Tabiat Lelaki Semasa Online Shopping

Tabiat Lelaki Semasa Online Shopping. Assalammualaikum semua! Bersempena kempen jualan hebat Shopee for Men ni, Ruby nak berkongsi sesuatu tentang lelaki. Sebab ruby dah berkahwin, dan dapat la tengok “pattern” cara suami membeli-belah dalam talian. Amat berbeza dengan cawa perempuan yang kalau dah nak beli, kita akan survey beberapa jam, chat dengan penjual dan terus beli. Tetapi berbeza dengan lelaki, dia akan survey, tidak bertanya apa soalan, baca description dan simpan dalam cart. Bila dah habis promosi dia akan duk termenung kenapa tak beli. Hahahaha. Sebagai isteri yang expert gilerrrr di Shopee, Ruby akan suruh dia guna akaun ruby untuk cari barang dan simpan dalam cart. Sebelum tidur ruby akan checkout terus bayar.

Tabiat Lelaki Semasa Online Shopping

Suami ruby suka mencari barang peranti pengawal permainan game paling kerap. Dia suka DIY baiki PS4 Controller tu. XBOX la apa la. Yang bestnya semua ada di Shopee. Hahaha. Kebanyakan barang dalam rumah kami semua beli dalam talian melalui Shopee. Jimat masa dan tak perlu pergi pasaraya untuk jalan. Anak ruby ada kelas, sekolah, tuisyen dan kami juga bekerja. So Shopee jerrrr

Pasti ada sesuatu untuk setiap orang di Shopee. Sama ada baik pemain sukan elektronik mahupun kaki kecergasan, pembeli dalam talian lelaki kini boleh memilih daripada seribu satu aneka produk. Shopee turut menyenaraikan jenis pembeli lelaki yang boleh ditemui di platform e-dagangnya.

1. Pakar Permainan dan Teknologi

Shopee sedar bahawa pemain sukan elektronik dan pakar teknologi sentiasa mencari gajet, peranti dan konsol permainan canggih yang terkini. Platform e-dagang ini menawarkan segala yang diidamkan mereka menerusi jenama seperti TMT yang menawarkan produk IT dan permainan pada harga termampu. Mereka yang memerlukan telefon pintar pula pasti teruja kerana Samsung akan mengadakan jualan pratempahan S10 dengan tawaran tunai kembali RM100 mulai 21 Februari di Shopee.

2. Gila Kereta

Walaupun Shopee tiada litar lumba tetapi platform ini membawakan rangkaian penjual dan jenama serba luas yang berlumba-lumba untuk menarik hati pembeli yang mencari alat ganti kereta dan motosikal dan aksesori kenderaan. Terus menikmati penjimatan petrol dengan kad petrol Petronas yang laris dijual. Pada Shocking Sale (Jualan Mengejut) lepas, pembeli boleh membeli kad petrol Petronas bernilai RM100 pada harga hanya RM94! Dengan segala tawaran hebat yang disediakan, pembeli boleh menikmati penjimatan kos lebih besar apabila mereka membeli.

3. Jejaka Bergaya

Pengguna Shopee boleh mencari fesyen yang serupa seperti dalam gambar (maksud kami pakaiannya, bukan Zoey Rahman) dengan pelbagai label fesyen seperti Timberland, Levi’s, dan Fossil, dan juga daripada gedung rasmi Zoey Rahman di Shopee. Untuk melengkapkan penampilan, gayakan rambut anda dengan produk dandanan rambut Ubermen, sembur minyak wangi Dashing yang sungguh memikat, rasai kesegaran kulit selepas mencukur dengan gel cukur Nivea Men Cool Kick, dan tampil bergaya dengan cermin mata hitam KACA-KACA.

4. Kaki Kecergasan dan Kesihatan

Kita sudah pun memasuki pertengahan bulan Februari – bagaimana dengan azam Tahun Baharu anda untuk meningkatkan kecergasan diri? Shopee sedia membantu pembelinya membulatkan tekad sambil mereka membeli barangan sukan menerusi platform e-dagang. Jejak kemajuan, jumlah kalori yang dibakar dan kadar denyutan jantung dengan jam pintar Xiaomi Amazfit yang memang berbaloi. Bagi ahli sukan profesional, manfaatkan adunan protein dan serbuk dadih susu daripada gedung rasmi GNC dan Optimum Nutrition di Shopee.

