Pengalaman DPL Di Wax Candy

Pengalaman DPL Di Wax Candy. Assalammualaikum semua! Wah tak pernah ruby tulis cerita pengalaman membersihkan bahagian bulu di badan kan? Ya! Ini adalah pengalaman pertama kali ruby ke salon untuk beri hadiah kepada diri sendiri. Wanita harus menjaga kecantikan luar dan dalam tau. Baru lah rasa selesa dan berkeyakinan!

Pengalaman DPL Di Wax Candy

Kebiasaannya ramai buat wax kan? Dengar perkataan dan ayat wax pun kita seram. Sebab kita sering lihat di dalam movie yang lelaki dan wanita terjerit-jerit cabut bulu di badan mereka. Walaupun nama salon kecantikan ini adalah Wax Candy, tetapi mereka ada servis untuk DPL. Haaa apa itu DPL? Nanti ruby terangkan di bawah ya. Cuma ruby nak bagi tahu yang DPL ini tidak sakit dan hanya 5 minit dah selesai.

Pengalaman DPL Di Wax Candy

Ruby lakukan DPL di kawasan bawah lengan iaitu ketiak. Hehehe. Kebiasaannya ruby mencukur dan sering sakit kepala teleng-teleng tengok ketiak sendiri semasa mencukur. Lepas tu tak pasti sama ada dah cukup keseluruhan atau masih ada lagi bulu? Haha. Jadi semakin lama, semakin tidak hirau untuk mencukur. Ruby selalu tunggu sehingga bau badan lain macam baru mencukur. Astaghfirullahalazim. Harap perkongsian ini tidak ada apa-apa yang korang fikirkan. Ruby share pengalaman aje!

Prosedur Melakukan DPL

Apabila ke Wax Candy, semasa prosuder DPL, ruby isi borang. Tandatangan tentang info peribadi, tentang sakit dan alergik. Alhamdulillah setakat ni ruby tiada alahan atau sakit kronik. Ruby tunggu giliran dan semasa nama ruby dipanggil, ruby masuk bilik untuk lakukan DPL. Dia punya suasana bilik memang best. Nyaman, bau aromaterapi dan pencahayaan memang nak tidur.

Pengalaman DPL Di Wax Candy

Proses DPL sangat cepat! Buka baju sahaja. Bahagian ketiak akan dibersihkan. Mereka akan cukur. Kemudian mereka sapu gel dari Perancis. Mesin DPL mula digunakan. Anda akan rasa macam suam-suam gitu. Lepas tu dah siap! Ha cepat sangat kan? Hahaha 5 minit sahaja!

Apa Itu DPL?

DPL adalah Dynamic Pulsed Light yang merupakan teknologi terbaru menggabungkan IPL dan Laser untuk pengurangan rambut separa kekal. Jadi kita tak perlu lagi nak mencukur bulu ketiak. 

Pengalaman DPL Di Wax Candy

Kaedah ini adalah di mana menggunakan cahaya laser yang diubah menjadi tenaga panas, haba akan melonggarkan rambut dan melumpuhkan folikel yang kemudian memusnahkan rambut dan akar sekitarnya sehingga melumpuhkannya dari pertumbuhan rambut pada masa depan. Dengan teknologi ini, anda dijangka 70-85% pengurangan rambut secara kekal.

Manfaat DPL (Dynamic Pulsed Light)

  1. Rawatan penyingkiran rambut laser yang cepat lebih cepat. Sebagai contoh, ia hanya mengambil masa 25 minit untuk melakukan rawatan di kawasan bawah ketiak dan Brazilian.
  2. Menjimatkan lebih banyak masa dan anda boleh nikmati kesan dalam jangka masa panjang dengan pengurangan rambut yang kekal. Anda tidak lagi perlu membeli pisau cukur yang tidak berkesudahan, krim cukur dan tidak perlu lagi membuat temujanji waxing bulanan.
  3. Tidak perlu mencukur sendiri. Wax Candy akan lakukannya!
  4. Anda boleh menghilangkan dan menghalang rambut yang berbulu tumbuh kerap.
Pengalaman DPL Di Wax Candy

Tentang Wax Candy

Wax Candy telah ditubuhkan pada tahun 2016, gaya hidup membersihkan secara wax adalah salah satu cara membantu menjaga dan meningkatkan kebersihan dan kesejahteraan pelanggan. Wax Candy telah membuat usaha besar dalam “gaya hidup kebersihan” dan promosi kesihatan.

Pengalaman DPL Di Wax Candy

Kebersihan adalah kesan sepanjang hayat. Perunding dan terapi profesional adalah terlatih dan peramah. Mereka sedia membantu anda. Anda akan berasa tenang dan selesa sepanjang berada di Wax Candy.

 “BEAR in BARE” Waxing is a necessity, be bold, be confident, be a lifestyle “

Buat Tempahan Sekarang!

Lokasi Wax Candy sangat mudah untuk dicari, malah lagi selesa. Ruby parking di Starling Mall dan berjalan kaki melalui jejantas bawah tanah untuk ke Wax Candy.

————————

Alamat : (Damansara Uptown Outlet)
67M, Jalan SS21/37,Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi : +603 7722 5277
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat : 1030am – 8pm
Sabtu – Ahad : 1030am – 6pm
Instagram : WaxCandyTheWaxBar
Web : www.waxcandy.com.my

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.