Demeter Fragrance Library Wangian Inspirasi Memori Indah

Demeter Fragrance Library Wangian Inspirasi Memori Indah. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi memori ketika membesar bersama ibu bapa atau adik beradik? Mungkin memori pertama kali menggunakan crayon? atau.. memori mencuci tingkap semasa persiapan hari raya Aidilfitri? Banyak kenangan yang boleh kita imbas kembali dan tersengih-sengih apabila teringat memori indah. Ruby paling rindu saat zaman kanak-kanak. Seronok buat semua perkara. Sekarang ni, banyak bau bahan pencuci aje. Hahaha. Yang kelakarnya Demeter ada wangian Clean Windows! Hahaha. Aduii bau mak mak sangat ni!

Demeter Fragrance Library Wangian Inspirasi Memori Indah

Ramai sudah mengetahui jenama Demeter sangat unik. Ia adalah wangian yang memberi tindak balas emosi oleh rasa bau dan ia jenama wangian yang dapat mengimbau kenangan bahagia suatu masa dahulu. Demeter Fragrance Library menangkap aroma emosi dan intipati kenangan bahagia dalam satu botol. Hebat kan? Ia mula dibuat di Amerika Syarikat sejak tahun 1996 oleh perfumer berbakat iaitu Christopher Brosius.

Demeter adalah jenama aroma tunggal yang terdiri daripada lebih daripada 300 wangian yang berbeza. Ia diilhamkan oleh objek dan pengalaman sehari-hari. Mengapa begitu banyak wangian yang berbeza? Kerana bau boleh mencetuskan tindak balas emosi yang paling kuat. Jenama ini juga menjadi kegemaran di kalangan selebriti dari Korea dan Hollywood!

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library

Pelancaran Demeter Fragrance Library

Demeter kini mengeksport ke lebih daripada 20 negara dengan lebih daripada 350 cawangan di seluruh rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan Thailand dan China. Kedai pertama Demeter terletak di Gangnam, Seoul, dan kini Demeter terdapat di lebih daripada 300 kedai di Korea. 

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Pelancaran Demeter oleh Encik James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik; Encik Thoren Tan, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia; Encik Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia dan Encik Jason Park, Ketua Pegawai Eksekutif Finger Touch (M) Sdn Bhd.

“Perniagaan wangian telah berubah dari masa ke masa, pengguna sedang mencari kelainan. Apabila membeli minyak wangi, pengguna kemungkinan besar akan mempertimbangkan wangian dengan nilai-nilai yang sangat menginspirasi dan daya tarikan kuat terhadap personaliti bau mereka. Ia adalah kualiti dan ciri-ciri yang baik bahawa botol minyak wangi mesti sesuai kepada si pemakainya.

Demeter Fragrance Library tersedia secara eksklusif di kedai Watsons, para pelanggan boleh memilih wangian yang bersesuaian. Tawaran produk lain dari jenama Demeter termasuk krim tangan, lip balms dan lebih banyak minyak wangi akan direka dengan ciri yang berbeza. Bersempena dengan musim perayaan, Demeter Fragrance Library adalah hadiah yang sempurna untuk orang tersayang atau untuk diri sendiri,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

DIY Wangian “Ruby”

Semasa acara pelancaran, ruby berkesempatan melakukan DIY wangian inspirasi memori indah dari Demeter Fragrance Library bersama Encik James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik. Ruby berada di meja tema “Outdoor”. Terdapat 10 minyak pati untuk ruby bau dan pilih 3 wangian yang ingin dicampurkan agar mirip dengan memori indah. 

  1. Floral Musk
  2. Bonfire
  3. Dandelion
  4. Green Tea
  5. After The Rain
  6. Grass
  7. Fresh Lemon
  8. Wet Garden
  9. Pink Grapefruit
  10. Peach & Apricot

Ruby campur 3 minyak iaitu Pink Grapefruit, Green Trea dan Wet Garden. Ia mengeluarkan wangian yang manis buah dan segar seperti di pergunungan lembab yang sejuk seperti Cameron Highland. Ia ibarat ladang teh dan strawberry segar di awal pagi. Tema outdoor bersesuaian dengan aktiviti luar seperti pengembaraan, riadah keluarga dan sukan. Ruby bau After The Rain, teringat masa main sukan hoki ketika cuaca hujan dan kemudian hujan berhenti. Percikan air dari rumput dan lumpur. Rindu zaman sekolah rendah!