5. Memasak ala MasterChef

Lelaki yang berbakat di dapur sentiasa ada sahaja resipi untuk dicuba dan menjadikan teman wanita, adik kakak, isteri dan anak-anak sebagai medan uji rasa. Untuk menghasilkan resipi baharu, Shopee menawarkan segala yang diperlukan oleh jejaka atau pakcik yang berangan-angan menjadi Masterchef, termasuk penggoreng udara, pemerah jus, periuk tekanan dan pembuat roti. Selepas memasak, jangan lupa untuk membersihkan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan cecair pencuci pinggan Sunlight. Sementara itu, kekalkan kesegaran dan kebersihan bilik air anda dengan pembersih tandas Harpic dan gel aroma Air Wick.

6. Do It Yourself

Kaum lelaki memang rajin membaiki singki bocor, menukar mentol atau membetulkan tandas tersumbat. Tetapi peralatan DIY di rumah tidak pernah mencukupi kerana ada sahaja alat yang direka untuk setiap ceruk kediaman. Shopee menawarkan pilihan luas alatan DIY yang disediakan pada harga menarik untuk membolehkan lelaki mengisi peti kelengkapan mereka, dengan tawaran terbaik daripada gedung rasmi MR DIY.

Shopee For Men

Dengan matlamat memenuhi segala keperluan dan kehendak lelaki, kempen khas Shopee for Men (Shopee untuk Lelaki) akan diadakan dari 21 hingga 25 Februari. Nikmati koleksi Shopee for Men pada harga terendah yang dijamin atau terima wang kembali 200%; baucar wang kembali 200% setiap hari, pelan pembayaran ansuran 0%, dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma. Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee.

Sementara itu mulai 21 Februari, Shopee akan memperkenalkan portal dalam aplikasi baharu yang dinamakan Shopee for Men. Portal ini berusaha mempermudah pengalaman lelaki membeli-belah dalam talian dan menjadi platform sehenti yang memaparkan produk terpilih khas untuk memenuhi keperluan lelaki. Kemudahan ini boleh diakses menerusi ikon Shopee For Men di laman utama Shopee dan pengisiannya diperbaharui setiap minggu.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “Tabiat Lelaki Semasa Online Shopping

    Go Aquatic

    (February 25, 2019 - 2:29 pm)

    Selain kaki gajet dan kaki fitness, lelaki juga sukakan aktivi lasak seperti scuba diving (penyelaman skuba) ke dasar laut juga aktiviti lain misalnya bermain jet ski. Namun tak dapat di nafikan lelaki amat sukakan gajet elektronik.
    Go Aquatic´s last blog post ..Scuba Diving Kota Kinabalu On Pinterest BoardMy Profile

    Alia

    (February 24, 2019 - 10:14 am)

    Laki akak baru terjebak shopping on9 last year… Ya Allah mnyampah kita tengok dia punya gila shopping tu. Kejao2 barang sampai.. Kalah kita pulak

    Sunshine Kelly

    (February 22, 2019 - 10:46 am)

    Best topic ni, biasa i yang shopping fo my husband. Now got promo kaw kaw macam ni, minta dia shopping sendiri jer la. Dia suka beli gadget and benda benda DIY apetahhh lah kadang pun tak pandai nak pasang biar dia yang buat kan.
    Sunshine Kelly´s last blog post ..6 Reasons Why You Need Merchantrade Money CardMy Profile

    Kak Su

    (February 21, 2019 - 1:32 pm)

    OOOhhhh begitu ya caranya lelaki bershopping online, maklum ler suami akak dah lama pulang ke Rahmatullah sebelum Shopee ni ada. Agaknya macam manalah gaya nya kalau dia masih hidup bershopping online hihi

    Syiera Mat Saman

    (February 21, 2019 - 12:02 pm)

    Hehehe betul sangat. Syira kadang pening melayan karenah husband. Habis dia belek. Last sekali barang kereta juga yang dia beli.
    Syiera Mat Saman´s last blog post ..Set Lengkap Penjagaan Rambut: Asmak Hair CareMy Profile

    murniwati awang

    (February 21, 2019 - 11:12 am)

    Betul..senarai diatas memang tabiat suami murni bila online shopping..kita pompuan pon sama..

    Julia Mahir

    (February 21, 2019 - 9:03 am)

    Kalau husband kita shopping dediam je, takde cerita apa2, tau2 ada posmen sampai kata ada barang utk dia. Geram je rasa. Hahaha
    Julia Mahir´s last blog post ..Really tall and long shelf at BookXcess in Gurney Paragon, PenangMy Profile

    Liez

    (February 21, 2019 - 8:53 am)

    Husband liez jenis klau shopping online dia mintak liez buatkan. Dia just bagi duit je dan tunjuk apa yang dia nak. Tp klau shopee bust men sale ni mmg berhantu la usha website shopee tu

    Min

    (February 21, 2019 - 8:42 am)

    Hehe..husband kak min cerewet sikit tapi sekarang dah pandai nak beli barang secara online dan for sure dia akan tgk barang-barang kegemaran dia je la. Berjam-jam kekadang. Aduiii ada plak shopee for men ni..matilanakkk haha

    khai artzfar

    (February 21, 2019 - 8:38 am)

    omg tq kak! sbab khai tengah survey hadiah birthday ni hopefully ada yang murah dan berkenan di hati. hhehee nak reward untuk diri sendiri.

