Tentera Nutrackers Di Alamanda Shopping Centre

Tentera Nutcrackers di Alamanda Shopping Centre. Assalammualaikum semua! Bulan Disember pastinya bulan yang paling seronok ketika ke pusat membeli-belah. Pelbagai idea dekorasi bersempena sambutan perayaan Hari Krismas, cuti sekolah, musim sejuk dan jualan murah akhir tahun menjadi tarikan. Alamanda juga tidak terkecuali dari menyediakan dekorasi dan aktiviti sehingga 25 Disember 2018 ini! Jadi, rebut lah peluang untuk ke Alamanda bersama insan tersayang.

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Anak patung Nutcracker, yang juga dikenali sebagai Nutcracker Krismas, adalah patung-patung penggemar hiasan yang paling biasa dibuat untuk menyerupai seorang askar mainan. Dalam tradisi Jerman, anak patung merupakan simbol nasib baik, ia menakutkan roh jahat.

Persembahan Alamanda Whimsical Christmas

Pelbagai acara persembahan berlangsung di Alamanda Shopping Centre. Diantaranya adalah Christmas Caroling, Acoustic Performance, Christmas Dance, Santa Walkabout dan Santa Meet & Greet. Untuk jadual penuh acara persembahan. Anda boleh rujuk laman web ini http://bit.ly/AlamandaWhimsicalPerformances

Santa & Santarina Meet & Greet

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Christmas Dance

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Raikan Perayaan Dengan Ganjaran Istimewa

Bermula dari 1 Disember (10AM) – 25 Disember 2018 (10PM). Berbelanja RM 650 & ke atas dengan maksimum 2 resit di mana-mana kedai khusus untuk menerima hadiah misteri.

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Penebusan mesti dilakukan pada hari yang sama pembelian dari mana-mana kedai khusus, kecuali Aeon Big, Parkson, Cold Storage, Service Outlets dan Promosi yang sedang berlangsung di Centre Court. Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web http://bit.ly/AlamandaWhimsicalChristmas

Didik Anak Memberi Sumbangan Kepada Hospis Malaysia

Lakukan lukisan wajah atau tangan dengan karakter Cik Gajah bernilai RM 10. Terdapat 12 warna pilihan untuk anak anda pilih. Adam pilih warna merah dan Alif pilih warna kuning. Mereka berdua buat lukisan tangan. Setiap RM 10 akan disumbangkan terus kepada Hospis Malaysia. Untuk info berkenaan CSR dari Alamanda Shopping Centre, rujuk laman web http://bit.ly/AlamandaWhimsicalCSR

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

VIKIDS Club Eksklusif

Jom sertai aktiviti VIKids pada setiap hujung minggu. Anak anda boleh sertai Sand Art Workshop, DIY Snow Globe Workshop dan Christmas Colouring Activity. Adam dan Alif seronok buat aktiviti DIY Snow Globe. Nampak mudah bagi orang dewasa, tp bagi kanak-kanak ia satu cabaran yang menyeronokkan. Nak masukkan bola Styrofoam kecil tu pun dia dah panik sebab tiba-tiba gabus tu berterabur atas meja. Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu bantu dan sokong anak-anak.

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Tahukah anda cara untuk anak anda menyertai VIKIDS adalah dengan berbelanja RM 50 di mana-mana kedai kanak-kanak atau maternity. Daftar di kaunter perkhidmatan pelanggan. Mudah kan? Anda akan dapat maklumat terkini, hadiah pendaftaran, sambutan hari lahir, jemputan ke acara eksklusif dan hadiah misteri

Rujuk laman web http://bit.ly/AlamandaWhimsicalVIKIDSActivity untuk jadual aktiviti VIKIDS

Menaiki Choot Choot Keretapi Dikelilingi Oleh Tentera Nutcracker

Selain dari aktiviti yang berjadual. Anda juga boleh menaiki keretapi yang tersedia di Alamanda Shopping Centre. RM 5 untuk satu orang dan anda akan dibawa menaiki keretapi serta pusing sebanyak 4 kali. Adam dan Alif sangat seronok!

Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre
Tentera Nutcrackers Di Alamanda Shopping Centre

Jadi, buat anda semua, datanglah ke Alamanda Shopping Centre, rasai dunia magikal dan bergambar banyak-banyak.

www.alamanda.com.my

www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

www.instagram.com/alamandashoppingcentre

19 thoughts on “Tentera Nutrackers Di Alamanda Shopping Centre”

  1. Byk jugak rupanya aktiviti yang boleh disertai oleh kanak-kanak kat sana. Kalau anak buah emi datang KL, boleh la bawak diorang ke sana. Mesti diorang suka punya. Cuti sekolah pun masih berbaki lagi ni. Anak2 buah emi kalau nampak santa clause, seronok betul diorang ajak bergambar.

