Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang rahsia penjagaan wajah yang sering diamalkan oleh rakyat Korea. Jika dulu, kita perhatikan selebriti Korea sahaja yang cantik di hadapan televisyen. Tapi, jika anda membaca berita dan lihat gambar candid mereka. Memang kulit wajah mereka cantik! Kemudian, jika anda travel ke Korea.

Rakyat Korea memang memiliki kulit wajah yang cantik! Tapi paling ruby respek bila mereka yang berusia pun kulit wajah cantik! Aduiii berapa banyak sebutan cantik dah kan? Haha. Cantik dari mata ruby apabil mekap mereka sederhana dan ruby nampak bulu roma. Ramai yang menggunakan THE FACE SHOP CC Cushion. Simple je kan? Tapi, nak jadi simple macam tu mesti hadir dengan regimen penjagaan wajah yang konsisten. Betul tak? Ruby pun mencuba cara wanita Korea untuk kekal cantik berseri walau sudah berusia 30-an.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Ramai wanita melihat kulit lebih putih sebagai simbol kecantikan, kesihatan yang baik dan status sosial yang tinggi. Wanita di negara-negara Asia menggunakan produk pencerah kulit untuk menghilangkan bintik dan parut yang telah berubah menjadi pigmentasi. Anda tahu tak peralihan kulit wajah kita akan jadi lebih teruk jika tidak menggunakan produk yang bersesuaian. Sebab itu kita perlu buat beberapa kajian bacaan tentang produk dan jangan lupa kenali kulit wajah anda. Sama ada, mempunyai parut, pori terbuka, jeragat, kulit kusam atau tindakan dari selaran matahari.

Brightening + Anti-aging dari rangkaian YEHWADAM ini khusus dibangunkan untuk memberi seri kepada kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan mengurangkan penampilan pigmentasi, bintik-bintik gelap, dan tona kulit yang kusam.

7 Herba Tradisional Korea

THE FACE SHOP memperkenalkan rangkaian penjagaan anti penuaan YEHWADAM Pure Brightening khusus dikembangkan untuk memberi kecerahan dan seri kepada kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dengan mengurangkan penampilan pigmentasi, bintik hitam, dan tona kulit yang kusam. Dirumuskan dengan ‘Chil-baek-seol-yun-dan Complex’ yang merupakan formula pencerahan yang terdiri daripada 7 herba tradisional yang dituai di tanah Korea. Kemudian ia diproses menggunakan kaedah ‘baek-ja’ di mana bahan-bahan semulajadi dipanaskan untuk tempoh yang lama untuk memaksimumkan keberkesanan dan menghapuskan sebarang toksin dalam proses pengekstrakan.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Chil-baek-seol-yun-dan Complex

Chil-baek-seol-yun-dan Complex adalah formula pencerahan khas dengan 7 ramuan tradisional yang memberi kecerahan kulit dengan memperbaiki tona kulit keseluruhan dan mengurangkan penampilan bintik gelap dan pigmentasi.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Kaedah Beak-ja

Kaedah Beak-ja berasal dari kaedah pemprosesan tradisional ‘Jae-ja’ yang merujuk kepada merebus herba perubatan tradisional dalam air tulen. Kaedah ini menghilangkan toksin yang boleh merengsakan badan yang mengakibatkan herba tradisional yang serasi kepada kulit. Meningkatkan kecergasan untuk tekstur kulit yang lembut dan kulit yang cerah!

Produk Eksklusif YEHWADAM Pure Brightening

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

YEHWADAM Pure Brightening dilengkapi dengan 4 rangkaian penjagaan kulit lengkap yang terdiri dari toner, serum, emulsi dan krim. Anda dapat lihat botol yang digunakan sangat ekskslusif iaitu dari botol kaca, malah penutupnya diukir cantik. Selain itu apa yang ruby sangat suka adalah ia hadir dengan pam! Jadi ia sangat mudah digunakan apabila anda pam semasa rutin penjagaan wajah seperti dibawah.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

1. YEHWADAM Pure Brightening Toner, 155ML RM 149.90

Toner ini bersifat mencerahkan dan anti-penuaan yang menyerlahkan tona kulit yang tidak sekata sambil memberi kulit anda kelembapan. Kulit wajah anda akan lebih berseri dan bercahaya. Tekstur toner ini sangat lembut dan ia menyerap terus ke dalam kulit.

