Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah hari ni bersempena Maulidur Rasul, ruby siap juga artikel ni. Walaupun ia adalah berkenaan pakej Umrah, tetapi semasa sesi wawancara pada bulan September 2018 lalu membuka minda ruby untuk menulis artikel ini dengan lebih terperinci. Ruby tidak pernah lagi menunaikan Umrah atau Haji. Apabila ruby menghantar ibu ruby ke KLIA semasa ingin menunaikan Umrah, ruby tertanya-tanya kenapa ramai saudara mara menangis.

Sedangkan pergi sana menjadi tetamu Allah sesuatu yang mengembirakan. Mungkin juga gembira bercampur hiba. Ruby masih tidak faham perasaan itu. Tapi ruby risau la ibu ruby ke sana. Siapa nak jaga dia dan boleh ke dia lakukan ibadah dengan baik, kerana kesihatan yang tidak begitu baik. Tapi, apa yang kita takutkan itu, Allah s.w.t permudahkan. Ibu ruby lakukan Umrah dengan baik. Tidak sakit lutut dan batuk-batuk pun tiada. Alhamdulillah.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Berapa banyak kes penipuan pakej Umrah dilaporkan di media dan adakah kita semua ambil tahu? Mungkin kita hanya sekali imbas sahaja sisipan akhbar dan buletin utama sebab ahli keluarga kita tidak terlibat. Betul tak? Tetapi tahukah anda, kejadian seperti terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih dari 4 jam, transit di lapangan terbang lewat dan jadual perjalanan penerbangan berbeza.

Ada yang tidak dimaklumkan bahawa mereka tidak terus ke Jeddah / Madinah tetapi transit di negara lain. Ibarat macam pergi bercuti tetapi mimpi ngeri. Ini baru kes Umrah, belum lagi isu jemaah Haji terkandas. Moga kita semua dijauhkan musibah sebegini.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza HolidaysJadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

 

Ruby ingin berkongsi dengan anda tentang Raza Holidays. Mereka menyediakan pengurusan Umrah Tip Top dan Eksklusif. Raza Holidays Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% Milik Bumiputera dan telah diperbadankan pada 20 Januari 2014. Raza Holidays Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Haji Arab Saudi. Selain itu, Raza Holidays juga telah menjadi ahli gabungan International Air Transport Association (AITA) dan Malaysian Association Of Tours And Travel Agents (MATTA).

Bagi memastikan jemaah tidak kelam kabut dan risau tentang perjalanan menjadi tetamu Allah, Raza Holidays akan menyerahkan Pass Visa & No.FNR 2 minggu sebelum bertolak untuk memudahkan jemaah. Jadi, kita atau keluarga kita yang sudah plan menunaikan Umrah akan lebih tenang dan fokus untuk menunaikan ibadah Umrah. Raza Holidays permudahkan urusan anda.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Raza Holidays Mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah

Lesen Khas Umrah (LKU) berstatus Muasassah ini sangat penting. Jika anda baca kisah atok, nenek dan moyang kita menunaikan Umrah / Haji pasti anda akan menitik air mata. Sebab pada zaman dahulu tiada sistem Muasassah. Tapi kekuatan mereka menaiki kapal berlayar membuatkan ruby sedih. Sebab, nasib para jemaah yang pergi pasti sukar diketahui perkembangannya.

Mungkin kapal akan karam akibat ribut taufan atau meninggal dunia kerana wabak penyakit. Zaman tiada telefon dan internet. Ahli keluarga yang menanti kepulangan juga pasti risau. Sebab zaman dulu, nak pulang lepas selesai ibadah Umrah / Haji mengambil masa lagi 3 bulan untuk menaiki kapal laut. Jika tidak pulang, maksudnya jemaah sudah meninggal dunia. Sedihnya.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays
KAPAL LAUT MALAYSIA RAYA YANG MEMBAWA JEMAAH HAJI DARI PELABUHAN PULAU PINANG. FOTO: UTUSAN

Suatu ketika dahulu, untuk seseorang yang ingin mengerjakan haji, mereka perlu berurusan dengan ejen-ejen yang dikenali sebagai Sheikh Haji yang juga bertanggungjawab menguruskan penginapan hotel di sana.

