Lactacyd Love Your V

Lactacyd Love Your V. Assalammualaikum! Bersempena dengan hari kekasih, Lactacyd telah mengadakan bengkel hi-tea dan ia adalah perkongsian yang sangat menarik. Ini kerana kita bukan sahaja menjaga Miss V pada sesuatu acara, kita menjaganya setiap hari. Tidak kira apa jua keadaan. Sentiasa ingin menjaga kebersihan Miss V. Sebab bahagian itu sentiasa lembab dan kita sebagai wanita harus menjaga kawasan itu sebaiknya! Betul tak?

Lactacyd Love Your V

Lactacyd telah wujud selama lebih dari 30 tahun dan merupakan produk mencuci feminin yang disarankan oleh doktor dan disukai oleh semua wanita. Melalui pengalaman Ruby, Ruby mengetahui berkenaan Lactacyd pada usia 17 tahun iaitu tahun 2004 dan ketika itu Ruby bertanyakan kepada farmasi yang bertugas. Apakah fungsi pencuci wanita ini? Sebenarnya pada zaman itu, masih ramai wanita segan untuk bertanya tentang pencuci wanita. Ibarat malunya kita apabila ingin membeli kondom semasa mula-mula merancang kehamilan selepas lahirkan Alif pada tahun 2016. Hahaha

Lactacyd Love Your V 1

Sebab pada masa dulu memang kita tiada pendidikan tentang pencuci feminin. Cuma yang ada perkongsian disekolah adalah tuala wanita. Itu je la. Haha. Noob giler kan.

Lactacyd Love Your V 2

Kempen “Be the Best You on V Day”

Lactacyd menawarkan variasi yang berbeza seperti All Day Fresh, White Intimate, Soft & Silky dan All-time Feminine Hygiene. Ia adalah kegemaran semua wanita sebab Lactacyd mempunyai rangkaian mengikut pelbagai jenis keperluan wanita. Setiap botol Lactacyd dirumus khas dengan susu asli Lactoserum dan asid Laktik yang membantu mengekalkan keseimbangan PH pada Miss V.

Pada Hari Valentine, Lactacyd, Pencuci Feminin No.1 di seluruh dunia telah mengambil langkah untuk menggalakkan wanita dari semua lapisan masyarakat untuk mengasihi diri mereka terlebih dahulu dengan membuat pilihan yang lebih baik dan lebih sihat di bawah kempen yang bertemakan “Be the Best You on V Day”.

Lactacyd Love Your V 3
Lactacyd Love Your V 4
Lactacyd Love Your V 5

“Untuk memperkasakan wanita dan menggalakkan mereka untuk memberi kepentingan pada diri sendiri dengan memulakan menjaga kebersihan feminin mereka.

Kami percaya keyakinan yang benar datang dari dalam kerana apabila anda yakin, anda boleh mengambil alih dunia dan Lactacyd ada di sana untuk anda mencapainya!

Melalui kempen ini, kami mahu wanita meletakkan penjagaan faraj lebih penting dan menikmati produk Lactacyd yang memberikan kebersihan, kesegaran, dan keselesaan untuk keyakinan setiap wanita”

Forum Penjagaan Miss V

Tiga wanita luar biasa, iaitu Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, pakar obstetrik dan pakar ginekologi; Weena Marcus, Miss Tourism Malaysia 2009/2010, dan pengaruh gaya hidup kecantikan; dan Juanita Ramayah, bekas pengacara radio HITZ dan TV membincangkan cara mencintai dan menghargai diri anda.

Malah pentingnya menjaga kebersihan diri dan bagaimana masalah keseimbangan PH vagina turut dikongsikan agar kita semua memiliki vagina yang sihat. Melalui forum, Lactacyd melancarkan hakikat bahawa kebanyakan wanita tidak banyak membelanjakan produk feminin selain tuala wanita dan hanya akan mendapatkan bantuan apabila jangkitan berlaku.

Peraduan Lactacyd Love Your V

15 Pemenang akan dipilih dan anda akan memenangi satu botol Lactacyd Soft & Silky (60ml)

  1. Anda hanya perlu kemaskini status anda di Facebook dengan melengkapkan slogan ringkas: “I love myself because…” kemudian siarkan di FB dan tetapkannya kepada “Public”.
  2. Peserta wajib memasukkan hashtag #BeTheBestYouOnV, tag dan like LactacydVLoveU. 
  3. Terhad kepada satu (1) catatan setiap orang.
  4. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada 28 Feb 2019 jam 12PM
Lactacyd Love Your V 6

Bengkel ‘Loving Me Basket’

Para tetamu di acara ini juga dapat enjoy diri mereka dengan mencipta ‘Loving Me Basket’ mereka sendiri. Florist berpengalaman dari The Florest membimbing sesi ini. Kami belajar langkah demi langkah tentang cara membuat sejambak bunga disertai dengan produk Lactacyd. Ini adalah pengalaman pertama Ruby. Seronok sangat!