Cara Menggunakannya : Sapukan setiap pagi dan petang selepas membersihkan wajah, gunakan jumlah yang mencukupi pada muka dan pat ringan untuk penyerapan.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP 1

Ada yang masih tidak tahu kenapa perlu pakai toner selepas mencuci wajah? Tahu tak fungsi toner? Sebelum melembapkan dan mengikuti regimen penjagaan wajah anda yang seterusnya. Toner amat membantu menghilangkan kotoran berlebihan, kesan minyak, kulit mati, kesan solekan yang masih tertinggal, membetulkan dan mengimbangkan pH kulit anda, dan membantu mengawal jerawat. Penggunaan toner membantu membersihkan dan menutup liang-liang, tambahan untuk anda yang memiliki kulit kering. Anda akan dapat lihat sisa kulit kering di kapas! Ia sangat bermanfaat dan wajib untuk kulit kita semua!

2. YEHWADAM Pure Brightening Serum, 45ML RM 239.90

Serum segar bercahaya dengan formula anti-penuaan mencerahkan kulit yang kusam nada dan mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan pigmentasi semasa menyuntik kulit dengan kelembapan, menjadikan kulit bercahaya, berseri, dan bercahaya.

Kesan mencerahkan segera, dengan serta-merta memberikan kecerahan semula jadi kulit dengan menggunakan bahan mencerahkan seperti serbuk mutiara. Kemasan lembut dan segar. Serum ini tidak melekit, malah ia lembut menyerap ke dalam kulit, meninggalkan rasa segar. Kesan pelembap yang tahan lama. Mengandungi lamellar, yang merupakan bahan pelembab yang mempunyai struktur yang sama seperti kulit, menambah kulit dengan kelembapan.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP 2
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP 3

Cara Menggunakannya : Selepas memakai toner, gunakan jumlah yang mencukupi dan perlahan-lahan pakai Serum pada wajah dalam arah sapuan ke luar wajah

3. YEHWADAMPure Brightening Emulsion, 140ML RM 149.90

Emulsi yang lembut, segar dan anti penuaan yang mencerahkan tona kulit yang tidak sekata dan membosankan sambil memberikan kulit anda kelembapan. Kulit anda akan cerah berseri. Pasti anda ingin tahu perbezaan diantara Emulsi dan Serum. Emulsi adalah pelembap ringan, tidak melekit, berasaskan air yang membantu kulit wajah anda menyerap produk kecantikan dengan baik. Ia membantu mengekalkan tahap penghidratan dan mencegah kehilangan kelembapan dari permukaan kulit kita.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP
Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Cara Menggunakannya : Selepas memakai serum, sapukan Emulsi kepada wajah dan leher dengan menggunakan gerakan lembut untuk membantu penyerapan.

4. YEHWADAM Pure Brightening Cream, 50ML RM 239.90

Krim cerah, berkhasiat dengan formula anti-penuaan dengan serta-merta meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan penampilan bintik-bintik hitam dan pigmentasi. Ia melicinkan dan melembutkan kulit.

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Mencerahkan + anti penuaan + krim pelembap yang kuat: Bahan mencerahkan aktif (Niacinamide + 7 herba tradisional) dan formula anti-kedut (Adenosine) mencerahkan kulit sambil memberi kulit kelembapan

Cara Menggunakannya : Sapu ke kulit dengan lembut dan sapu rata diseluruh bahagian wajah.

Setelah Menggunakan YEHWADAM Pure Brightening

Ramai bertanya dekat ruby, macam mana kulit elok bersih dan mekap minimalis. Tapi ruby tahu maksud mereka macam mana nak dapat kulit flawless dan berseri. Natural oil seimbang dan nampak manis je kan. Hahaha. Inilah rahsianya. Guna YEHWADAM Pure Brightening dari The Face Shop secara konsisten setelah wajah dibersihkan. Selamat mencuba!

Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP

Terdapat rekod bersejarah untuk menggambarkan wanita cantik mempunyai warna kulit yang cerah dan diilhamkan oleh kisah-kisah wanita Korea yang cantik dan rahsia keindahan rejimen kecantikan yang dilalui bergenerasi.

YEHWADAM Pure Brightening adalah untuk wanita yang ingin merawat bintik gelap, pigmentasi, tona kulit kusam dan anti-penuaan.

www.thefaceshop.com.my
www.facebook.com/thefaceshopmalaysia
www.instagram.com/thefaceshopmalaysia

18 thoughts on “Kulit Muda Jelita Bersama YEHWADAM Pure Brightening Dari THE FACE SHOP”

  1. Macam pernah dengar jenama ni sebelum ni. Produk Korea memang famous Dan banyak masuk pasaran di Malaysia ni. Kalau tengok kulit orang Korea memang cantik. Nak try juga produk pencerah bukan apa sekarang musim panas keluar sikit dah burn.

