Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream Mencerahkan Kulit Gelap Di Bahagian Buku Lali & Lutut

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream mencerahkan kulit gelap di bahagian buku lali & lutut Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang produk penjagaan kulit yang hebat all the way dari negara Australia! Produk ini boleh mencerahkan kulit anda yang mengalami kekeringan sehingga ia bertukar menjadi gelap! Ya! Walaupun anda menutup bahagian badan anda, bahagian lipatan seperti bawah ketiak, buku lali, siku, celah lipatan peha dan bahagian sendi adalah cenderung untuk menjadi gelap.

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream Mencerahkan Kulit Gelap Di Bahagian Buku Lali & Lutut

Tahu tak anda, kulit kita boleh menunjukkan keadaan diri anda sama ada anda kurang nutrisi, kurang minum air atau alami penyakit hati. Pasti kulit kita menunjukkan kesan seperti alergi atau kemerah-merahan. Okay ruby tidak mahu ulas lanjut berkenaan penyakit, jom ruby kongsikan pengalaman menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream.

Sudah hampir seminggu ruby menggunakan krim ini terhadap kulit suami ruby. Sebab dia mempunyai kulit gelap di bahagian buku lali dan lutut. Kebiasaannya lelaki akan menganggap perkara itu normal kerana tidak berasa sakit. Tetapi apabila ruby sentuk, dia kata tidak rasa apa-apa. Kemudian ruby sapu Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream. Dia kata ada rasa sejuk dan kulit dia lembab. Sebab tekstur krim mudah meresap.

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream

Dibuat di Australia dari doktor yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam sektor rawatan penjagaan kulit dan kecantikan. Glamogenik dicipta dan dirumuskan dengan gaya hidup Australia. Ia baik kepada kulit anda dan alam sekitar dari bahan semulajadi yang kualiti tertinggi. Produk ini adalah bersifat alami dengan penggunaan ramuan yang paling selamat, berkesan dan semula jadi. Jom tonton video dibawah untuk anda lebih memahami tengang jenama produk ini.

Fungsi, Manfaat & Cara Menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream berfungsi menghilangkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi dalam beberapa minggu sahaja.

Diantara manfaat produk ini adalah :

  1. Melegakan : Berasaskan bahan semula jadi dan minyak pati. Krim cerah ini menyembuhkan kulit secara dalaman, sambil mengekalkannya dengan baik.
  2. Mencerahkan Kulit Gelap : Bintik gelap dan pigmentasi boleh berlaku dari pelbagai faktor tetapi ia sukar untuk dihilangkan. Sebagai contoh, ketiak gelap boleh terjadi hasil menggunakan krim membuang bulu, bercukur terlalu kerap dan lain-lain.
  3. Selaran Matahari Tiada Lagi : Kawasan gelap juga terjadi kerana pendedahan kepada matahari, yang menyebabkan banyak selaran matahari kepada kulit.
  4. Parut dan Bekas Luka : Adakah anda mempunyai bekas luka atau parut yang degil? Pakai krim ini secara kerap! Parut itu akan pudar dalam beberapa minggu!
  5. Mencerahkan Kulit : Kulit kusam kini akan berseri!
  6. Mudah Meresap dan Selesa : Anda tidak perlu bimbang, tekstur krim ini mudah meresap dan melembabkan. Sapu krim ini sedikit sahaja dan dalam beberapa saat sudah diserap kedalam kulit!

Cara Menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream

  1. Gunakan krim cerah sekali pada waktu pagi dan kemudian sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam.
  2. Sapu sedikit sahaja!

Mencerahkan Kulit Gelap Di Bahagian Buku Lali & Lutut

Selama satu minggu ruby menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream kepada suami. Masa baca tentang fungsi produk ini, terus teringat kaki suami. Hahaha. Sebab dia ada kesan gelap di buku lali dan lutut. Ruby selalu tanya dekat suami, “sakit ke ni. Gelap macam ni, rasa macam mana eh? Gatal ke? Pedih ke?”

Tapi jawapan dari suami “tak rasa sakit atau apa-apa pun”. Peliknya kan. Mungkin kulit bahagian tu dah terlalu kering. Jadi, ruby sapu Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream ni. Alhamdulillah dia kata kulit dah rasa lembab dan tidak kering. Kadang sebab kulit kering, dia rasa nak kopek kulit tu. Tanpa sebab nak kopek, sebab malu katanya. Takpe, sekarang amalkan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream . InsyaAllah cerah balik. Hehe.

Bahagian Lutut

Sebelum Menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream pada 3 Jan 2019. Kulit kelihatan kering dan gelap.
Pada 10 Jan 2019, kulit gelap kelihatan lembab dan makin cerah.

