Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan informasi menarik tentang program yang sedang berlangsung di Suria KLCC. Kita beruntung berada di Malaysia kerana mempunyai pelbagai perayaan yang boleh disambut bersama tidak mengira kaum dan agama. Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang tidak pernah ketinggalan menampilkan tema menarik setiap kali perayaan Christmas. Sambutan Hari Christmas ini pasti diarasai oleh pengunjung, terdapat banyak sorotan program tersedia dan lokasi menarik untuk anda bergambar! Ruby akan kongsikan apa yang menarik di Suria KLCC!

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Suria KLCC telah berubah menjadi lokasi keajaiban Christmas yang mengagumkan. Bertemakan “Whimsical Christmas”, Centre Court Suria KLCC telah berubah kepada sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal. “Whimsical Christmas” ini dijaga oleh tentera Nutcracker berwarna-warni.Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC
Encik Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC

“Krismas adalah salah satu musim yang paling dinanti-nantikan Suria KLCC. Ini kerana kami ingin membawa keajaiban. Tahun ini, bandar Krismas kami yang ajaib dijaga oleh tentera Nutcracker dan membawa kembali kenangan sambutan Krismas semasa zaman kanak-kanak anda. Ia memberi memori yang bahagia dan menyeronokkan.

Semasa meraikan dan menikmati kegembiraan perayaan ini, kami gembira dapat menyebarkan keseronokan dan kegembiraan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hospis Malaysia kerana misinya selaras dengan aspirasi Suria KLCC sebagai syarikat yang mengambil berat.” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Encik Andrew Brien.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.

Tentera Nutcracker Menjaga Pintu Utama

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCCAlami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Tentera Nutcracker ini berada di pintu utama untuk menjaga pusat membeli-belah ini dan dalam masa yang sama menyambut pengunjung. Ia akan dipamerkan sehingga 2 Januari 2018.

Pokok Krismas Tertinggi Di Malaysia

Suria KLCC masih kekal memegang rekod untuk “The Tallest Christmas Tree in Malaysia” disahkan oleh Malaysia Book of Records yang berketinggian 100 kaki sejak tahun 2015. Ia adalah signifikasi menarik bagi Suria KLCC kerana anda pasti ingat pokok krismas tertinggi ini hanya di Suria KLCC. Apabila anda melalui taman Suria KLCC, pasti anda akan nampak pokok krismas di kawasan Esplanade iaitu di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah Suria KLCC.

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Jadual Persembahan “Christmas Special” 24 Nov – 25 Dec 2018

Krismas adalah musim yang menyeronokkan dan di Suria KLCC, pelbagai aktiviti interaktif dan persembahan akan diadakan sepanjang tempoh sambutan. Anda boleh rujuk laman web http://bit.ly/WhimsicalChristmasPerformances untuk jadual persembahan. Pembeli dapat menikmati pelbagai persembahan yang meriah iaitu balet, marching band dan Christmas carolling. Krismas tanpa Santa pasti tidak meriah. Kanak-kanak berpeluang untuk bertemu Santa di sesi meet & greet. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak bersama Santa!

Christmas Carolling

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Marching Band

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Persembahan Ballet

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Santa Meet & Greet

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Alami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC bersama keluarga dan orang tersayang. Pasti ia memori indah untuk disimpan apabila meluangkan masa bersama-sama membeli-belah barangan persediaan Krismas sambil diserikan dengan persembahan yang disediakan oleh Suria KLCC.

Shop And Get Rewarded Bersama Citibank

Krismas adalah masa untuk berbelanja dengan lebih bermanfaat, Suria KLCC telah bekerjasama dengan Citibank untuk memberi dengan ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian. 30 orang pertama pemegang kad VISA Citibank yang menghabiskan minimum RM 1,000 dalam satu resit setiap hari akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10. Ini adalah salah satu dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC apabila mendapat parkir RM 10! Barulah lega nak shopping seharian kan? Hehehe

Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3500 dan ke atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40 hari pada hujung minggu. Anda boleh rujuk laman web http://bit.ly/WhimsicalChristmas2018 untuk maklumat lanjut tentang ganjaran dan promosi yang sedang berlangsung.

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Pelanggan bukan Citibank juga tidak ketinggalan untuk menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000 ke atas dalam satu resit tunggal. Suria KLCC memberikan hadiah L’Occitane kepada 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke atas dalam satu resit pada hujung minggu.

Lima pemenang bertuah yang berbelanja di Suria KLCC akan dipilih untuk memenangi barang kemas dari De Beers apabila mereka membelanjakan RM3,500 ke atas pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan pelanggan bukan Citibank. Terdapat juga Secret Santa yang akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli bertuah. Oleh itu, berbelanja di Suria KLCC dan dapatkan semua hadiah yang menarik ini. Kempen berakhir pada 25 Disember 2018.