    Wawa Ashihara

    (February 21, 2019 - 8:34 am)

    Suami kita tak pandai Online shopping . Tp dia penah suh kita bukak shopee sbb nk tgk brg kete la apa la.. Dia masukkn kat chart tp xbeli2.. Tanya kenapa, sbb dia tgh pk2.. Ahhahaa.. Laki ni better lbh suka beli yg offline juga kan..
    Wawa Ashihara´s last blog post ..Sweet Pink Look Using Althea Exclusive MakeupMy Profile

    Kayathre

    (February 21, 2019 - 8:33 am)

    Yes agree with you. Guys like to shop these things in online. Sometimes they can be shopaholic too.

    Zai Zamree

    (February 21, 2019 - 8:00 am)

    macam suami saya tak suka beli online. Lebih suka beli di mall. boleh pilih dan belek2 barang yang dia nak beli. tapi saya memang kaki Shopee….hahahaha…ada je benda yang nak beli kat situ

    Mawardi Yunus

    (February 21, 2019 - 5:55 am)

    Kalau saya memang cerewet bab membeli atas talian ni. Almaklumlah bnyak orang dok share pasal ralat shopping online kan. Jadi memang sangat teliti saya check. Tak cukup tu siap tanya member produk yg nak beli tu ok ke x. Copy paste link lagi. Hehe

    Hanny Abdullah

    (February 21, 2019 - 12:40 am)

    Hehehe…gitu ekk org lelaki shopping online, baru ku tahu, almaklum kat rumah ni tak ado lelaki.
    Sis pun ada jugak acc kat shopee tapi jarang sangat nak membeli tpi dok menjual..hehehe

    Syamimi

    (February 20, 2019 - 9:07 pm)

    Kalau macam suami kita dia tak pandai shopping di shopee. Sebab dia tak pasang apps shopee tu. Dia selalu survey di Lazada je. So kita la kena tolong orderkan barang dia.
    Pernah juga bagitahu dia. Try la survey di shopee juga. Sebab kadang shopee ni terlalu banyak pilihan dan harga pun murah.

    Syamimi

    (February 20, 2019 - 9:03 pm)

    Suami kita dia tak pandai beli kat shopee. Sebab dia tak pasang apps shopee. Tahu beli kat lazada je. Selalu kita la kena tolong orderkan barang dia.
    Kadang tu cakap juga kat dia. Cuba la survey kat shopee jugak.
    Sebab shopee pun banyak barang. Kadang harga lebih murah kan.

    Rane Chin

    (February 20, 2019 - 3:18 pm)

    haha Ruby topik ini Tabiat Lelaki Semasa Online Shopping so cute! I agree with you. My husband gila visit car/motor sites even though we are not buying one. He can spent hours on checking the info but I find it boring la. I would rather spend time checking out the nice baju earrings etc kan hehe
    Rane Chin´s last blog post ..[Review] Suntegrity Impeccable Skin Moisturising Face Sunscreen Broad Spectrum SPF30 from TNS Skin LabMy Profile

    Sherry

    (February 20, 2019 - 2:13 pm)

    yeah man too like online shopping, I know my man loves to check on gadgets online. But most time would be comparing the price as due budget in end usually no buy it. I also like to shop online but mostly window shopping now. Last time bought a dress but it didnt fit me at all and cannot be returned. 🙁
    Sherry´s last blog post ..Raising resilient kids – role play helpsMy Profile

    kylie cre8tone

    (February 20, 2019 - 1:47 pm)

    oh.. now only i know men’s shopping pattern.. great sharing.. hahaha~ I also wanna shop online… watever way, online shopping is so convenience..
    kylie cre8tone´s last blog post ..McDonald’s Happy Meal Readers ProgrammeMy Profile

    kylie cre8tone

    (February 20, 2019 - 1:46 pm)

    oh.. now only i know men’s shopping pattern.. great sharing.. hahaha~ I also wanna shop online… women’s way..haha
    kylie cre8tone´s last blog post ..McDonald’s Happy Meal Readers ProgrammeMy Profile

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.