Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk Peneman Barista

Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk Peneman Barista. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ruby telah hadir ke Cafe Malaysia 2019 yang berlangsung di MITEC. Ruby tertarik dengan program ini sebab mereka menghimpunkan semua tentang kopi di sini. Pengusaha kedai kopi, penjual produk kopi, mesin kopi, saluran air, bungkusan dan macam-macam lagi. Tapi yang paling best adalah pertandingan dikalangan Barista. Ini yang paling ruby suka tengok.

Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk Peneman Barista

Kebiasaannya apabila kita menikmati double expresso, mesti kita tertunggu-tunggu apa lah yang barista tu akan cipta seni di atas kopi kita tu. Ruby jenis yang suka tengok seni, jadi, amat penting mereka do something. Walaupun satu bentuk love. hahahaha.

Ruby juga ada pengalaman menjadi Barista. Masa itu pada tahun 2007, ruby bekerja di Suria KLCC. Di sana ruby belajar bagaimana untuk menyediakan minuman. Pada mulanya memang susah, sebab ruby minat seni. Ia jadi lebih mudah dan ternanti-nanti order seterusnya. Hahaha. Tapi kebanyakan suka order White Latte dan kami menggunakan gelas tinggi. Kalau double expresso kan dalam cawan putih. Memang seronok la praktis seni. Paling ruby suka buat adalah daun. Hahaha.

Barista Yang Bagus Adalah Barista Yang Menggunakan Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk

Sebagai Barista, setiap minuman haruslah rasa seimbang dan menepati SOP syarikat. Jadi, best kan kerjaya sebagai Barista? Dulu ruby tanam cita-cita nak jadi Barista kat kopitiam sendiri. Tapi, jadi Barista kat rumah untuk suami minum kopi aje le. Haha

Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk

Apabila kita memesan secawan double ekspresso, ada tak kita ambil tahu susu jenama apa yang mereka guna? Kebanyakan jenama susu tidak dimaklumkan. Berasal dari mana? Adakah minuman ini sesuai bersama susu soya? susu kambing? susu biri-biri? susu lembu? atau susu unta? Ini kerana kopi amat digemari diseluruh dunia. Kita boleh cuba apabila ke negara timur tengah, eropah, asia dan benua lain.

Ruby suka double ekspresso kopi Arabica dari Negara Afrika. Lepas tu minum di kedai kopi yang memiliki kopi yang dibakar baik dan kemudian terus dikisar. Fuhhhh

Barista Yang Bagus Adalah Barista Yang Menggunakan Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk

Susu memainkan peranan penting untuk menghasilkan minuman yang enak. Sebab dari susu dan kopi akan menjadikan satu rasa penuh nikmat. Richness dalam kopi tu susah nak dapat jika campuran kopi dan susu yang tidak serasi. Apabil kopi dicampurkan dengan Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk, anda akan dapat bezakan nikmat, halus dan gebunya rasa kopi dalam satu hirupan. Hehehe.

Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk di Cafe Malaysia 2019

Jika anda penggemar kopi atau suka bau kopi, acara tahunan ini pasti tidak akan dilepaskan. Banyak program dilaksanakan semasa acara Cafe Malaysia 2019. Anda boleh ikuti blog ruby sebelum ini http://ruby.my/2019/01/cafe-malaysia-2019
. Disini, booth Dutch Lady menjadi tarikan. Ini kerana Dutch Lady Malaysia adalah Susu Rasmi 2019-2020 bagi acara Malaysia Latte Art Championship dan Malaysia Barista Championship. Jadi, anda dapat melihat pelbagai idea seni mereka di dalam secawan kopi.

Café Malaysia 2019 Sedang Berlangsung Di MITEC

Jadi, anda setuju tak Barista yang bagus adalah Barista yang menggunakan Dutch Lady Pure Farm Fresh Milk? Hehehe. Jika anda belum tahu susu apa yang digunakan, anda patut ambil tahu susu apa yang digunakan ketika menikmati secawan kopi. Tanya sahaja dengan Barista cafe tersebut. Mereka friendly walaupun buat kopi fokus 100%

www.dutchlady.com.my
www.instagram.com/dutchladymy
www.facebook.com/dutchladymalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.