Bahagian Buku Lali

Hari Pertama Menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream 3 Jan 2019
Selepas Menggunakan Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream, hasil pada 10 Jan 2019. Kulit lebih sihat, tidak kering dan kulit gelap berkurangan.

Produk Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream ini sesuai untuk anda yang memiliki parut atau bekas luka dari kecederaan pada bahagian kulit. Krim ini bertindak mencerahkan kesan gelap dalam masa beberapa minggu.

  1. Sesuai untuk kulit muka dan kulit badan
  2. Mencerahkan
  3. Krim lembut

Harga Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream

Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream 38ML RM 189
Botol bersaiz kecil sesuai untuk dibawa travel atau kemana sahaja!

Produk-Produk Dr Glamogenic

  1. Enliven brightening Cream : Krim pencerahan yang sangat pekat menjadikan nada kulit kelihatan cerah berseri.
  2. Perfection Whitening Spot Serum : Serum pencerahan berprestasi tinggi untuk rawatan spot pigment bewarna coklat seperti di kawasan bekas jerawat dan lingkaran gelap di bawah mata.
  3. Youth Restoring Modeling Shaping Cream : Krim penjagaan untuk badan yang membantu membuat siluet tubuh yang licin semasa meningkatkan keanjalan kulit.
  4. Brassica Peeling Gel : Gel mengelupas yang lembap dan lembab dengan ekstrak brokoli yang kaya dengan vitamin, mineral dan selulosa berorientasikan alam.
  5. Antioxidant Vitamin C + Serum : Serum yang sangat pekat mengandungi turunan vitamin C yang stabil. Membantu memulihkan kulit yang letih dan mencerahkan tona kulit yang kusam.
  6. Hyaluronic Booster Serum : Serum pelembap yang sangat berkesan untuk kulit sensitif atau letih. Fungsi booster serum untuk meningkatkan tekstur kulit dan menjadikannya sihat.
  7. Vitalize Soothing Mask : Mask kertas berkhasiat dan menenangkan yang mengandungi intipati Guaiazulene yang mencukupi, ekstrak Aloe, Hyaluronic Acid. 100% selulosa semulajadi.
  8. Dynamic Brightening Mask : Mask kertas bertindak untuk mencerah dan mengangjal wajah anda.

Kiosk Dr Glamogenic Yang Sah

Vintage Collection International Sdn Bhd
Address: PC-001, Ground Floor,
Sunway Giza Mall.
(berdekatan Village Grocer dan dihadapan Tea Live
Waktu Operasi : 10am – 10pm
Customer service line : 012 691 6128

Facebook : www.facebook.com/glamogenic

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

19 thoughts on “Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream Mencerahkan Kulit Gelap Di Bahagian Buku Lali & Lutut

    Halimah

    (January 17, 2019 - 8:05 am)

    Kita memang tak kisah sangat pasal buku lali, tapi bila dah tgk review produk ni memanglah terbaik khas utk lelaki.

    Wui Kathy

    (January 16, 2019 - 5:51 am)

    Looks it works on you! Another tips for you is use Guardian body scrub when bathing time, it helps to reduce the thickening part of your knee and ankle area too. Hope helpful.
    Wui Kathy´s last blog post ..Yu By Ruyi Golden XXL Dim Sum Basket As Birthday Surprise To Mommy!My Profile

    mawardiyunus

    (January 16, 2019 - 5:03 am)

    Masalah kulit di lutut dan buku lali ni boleh terjadi kat semua orang kalau tak pandai jaga. Bagus betul ada produk macam ni. Saya sendiri pun tak pernah tahu pasal produk macam ni. btw terima kasih kak ruby.

    Alia

    (January 15, 2019 - 11:18 am)

    Wow.. Nk beli satu la bg kt husband pakai dekat siku dia. Siku dia mcm kertas pasir dah.. Stress asyik gesek2 siku dia kat akak

    Ayu Rafikah

    (January 15, 2019 - 9:31 am)

    First time dengar tentang produk ni. Not bad. Sebab mmg mencari juga produk untuk
    Menghilangkan kesan hitam denagt bahagian lutut dan buku lali. Selalunya sapu dengan losyen jer

    Penaberkala

    (January 15, 2019 - 8:37 am)

    Bahagian buku lali dan lutut tu memang ramai yang ada masalah hitam. Bagus la ada produk macam ni. At least boleh cuba. Macam best je produk ni. Nanti nak recommend kat member2 yang ada masalah yang sama camni

    Liez

    (January 15, 2019 - 8:05 am)

    Wow… br tahu ada produck yg bagus untuk hilangkan kesan hitam macam dekat lutut dan buku lali.. mcm liez, lutut xde kehitaman tapi buku lali sebelah kanan memang hitam. Jenuh sapu lotion konon nak bagi cerah tapi tak la..