Kempen Kemanusiaan Bersama Hospis Malaysia “Speak Up There’s an Elephant in the Room”

Sambil mengalami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC. Krismas tidak lengkap tanpa berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang bernasib baik. Suria KLCC terus bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga.

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Pembeli di Suria KLCC digalakkan untuk menyokong dengan menyumbang RM 15 kepada kempen dan sebagai ganjaran, mereka akan mendapat tanda penghargaan daripada Suria KLCC. Selain itu, alternatif lain adalah pembeli boleh menyumbang RM 15 untuk penyertaan anak mereka dalam aktiviti lukisan muka dan lengan. Jadi, ada dua pilihan, menderma terus atau bayar untuk lukisan muka dan lengan. Setiap sumbangan akan disalurkan kepada Hospis Malaysia, aktiviti ini adalah salah satu Corporate Social Responsibility (CSR).

Kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” telah dilancarkan pada bulan Oktober dengan “Cik Gajah” patung gajah bersaiz bayi hidup, sebagai maskotnya. Terdapat sepuluh “Cik Gajah” yang dibuat untuk kempen dan masing-masing telah diguna pakai oleh konglomerat termasuk Suria KLCC, yang juga merupakan tempat untuk patung-patung. 10 “Cik Gajah” kini dipaparkan di tiga lokasi strategik di Suria KLCC sehingga April 2019.

Suria KLCC Permata Kuala Lumpur

Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

Suria KLCC, terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur yang strategik dengan destinasi membeli-belah sehenti bagi penduduk tempatan dan pelancong. Dengan kawasan seluas 240 kaki persegi, ia mempunyai lebih daripada 360 kedai khusus antarabangsa dan tempatan dengan penyewa utama utama termasuk gedung membeli-belah lsetan, gedung Parkson, kedai buku Marks & Spencer dan Kinokuniya. Ia juga menawarkan tarikan lain seperti Galeri Petronas & Petrosains Interactive Discovery Centre, Dewan Filharmonik Petronas, Aquaria dan Menara Berkembar Petronas. Destinasi membeli-belah utama ini mudah diakses oleh pengangkutan awam seperti bas, teksi dan LRT. Jom ke Suria KLCC. Alami dunia magikal Whimsical Christmas Suria KLCC sendiri

www.facebook.com/SuriaKLCCMall
www.instagram.com/suriaklccmall
www.suriaklcc.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

16 thoughts on “Alami Dunia Magikal Whimsical Christmas Suria KLCC

    Halimah

    (December 2, 2018 - 6:22 pm)

    Skrg tgg sibuk dgn persiapan Christmas, pg mana2 Mall nampak pokok Christmas yg dihias scantily, juadah pun Pelbagai menu

    AlongMurni

    (November 28, 2018 - 10:00 am)

    Bestnyer.. banyak program yang dah diatur sempena christmass ni.. terima kasih atas informasi.. Boleh la AM bawa anak-anak berjalan2 di KLCC sampai join aktiviti program yang menarik di sini kan??

    Lia Hasty

    (November 28, 2018 - 9:59 am)

    Cantiknya dekorasi Krimas dekat KLCC ni. Kalau pergi KL next month memang nak singgah lepak sini. Jealous tengok ramai update ig dekat christmas tree ni.

    Ana Suhana

    (November 28, 2018 - 7:57 am)

    Terasa macam dalam alam magical pula bila tengok hiasan Hari Natal dekat KLCC tu. Instagrammable sangat. Kalau bawa anak-anak sure dorang suka. Silap hari bulan mak budak pun teruja sama. Nak take note lah jadual aktiviti yang ada tu.
    Ana Suhana´s last blog post ..Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill MalaysiaMy Profile

    Syamimi

    (November 28, 2018 - 7:54 am)

    Bila tiba hari krismas memang best. Lagi syok bila tengok dekat mall. Sebab sambutannya tu meriah.
    Macam macam deco dorang buat.
    Kita pun naik teruja tengoknya.
    Tapi kat mersing ni takde mall la. Tak syok.
    Klau dpt balik kampung,boleh singgah mall..
    Ambik mood happy dorang nak beraya. Hee

    ayu rafikah

    (November 28, 2018 - 7:50 am)

    hiasan deko kat klcc mesti antara yang terbaik bila setiap kali perayaan…apaatah lagi time krismas lagilah cantik…tak sabar nak terjah klcc hujung minggu ni nak tengok sendiri kecantikan dalaman klcc

    Cik puan ena

    (November 28, 2018 - 1:15 am)

