Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia. Macam pernah dengar nama MVM, tetapi tahukah anda apakah tujuan pertubuhan dan adakah mereka aktif membantu sehingga kini? Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang pertubuhan sukarelawan. Nak jadi sukarelawan untuk bantu aktiviti kemanusian memang kegemaran ruby dari sekolah lagi. Tapi, lagi ruby teringin untuk menubuhkan satu pertubuhan sukarelawan. Cuma, beberapa kali ruby fikir.

Macam mana la nak uruskan keluarga dalam masa yang sama aktif menjaga kebajikan masyarakat sedunia tanpa mengira latar belakang politik,bangsa dan agama. Menjaga amanah sumbangan derma dan sukarelawan yang terlibat secara sepenuh hati. Bila ruby tak mampu kendalikan semua ini, ruby fikir why not ruby memberi sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang aktif. Betul tak?

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Muslim Volunteer Malaysia adalah salah satu senarai pertubuhan sukarelawan di Malaysia. Terdapat banyak pertubuhan yang aktif dan anda boleh lihat pelbagai objektif dan visi mereka. Malah, contoh aktiviti pertubuhan sukarelawan yang biasa kita lihat adalah membantu dari segi kewangan, pemberian makanan, bantuan mesin kesihatan dan lain-lain.

Ruby masih ingat lagi kemunculan Muslim Volunteer Malaysia. Penjenamaan nama Muslim Volunteer Malaysia amat memberi impak. Dari bungkusan kotak, pelekat kenderaan, pakaian jaket oleh sukarelawan dan cara mereka kemaskini media sosial juga kreatif. Gambar kemas dan penuh informasi. Komposisi gambar juga sangat menarik.

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

MVM mempunyai fokus dan target setiap tahun, ia memberi kita kepercayaan yang besar apabila nampak inisiatif mereka tidak pernah berhenti.

  • 2016 : 33 program (32 M’sia, 1 Luar negara)
  • 2017 : 56 program (52 M’sia, 4 Luar negara)
  • 2018 : 68 program (62 M’sia, 6 Luar Negara,
  • 2019 : 89 program setahun (81 M’sia, 8 Luar Negara)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Pada tahun 2016, MVM telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award 2016. Majlis yang disokong NBOS ini, julung kali diadakan bagi meraikan agensi-agensi serta pertubuhan-pertubuhan sukarelawan di Malaysia. MVM merupakan badan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Dalam pada itu, MVM turut menitik beratkan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Harapan MVM adalah untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Pihak MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun persatuan-persatuan NGO lain.

Menyumbang & Ketahui Statistik Perkembangan Muslim Volunteer Malaysia

Di Muslim Volunteer Malaysia terdapat banyak program kemanusiaan sedang berlangsung. Apa yang menarik perhatian ruby adalah MVM menyediakan laman web interaktif untuk anda menyumbang. Anda boleh pilih berapa jumlah yang anda mampu untuk beri sumbangan dan anda juga boleh melihat kemaskini terkini tentang statistik sumbangan. Bilangan kempen aktif, dana terkumpul keseluruhan 2018 dan bilangan penderma terlibat bagi tahun 2018.

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer MalaysiaFakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Klik pautan ini www.donation.mvm.org.my untuk mula memberi sumbangan kepada Muslim Volunteer Malaysia. Ruby ingin mengambil kata-kata Rasulullah S.A.W,

Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya: Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

Jom Daftar Sebagai Sukarelawan #VolunteerMVM

Sukarelawan adalah salah satu cara bagaimana kita sebagai manusia yang berkemampuan dari segi fizikal dan pendidikan untuk “give back” kepada masyarakat yang memerlukan. Tidak kira agama, bangsa, warna kulit, lokasi dan negara. Terdapat dua pakej penyertaan yang anda boleh pilih.

  1. RM 50 untuk penyertaan sukarelawan selama 1 TAHUN
  2. RM 100 untuk penyertaan sukarelawan selama SEUMUR HIDUP

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Klik pautan ini www.mvm.org.my/sukarelawan untuk anda daftar, muat naik gambar, mengisi maklumat peribadi dan membuat bayaran. Setelah lengkap menerima maklumat dan bayaran. Anda akan menerima email / sms pengesahan pembayaran dan pendaftaran. Maka anda layak menerima cenderamata eksklusif daripada MVM dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran. Setelah disahkan oleh pihak MVM.

Aktiviti-Aktiviti Muslim Volunteer Malaysia

Volunteer MVM akan menerima manfaat-manfaat seperti akses penuh kepada semua program MVM, saluran untuk bersedekah, menerima cenderamata eksklusif MVM, dapat mengikuti latihan atau kursus yang dijalankan oleh MVM. Sebagai sukarelawan, anda mungkin akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut. Buat masa ini, MVM aktif di Selangor dan Kuala Lumpur. Misi-misi kemanusiaan di luar negara turut diadakan.