    JMR

    (January 15, 2019 - 7:27 am)

    Ingatkan bhg buku lali saya sorg je yang hitam. Ramai lagi rupanya, siap ada produk utk hilangkn hitam. Bolehlah try nnt
    JMR´s last blog post ..Strategi Untuk Cukupkan Simpanan PersaraanMy Profile

    Syiera Mat Saman

    (January 15, 2019 - 12:30 am)

    Bagusnya produk ni. Ramai yang mengalami masalah kulit gelap di bahagian lutut dan buku lali. Macam syira di buku lali. Dah macam produk dah try. Boleh la cuba yang ni pulak.
    Syiera Mat Saman´s last blog post ..Review: Biosol Prebiotic Feminine Hygience WashMy Profile

    Faries

    (January 15, 2019 - 12:08 am)

    Bestnya produk ni! Memang dah lama cari produk yang boleh sekatakan kulit gelap kt siku dan lutut. Rasanya masalah kulit gelap bahagian2 tertentu ni dihadapi banyak orang. Memang nak cari dan beli ni. Thanks share kak ruby.

    Hanny Abdullah

    (January 15, 2019 - 12:01 am)

    Dulu-dulu masa kecik ingatkan daki..puaslah kita sental tapi tak jugak hilang..hehehe. Bila dah besar ni, rajin jugaklah scrub n sapu lotion bagai..kurang le jugak gelap tu sikit…hehehe. Nanti bolehlah sis n anak cuba pulak produk ni, kalau ada adik beradik yang gelap bahagian tu pun sis akan rekomen suh pakai produk ni..:D

    Nin Mirza

    (January 14, 2019 - 9:47 pm)

    Wah…. Ketara ehh perubahannya. Bagus! Testimoni gini lebih meyakinkan. Nampak keberkesanan produk ni.
    Husband Nina pun ada kesan hitam area lutut dan buku lali. Nak try laa sapu kat dia.

    mek onie

    (January 14, 2019 - 9:21 pm)

    Yes, warna gelap sekitar lutut dan buku lali tu memang tak boleh bawak lari. Pelikkan dari mana la dan kenapa la boleh jadi warna gelap gitukan, Pastu kulit jadi kering tak macam area lain. Tapi bila produk ni ada baguslah. Nanti nak cubalah kalau terserempak dengan produk ni,hehe

    Rane Chin

    (January 14, 2019 - 6:50 pm)

    Hi-5 Ruby. I am using Dr Glamogenic Enliven Brightening Cream too. nice la this cream. so light but it working so good on my skin. I hope they have bigger size because I can use it generously then hehe. The packaging also luxurious. Overall I am satisfied with this product, hurray!
    Rane Chin´s last blog post ..[Review] NanoMD® Bright Skin Whitening TabletMy Profile

    Cindyrina

    (January 14, 2019 - 6:48 pm)

    Totally need this. My elbow need whitening. Donno they have such thing. I would want to check this out now. Glad you review this. Totally beneficial for me

    Mahamahu

    (January 14, 2019 - 6:13 pm)

    Firstime tengok ada produk untuk kesan hitam pada lutut dan buku lali terutama orang besar macam kita ni yang solat akan ada kesan hitam kat lutut dan ini nampak bagus dan berkesan kena cuba juga ni heheheheh almaklumlah faktor usia wakakakaka…
    Mahamahu´s last blog post ..Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam PedasMy Profile

    Suria Amanda

    (January 14, 2019 - 3:19 pm)

    Bestnya kalau akak dpt product ni sebab akak pun ada masalah yang sama especially kat area buku lali…macam2 krim dh letak..eh boleh la akak guna krim ni…

    Kayathre

    (January 14, 2019 - 2:24 pm)

    Never heard of this product before. Is this product helpful to lighten the scars too? Because I have some wound scars on my ankle. Trying to get rid off it.
    Kayathre´s last blog post ..Lunch at Koryo-won @ IOI City Mall, PutrajayaMy Profile

    Chaza Xiaojie

    (January 14, 2019 - 11:58 am)

    Bagus produk Dr.Glamogenic ni. Cx baca banyak feedback tentang nya. Ianya merupakan produk baru tapi sangat tinggi kualitinya. Diajaga setiap kualiti barang. Boleh cuba ni sebab cx pon sejenis buku lali gelap. Tp sebelah shaja. Haha tk tahu kenapa. Tk tahu juga mcm mana blh jd. Hahaah nice sharing. Thanks!
    Chaza Xiaojie´s last blog post ..Memasak Menjadi Lebih Mudah, Cepat dan Selamat dengan Natural Pandan Leaf Extract Liquid BionutriciaMy Profile

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.