10 Bintang Untuk Lakonan Super Star Rajinikanth & Sinematografi Filem PETTA

| |

10 Bintang Untuk Lakonan Super Star Rajinikanth & Sinematografi Filem PETTA. Assalammualaikum semua! Seperti anda sedia maklum artikel tentang filem PETTA yang telah ruby kongsikan sebelum (http://ruby.my/2019/01/filem-petta-lakonan-superstar-rajinikanth/) ini amat mendapat perhatian yang memberangsangkan. Kini, ruby nak mengulas filem PETTA setelah menonton pada 12 Jan 2019 yang lalu. Filem ini telah mula ditayangkan pada 10 Jan 2019.

10 Bintang Untuk Lakonan Super Star Rajinikanth & Sinematografi Filem PETTA

Ruby menonton filem PETTA di Panggung MAXX GSC Cinemas. Anda boleh tahu bagaimana besarnya dewan dan skrin pawagam di sini. Ruby dapat lihat sejelas-jelasnya ekspresi wajah tiap pelakon dan semua aksi. Pada mulanya apabila menonton, ruby cuma layan sahaja. Tetapi ada aksi berlawan, lucu, cinta, kekeluargaan dan budaya di negara India sendiri. Ruby ada terdengar dialog yang mereka kena ke Tamil Nadu. Adakah lokasi mereka shooting di sana? Serius cantik tempat tu. Universiti di sini di kawasan tanah tinggi!

Super Star Rajinikanth Sebagai Kaali Dan PETTA

Bagi anda yang baru mula untuk menonton filem Tamil. Mulakan dengan filem PETTA, sebab anda boleh tahu keunikan Super Star Rajinikanth. Beliau boleh melakonkan pelbagai watak. Dari seorang sang pencinta setia, kepada gangster, kepada seorang suami dan bapa penyayang. Twist plot di dalam filem Tamil adalah keunikan yang tiada di dalam filem lain. Sebab anda akan keluar panggung dengan rasa puas. Hehehe.

10 Bintang Untuk Lakonan Super Star Rajinikanth & Sinematografi Filem PETTA 1

PETTA ni bermaksud penjaga kawasan. PETTA ni penjaga keluarga berkasta tinggi. Nak dijadikan cerita, ada konflik berlaku dalam keluarga tersebut. Perkahwinan yang tidak direstui, anak lelaki bunuh bapa untuk dapatkan harta dan anda akan tergelak sendiri semasa Petta Velan “Petta” (Kaali) @ Rajinikanth merangcang untuk bunuh sampai mati. Cuma tunggu green light dari adik beradik. Hahaha.

Sinematografi Filem PETTA amat mengagumkan

Filem ini penuh dengan pelbagai sorotan situasi. Malah anda akan rasa kenapa jadi macam tu? Eh bukan ke tadi dia masuk penjara? Eh entah-entah anak lelaki dia bernama Chinna masih hidup? Eh eh eh. Hahaha. Setiap babak filem ini diambil dengan kemas dan teliti. Suka ruby tengok apabila filem ini menggunakan efek slow motion dan fast motion. Gempak!

10 Bintang Untuk Lakonan Super Star Rajinikanth & Sinematografi Filem PETTA 2

Kemudian lokasi filem ini memang menarik. Ada lokasi sungai dan kuil. Nampak budaya dan lokasi pelancongan yang menakjubkan disitu. Ruby berminat nak pergi ke hutan yang Rajinikanth jalan-jalan tu. Rumah di lereng bukit dan pasar sayur juga nampak menarik. Oh ya lagi satu ruby suka koleksi lagu-lagu lama dari filem Tamil lain yang membantu penonton menghayati setiap babak. Hehe

174 Minit Penuh Dengan Aksi Yang Mendebarkan

Semasa Rajinikanth cakap Jithu tu anak dia, ruby dah sedih dah. Bila akhir sekali dia cakap anak dia dah mati semasa kena bomb. Kamu bukan anak saya. Terus dia gelak hekhekhek dan tembak. Kental betul la orang bernama Petta Velan “Petta” (Kaali). Hehehe.

Keseluruhannya ruby beri 10 bintang / 10 bintang. Memang filem ini sangat best!

Website : www.malikstreams.com.my
Instagram : www.instagram.com/malikstreams
Facebook : www.facebook.com/malikstreams

Previous

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream Mencerahkan Kulit Gelap Di Bahagian Buku Lali & Lutut

Adam Dan Alif Laksanakan Cabaran HP Little Makers

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.