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea dan Tempatan untuk semua pelanggan.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

ezbuy berusaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan sambil mengekalkan tumpuan terhadap tuntutan tempatan untuk membangunkan perkhidmatan baru yang lebih sesuai dengan pelanggan. Oleh kerana itu mereka mewujudkan perkhidmatan ezbuy / PRIME dan mengembangkan pasaran dari China ke Amerika Syarikat, Taiwan, Korea dan Tempatan.

ezbuy lebih sekadar daripada platform membeli-belah antarabangsa. Sentiasa selaras dengan keperluan pelanggan. Mewujudkan penyelesaian yang mudah namun lengkap dari pembelian dan penghantaran. Bagus kan?

Jadi, untuk anda yang baru berjinak-jinak membeli di ezbuy, berikut adalah tips dari ruby. Semoga bermanfaat.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

1. Daftar masuk www.ezbuy.my atau aplikasi ezbuy

Gunakan laman web www.ezbuy.my atau aplikasi ezbuy untuk mula daftar masuk. Anda boleh klik bit.ly/EZbuyMY untuk daftar dan dapat RM 15 baucar tunai! Selain menggunakan laman web, anda boleh download ezbuy dari Google Play atau Apple Store

Sebagai pelanggan baru, anda sudah menerima RM 15 untuk mula membeli-belah. Best kan? Anda boleh gunakan baucar tunai semasa di akhir pembayaran. Cara menggunakan baucar tunai adalah seperti berikut :

  1. Di bahagian checkout, klik “Use Voucher” di bahagian kanan
  2. Pilih baucar yang tertera dan klik “Confirm”
  3. Baucar akan dikemaskini di bahagian ringkasan checkout

2. Ambil masa untuk melihat-lihat di dalam ezbuy

Ini adalah perkara yang ruby lakukan buat pertama kali pada 2 tahun lalu. Hehe. Ruby akan melihat setiap bahagian laman web. Setiap kategori ruby akan teroka. Mencari apa yang sesuai untuk ruby. Bila dah tengok gambar dan keterangan, memang banyak produk menarik! Paling ruby suka adalah permainan, gelongsor kanak-kanak, tabung, langsir, bekas simpanan acrylic dan kabinet scandinavian. Memang menarik! Anda boleh gunakan ruangan carian untuk mempercepatkan apa yang anda ingin beli.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

3. 12 Kategori Menarik & Promosi Hebat Setiap Hari

Tips seterusnya adalah membeli dari kategori yang disediakan. ezbuy mempunyai 12 kategori menarik dan di dalam setiap kategori terdapat beberapa sub kategori untuk anda mudah memilih. Jimat masa, sebab laman web ezbuy lebih teratur. Diantara kategori untuk anda teroka adalah “Women’s Fashion”, “Men’s Fashion”, “Home & Garden”, “Shoes, Bags & Accessories”, “Toys, Mother & Kids”, “Beauty & Health”, “Sports & Outdoors”, “Office & Stationery”, “Automotives”, “Mobile & Electronics”, “Groceries” dan “Ceremony”.Jadi, anda tiada alasan untuk tidak membeli semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

Sekarang sedang berlangsung promosi penghantaran PERCUMA dan lebih 70% potongan diskaun pada setiap kategori. 10 kategori itu adalah Women’s Clothing”, “Men’s Clothing”, “Home & Garden”, “Shoes, Bags & Accessories”, “Toys, Mother & Kids”, “Beauty & Health”, “Sports”, “Office & Stationery”, “Automotives” dan “Mobile & Electronics”. Klik url www.ezbuy.my/promotion1/1111-sales-2018 untuk terus membeli belah! 

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale 8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

4. Online Chat untuk bantuan jurubahasa

Jika anda mendapati kesukaran memahami keterangan produk, anda boleh gunakan perkhidmatan Online Chat. Anda screenshot gambar atau copy url dan bagi kepada staff bertugas. Ruby faham, masa ini adalah waktu yang agak sukar, nak beli dan membaca. Keterangan yang tertera kadang-kadang dalam bahasa english dan bahasa cina. Jadi, anda perkhidmatan online chat amat membantu.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

5. Gunakan PRIME RM 8.80

PRIME adalah proses penghantaran yang dianjurkan oleh ezbuy bagi memberi penjimatan kepada anda. Tidak kira saiz dan berat! Belum mendaftar PRIME? Daftar untuk PRIME dengan ezbuy sekarang! Anda sentiasa boleh menghantar item dengan PRIME pada hanya RM 8.80! Kaedah penghantaran terpantas untuk PRIME! Murah, Berpatutan & Pantas. Sama ada penghantaran kapal dari China? USA? Antarabangsa? Semuanya RM 8.80! Untuk maklumat lanjut tentang PRIME, boleh rujuk www.ezbuy.my/Prime

