Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia. Assalammualaikum semua! Wahhh siapa la yang taknak pergi ke KOREA selama 7 Hari tu. Ya Allah ruby pun join peraduan ni tau. Sebab nak merasai semua aktiviti yang disediakan oleh Guardian Malaysia tu. Hehe. Anda semua boleh join peraduan kira Happy Mask ni dengan hanya berbelanja di Guardian sebanyak RM 40 sahaja. Satu resit untuk satu penyertaan. Paling best, kita boleh join banyak kali! Ala selalu pi Guardian kannnn. Setiap minggu kita join peraduan. Hahaha. Peraduan tamat pada 31 Disember 2018. Jom join sekarang!

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

Guardian Malaysia, menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat, kini menawarkan peluang menarik kepada para pelanggannya untuk “Shop Your Way To Korea”. Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” yang dilancarkan hari ini, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej percutian eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk dua orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu: “Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat para pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat. Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada para pelanggan kami,” tambah beliau.

Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Kami terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.

Hadiah Peraduan Shop Your Way To Korea

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk dua orang, bernilai hampir RM36,000! Dan terdapat EMPAT Hadiah Utama!

Selain itu, terdapat 16 hadiah kedua berupa Samsung Note 9 dan 30 hadiah ketiga berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang! Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini!

Cara Penyertaan Shop Your Way To Korea

Untuk menyertai peraduan, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit. Selepas membuat pembelian, mereka perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm.

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

Setelah mereka yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan mereka. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember.

“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar,” tambah
Ms Wong.

Senarai Jenama Yang Mengambil Bahagian

Peraduan SHOP YOUR WAY TO KOREA Di Guardian Malaysia

Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk lima penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi. Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di: w2korea.guardian.com.my

www.instagram.com/guardianmalaysia
www.facebook.com/GuardianMalaysia
www.guardian.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.