Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur. Assalammualaikum semua! Ya penyanyi kesayangan kita iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan kembali mengadakan konsert siri jelajahnya. Kali ini sudah pasti beliau akan mengadakan di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura! Wahh pasti ramai yang teruja. Rata-rata semua lagu Dato’ boleh dinyanyikan oleh kita semua. Tidak kira lagu baru atau lama, ia menyentuh perasaan, mudah dihafal dan serasi dengan jiwa Asian kita kan? Tak sabar ruby nak tonton konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ruby pasti peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza seluruh nusantara akan enjoy dengan tiap persembahan beliau. Tiket di Malaysia sudah mula dijual pada 28 Disember 2018. Manakala tiket untuk negara Indonesia dan Singapura bermula 7 Januari 2019.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Jangan ketinggalan menjelajah bersama penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam perjalanan muzik yang bakal meraikan lebih daripada dua puluh tahun keberadaan beliau di dalam bidang seni suara. Mari bersama-sama meraikan momen untuk menikmati vokal, muzik dan legenda ini sendiri dalam konsert jelajah terbesar beliau.

Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Penjelajahan dengan judul “DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR”, ‘bersuara’ melalui konsert itu sendiri . Sebuah perjalanan muzikal yang akan membawa khalayak bernostalgia dengan satu demi satu lagu hits beliau dan digubah semula untuk mengoncang debaran rasa serta membuatkan para peminat dapat menikmatinya bersama-sama.

Konsert Jelajah Terbesar

Bergelar penyanyi dan penghibur, menjadi anak, kakak, adik, isteri dan kini seorang ibu telah melengkapi segalanya. Selepas berada di dalam industri muzik Malaysia selama lebih dari 20 tahun, adalah menjadi sesuatu yang penting buat saya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan untuk saya dan juga industri muzik Malaysia. Saya juga berhasrat untuk merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muzik saya. Saya mahu anda mengembara bersama saya melalui perayaan muzik ini kerana akhirnya bersedia untuk dunia mendengar suara saya.

Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Acara ini akan menjadi konsert jelajah terbesar saya, merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun. Bermula dengan negara-negara jiran kita, Jakarta dan Singapura dan sudah semestinya kembali ke negara kelahiran saya, Kuala Lumpur. Pihak produksi dan pengurusan saya juga sedang berbincang untuk menghidupkan kembali detik Royal Albert Hall London, dan Insya Allah, berserta beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.

Ini merupakan mimpi yang menjadi kenyataan. Saya berasa terharu di atas komitmen ramai pihak menjayakan konsert jelajah ini serta tidak mungkin dapat melakukannya sendirian. Saya percaya dengan sokongan peminat setia saya Sitizoners serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah dan perancangan ini bakal menjadi sesuatu yang hebat.

Konsert jelajah ini juga adalah platform saya untuk membawa nama, muzik dan budaya Malaysia ke Indonesia, Singapura dan mungkin lebih banyak tempat lagi selepas ini.

Yang benar,
Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Aubrey Suwito Mengiringi Jelajah Muzik Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Setiap segmen persembahan akan menampilkan yang terbaik dari yang terbaik; Segmen Etnik/Tradisional, Balada, Carta Unggul dan segmen Unplugged ~ Semua muzik dihasilkan dan diatur semula oleh pemuzik extraordinaire, Aubrey Suwito bersama band All-Starnya. Aubrey bertindak memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini yang terdiri dari pemuzik Kota New York hinggalah kepada pemuzik luar biasa tempatan yang telah bersama Siti sejak mula perjalanan kariernya.

Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Penyanyi TULUS Sebagai Penyanyi Undangan

Konsert ini juga akan mengundang penyanyi lelaki Indonesia yang hebat, TULUS. Gabungan kedua-dua suara yang luar biasa itu pasti menghasilkan momen yang ajaib. TULUS bakal menjadi penyanyi undangan jelajah konsert ini dan membawakan lagu-lagu hitsnya yang pastinya tidak patut dilepaskan oleh para peminat setianya. Siapa tahu para penonton konsert bakal melihat sebuah lagu duet antara dua penyanyi hebat ini sebelum lagu itu dilancarkan.

“They Call Me Siti”

Bercakap tentang pelancaran, sebuah buah tangan istimewa, Filem Dokumentari juga akan dilancarkan di layar lebar.

Seorang wanita, dua dekad seni, beribu perjalanan. Filem dokumentari ini akan membawa penonton melalui perjalanan belakang tabir sepanjang konsert jelajah ini berlangsung. Bakal menyaksikan bagaimana dalam kesibukan beliau menjaga buah hatinya, Siti Aafiyah dan menjalani latihan tari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokas konsert berlangsung.

Harga Tiket Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza ON TOUR

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan sejarah dan momen #SitiNurhalizaOnTour. Terdapat pakej Meet & Greet khas untuk peminat Dato ‘Sri Siti Nurhaliza. Tiket Meet & Greet memberi peminat peluang untuk mendekati Dato’ Sri Siti Nurhaliza sehari selepas konsertnya.

Pakej ini termasuk tiket konsert, t-shirt percuma, CD dan minuman di sesi Meet & Greet. Jangan ketinggalan merebut peluang keemasan ini. Para peminat juga berpeluang membeli barangan istimewa Limited Edition di lokasi konsert.

Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour : Jakarta, Singapura & Kuala Lumpur

Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (Diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze)

Tiket Hotline: 03 8605 0196, 012 3695457
Maklumat Hotline: 012 2560082

“DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR”, “ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 28 December 2018.

Tarikh Konsert

21 Februari 2019 Istora Senayan, Jakarta
2 Mac 2019 Singapore Expo, Singapura
16 Mac 2019 Arena Axiata, Kuala Lumpur

www.shirazprojects.com
www.instagram.com/shirazprojects
www.facebook.com/shirazprojects/
Hashtag: #SitiNurhalizaOnTour

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.