Spiderman Into The Spider Verse

Spiderman Into The Spider Verse. Assalamualaikum semua! Ruby pergi tonton filem Spiderman. Ruby tak berapa minat dengan Spiderman ni sebabnya sudah terlalu banyak filem Spiderman yang ada sekarang ni. Asyik-asyik “reboot” kena gigit dengan labah-labah. Hehehe. 

Spiderman Into The Spider Verse

Ruby pergi tonton filem ini sebab Adam dan Alif minat dengan Spiderman, lagipun style kali ini kartunkan. Namun bila tonton filem ni seolah-olah Ruby baca komik 3D yang interaktif. Style komik-komik yang ade tulis bunyi efek menjadikannya lebih menarik. “Shading” yang warna warni, menampakan dunia “spiderman into the spider verse” ini mesra kanak dan golongan dewasa. Tapi harus di ingat filem ini rating PG,  jadi ibu bapa kena bimbing anak-anak supaya tidak mengikut segala aksi yang di lakukan dalam filem/

“Spiderman into the spider verse” ini mengisahkan pasal remaja Miles Morales, macam mana Miles boleh jadi Spiderman yang baru mengantikan Peter Parker. Dalam dunia Miles, Peter Parker AKA spiderman mati semasa berlawan dengan Kingpin. Lalu menjadikan Miles sebagai pewaris spiderman yang baru. Dalam kekalutan semua itu,Spiderman di pelbagai “universe” ataupun dunia dimensi masuk ke dunia yang di huni Miles Morales. 

Spiderman Into The Spider Verse 2
Spiderman Into The Spider Verse 3

Bagi Ruby keseronokan filem ini adalah semua watak – watak Spiderman mempunyai karektor yang berbeza. Dengan adanya spider-woman, spider ham, spiderman Noir, spiderman yang lebih tua dan peni parker mempunyai kekuatan tersendiri. Maka bermula rancangan untuk selamatkan dunia Miles dan kembali ke dunia masing-masing.

Spiderman Into The Spider Verse 4

Sekarang terpulang pada Miles untuk selamatkan dunianya dari kehancuran atau mengambil tanggungjawab untuk jadi Spiderman yang baru. Miles juga mempunyai kekuatan yang lain dari spiderman yang lain iaitu boleh menjadi ghaib dan mempunyai toksin yang mampu melumpuhkan mangsanya. WOW!!!. Ruby bagi rating 8/10 untuk filem “Spiderman into the spider verse” ini. Filem yang sesuai di tonton bersama keluarga dan sahabat.

1 thought on “Spiderman Into The Spider Verse”

  1. kami pun dah tengok filem Spiderman ni. Filem ni memang agak berbeza dari filem-filem sebelumnya yang dilakonkan oleh Tobey McGuire dan Andrew Grafield. Walau berbeza tapi tetap menghiburkan. Kami juga peminat Spiderman.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.