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

6. Klik produk, baca keterangan, lihat harga, klik PRIME, dan “add to Cart

Untuk mempercepatkan proses anda membeli-belah dan tidak berlaku sebarang kesilapan semasa membeli. Seterusnya anda kecewa dengan barang anda terima. Ruby ingin ingatkan sekali lagi supaya sentiasa semak sebelum anda checkout. Kadang-kadang anda perlu sediakan pembaris dan pita pengukur untuk anda ukur setiap produk yang anda ingin beli. Sebagai pengguna, anda perlu bijak. Nanti kata penjual menipu dengan barang kecil dari gambar. Sedangkan anda tidak semak saiz. Hehe.

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale 8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale 8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

7. Pembayaran Secara Internet Banking, ATM Transfer, Credit Card & MolPay

ezbuy menggunakan pelbagai cara pembayaran. Jika anda online banking lebih mudah dan selesa. Jika anda ingin “cash deposit”, terdapat 3 akaun bank untuk anda pilih iaitu RHB Bank, Maybank dan Public Bank. Caj transaksi 3% akan dikenakan kepada kad Visa dan Master. Untuk pilihan pembelian EZbuy & Prime adalah PERCUMA. Manakala caj transaksi 2.4% akan dikenakan kepada pembayaran menggunakan MOLPay. Untuk pilihan pembelian EZbuy & Prime adalah PERCUMA. Ruby guna Internet Banking. Mudah!

8. Penghantaran Dan Caj

ezbuy menggunakan kaedah penghantaran pelbagai. Diantaranya adalah Express Air, Economy Air, Special Air dan Sea Shipping. Anda perlu faham proses dari ezbuy ni paling mudah. Anda boleh pilih setiap proses. Tetapi ruby sentiasa menggunakan PRIME. Cara-cara pembelian dan bayaran di ezbuy apabila menggunakan PRIME adalah :

  • ezbuy
    • Kos produk + Bayaran penghantaran domestik China + kos penghantaran antarabangsa + insurans (optional) + Bayaran penghantaran Malaysia (optional)
  • PRIME
    • Kos produk + Bayaran penghantaran domestik China + Bayaran perkapalan antarabangsa rata RM 8.80 + Bayaran penghantaran Malaysia (optional)
  • Buy for me (terdapat dua bayaran untuk setiap pembelian) :
    • Pembayaran Pertama = Pembayaran Produk = Kos produk + Bayaran penghantaran domestik China + Insurans (optional) dibayar apabila anda menyemak keranjang belanja
    • Pembayaran kedua = Pembayaran Perkhidmatan = Bayaran penghantaran antarabangsa + bayaran ejen + Bayaran penghantaran Malaysia (optional) yang dibayar apabila bungkusan anda tiba di Gudang Luar Negara

Untuk lebih info tentang penghantaran dan caj, klik sini www.ezbuy.my/Shipping

Ruby senaraikan langkah pembelian dan PRIME adalah yang paling terbaik. Kita tidak perlu fikir apa-apa. Nanti ezbuy akan kemaskini setiap proses berlaku. Dari kedai di China hantar ke gudang, dari gudang naik kapal ke perlabuhan di Malaysia. Kemudian dari ezbuy warehouse akan hantar ke rumah atau kita ambil sendiri. Mudah kan?

  • Self-collection
    Lebih 200 lokasi pengumpulan yang terletak di Lembah Klang, Johor, & Pulau Pinang. Anda boleh memilih bungkusan anda di mana-mana Self Collection kami di kemudahan anda.
  • Penghantaran ke Rumah
    Kadar Terendah pada RM3. Sangat fleksibel. Siang & malam, hari biasa & hujung minggu, dan slot waktu terperinci untuk dipilih. Untuk barangan yang besar, penghantaran rumah dengan “No-Weight Capped” pada kos rendah boleh diatur. Ketahui lebih lanjut di @ bit.ly/ezbuydelivery

8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

Mudah dan senang membeli-belah di ezbuy kan? Sebab itu ruby rekemen sangat-sangat anda mencari produk yang sukar didapati di negara kita dengan membeli-belah di ezbuy. Pasti anda akan jumpa! Sekarang ruby sibuk deko rumah, jadi memang mencari macam-macam barang perhiasan dan kabinet. Nampak besar dan rumit. Tapi dengan ezbuy PRIME, semuanya boleh! Selamat membeli belah di ezbuy 11.11 Craziest Sale. Daftar sekarang!