  2. Nak try jugak guna brand ni…macam best je…haaha Yana ada tabiat tak baik beli produk hanya sebab design dia cantik…boleh berkesan atas Yana punya kulit ke tak..tak dikisah lagi…hahahhah

  3. tak dinafikan orang korea memang memiliki kulit wajah yg cantik dan muda. Yg buat plastic surgery tu kita tak payah cerita la kan. Yg kita maksudkan kat sini adalah yg tak undergo plastic surgery. Muka dorang kekal fresh. Mungkin sebab rutin skincare dorang tu bagus.

  4. Orng kata produk dari korea ni tak menghampakan kalau pakai.
    Memang akan nampak kesan yang baik pada kulit wajah.
    Wajah ruby pun nampak berseri seri je.
    Serasi dengan produk tu. Bestkan..

  5. Lamanya tak membeli belah di the face shop. Tengok produk YEHWADAM Pure Brightening nampak menarik kak. Boleh tak agak agak nak cerahkan kulit kita yang hitam ni. Huhu. Nanti nak cubalah kot kot menjadi.

  6. Agak menarik juga bila baca tentang produk ni. Apatah lagi regim kesihatan ni dari Korea. Akk kalau pakai set penjagaan memang suka pakai yg datang dalam set sbb blh tahu keberkesanannya

  7. Produk Korean memang diakui terbaik dan bahan-bahan yg digunakan selamat dan berkesan. Sebab tu muka orang-orang Korea ni lembut dan halus je..jeles tengok.
    Sis pun skrg banyak gunakan produk dr Korea, nanti dah habis produk kat rumah ni, bolehlah sis cuba pulak produk dari Faceshop ni.

  8. Wah menarik yer produk ni lepas baca review dari Ruby. Bahan2 terbaik dari korea dan juga kaedah yang bagus untuk penghasilan produk ni, no wonder ia memberi kesan yang sangat bagus untuk kulit Ruby yang jelas nampak sihat dan berseri.

  9. Kak min pun suka sebenarnya barangan face shop. Nanti boleh la try YEHWADA ni pulak. Memang dari dulu suka pakai face shop punya produk sebab rasa sesuai dengan kulit

  10. I have tried YEHWADAM Pure Brightening from The Face Shop previously. love their packaging to the products a lot. so premium looking kan. The range of products work for me too, and I like that it’s not sticky. yay to all of us in MY. 🙂

  11. another korea product revealed 🙂
    the face shop ni da lama kan. last time ada sorang kawan buka franchise nyer di Melaka.
    awal2 dulu the face shop ni bertapak di melaka.
    aida dpt byk tester tau. menarik.
    aida skang ada la memasukkan 2 skincare korea ke dlm rangkaian skincare sejemput aida.
    mau juga ler lawa mcm ruby. korean look tu jauh ler. jadik flawless mcm ruby pun ok 🙂 hi hi i hi…

    • Wah produk anyi penuaan ni memang saya suka tau. Nak nak prosuk dari Korea ni. Yang lagi bestnya memgandungi 7 herba dari Korea. Saya memang ada guna beberapa produk dari The Face Shop tau. Memang best sangat produk The Fave Shop ni

  12. Yeh Wadam nindh lama ada di pasaran kan..product korea semakin mendapat tempat dihati semua wanita asia…menarik la product ni..packaging pun exclusive sangat…x sabar nak tengok result Ruby lepas guna product ni…mesti lebih sihat kulit kan…

  13. First time dengar nama produk dari korea YEHWADAM… Before this i tahu laneige jer. Ok tak produk ni sis? sebab sebelum ni i guna laneige… macam berminat pulak nak cuba.. Sebab dia punya produk YEHWADAM Pure Brightening Emulsion macm best jer … Ada kesan apa2 tak bila pakai lepas 1 weeks? Tapi dari saya baca kesannya lagi bagus dari laneige ?

  14. Banyak dah produk Korea kat pasaran ni. Ginseng ni memang sangat famous kat Korea dan banyak kegunaannya. Akak sekarang suka pakai produk yang Vegan jadi takde dari sumber haiwan. Masa pergi Korea ada pergi area kosmetik. Mak aiii macam2 produk mereka sampai rambang mata nak pilih. Untuk tarik orang membeli mereka guna kumpulan pop terkenal sebagai duta. Nak pakai barang penjagaan muka kena pilih yang sesuai dengan kulit kita. The Face Shop ni pula memang well known punya brand.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.