Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken

Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ruby berkesempatan menikmati hidangan enak dari Nando’s. Kali ini mereka menyediakan menu baru iaitu Smokey PERi-PERi! Sedap dan menyelerakan! Tiba-tiba rindu pula makan bersama keluarga besar. Kebiasaannya ruby order Meal Platter atau Full Platter untuk makan bersama keluarga. Kami membuat pesanan ayam dimasak MILD sahaja. Jadi, bila anak nak makan tidak pedas. Kalau ruby dan suami nak pedas, kami bergantung kepada sos Nando’s sahaja. Cuma, kali ini Smokey PERi-PERi lebih sedap. Terasa ayam panggang dan anak ruby Adam Alif boleh makan. Tidak pedas. Rasa arang tu boleh diterima oleh kanak-kanak. Yahoo, lepas ni ayam ruby lebih enak. Hehe.

Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken

Nando’s yang terkenal kerana ayam panggang api PERi-PERi mereka sentiasa menawan deria rasa dengan ramuan PERi-PERi mereka. Untuk musim perayaan ini, pakar pemanggang ayam ini memperkenalkan rasa Afrika yang lebih ke dalam sajian Nando’s anda!

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang ‘super-natural’ terhasil. Ia memberikan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi tersendiri Nando’s. Semua gabungan ini memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbeku yang baik.

Nando's Smoky PERi-PERi Chicken
Smokey PERi-PERi Platter

Pada PERi-ometer Nando’s, Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba (yang juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa Sederhananya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia memperkenalkan satu dimensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando’s Kami mahu memberi peminat kami rasa sesuatu yang ajaib musim ini dengan ayam PERi-PERi kami yang dipanggang dengan api dan itulah bagaimana wujudnya Smoky PERi-PERi.

Nando's Smoky PERi-PERi Chicken
Chai Hui Fung, Marketing Director Nando’s Malaysia, describing the new Smokey PERi-PERi flavour

“Selama bertahun-tahun kami telah mencuba pelbagai resipi yang berbeza untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERi-PERi. Ia memberikan gabungan rasa hebat yang menarik dan unik, tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia.

Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken RM 99

Nikmati Smoky PERi-PERI baru yang mempesonakan bersama semua sajian anda sebelum ia hilang. Cara terbaik adalah untuk meraikan musim perayaan dengan hidangan Smoky PERi-PERI untuk 4 dengan hanya RM99.00. Ini termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baharu!

Nando's Smoky PERi-PERi Chicken

Nando’s memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dan sentiasa bersedia menyahut cabaran untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka ke dimensi yang lain. Nando’s bercita-cita untuk mengumpul dan menyajikan hanya yang terbaik di atas pinggan anda.

Dunia Magik Mild-epuff

Ruby tiba di acara Nando’s diselubungi dengan dunia magik. Terus teringat filem Harry Porter dan Fantastic Beast. Memang kreatif team Nando’s kalau bab acara bertema. Anak-anak ruby paling happy. Sebab dia tidak pernah lagi join acara kostum dan dekorasi begini. Cermin photobooth pun lain dari yang lain. Hehe. Gimik perlancaran Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken juga menarik. Hehehe.

Nando's Smoky PERi-PERi Chicken Nando's Smoky PERi-PERi Chicken Nando's Smoky PERi-PERi Chicken Nando's Smoky PERi-PERi ChickenNando's Smoky PERi-PERi Chicken Nando's Smoky PERi-PERi Chicken

Selamat mencuba Nando’s Smoky PERi-PERi Chicken. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati bersama insan tersayang.

www.nandos.com.my
www.facebook.com/NandosMY
www.instagram.com/nandosmy

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.