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

  • MVM HOPE – Program berfasa dimana bantuan yang diberikan kepada keluarga penerima bantuan
    merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran perniagaan dan pantauan komitmen.
  • MVM UNITY – Program yang menjadi jambatan cakna yang berbentuk kesedaran melalui
    pendedahan scenario tersirat dan juga aktiviti sukan yang mengeratkan hubungan sukarelawan
    dengan masyarakat.
  • MVM REACH – Program korporat untuk syarikat, pertubuhan, persatuan dan/atau agensi swasta dan kerajaan dengan menyediakan ruang kolaborasi untuk program khidmat masyarakat.
  • MVM RELIEF – Program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang
    memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa yang merangkumi negara Asia dan negara Timur
    Tengah.
  • MVM TOUCH – Program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ atau tidak berfasa dimana ia
    berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.
  • KEMPEN 10 – Kempen RM10 ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang. Ia dilancarkan pada bulan April 2016 untuk membantu persatuan ini menanggung kos perbelanjaan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program dan aktiviti setiap bulan.
  • TABUNG BANTUAN SALAM – Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dengan memberi bantuan dalam kadar yang segera. Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM dan juga perlu menepati kriteria ditetapkan. Antara kriteria penerima bantuan yang layak perlulah terdiri daripada warganegara Malaysia dan pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah.
  • TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN – Tabung Bantuan Perniagaan ini sentiasa dibuka selama setahun dan dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada penerima bantuan yang berkelayakan untuk menampung kos keperluan perniagaan mereka. Antara kriteria penerima bantuan yang layak isi pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan

Ikon Muslim Volunteer Malaysia

Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia

Penglibatan selebriti dari pelbagai latarbelakang memberi impak kepada sesuatu pertubuhan kemanusiaan dan sukarelawan. Ini kerana, buah fikiran dari mereka dan penglibatan mereka akan lebih diikuti oleh pelbagai pihak. Sama ada dari pengikut media sosial, peminat mereka atau penajaan dan kerjasama. InsyaAllah.

Jika anda ingin mengetahui program terkini Muslim Volunteer Malaysia, sila follow, subscribe semua url ruby sediakan dibawah. Banyak informasi menarik dikemaskini setiap masa.

1. Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
2. Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
3. Telegram : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
4. Twitter : www.twitter.com/volunteermvm
5. Youtube : https://www.youtube.com/MuslimVolunteerMalaysia
6. Laman Web : www.mvm.org.my

21 thoughts on “Fakta Menarik Tentang Muslim Volunteer Malaysia”

  1. Memang beruntung siapa yang join MVM ni.Sebab banyak kelebihan dan faedah yang dapat diperolehi dari pertubuhan ini.Malah dengan menyertai program sebegini sekurang-kurangnya merupakan ladang pahala kita dalam membantu saudara seislam kita.

  2. Wawa dulu teringin nk join sukarelawan yg tetap dlm sesebuah pertubuhan sejak zaman study lagi.. Tapi bila fikirkan susah utk bergerak, hold dulu.. Tp wawa pernah jd sukarelawan masa banjir di kelantan.. Mmg best tolong2 org ni… Dan MVM ni majoriti mmg terbaik service mereka sbb kwn wawa ade menyertai nye..

  3. pernah dengar psl muslim volunteer ni..sebab heliza rasanya pernah war-warkan…bagus bila ada penglibatan artis dalam program-program amal seperti volunteering macam ni…mampu mengajak lebih ramai org membuat lebih kebaikan

  4. Bila cerita pasal sukarelawan, dulu pernah juga nak daftar diri tapi keadaan dan kesihatan jadi kekangan. Hopefully ramai sertai program sukarelawan ni demi membantu memberi kesenangan pada orang yang memerlukan 🙂

    • Betul. Saya dari dulu suka join aktiviti macam ni. Cuma sekarang dah berkeluarga, anak masih kecil. Saya slow down dulu. Fokus kepada family. Apa yang boleh saya buat, saya beri sumbangan. Sistem Muslim Volunteer Malaysia ni nampak telus. Team yang beramanah.

  5. Alhamdulillah rasa tergerak hati kita bila baca post dari Ruby ni sebab nak join volunteer muslim ni banyak yang kita boleh sumbang kepada masyarakat ni jangan nak berharap untuk orang jer bantu kita tapi kita kena bantu orang baru bantuan tu datang…

  6. betapa besarnya kesan volunteer ini trhadap mereka yang betul2 memerlukan. buat tanpa gaji pula tu.. itulah, lagi bagus kalau lebih ramai yang tampil. bukan duit sahaja tetapi keperluan seharian

  7. I really think this kind of initiative is always benefiting others than harm to other if manage it properly. Those volunteers have a good heart and really salute their effort. I really wish can do this kind of volunteering too if I have time.

  8. Bkn semua org dpt peluang nk jd sukarelawan ni..bgs kalo kita dpt menjadi slh seorang sukarelawan mcm ni kan..byk juga aktiviti tu..dpt juga kita membantu golongan yg memerlukan dgn pelbagai aktiviti..tq share info tentang muslim volunteer malaysia ni

  9. seronoknya jadi sukarelawan ni.airah dah lama nak jadi sukarelawan tapi susah nak cari date free join apa-apa acara 🙁 dulu masa study memang suka la join bende2 macam ni. bukan sahaja bagi peluang kepada orang yang kita bantu, kita sendiri pun banyak manfaat boleh dapat. membuka mata dan membuka hati

  10. Ohh..menarik betul.Rasa sebak jer hati bila lihat mangsa-mangsa ni semua. Semoga yang sertai kesana dipermudahkan urusan. Bagus juga ada tabung dana macam ni..sekurangnya dapat di kurangkan penderitaan mereka ni semua

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.