Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019

Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019. Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi tentang artikel Muslim Volunteer Malaysia yang ruby tulis dahulu? http://ruby.my/2018/11/muslim-volunteer-malaysia/. Kini mereka telah bersiap sedia untuk pengembaraan baru dan penambahan Ikon MVM bagi tahun 2019. Bagi ruby, MVM adalah salah satu agensi kemanusiaan yang sangat aktif dan kreatif. Mereka tidak duduk diam walaupun sudah menempa nama di Malaysia. Mereka terus turun padang membantu masyarakat. Subhanallah, moga diberik kesihatan yang baik kepada semua sukarelawan dan dimurahkan rezeki. Berkat kehidupan di dunia dan diakhirat.

Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019

Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan. Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 -Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
En Muhammad Bin Jantan (Presiden Muslim Volunteer Malaysia)

Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu. Kini kita akan meninggalkan tahun 2018 dan pada tahun 2019 Muslim Volunteer Malaysia bakal melaksanakan 89 program kemanusiaan! Wah, mereka sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan sudah bersiap sedia. Semoga dipermudahkan!

Winter Mission 3.0

Bagaimanalah nasib mereka menempuh musim sejuk tanpa selimut dan baju sejuk. Malah, ramai di antara mereka yang tidak dapat lena dan menggigil teruk di malam hari akibat terlalu sejuk. Ternyata suhu di s?ana boleh mencecah satu darjah celsius pada waktu malam dan hanya meningkat kepada tiga atau empat darjah celsius pada waktu siang. Persoalan yang timbul adalah bagaimana pelarian Syria meneruskan kehidupan dengan kekurangan bekalan makanan dan kelengkapan pakaian musim sejuk??

Apakah anak-anak sekecil ini tahan dengan kesejukan yang mencengkam tubuh badan mereka tanpa baju sejuk yang tebal membaluti mereka? Allahuakhbar, semoga rakyat di sana mampu mengharungi musim sejuk nanti. Kita di sini adakah hanya mahu melihat? Rentetan dari itu, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah bekerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) dalam misi bantuan ini bagi mengumpul dana untuk rakyat Syria di sana.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM300,000
  • 1 Kotak Makanan : RM100
  • 1 Helai Baju Sejuk : RM150 
  • Tarikh tutup sumbangan : 31 Januari 2019

Rakyat Syria Kini Sedang Bersedia Dengan Segala Kemungkinan Yang Berlaku. Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki. MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana ini melalui media sosial (crowd funding) selama 2 bulan mulai bulan ini untuk mengumpul dana sebanyak RM 300,000 bagi tujuan misi ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan atau tajaan dari badan-badan korporat. MVM dijangka akan menghantar sukarelawan bagi menghantar sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan disana pada 16 hingga 25 Januari 2019 bersama sukarelawan dari GPM.

Alhamdulillah, pada misi yang pertama MVM telah berjaya menghantar RM100,000 bantuan yang merangkumi bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). Pada awal Januari 2018 yang lalu pula (misi yang kedua), sekali lagi MVM bekerjasama dengan MLLFS telah menghantar bantuan sejumlah RM 200,000 yang merangkumi bantuan Baju Sejuk, Selimut dan Susu Bayi. Bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat kira-kira kepada 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria. Tuntasnya, jika misi bantuan pada tahun ini berjaya dilaksanakan, jumlah keseluruhan dana yang telah dihantar adalah sebanyak RM600,000.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas boleh layari website donation MVM di www.donation.mvm.org.my

Ikuti Ikon MVM 2019

MVM mengadakan hubungan strategik dengan selebriti dan usahawan terkemuka di Malaysia dari pelbagai latar belakang yang secara umummnya dapat memberi lmpak ikutan masyarakat dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Hubungan strategik ini juga memberi peluang kepada selebriti yang ingin mempengaruhi aspek sosial masyarakat dalam melaksanakan aktiviti kebajikan ini sebagai contoh ikutan kepada generasi akan datang.

Kemajuan teknologi dalam bidang komunikasi telah mempercepatkan segala perkongsian mereka sehingga ke serata dunia dalam masa yang singkat. Ikutan masyarakat sesetengah selebriti melalui laman media sosial mampu mempengaruhi masyarakat dalam segala bentuk hebahan yang ditularkan. Hebahan yang berbentuk positif disusuli semangat dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda yang mula cakna dengan isu semasa.

Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
En Syah dari Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
En Rahim dari Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Puan Emayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019
Noorsyarmilla Binti Jirin / Mila Jirin (Penyanyi dan Usahawan)

Muslim Volunteer Malaysia sangat berbesar hati menerima Ikon baharu dari barisan-barisan selebriti seperti

  1. Ustaz Dato’ Dr. Mohd lzhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysa).
  2. Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi dan Usahawan),
  3. Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia),
  4. Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
  5. Puan Emayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)

Kesemua Ikon MVM bersetuju untuk bekerjasama menjadi Ikon MVM 2019 dan bersedia memainkan peranan dalam menyebar kebaikan kepada masyarakat tempatan. Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun 2017. MVM telah berjaya bekerjasama sehingga kini bersama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat.

Bina Kerjaya Sebagai Sukarelawan

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM)adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

Terdapat dua pakej penyertaan yang anda boleh pilih.

  1. RM 50 untuk penyertaan sukarelawan selama 1 TAHUN
  2. RM 100 untuk penyertaan sukarelawan selama SEUMUR HIDUP
Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019

Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia sentiasa dijaga. Anda akan diberi pelbagai pendedahan dalam menguruskan tugasan. Penampilan anda juga tampak eksklusif dengan tshirt berlogo dan jaket vest. Dalam Islam juga menekankan penjagaan penampilan dan kebersihan. Inilah contoh ciri-ciri yang amat menarik perhatian ruby untuk menggalakkan anak-anak muda sertai Sukarelawan. Sukarelawan juga boleh jadi kerjaya. Anda adalah orang bertanggungjawab menjaga amanah dari kami sebagai pemberi sumbangan dan doa.

Ruby ada dua sahabat yang minat menjadi sukarelawan. Salah seorang teringin travel, tetapi tidak mampu untuk meneroka sesuatu negara. Jadi, beliau join sukarelawan di mana-mana agensi di negara tersebut. Bantu beri makanan kepada gelandangan, tolong angkat barang dan dari situ beliau belajar budaya dan makanan orang sana. Lagi seorang adalah doktor dan mula sertai Sukarelawan. Nampak gambar mereka di banyak misi kemanusiaan. Alhamdulillah.

Beri Sumbangan Kepada Muslim Volunteer Malaysia

MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

MVM telah mengembangkan sayap Operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia. Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti dlupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta. individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain. Sumbangan anda dapat membantu ramai orang. Muslim Volunteer Malaysia akan menyalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan tanpa kita sendiri tidak tahu siapa dan dimana. Moga diberkati setiap sumbangan anda! Rujuk laman ini https://mvm.org.my/sumbangan untuk pilih sumbangan yang anda inginkan.

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
EmeI: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

1. Facebook : www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
2. Instagram : www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
3. Telegram : www.t.me/MuslimVolunteerMalaysia
4. Twitter : www.twitter.com/volunteermvm
5. Youtube : www.youtube.com/MuslimVolunteerMalaysia
6. Laman Web : www.mvm.org.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

18 thoughts on “Muslim Volunteer Malaysia Bakal Melaksanakan 89 Program Kemanusiaan Pada Tahun 2019

    Go Aquatic

    (January 2, 2019 - 3:05 pm)

    Ini first time kami terbaca pasal Muslim Volunteer Malaysia ni. Sebelum ni tak pernah pun. Semoga usaha mereka mendapat sokongan ramai di Malaysia.
    Go Aquatic´s last blog post ..Scuba Diving Kota Kinabalu On Pinterest BoardMy Profile

    Bella Jamal

    (December 25, 2018 - 3:29 pm)

    Semoga program MVM berjaya untuk kutipan sasaran bagi membantu Syria. Kerjasama degan IKON tu positif utk sebarkan info tentang persatuan dan program mereka.
    Bella Jamal´s last blog post ..Nikmati Kebaikan Minuman Ubi Bit Merah JoyMixMy Profile

    Mimi

    (December 25, 2018 - 8:39 am)

    Bagus ada perdatuan yang aktif macam ni dan membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif yang dilakukan mereka harus dipuji. Sebenarnya saya suka juga join aktiviti sukarelawan macam ni. Sekurangnya kita daoat membantu dan membeei kesedaran pada diri bahawa ada di luar sana yang memerlukan bantuan kita

    Fadzi Razak

    (December 25, 2018 - 6:30 am)

    Saya follow MVM ni dari tahun lepas. Memang banyak program bantuan yang diaorang buat dalam dengan luar negara. Serius bagus.
    Fadzi Razak´s last blog post ..Huggies Malaysia’s Fastest Absorbing Diaper PantsMy Profile

    Syafiera Yamin

    (December 25, 2018 - 2:37 am)

    wahhh bestnya, ada peluang untuk jadi volunteer ni, memang dah terfikir nak jadi salah seorang semoga dipermudahkan impian cuma at the moment hanya sedikit je sumbangan dan doa je termampu… harap kalau ada rezeki lebih dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya kanak-kanak… semoga niat baik ni diteruskan dengan istiqomah dan dipermudahkan…