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library

Demeter Fragrance Library

Untuk pertama kalinya, sesiapa sahaja boleh menyatakan diri mereka dengan wangian. Menggunakan Demeter Fragrance Library sebagai palet wangian, anda boleh merekabentuk dan menggabungkan wangian sesuai dan guna secara langsung pada kulit. Bau Demeter Fragrance Library adalah kombinasi bahan-bahan paling sedikit yang terdiri daripada bau yang dikenali.

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Encik James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik

 James berkongsi, “Asas Demeter Fragrance Library bermula dari ingatan. Otak kita menangkap setiap kebahagiaan kecil dalam kehidupan seharian kita apabila kita mengalami perkara-perkara baru dan menemui perasaan baru setiap hari. Dengan Watsons, kami berharap Demeter dapat memperluas pengaruh wangiannya dan membawa kembali gembiraan kenangan apabila pelanggan menggunakan minyak wangi kami. “

6 Wangian Klasik

Demeter Fragrance Library menawarkan 6 wangian klasik seperti Crystal Rose, Sweet Baby, Something, White Musk, Icelandic Aurora dan Baby Powder. 

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library

4 Wangian Edisi Terhad

Paling menarik, ada 4 edisi terhad yang diinspirasikan dari kepelbagaian kebudayaan Malaysia iaitu The City Version – Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka dan Penang

Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library
Wangian Inspirasi Memori Indah Dari Demeter Fragrance Library


Demeter Fragrance Library tersedia dalam botol saiz 30ml dan boleh didapati di kedai-kedai Watsons terpilih dan juga di dalam talian. 

www.watsons.com.my
www.facebook.com/watsonsmalaysia
www.instagram.com/watsonsmy

11 thoughts on “Demeter Fragrance Library Wangian Inspirasi Memori Indah”

  1. wahhhh kak Ruby dah ada wangian sendiri. rasa penasaran nak tahu bau wangian tu. Sukalah tengok event2 watson nie sebab dia banyak ada konsep2 DIY macam nie. teringin nak cipta wangian sendiri. sebab sy nie agak cerewet sikit bab minyak wangi. hihi

  2. Bestnya boleh buat minyak wangi sendiri hehehe jelous kita yang tak ada jenama sendiri lagi wakakaka. Apa pun menarik lah lepas ni boleh pilih sendiri nak wangian yang kita suka boleh pakai kat badan hehehehe. Banyak juga wangian yang ada tu tak tahu mana yang sesuai dengan kita yang kuat berpeluh ni wakakakaka…

  3. seriouslah I nampak yang labelled dark chocolate tu… ni rasa nak cuba bau… alaaaaaaa sedih nya tak dapat peluang untuk attend… nampak menarik sangat aroma tu semua… lama dah tak personalised perfumes…. rindu pula… usually kalau personalised sendiri kita dapat aroma yang ikut taste kita… hopefully kalau ada lagi nak grab the chance heeee….

  4. Best kan Demeter ni. Saya pun suka baunya. Haritu saya buat sendiri perfume guna inspirasi buah.

    Sweet sangat dan sesuai pakai waktu tidur. saya sekarang pakai Demeter ni la sebelum tidur. Alhamdulillah nyenyak tidur.

  5. seronok ruby DIY wangian tu…lama tk singgah watson..nanti bole la try bauan dr Demeter Fragrance Library ni kt watson…packaging pn menarik…wah ada wangian edisi terhad nama bandar di malaysia..tq for sharing this

  6. Suka koleksi wewangian dan Demeter Fragrance Library nih rekomendasi baru deh. Bisa coba baunya kayak gimana. Hhmm… banyak variannya ya? Demeter Fragrance Library ada yang tersedia 30ml ini cocok buat traveling sebab bisa masuk cabin pesawat.

  7. wow so many demeter fragrace to try, the day I went to watch horror movie alone. Didn’t go this event, glad to read about this event from you. Can plan to go Watsons if wanna shop for fragrance, nice gift for loved ones too.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.