bit.ly/EZbuyMY
www.facebook.com/ezbuy.Malaysia
www.instagram.com/ezbuy.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

13 thoughts on “8 Tips Membeli Secara Online Semasa ezbuy 11.11 Craziest Sale

    Seriwangi

    (November 10, 2018 - 11:27 am)

    Best shopping online ni, mcm2 blh beli tp bila byk product lg rambang mata

    Lia Hasty

    (November 7, 2018 - 10:11 am)

    Terima kasih atas tips2 shopping EZBuy ni. Tak penah lagi shopping kat sini selalunya Lazada dengan Shopee je. Tapi tengok barang kat sini menarik juga ya. Jom habiskan duit.

    Syamimi

    (November 7, 2018 - 10:01 am)

    Takut betul nak terjah website yang ada buat sale ni. haha..
    Sebabnya kalau plan nak beli 5 barang mungkin boleh jadi 10barang. Takpun lebih.
    Sebab harga mestinya jatuh merundum kan time sale ni.

    Faries

    (November 7, 2018 - 12:02 am)

    TIps yang sangat berguna untuk newbie mcm kite nak beli kt ezbuy ni,Fungsi jurubahasa tu bagus dan sangat berguna sebab banyak description produk dalam bahasa mandarin. So memudahkan la. Satu lagi fungsi prime tu. Baru tahu dan menarik . Tak sabar nak shopping dgn ezbuy.hehehe

    Bonde Zaidalifah

    (November 6, 2018 - 11:33 pm)

    Wahhh sana-sani ada promosi iklan sempena date 11.11 ni, harus save date ni… dah shopping nanti nak terjah ezbuy jugaklah! terima kasih info yea!

    JMR

    (November 6, 2018 - 10:28 pm)

    11.11 datang lagi, yey!! Dah siap sedia dengan ‘bullet’ ni..list nak beli apa pun dah siap..tunggu masa nak klik-klik jer..
    JMR´s last blog post ..Ambil Tahu 5 Kesilapan Ini Sebelum Melabur Dalam Unit Trust.My Profile

    qiss

    (November 6, 2018 - 9:36 pm)

    Panduan yang berguna bagi Qiss sebab Qiss belum pernah beli kat ezbuy lagi. Kalau Qiss ikut panduan ni mesti berbarang barang Qiss beli kan..hehe.. bolehlah Qiss download aplikasi dia dulu buat masa sekarang.

    Fadzi Razak

    (November 6, 2018 - 4:28 pm)

    Dieorang ada jugak barang dari US yang boleh beli kan. Saya ada berkenan dengan barang us ni. Dah puas cari dekat chine memang tak ada. Ade dekat us je. Nasib baik ezbuy ade jugak boleh beli barang us
    Fadzi Razak´s last blog post ..Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas BersalinMy Profile

    Ayu Rafikah

    (November 6, 2018 - 4:05 pm)

    Akak mmg suka window shopping kat sini. Sebabnya banyak barang murah dan berbaloi ditawarkan. Dengan perkongsian cara nak membeli dari rubuly memudahkan dan membantu untuk mereka yg first time bak beli dr ezbuy

    Idayu

    (November 6, 2018 - 3:08 pm)

    Macam menaruik jerkk apps ni, siap ada baucer tunai untuk pendaftaran baru. Kos penghantaran murah dan cara pembayaran pun mudah. Nanti nak download jugak sebelum 11.11

    lin liena

    (November 6, 2018 - 11:46 am)

    wah ..tak sabar nak tunggu 11.11 hari shoping sedunia hihi….duitnya jelah sediakan siap2 kan

    Ezna

    (November 6, 2018 - 11:32 am)

    Haa senang post Ruby ni sebab ada step by step kalau nak terjah website online shopping ezybuy. Senang la kalau ikut step by step yang telah dinyatakan Ruby. Ikut je then taraaaaa dapat la barang kan…Hehehe….cara pembayaran pun ada variasi juga. Pilih yang mana sesuai dengan kita.
    Ezna´s last blog post ..Sayangilah kaki anda dengan SunfeetMy Profile

    Mimi

    (November 6, 2018 - 11:30 am)

    Sebelum ni memang ada jugak shopping di Ezbuy. Macam macam ada jual. Rambang mata tengok. Bila survey barang di Ezbuy kalau boleh semua nak. Nak nak ada sale sempena 11.11 ni lagi lah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.