    Hanny Abdullah

    (December 25, 2018 - 12:56 am)

    Alhamdulillah..bagus ada persatuan yang aktif sebegini. Semoga usaha murni mereka mendapat sokongan dari banyak pihak, semoga apa yang di buat dipermudahkan demi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik

    Mahamahu

    (December 24, 2018 - 10:17 pm)

    Yes kat Malaysia kita perlukan badan NGO yang kuat dan juga selalu buat program bantuan macam ni In Sha Allah kalau berpeluang tahun depan saya akan join program mereka… Sebab selalu alasan tak cukup masa tapi harap tahun depan kita dapat berikan masa kerana masa tak menunggu kita..
    Mahamahu´s last blog post ..Cawangan Kelima RSMY Best Cheese Naan Di Capsquare Kuala LumpurMy Profile

    CINDY TONG

    (December 24, 2018 - 10:04 pm)

    this is a good initiative to have volunteering program…

    kylie cre8tone

    (December 24, 2018 - 5:58 pm)

    It’s truly great to hv volunteering service like this for meaningful program to create the awareness… good one… great…
    kylie cre8tone´s last blog post ..Raising kind kidsMy Profile

    mamatisya

    (December 24, 2018 - 5:31 pm)

    wah byknya program yg bakal dilaksanakan oleh Muslim Volunteer Malaysia ..semoga semuanya berjalan lancar..bukan senang nk jadi sukarelawan ni sebab kita juga kena berkorban masa juga..semoga lebih ramai yang ingin menjadi sukarelawan membantu golongan yg memerlukan
    mamatisya´s last blog post ..Promosi Bilik Murah sempena Ambang Tahun Baru 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah AlamMy Profile

    Syamimi

    (December 24, 2018 - 5:17 pm)

    Makin berkembang info mengenai MVM ni.
    In shaa Allah makin ramai juga yang akan join program ni nanti.
    Terpikir juga, macam mereka semua bakal hadapi musim sejuk kalau segala barangan serba kekurangan.
    Semoga dipermudahkan dalam pemberian bantuan nti.

    cindyrina

    (December 24, 2018 - 4:03 pm)

    Bagus they all founded this kind of association. Mulia betul pada orang orang yang berbudi tanpa meminta pembalasan. I rasa kita sebagai umat manusia perlu ada initiatif untuk berbakti kepada masyarakat tak kira dengan cara apa sekali pun. I sendiri at least 3 months once will try to visit some unfortunate people home to help whatever I can.

    Wawa Ashihara

    (December 24, 2018 - 3:47 pm)

    Bagus ada persatuan cmni.. Siapa yg suka bantu2 org, boleh masuk volunteer muslim ni kan.. Kawan kita sorg jd sukarelawan kt sini.. Best katanya.. Mcm2 pengalaman ade..

    Rawlins GLAM

    (December 24, 2018 - 3:36 pm)

    Moga dipermudahkan usaha MVM untuk membantu yang memerlukan. InsyaAllah bantuan yang terancang akan memudahkan semua. Terima kasih Ruby sebab berkongsi maklumat ini.
    Rawlins GLAM´s last blog post ..The Spiral [Movie Review]My Profile

    Chaza Xiaojie

    (December 24, 2018 - 2:04 pm)

    Sangat bagus Muslim Volunteer Malaysia ni. Memperjuangkan perkara murni macam ni. Sangat salute! Dengan usahasama dan ikon² baru Muslim Volunteer Malaysia daripada kalangan artis and influencer, ianya sedikit sebanyak dapat support dan tampung mereka melakukan aktiviti murni ini. Semoga dipermudahkan Allah dan dikurniakan ganjarang yang baik² dunia serta akhirat. Amin

    Airah Syahirah

    (December 24, 2018 - 1:45 pm)

    bestnya kalau dapat join prgram macam ni. banyak dah program sukarelawan membantu saudara kita ni kan. bila dah ada maklumat macam ni lagi senang nak membantu

    Nadratul Syazwana

    (December 24, 2018 - 12:29 pm)

    Kadang teringin nak join program volunteer under MVM ni. Hehe. Tapi setakat ni kita join program-program yang free je dulu 🙂 In shaa Allah, siapa tahu esok-esok ada rezeki nak join kan.
    Nadratul Syazwana´s last blog post ..Borong Buku di Big Bad Wolf 2018, MIECCMy Profile

    Sherry

    (December 24, 2018 - 12:04 pm)

    there’s still time for this and good to inform my friends of this too. Soon it’s another year, time fly, shall inform friends to click on the links above for more information.
    Sherry´s last blog post ..JoyMix Beet Root Concentrated Juice PowderMy Profile

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.