Tawaran Eksklusif Touch ‘n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall

Tawaran Eksklusif Touch ‘n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall. Assalammualaikum semua, pada tahun 2018 ni banyak peningkatan kepada servis Touch ‘n Go. Mereka wujudkan aplikasi yang sangat memudahkan pengguna. Ruby nampak Touch ‘n Go mula menunjukkan pelbagai inisiatif untuk terus menjadi servis di barisan hadapan kepada rakyat Malaysia. Finally! Touch ‘n Go ni ruby dah guna sejak sekolah lagi, kad gambar muka ruby pun ada tau.

Tawaran Eksklusif Touch ‘n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall

Ruby juga sudah memiliki akaun di www.tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login untuk mengesan setiap bayaran tol untuk sediakan tuntutan semasa bekerja dulu. Ada 10 kad Touch ‘n Go telah didaftarkan. Hahaha. Sebab ada kad Touch ‘n Go watsons, volkswagen, kad pengenalan, jam time traveller dan kad yang hilang. Sekarang ruby suka guna jam Touch ‘n Go Time Traveller untuk kemana-mana. Jadi, ada dua medium untuk guna servis Touch ‘n Go sekarang ni. Anda boleh guna Touch ‘n Go eWallet sekarang! Iya lagi mudah dan terdapat banyak promosi. Hanya gunakan telefon pintar yang anda miliki sahaja.

TNG Digital Sdn. Bhd. telah mengumumkan kerjasama bersama dua buah pusat membelah-belah terkemuka di Lembah Klang: Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall, yang bakal menggunakan kaedah pembayaran QR menggunakan Touch ‘n Go eWallet (‘eWallet’).

Tawaran Eksklusif Touch 'n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall 1
L – R] Bryan Yeow, Loob Holdings International Business Development Director; Michelle Yeoh, Shop Field Marketing Manager of General Mills; Mr Syahrunizam Samsudin, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn Bhd; Anthony Teng, Director of Jaya Grocer; Chin Chon Young, Head Trade Finance Transaction Banking Malaysia (CIMB)

Tawaran Eksklusif Touch ‘n Go eWallet

Tawaran Eksklusif Touch 'n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall 2

Mulakan musim cuti ini dengan pelbagai promosi menarik yang dibawakan secara eksklusif oleh Touch ‘n Go eWallet. Pelbagai tawaran eksklusif boleh didapati dari 17 hingga 31 Disember 2018 apabila pengunjung membeli-belah tanpa tunai di pengusaha-pengusaha berikut:

  • Hanya RM2.50 untuk minuman Tealive di cawangan seluruh negara.
  • Diskaun RM5 dengan setiap pembelian minima RM80 di Popular Bookstore di seluruh negara.
  • RM5 untuk setiap scoop di Haagen Dazs.
  • RM1 untuk secawan Air Mata Kucing di Mou Tak Ding; percuma 2,000 cawan hanya pada 14 Disember 2018, stok terhad.
  • Diskaun RM5 di Gindaco Takoyaki
  • Hanya RM5 untuk pembelian satu bekas kecil dengan satu topping di Llao Llao.
  • Diskaun RM15 untuk semua hidangan utama di Define Food dalam resit yang sama
  • Kadar tetap RM5 untuk perjalanan ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall dari mana-mana lokasi dengan menggunakan perkhidmatan EzCab
  • RM6.60 untuk setiap pembelian minuman All Berry Bang, Mango Magic dan Strawberry Squeeze di Boost Juice
  • *Tertakluk Terma & Syarat.

80 Peratus Pengusaha Akan Menggunakan Kaedah Pembayaran QR

TNG Digital juga meletakkan sasaran bahawa lebih 80 peratus pengusaha-pengusaha di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall akan menggunakan kaedah pembayaran QR oleh Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2019, agar lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati cara pembayaran yang lebih pantas dan mudah dengan hanya beberapa klik di telefon pintar.

Tawaran Eksklusif Touch 'n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall 3
[L – R] Michelle Yeoh, Shop Field Marketing Manager of General Mills; Bryan Yeow, Loob Holdings International Business Development Director; Mr Syahrunizam Samsudin, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn Bhd; Anthony Teng, Director of Jaya Grocer; Chin Chon Young, Head Trade Finance Transaction Banking Malaysia (CIMB) celebrating the partnership between Touch ‘n Go eWallet, Mid Valley Megamall and The Gardens Mall at the launch event.

Pada majlis pelancaran, Syahrunizam Samsudin, CEO kepada TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Orang ramai kini boleh menikmati kemudahan tanpa tunai di destinasi pusat beli-belah nombor satu Malaysia dan turut menerima ganjaran hebat daripada jenama-jenama terbaik melalui Touch ‘n Go eWallet. Kami sangat teruja kerana pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall turut sama ingin menjayakannya bersama kami. Hasrat kami adalah untuk menambah baik lagi usaha supaya lebih banyak kedai akan menggunakan kaedah pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet di masa akan datang.”

Soft Pin Tambah Nilai Untuk Pengguna Baru Touch ‘n Go eWallet

Bagi memacu ke arah komuniti tanpa tunai, TNG Digital menawarkan pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM4 juta secara keseluruhan bermula dari 17 hingga 31 Disember 2018. Tiada sebarang pembelian minima yang diperlukan. Orang ramai juga boleh dapatkan pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM10 daripada kios di Tingkat 3, Mid Valley Megamall (berhampiran Tealive) dan Tingkat 2, The Gardens Mall (berhampiran Starbucks). Orang ramai boleh terus menggunakan pin tambah nilai tersebut selepas menambah nilainya ke aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Namun begitu, pin tambah nilai ini hanya boleh digunakan oleh pengguna eWallet pada kali pertama sahaja.

Pembayaran Tanpa Tunai Kini Menjadi Pilihan Ramai

Pembayaran tanpa tunai ialah pemacu sistem pembayaran masa hadapan. Touch ‘n Go eWallet memperkenalkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan pembayaran yang dipercayai, lancar dan mudah yang akan memenuhi semua keperluan gaya hidup kita

Tawaran Eksklusif Touch 'n Go eWallet Kini Di Mid Valley Megamall Dan The Gardens Mall 4
L – R] Mr Syahrunizam Samsudin, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn Bhd providing an interactive tour and demonstrating the cashless payment method with the Touch’n Go eWallet’s Dynamic QR feature.

Nikmati manfaat pembayaran tanpa tunai di pengusaha-pengusaha ini iaitu 4Fingers, Bath & Body Works, Boost Juice, Caring Pharmacy, Charles & Keith, Chillis, DOME Café, GNC, Haagen Dazs, Love & Co, Mou Tak Ding, MPH Bookstores, Pedro, Poh Kong, Popular Bookstore, Sacoor Brothers, Tealive, Tumi, Jaya Grocer serta banyak lagi.

Sebagai eWallet paling pantas berkembang di Malaysia dengan 1.8 million pengguna berdaftar, TNG Digital juga mensasarkan untuk menambah senarai pengusaha mereka. Syarikat ini juga kini bekerja rapat dengan rakan niaga seperti Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall untuk mencapai sasaran 40,000 pengusaha di beberapa bulan akan datang.

Muat Turun Touch ‘n Go eWallet Sekarang!

Untuk maklumat dan perkembangan terbaharu serta terma dan syarat untuk setiap promosi, layari www.tngdigital.com.my atau log masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet. eWallet ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.