Our Sanrio Times Kuala Lumpur

Our Sanrio Times Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Wah untuk peminat Hello Kitty pasti teruja nak hadir ke acara ini. Boleh la anda mengumpul koleksi Hello Kitty atau bergambar banyak-banyak di Our Sanrio Times Kuala Lumpur. Lokasi dekat sahaja. Anda boleh menaiki Monorail sampai ke Quill City Mall. Mudah sangat! Ayuh ke acara hebat ini, agar tidak ketinggalan! Bukan senang Sanrio nak buat pameran besar-besaran macam ni.

Our Sanrio Times Kuala Lumpur

Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman. Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times – Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari!

Our Sanrio Times Kuala Lumpur

Our Sanrio Times Kuala Lumpur
Dari kiri : Alata Events director Ben Goh, Sam Goh, Group Executive Director of Quill Group of Companies Dato’ Ar. Michael Ong, Alata Events director Albertt Leong, MACEXPO representatives Eva Ng and Loo Ta Chong are joined by My Melody and Hello Kitty mascots at Our Sanrio Times Kuala Lumpur press conference.

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Our Sanrio Times Kuala Lumpur
Event Director Albertt Leong

The Plushy World – Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.

‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut mengenai zon pameran.

  1. Our Sanrio Times : Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang jelas menggambarkan tema utama pameran “Our Sanrio Times” dan secara rasmi membuka tirai perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan. Dari generasi mana pun anda, selalu ada masa Sanrio untuk anda.
  2. Sanrio Time Tunnel : Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun
    1970-an sehingga kini digambarkan dengan jelas. Melalui Sanrio Time Tunnel, pencinta
    Sanrio boleh membuka kunci kenangan mereka yang unik.
  3. The Retro Classic : Replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat generasi pertama Sanrio pasti akan teruja dan berasa seronok di zon ini.
  4. The Plushy World : Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.
  5. Paper Doll Fun :  Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi akan membuat pengunjung mengenang zaman kanak-kanak yang meriangkan dengan kawan-kawan. Semua orang boleh mencampur dan memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat.
  6. Vintage Stationery House : Zaman persekolahan pastinya menjadi tempoh penting dalam kenangan kita membesar dan pastinya semua orang memiliki barangan Sanrio ketika sekolah. Di zon ini, terdapat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari 1970-an atau 1980-an yang pasti mengamit memori pengunjung.
  7. Drawing Classroom : Pereka Sanrio dijemput untuk terlibat dalam pameran ini dan mereka menyediakan demonstrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio. Dalam kelas ini, kita semua dapat menyaksikan bagaimana watak Sanrio yang comel dilukis dari awal satu persatu. Mari belajar bagaimana untuk melukis watak kegemaran anda.
  8. Small Gift Big Smile : Pernahkah anda mendapat kejutan dan meraih kepuasan dengan hadiah kecil ketika berbelanja di Sanrio Gift Gate? Untuk menonjolkan falsafah “Hadiah Kecil Senyuman Besar” dari Sanrio, anda boleh berkongsi kebahagiaan dengan sahabat tersayang melalui hadiah kecil dari
    Sanrio.
  9. Sanrio Village : Di sinilah tumpuan utama pameran ini. Terdapat klasik Sanrio Train dengan reka bentuk yang dicipta sama seperti Sanrio Gift Gate of Gotanda, Tokyo pada tahun 1970-an. 100 ahli keluarga Sanrio akan muncul di kampung ini, contohnya, Patty & Jimmy dan Minna no Tabo
    yang menanti kedatangan anda di atas kereta api. Mari cari semua watak Sanrio kegemaran anda di sana! Di samping itu, Sanrio Gift Gate yang unik dan nostalgia ini mempunyai banyak khazanah. Sekiranya anda peminat tegar Sanrio, sila nantikannya!
  10. Strawberry Newsroom : Strawberry News diterbitkan oleh Sanrio Japan sejak Oktober 1974
    yang merupakan majalah bulanan global untuk berkongsi maklumat terkini mengenai Sanrio.
    Sebaik sahaja melangkah masuk dan melawat ‘Strawberry Newsroom’, anda boleh membaca
    edisi Strawberry News yang terdahulu di sini!
  11. Strawberry Office : Menjadi perintis dan jiwa kepada Sanrio, Strawberry Office mungkin menyembunyikan banyak rahsia Sanrio! Bagaimana anda tidak mengetahuinya?
  12. Strawberry Studio : Gerai foto yang mempesona ini akan menjadikan anda penghias kulit majalah Strawberry News!

Mengenai SANRIO

Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia – Sanrio, diasaskan dengan falsafah “Hadiah Kecil, Senyuman Besar” yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi.

Harga Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur

• Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
• Warganegara Malaysia: RM33
• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma
dan syarat.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau our sanrio times Malaysia di Facebook atau Instagram oursanriotimes.malaysia.

www.oursanriotimes.my

www.facebook.com/oursanriotimes

www.instagram.com/oursanriotimes.malaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.