Pada tahun 1936, syarikat Blue Funnel Line bekerjasama dengan Pejabat Hal Ehwal Haji untuk membawa jemaah menggunakan 21 buah kapal laut. Namun pada tahun 1951 sehingga 1952, urusan tersebut telah dipindahkan kepada syarikat kapal laut China Navigation Line bernama Anshun dan Anking. Baca di www.pepatung.com.my/memori-kapal-laut-jemaah-haji.htm

Kesukaran itu kini tidak lagi perlu dilalui oleh jemaah haji apabila Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi bekerjasama dengan memperkenalkan sistem muassasah pada tahun 1984. Muassasah menggantikan sheikh haji dalam menguruskan perjalanan ibadah dan kebajikan jemaah haji di Tanah Suci. Raza Holidays memiliki Lesen Khas Umrah dan anda tidak perlu risau.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Terdapat tiga (3) Pakej umrah dan ziarah Full Board musim sejuk yang ditawarkan bermula dengan harga pakej Gold RM7,490.00, Pakej Platinum RM7,990 dan  Pakej Titanium RM8,490. Anda boleh lihat poster dibawah untuk perbandingan harga dan nama hotel.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Promosi 6 Jemaah, Percuma 1 Jemaah

Raza Holidays mengadakan promosi 6, percuma 1 pada Umrah Musim Sejuk tahun inidan ia merupakan pakej yang menjimatkan. Ini bermaksud, anda daftarkan tujuh orang dan bayaran hanya untuk enam orang sahaja.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

12 Sebab Mengapa Perlu Pilih Raza Holidays

  1. KELENGKAPAN UMRAH
    Raza Holidays menyediakan kelengkapan Umrah untuk kemudahan para Jemaah seperti:

    • Kain Ihram untuk Jemaah lelaki
    • Telekung untuk Jemaah perempuan
    • Uncang kasut
    • Bagasi bersaiz 28’ dan 20’
    • Bag silang
    • Buku Panduan UmrahJadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays
  2. PERCUMA KURSUS UMRAH
    Raza Holidays menyediakan kursus umrah sebanyak 3 kali kepada semua Jemaah sebelum bertolak. Ini bagi memastikan Jemaah memahami dan bersedia untuk berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays
  3. PERKHIDMATAN BAS DISEDIAKAN
    Raza Holidays menyediakan perkhidmatan bas semasa pergi dan balik ke/dari KLIA.
  4. PENERBANGAN TERUS
    Raza Holidays menggunakan penerbangan terus sama ada Malaysia Airlines atau Saudi Airlines untuk memastikan keselesaan para Jemaah.
  5. TIDAK MENGGUNAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH
    Raza Holidays hanya menggunakan penerbangan domestik dan bukan penerbangan tambang murah bagi memastikan keselesaan setiap Jemaah kami.
  6. 4 KALI UMRAH BIMBINGAN MUTAWWIF BERPENGALAMAN
    Pakej umrah Raza Holidays akan dibimbing oleh mutawwif yang berpengalaman dari Malaysia. Raza Holidays mewajibkan mutawwif untuk membimbing Jemaah mengerjakan ibadah umrah sebanyak 4 kali.1. Miqat di Qarnul Manazil.
    2. Miqat di Jaranah.
    3. Miqat di Hudaibiyah.
    4. Ketika balik dari ziarah Taif.Isu yang selalu berlaku adalah ; Mutawwif hanya menemani Jemaah sekali sahaja tetapi yang istimewa di Raza Holidays kami mewajibkan mutawwif kami untuk mengerjakan umrah sebanyak 4 kali bersama Jemaah.

    Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

  7. 2 KALI SOLAT JUMAAT
    Raza Holidays merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menyusun jadual untuk memastikan jemaah mendapat 2 kali solat jumaat yang pertama di Makkah (Masjidil Haram) dan yang kedua di Madinah (Masjid Nabawi).
  8. PERCUMA ZIARAH TAIF
    Raza Holidays membawa Jemaah ziarah Taif secara percuma tanpa ada sebarang bayaran. Kebiasaanya, ada agensi pelancongan yang lain mengenakan bayaran SAR250 untuk membawa Jemaah ke Taif.
  9. TIADA CAJ TAMBAHAN
    Raza Holidays tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada para Jemaah. Harga yang ditawarkan Raza Holidays adalah sudah tetap. Contohnya ada sesetengah pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan lain terdapat perkataan ‘DARI’ pada harga yang ditawarkan.
  10. MAKAN MINUM FULLBOARD 3 KALI SEHARI
    Di Raza Holidays kami mewajibkan pakej kami menyediakan makan dan minum sebanyak 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  11. PENGINAPAN BILIK BEREMPAT
    Raza Holidays sentiasa memastikan keselesaan para Jemaah dengan menyediakan 4 orang Jemaah untuk 1 bilik tidak seperti yang disediakan oleh agensi pelancongan yang lain iaitu seramai 10 orang untuk sebilik.
  12. MAKAN NASI ARAB DAGING UNTA
    Sebelum pulang ke Malaysia, Jemaah Raza Holidays akan menikmati hidangan Nasi Arab Daging Unta di Madinah.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menunaikan Umrah

  1. Passport Antarabangsa (tempoh sah laku 6 bulan)
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping
    bersaiz 4 x 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80%
    (Lelaki : Tidak bersongkok/ Wanita : Bertudung)
  3. Buku/ Surat suntikan meningitis ACYW135.
  4. Salinan surat beranak anak jika ikut serta yang disahkan oleh JPN.
  5. Salinan sijil nikah jika isteri ikut serta yang disahkan oleh Pejabat Agama Islam (Bahagian Nikah, Rujuk, Cerai).
  6. Bagi berumur 45 tahun dan ke bawah

Tunaikan Umrah Bersama Mahram Atau Tidak Bersama Mahram?

Sejak zaman semakin maju, peningkatan populasi wanita, wanita tidak berkahwin dan ingin pergi bersendirian. Maka, perbincangan tentang Mahram telah mewujudkan keputusan oleh Saudi Commission for Tourism and National Heritage (SCTH) pada awal tahun 2018. Wanita berusia 25 tahun dan ke atas dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong yang berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

Tapi…. kos visa umrah, haji dan visa pelancong adalah berbeza. Untuk permohonan visa umrah kali pertama adalah percuma. Yang perlu dibayar adalah kos-kos administrasi kepada pihak agensi sahaja. Kebiasaannya VISA PELANCONGAN mahal! Hahaha

Maksud Mahram adalah wanita itu boleh sentuh dan pegang, boleh buka aurat yang sedikit, tidak batal wuduk bila bersentuh dan haram kahwin selamanya. Rujuk gambar dibawah ya.

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Da’i Irfan Duta Raza Holidays

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Da’i Irfan adalah peserta Da’i Pendakwah Nusantara Musim Keempat pada tahun 2016. Ia adalah program televisyen keagamaan yang disiarkan oleh TV3. Kini Da’i Irfan adalah Duta Raza Holidays, anda boleh lihat banyak rangka promosi pakej Umrah bersama Da’i Irfan sedang berlangsung sejak 2017.

Tips Umrah : Sediakan Wang Tambahan

Wang tambahan adalah untuk jemaah. Bukan sekadar untuk membeli-belah, tetapi sediakan wang untuk waktu kecemasan atau keperluan seperti :

  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel
  • Penggantian bagasi/barang pelbagai yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan KADAR MATAWANG ASING dan kenaikan HARGA TIKET PENERBANGAN, CUKAI LAPANGAN TERBANG dan SURCAJ BAHAN API.
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dll.
  • Lawatan tambahan yang tiada di dalam senarai aturcara.
  • Perkhidmatan penghantaran beg ke Semenanjung / Sabah & Sarawak.

 

Jadi, setelah membaca artikel ini, diharap anda lebih bersedia dan ambil tahu apa yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga. Tidak salah untuk membantu walaupun sudah berkali menunaikan Umrah / Haji. Ia adalah pengalaman yang baik apabila mempermudahkan ibu bapa kita.

www.razaholidays.com/umrah
www.instagram.com/razaholidays
www.facebook.com/razaholidays

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.