Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Review + Discount Code Sudio NIVA Black. Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira buat anda semua! Ya ruby nak berkongsi ulasan dan kod diskaun untuk earphone yang amat diperlukan pada masa ini. Ia adalah earphone dari jenama Sudio yang berasal dari Sweden. Earphone dari jenama ini adalah diperbuat secara tradisional tau. Guna jari jemari. Bagus kan?

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Walaupun ruby berhijab, ia tidak membataskan ruby untuk menggunakan SUDIO NIVÅ. Sekarang setiap masa ruby akan pakai earphone ini tanpa terganggu seperti dulu. Dulu, kalau nak pakai earphone, mesti wayar berselirat. Masuk wayar ke dalam baju dan ada pengalaman earphone tercabut. Sebab telefon dalam poket dan earphone tu ada kat telinga. Selamba je dalam LRT lagu kuat pasang. Malu!

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Setiap model Sudio direka dengan teliti mengikut keutamaan pengguna. Reka bentuk sesuai untuk setiap keperluan, sama ada anda sedang mendengar muzik dalam perjalanan ke pejabat atau menikmati hari cerah bersama keluarga. Tidak kira di mana anda berada atau apa yang anda lakukan, sepasang earphone Sudio akan menjadi teman anda yang elegan.

Membuat fon telinga adalah seni ketukangan. Walaupun mesin terus merevolusikan dunia moden, Sudio merasakan bahawa manusia masih menakluk mesin. Mata manusia tidak boleh tertipu, maka Sudio memilih untuk meneruskan butiran buatan tangan untuk setiap produk sehingga ke proses pengeluaran.

Cara menggunakan Sudio NIVA Black

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

1. Cas dahulu kotak pengecas bulat SUDIO NIVÅ
2. Apabila ingin gunakan, pasang Bluetooth dari telefon pintar anda
3. Aktifkan SUDIO NIVÅ, ia akan keluar lampu warna merah
4. Letak di telinga anda dan kawal volume ikut keselesaan anda
5. Apabila ingin jawab telefon, tekan sekali SUDIO NIVÅ dan bersembanglah. Haha
6. Untuk tamat kan perbualan, tekan sekali button kecil SUDIO NIVÅ dan anda akan sambung mendengar muzik

Apa Yang Menarik Tentang Sudio NIVA Black

Sudio NIVÅ fon telinga tanpa wayar mempunyai 3.5 jam hayat bateri. Dilengkapi dengan kotak pengecas mudah alih yang bergaya untuk membolehkan anda bawa kemana-mana sahaja. Bekas pengecas mempunyai 4 fungsi caj tambahan yang boleh memberi 17.5 jam hayat bateri. Gaya Skandinavia / Sweden minimalis yang elegan, ia juga dilengkapi dengan 3 pasang “SUDIO Ear Sleeves” berbeza saiz untuk kesesuaian dan keselesaan telinga anda. Apabila ruby menggunakan Sudio NIVÅ, ruby tidak terganggu dengan tali earphone.

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Bila dah ada anak kecil, jika mereka nampak ada tali earphone. Pasti mereka juga sibuk nak mendengar apa ruby sedang dengar. Kemudian tali earphone tersangkut dekat tangan anak apabila ruby dukung mereka. Ada kalanya earphone dari telinga terkeluar dari bawah tudung tanpa ruby sedari. Hurrrmm. Jadi, penggunaan Sudio NIVÅ lebih kemas dan tidak mengganggu kehidupan seharian ruby. Ruby boleh bekerja sambil uruskan rumahtangga. InsyaAllah.

Harga & Koleksi Sudio NIVA

Apabila ruby mencari earphone, kebiasaannya ia mestilah earphone besar. Kali ini ruby mencari “True Wireless” earphone. Mempunyai fungsi menjawab panggilan telefon serta boleh mendengar muzik tanpa gangguan. Jangka masa berfungsi juga lama. Kebiasaannya apabila habis bateri wireless earphone, terus kita simpan dan mula cas di pejabat atau di rumah. Tetapi, untuk Sudio NIVA, anda boleh masukkan ke dalam kotak yang disediakan. Ia berfungsi sebagai pengecas on the go!

