MISS PINKLADY Program Realiti Online Pertama Di Malaysia

MISS PINKLADY Program Realiti Online Pertama Di Malaysia. Assalammualaikum semua! Ya hari ini 1 Disember 2018 bakal berlangsung program realiti online pada jam 9 malam. Ruby teruja sangat nak tengok realiti online seperti America’s Next Top Model tu. Akhirnya di Malaysia ada program seperti itu, barulah sesuai dengan budaya kita kan. Uji bakat pencarian MISS PINKLADY ni dah berlangsung pada 3 November 2018 di Istana Budaya dan lebih 800 penyertaan diterima! Pelbagai proses saringan berlaku dan 100 peserta dipilih. Kemudian dikecilkan kepada 12 finalis.

MISS PINKLADY Program Realiti Online Pertama Di Malaysia

Pasti sukar kerja sebagai juri untuk mencari yang terbaik. Sebab bukan setakat cantik dan memiliki tubuh badan menarik. Tetapi MISS PINKLADY haruslah bijak dan mempunyai jati diri yang kuat agar terus melangkah dengan lebih yakin pada masa akan datang. Tugasan yang diberikan pasti menguji kesabaran, menduga keyakinan diri dan bagaimana mereka menyesuaikan diri bersama 12 orang di dalam satu rumah adalah sukar. Perangai pasti berwarna-warni. Hehe.

Setiap episod akan merangkumi pelbagai aspek sebagai seorang model dan ‘public tigure’ antara tugasan yang akan diberikan seperti peragaan, sesi bergambar, program amal, video komersial, aktiviti lasak dan sebagainya.

Seramai 7 orang finalis akan ke pusingan final selepas melaksanakan tugasan. Mereka akan diadili semasa di acara grand finale. Pemenang MISS PINKLADY akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 sekali gus memegang gelaran sebagai MISS PINKLADY yang pertama sewaktu acara kemuncak yang dijangka akan berlansung pada pertengahan Februari 2019.

Sunshine Aileen Sebagai Pengacara & Mentor MISS PINKLADY

Berlangsung di Sudirmon Cafe’, EDC Hotel telah berlangsungnya majlis pelancaran siri-web realiti pencarian model ‘MlSS PINKLADY’ di mana 12 peserta wanita bersaing dalam pelbagai cabaran untuk merebut gelaran sebagai MlSS PINKLADY yang pertama. Setiap 12 finalis MlSS PINKLADY akan ditempatkan bersama di dalam satu Banglo di Kuala Lumpur.

MISS PINKLADY Program Realiti Online Pertama Di Malaysia

MlSS PINKLADY adalah pertandingan web-realiti online yang dianjurkan oleh jenama supliment wanita Pink Lady dan diterbitkan oleh iCube Studio. Program baru ini bertujuan untuk mencari wajah baru dalam persada dunia peragaan dan menjadi model yang serba boleh. 12 peserta MlSS PINKLADY bukan sahaja akan diuji berdasarkan kemahiran peragaan mereka, malah pelbagai bakat lain juga. Mereka juga akan dibimbing oleh Sunshine Aileen Devi Eric yang merupakan Model Antarabangsa. 

Sunshine juga dipilih sebagai Mentor kepada 12 finalis sepanjang program itu. Dari minggu ke minggu, juri professional akan mengadili dan memberi markah untuk setiap tugasan yang diberikan. Penyingkiran peserta akan dibuat jika setiap tugasan tidak dapat memenuhi kriteria tugasan yang diberi. Pemenang pasti mempunyai masa depan cerah dalam bidang yang mereka minati, kerana pihak penganjur mempunyai syarikat kukuh untuk mengetengahkan pemenang mengikut apa kekuatan bakat mereka.

12 Finalis MlSS PINKLADY

Pengarah Urusan daripada iCube Studio, En Mohd Hafiz Naslallizi berkata “kami mencari seseorang yang bukan sahaja hebat dari segi peragaan tetapi mempunyai pelbagai bakat lain untuk menjadi bintang yang serba boleh dan mengikut kehendak industri pada masa kini”.

Produser Program En Azwan Ismail berkata “untuk memastikan program ini berjalan lancar kami membuat persiapan rapi dan mengangkat program ini setanding dengan program antarabangsa, disamping menggunakan tempat yang prestij seperti di istana budaya sebagai tempat ujibakat program ini”

Video PROMO Miss PinkLady

Tonton, Undi & Menang

Penonton dapat mengundi peserta kegemaran mereka di website rasmi www.pinklady.tv. Siaran langsung akan diadakan secara mingguan di website rasmi www.pinklady.tv, Youtube dan Facebook rasmi Miss Pinklady.

Terdapat hadiah mingguan dan hadiah utama bernilai sehingga RM 50,000 menanti anda! Tonton rancangan Miss PinkLady pada 1 Disember 2018, 9 malam ini di www.pinklady.tv. Sertai Sekarang!

www.plnklady.tv

www.facebook.com/misspinklady.tv

www.instagram.com/misspinklady.tv

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.