    Alaa baru balik dari KL semalam. Tak teringat nak singgah sini. Huhu tapi okla ada banyak masa lagi nak bawak anak jalan2. Ena paling suka tarian ballet tu. Comel je. Tak pernah tengok in real.
    Cik puan ena´s last blog post ..Anchor Food Professionals melancarkan “Icy-cool Beverages to Boost Your Mood” dalam kempen MoodmojeeMy Profile

    Jaja Zaleha

    (November 27, 2018 - 11:02 pm)

    Meriahnya! Setuju dengan Ruby, memang kita kat Malaysia ni beruntung dapat bersama raikan pelbagai perayaan. Sekarang ni musim cuti sekolah, mesti ramai pengunjung SUria KLCC tu nanti. Event macam ni budak-budak la yang paling seronok agaknya. Yang dewasa pula syok shoppinglah apa lagi, haha!
    Jaja Zaleha´s last blog post ..Tips Hiking Pertama Kali | Daki Gunung SemanggolMy Profile

    Abby Onety

    (November 27, 2018 - 10:47 pm)

    Abby pastinya akan senang sekali bila bisa liburan akhir tahun di Kuala Lumpur. Pingin sekali ambil ambil gambar langsung dari KLCC. Yamin nanti banyak pertunjukan cristmas di malam natal nanti.

    Faries

    (November 27, 2018 - 10:19 pm)

    Setiap tahun KLCC akan memberikan kelainan bagi sambutan krismas. Last year sempat kesana. Tahun ni nk kesana lagi nmpknya. Nak bergambar dengan pokok krismas tertinggi tu. Nak tengok jugak persembahan pada 25 dec nanti. Tak sabar rasanya nk kesana. Thanks kak Ruby share . hehehe

    Nadia Johari

    (November 27, 2018 - 9:23 pm)

    Ruby nampak comel bila pakai baju tu..eh sorry salah komen pulak..hahhaa..sebab tengok ruby comel sangat..hehee..KLCC memang selalu ada je perhiasan dia buat. Best ni, warna warni gitu siap ada nutracker. Nak kene pergi ni, nak ambik gamabr je..hehee.. Siapalah yang bertuah ye dapat hadiah tu nanti..hehee

    Mahamahu

    (November 27, 2018 - 8:12 pm)

    Kita memang setiap tahun menanti untuk tengok hiasa kat KLCC ini memang menarik dan terpegung sangat cantik dan meriah. Kalau buat memang besar dan cantik. Nak bergambar kat sana ramai lak hehehehe nanti kita akan pergi nak ambil gambar kenang-kenangan… Setiap tahun KLCC bawa kelainan kat sini untuk musim perayaan…
    Mahamahu´s last blog post ..Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yang ViralMy Profile

    Julia Mahir

    (November 27, 2018 - 2:44 pm)

    Waaaaa comel sangat Nutcraker tuuu! Syiok lahh dapat pegi tgk decoration cecantik kat KLCC tu. Ada promosi beli belah pulak tu. And that humanitarian campaign memang thumbs up sangat. Ingat pada yg susah time semua tgh happy2 ni kan.
    Julia Mahir´s last blog post ..Learn & Fun Trip to Pusat Sains & Kreativiti TerengganuMy Profile

    Sherry

    (November 27, 2018 - 12:16 pm)

    Love to visit KLCC again, such nice decoration yeah Christmas soon and we didn’t have any plan yet. Good to know that outdoor is so big and beautiful too, usual we just stay inside and seldom to out side of it. Got to let my dear know of this Christmas decoration as we missed out the visit last year. Need to plan it out if wanna go there.
    Sherry´s last blog post ..Ayamas Kitchen with variety HALAL FROZEN DIM SUMMy Profile

    Qiya Saad

    (November 27, 2018 - 11:39 am)

    Cantiknya decoration perayaan christmas tahun ni, siap ada patung tentera lagi. Banyak plak tu aktiviti masa sambutan nanti. Qiya sempat jalan-jalan kat KLCC masa dekat-dekat raya christmas tahun 2014 dulu kalau tak silap, tapi deco dia sikit. Tahun ni nampak macam meriah sangat.
    Qiya Saad´s last blog post ..40 Juta Penghidap Diabetes Tidak Akan Dapat Insulin pada 2030My Profile

    Airah Syahirah

    (November 27, 2018 - 11:08 am)

    huarghh cantiknya semua hiasan.suka tengok deko sempena krismas dekat mall2 besar ni memang sesuai nak tangkap gambar.baru2 ni pun airah pergi paradigm jb tangkap gambar dengan doraemon sempena krismas.nak datang suria KLCC ni jauh sangat hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.