Review + Discount Code Sudio NIVA Black

Harga bernilai RM 425 dan terdapat dalam 3 warna pilihan iaitu Hitam, Putih dan Merah Jambu. Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Discount Code Sudio NIVA

Review + Discount Code Sudio NIVA Black
Berita baik untuk kesayangan ruby semua. Sekarang SUDIO ada promosi potongan 15% diskaun, PERCUMA 4 Swedish Design Coasters, penghantaran PERCUMA ke Malaysia dan 1 tahun waranti untuk setiap pembelian produk SUDIO. Gunakan diskaun kod RUBYDOTMY2018 semasa di akhir pembayaran dari laman web www.sudio.com/my

www.sudio.com/my

www.instagram.com/sudio

www.facebook.com/Sudiosweden

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “Review + Discount Code Sudio NIVA Black

    James Dunk

    (November 27, 2018 - 5:32 pm)

    I love your article. One of my friend also suggest me sudio niva. After reading your wrintings and comments, i will buy and try it. Thanks

    Halimah

    (November 25, 2018 - 9:49 pm)

    Wah..ciptaan earphone terbaru utk pengguna yg suka memakainya,sangat menarik dan pastinya memudahkan bg org yg suka mendengar muzik dan tidak menggangu dgn wire yg berserabut.

    Lily

    (November 23, 2018 - 11:49 am)

    i like the pastel pink!! cantik sangat!! and free shipping to malaysia? hmm.. mcm menarik jeee

    Nina Mirza

    (November 22, 2018 - 8:20 am)

    Aduhh…. Tergoda dengan warna nya. Tanpa wayar gini memang syiokkk. Anak pun tak sibuk nak dengar sama. Kalau tak, dia jerr yang dok layan. Ada diskaun ni nak pujuk husband belanja seketul. Hehee
    Thanks Ruby
    Nina Mirza´s last blog post ..STEM Academy Malaysia membongkar IQ kreativiti EilyanaMy Profile

    Mimi

    (November 22, 2018 - 7:56 am)

    Macam Mimi sendiri, Mimi memang suka dengar lagu guna earphone. Memang kadang kadang payah kalau earphone berwayar ni. Berselirat jadinya. Earphone macam ni memang jadi pilihan lah kan. Mudah dipakai. Harga pun berpatitan. Kalau Mimi pilih pink sebab favourite warna.

    Liez

    (November 22, 2018 - 7:34 am)

    Cun la earphone ni.. kecil dan yang penring wireless.. senang nak sumbat dlm telinga. Nak bwk g exercise pun xde hal kan.. ada seleksi warna mmg cantik

    Ana Suhana

    (November 22, 2018 - 6:55 am)

    Faham sangat bab pakai earphone bagi yg berhijab. Rimas sebab wayar jadi berselirat. Bila tgk jenama ni rasa tertarik pula sebab fautures yang ditawarkan tu walau harga berhuhu.
    Ana Suhana´s last blog post ..D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam Makan Banyak Bayar MurahMy Profile

    ayu rafikah

    (November 22, 2018 - 1:10 am)

    smart giler ear phone ni..paling best lepas guna memang disediakan tempat khas untuk menyimpannya..sekaligus menampakkan ciri esklusif yang diperkenalkan oleh jenama ini

    JMR

    (November 21, 2018 - 10:27 pm)

    Ni satu lg wishlist aku..tengok brand Apple, double harga Sudio..nampak stylo..tpi biasalah, 3.5 jam tu bg aku sekejap lagi..nk tggu teknologi yg provide sampai 10 jam, baru aku beli haha
    JMR´s last blog post ..Memang Terbukti Kata-kata Ini. Jangan Benci, Nanti Suka.My Profile

    cindyrina

    (November 21, 2018 - 9:44 pm)

    Tak pernah try this kind of earphone. But I would say this is super perfect for my travel. It look chic and trendy too. I would try this discount code.

    Rawlins GLAM

    (November 21, 2018 - 6:04 pm)

    Having a set of wireless earphones is essential to me now as I love to exercise using one too. I need good music to exercise and having such earphones certainly helps.
    Rawlins GLAM´s last blog post ..Loving the sun with Althea’s Petal Velvet SunawayMy Profile

    pamela

    (November 21, 2018 - 12:50 pm)

    I am loving their product. The colors so nice and most of all very useful. The sound system is one of my favorite too

    Jia Shin Lee

    (November 21, 2018 - 12:36 pm)

    I love the colors they have, pink will be my favorite, I’m looking for good headphones and I’ll be putting this to my xmas wishlist, hehe hopefully santa gets the hint!

    Ai

    (November 21, 2018 - 12:34 pm)

    Dah lama tertarik dengan earphone ni sebab tak sarat dengan wayar. Selalunya wayar-wayar tu mesti terbelit-belit dengan beg. Yang ni senang je. Cuma kena hati-hati takut hilang sebab susah nak cari. Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.