Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal

Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang acara yang akan berlangsung pada sabtu ini iaitu 10 November 2018. Ramai selebriti yang terlibat dan program ini adalah sorotan dari acara International Folklore Festival 2018 yang telah bermula sejak 4 November 2018 hingga 11 November 2018. Acara kemuncak adalah Konsert Evolusi PJ! Masuk adalah percuma! Jom!

Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal

Saban tahun, International Folklore Festival anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) amat dinantikan peminat khususnya warga PJ kerana seringkali menampilkan artis popular dan hebat. Bermula dengan edisi pertama pada 2013, peminat sudah menyaksikan persembahan daripada ramai artis antaranya Amy Search, Zamani, Datuk Ramli Sarip, Ito Blues Geng, kumpulan Wings, Kaka, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Altimet, Datuk M Nasir dan Ameng Spring.

Konsert Evolusi PJ
Lokasi : Dataran Petaling Jaya
Masa : 10 Malam
Masuk PERCUMA
LRT Terdekat Stesen Taman Jaya

Untuk edisi keenam, International Folklore Festival 2018 atau lebih sinonim dengan panggilan Karnival Petaling Jaya (PJ Fair) yang kini diadakan di Dataran Petaling Jaya hadapan Amcorp Mall P.J lebih menjanjikan keseronokan buat peminat apabila menghimpunkan ramai artis popular dalam acara pentas.

Menerusi acara yang dinamakan Konsert Evolusi PJ yang akan berlangsung pada 10 November, peminat akan dapat menyaksikan persembahan kumpulan XPDC, Akim & The Majistret, Waris, Ara Johari, Masya Mashitah, Santesh, Ben Laden, Ismail Izzani, Uchop, Aina Mentor dan Maynine Band.

Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pemilihan barisan artis ini dirasakan tepat kerana masing-masing popular dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Semua mereka dikenali peminat. Mengambil contoh XPDC yang dianggotai oleh Ali (penyanyi), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif baru sahaja melancarkan album terbaru berjudul Doa. Sudah tentu peminat setia kumpulan heavy metal nombor satu negara ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan daripada mereka. Tidak terkecuali Akim & The Majistret serta artis lain yang ditampilkan juga masing-masing mempunyai daya penarik tersendiri dan pasti ditunggu ramai.

Menurut Mohd Azizi, penampilan Santesh yang kini meledak dengan lagu Amalina juga menjadi tarikan buat peminat untuk hadir ke konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini. Ia adalah peluang keemasan buat warga Petaling Jaya untuk meluangkan masa menonton bersama keluarga. Tambah lagi konsert ini diadakan secara percuma di lokasi yang dikelilingi pelbagai kemudahan seperti pengangkutan yang efisien sekaligus membolehkan pengunjung hadir tanpa masalah,” katanya.

Petaling Jaya Kota Seni Dan Destinasi Pelancongan Antarabangsa

Program kami bertemakan International Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya Antarabangsa) yang bermatlamat mempromosikan keharmonian budaya dan kesenian masyarakat setempat dan antarabangsa. Kami memilih menggunakan tema yang sama pada tahun 2014 kerana mahu mengembalikan kemeriahan budaya seperti yang diadakan ketika itu dengan penyertaan pelbagai budaya luar negara. Negara-negara terbabit ialah Indonesia, Thailand, Jepun. Iran, Korea Selatan, Filipina, Finland, Botswana selain Malaysia sendiri

Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal

Karnival Petaling Jaya Menyatukan Masyarakat Majmuk

“Kami mahu menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program yang sememangnya meriah ini. Salah satu strategi terbaik menghimpunkan mereka ialah dengan menganjurkan konsert membabitkan artis popular dan inilah yang kami lakukan. PJ Fair juga bertujuan menyokong pelaksanaan Pelan Induk PJ Sustainable 2030 dan dasar- dasar perbandaran di peringkat global khususnya berkaitan dengan aspek pembangunan budaya dan komuniti,” katanya.

Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal

Mohd. Azizi berkata, selain Konsert Evolusi PJ pada 10 November yang menjadi kemuncak acara, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan etnik sembilan negara yang terbabit.

“Mereka terdiri daripada program PJ Friendship City dan International Council of Folklore Festival and Folk Arts Organisations (CIOFF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan UNESCO. Antara aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang PJ Fair kelak ialah persembahan kebudayaan, pelbagai pertandingan termasuk memancing, larian dan pelbagai lagi,” katanya.

Stesen radio Selangor FM pula dipilih sebagai penyiar rasmi festival ini.

www.instagram.com/pjcitycouncil

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.