Lactacyd Love Your V 7
Lactacyd Love Your V 8
Lactacyd Love Your V 9
Lactacyd Love Your V 10

Good luck untuk anda semua yang menyertai peraduan Facebook. Jika anda masih baru tentang pencuci feminin, anda perlu tahu bahawa Miss V berasid dan produk pencuci yang bersesuaian membantu mengembalikan pH 3.8 – 4.2. Kemudian tiap rangkaian Lactacyd mempunyai pelbagai fungsi. Jadi, pakai seawal usia ketika datang haid k. Semasa hamil, sedang haid atau sedang mandi. Gunakan Lactacyd.

Instagram : www.instagram.com/lactacydloveyourv
Facebook : www.facebook.com/lactacydloveyourv

21 thoughts on “Lactacyd Love Your V”

  1. Hehehehe mula-mula baca tak berapa faham tapi lama-lama kita faham bagus ada produk kesihatan untuk wanita kena jaga semua tu hehehe kita boleh bagi hadiah pada orang tersayang agar mereka juga sihat dan selamat..

  2. Ramai girls yang Rawlins jumpa tak jaga sangat Ms V sebab mereka rasa mereka muda. Dalam bisnes Rawlins, Rawlins diajar bahawa girls perlu menjaga Ms V kerana kesannya berpanjangan. Pasal Lactacyd pun Rawlins dah lama dengar

  3. antara produk yang liez suka pakai. sebab bau pun tak kuat sangat dan lembut dapa kulit. tak rasa gatal-gatal pada miss v. bestnya ada event mcm ni..rs wanita lebih disayangi pulak .. time pulak valentines day kan..

  4. Menarik betul ada bengkel macam ni untuk wanita-wanita. Banyak ilmu boleh dpt dan produk yg diperkenalkan pun sangat bagus. Sekarang ni semua kene jaga kebersihan terutama di tempat-tempat tertentu kan. First time dengar brand ni. Nanti boleh kot suggest kt kakak or kawan-kawan perempuan.hehehe

  5. Wah bagus la diorang buat bengkel macam ni, panggil blogger untuk buat write up berkenaan halhal yang perlu diambil berat oleh semua wanita. Jadi hebahkan benda baik untuk kebaikan bersama ya dok. Hehe

  6. I pernah guna brand ni tapi tak serasi. Jadi masalah kekeringan dan gatal. Feminin wash actually semua nya elok. Cuma kena try n error mana yg sesuai dengan kita

  7. I am using this now!!! To me la we must care for ‘V’ area for better health. I like this brand because of they among the oldest brand who come out with ‘V’ care product. Tak mahal pun.

  8. Boleh guna kat situ tapi bukan setiap hari. Bahagian itu ada kuman baik yang menjaga kawasan itu. Kalau selalu guna takut dia mati. Cikgu sains Dania cakap jangan guna selalu.

  9. (kalau duplicate komen, sori ye ruby. few times failed nak post komen)
    dulu kala aida pernah guna lactacyd ni, ruby.
    now jer dah tak guna bcoz of dah bertukar ke yg lain la.
    bagus. otai brand utk feminine wash ni. concentrated.
    perlu feminine wash ni. not everyday. but perlu.
    kena pilih yg sesuai.

  10. dulu kala aida pernah guna lactacyd ni, ruby.
    now jer dah tak guna bcoz of dah bertukar ke yg lain la.
    bagus. otai brand utk feminine wash ni. concentrated.
    perlu feminine wash ni. not everyday. but perlu.
    kena pilih yg sesuai.

  11. Huda pun dah lama gunakan brand ni, sejak remaja dulu. sekarang dah banyak variasi produk Lactacyd ni, packaging pun makin cun sekarang. Menarik sangat event yang Ruby join ni, best dapat gubah bunga.

  12. Lactacyd ni kita tak pernah la guna.
    Tapi tahu tentangnya masa tu iklan yang keluar di nuffnang.
    Tak sangka pulak produk ni dah lama wujud.
    Mesti ramai yang dah guna produk ni kan..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.