  2. Wahhh!! Banyaknya aktiviti untuk anak-anak yang boleh dilakukan di sini. Memang jadi pilihan sempena cuti sekolah ini. . Boleh la AM bawa anak2 ke sini memandangkan banyak aktiviti menarik yang mencabar kreativiti dan minda diaorg. terima kasih atas perkongsian nie..

  3. Menariknya! Ada eh patung nutcracker untuk takutkan roh jahat? Heheh baru tahu ada kepercayaan ni. Nice sharing! Cx tak pernah masuk Alamanda. Almaklum ddk Melaka tkde masa . Aicewah. Hahha tp baguslah mcm ni, ankĀ² tentunya seronok siap dpt naik choot choot.

  4. Kan, bulan 12 lagi2 kristmas ni banyak tempat shopping mall dekorasi canntik-cantik.. Warna warni lagi. Wah ni siap ada tentera lagi.. Bestla.. Bagusla setiap apa kita beli akan diberi kepada anak-anak sush.. Beramal sekali kan.. Good idea

  5. Aloo, comel je tentera Nutrackers tu. Hujung tahun ni mesti ramai yang shopping sebab banyak sale, boleh la dapat ganjaran istimewa kan. Bawa anak-anak berjalan cuti sekolah buat aktiviti camni pun best. At least takdela dia bosan sangat duduk kat rumah kan hehe.

  6. omgggg alamandaaaa! this is the shopping mall that i always went back when i studied in mmu cyberjaya, like it’s the only nearby mall with cinema! hahaha i miss that place! good to see they also decorate well with christmas theme.

  7. lama tak jejak alamanda , cuti2 ni cam best jer kalau dapat bawak anak2 ke sini…mesti banyak aktiviti yang disediakan untuk pengunjung dari pihak mall kan…hiasan cantik2 camni memang jarang dapat tengok kecuali time ada festival

  8. Wah menariknya decoration sambutan krismas di Alamanda ni. Ada macam aktiviti pulak tu untuk kanak-kanak. Lama dh tk kesana. Boleh la nnti kesana nak tgok juga aktiviti menarik yang kak ruby cerita ni. hehehe

  9. Kalau ada anak-anak kecik memang seronok le bawak diaorng tempat-tempat yang macam ni dan penuh aktiviti. Ni anak sis dah besar panjang so tak dapatlah mama nak tumpang semangkuk, kena cari anak siapalah sudi jadi penggiring sis ni..hehehe

  10. La baru tau nama tentera tu nutracker.. Noob gila. Haha.. Tp meriah la byk aktiviti kt sini ada sempena nk krismas ni.. Lama dah xpergi alamanda.. Klo dlu sllu je jln2 area situ… Boleh gtau kwn2 yg duduk area n9…

  11. Masa kecik-kecik dulu suka sangat tengok kartun tentera nutcracker ni, nak Krismas je mesti ada kartun ni kat TV. hehehe
    Cantik-cantik hiasan kat alamanda ni. Memang menarik perhatian pengunjung. Kanak-kanaklah yang paling gembira tengok dekorasi berwarna-warni macam ni.

  12. Nutrackers tu askar ohh kita baru tahu sebab selalu nampak banyak patung ni orang gunakan untuk hiasa time krismas ni pertama kita nampak memang cantik dan meriah perhiasan kat sini hehehe.. Lama tak perdi kat Alamanda sebab dah banyak mall tapi sini cantik juga best untuk bergambar……

  13. bila tibanya krismas…suka sgt la tgk mcm2 dekorasi krismas kt shoppingmall ni..cantik2 sgt…dh tu plak mcm2 aktiviti disediakan..pasti pengunjung tk bosan..paling best bila ada Santa claus tu sbb bdk2 nk jmpa nk dpt hadiah hehe..syok tu naik Choot Choot keretapi dikelilingi Tentera Nutcracker

  14. Wow happening gila decor kat Alamanda! Dah la ada aktiviti-aktiviti best pulak tu. Kalau bawak budak berdua ni mesti diorang suka sgt! Christmas celebration mmg magical sgt kan.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.