AmLife Memperlihatkan Peranan Baru Sebagai Pakar Tidur Sempena Hari Tidur Sedunia 2019

AmLife Memperlihatkan Peranan Baru Sebagai Pakar Tidur Sempena Hari Tidur Sedunia 2019. Assalammualaikum semua, baru-baru ini ruby berkesempatan menghadiri pelancaran tilam dan selimut hebat dari AmLife. Kini anda boleh dapatkan tilam dan selimut ini dan ia tersedia di rumah! Kebiasaannya selimut dan tilam ini terdapat di Spa yang mahal dan hanya 1 jam je anda boleh nikmati rasa haba. Sekarang anda boleh manfaatkan haba tersebut selama 8 ke 9 jam tidur anda. Best kan? Sambil tidur, sambil buang toksin. Best sangat!

AmLife Memperlihatkan Peranan Baru Sebagai Pakar Tidur Sempena Hari Tidur Sedunia 2019

AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan sambutan Hari Tidur Sedunia bagi tahun ke-empat berturut-turut. Diacarakan bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife mengadakan pameran kesihatan tidur di Sunway Resort Hotel bagi ahli-ahli media pada hari ini.

Setelah mengusung tema terbaru, “Life, Redefined,” AmLife sedang menerajui gerakan untuk membolehkan pengguna di Malaysia memperbaikkan kesihatan melalui tabiat tidur yang lebih baik, lalu memperubahkan kehidupan mereka. AmLife telah mengambil peranan baru sebagai pakar kesihatan holistik – iaitu mengkaji cara-cara yang lebih menyeluruh untuk memperbaikkan tabiat tidur, malah juga menyasarkan isu-isu berkaitan tidur seperti kesihatan dan kecantikan. Aneka produk AmLife yang berpelbagai menjadi saksi kepada matlamat mereka untuk memasuki pasaran kesihatan tidur holistik.

Pengasas dan Presiden syarikat AmLife, En. Lew Mun Yee memegang kepercayaan yang teguh bahawa tidur yang nyenyak mampu membawa pemulihan semulajadi. Setelah berikrar untuk membantu orang lain mencapai kenyenyakan tidur, En. Lew telah menghasilkan jalan penyelesaian untuk mereka yang ingin memulihkan kesihatan melalui tidur. Beliau berkata, “AmLife mempercayai bahawa semua orang patut memegang cita-cita dan mengejar cita-cita tersebut. Dalam perjalanan kita ke arah pencapaian matlamat ini, kita memerlukan tubuh badan yang sihat untuk tiba di destinasi tersebut, dan lebih pentingnya, kita patut menikmati perjalanan tersebut dan buah kejayaan.”

Sleep Well, Age Well

Dengan menggabungkan juga slogan Hari Tidur Sedunia tahun ini, iaitu “Sleep Well, Age Well” ataupun “Tidur Lena, Penuaan Sihat,” AmLife memperkenalkan barangan kesihatan tidur mereka yang inovatif, termasuk pelancaran Selimut Platinum AmPower, sejenis teknologi anti-penuaan yang bukan sahaja menjanjikan tidur yang nyenyak, namun juga menjaminkan pengguna bangun daripada tidur dengan berasa sihat, pulih dan segar. AmLife juga telah menayangkan acah produk-produk tidur akan datang, seperti makanan supplement untuk memperbaikkan kesihatan, yang dijangka akan dilancarkan tahun ini. Barangan ini dijangka akan membekalkan pertumbuhan tahunan sebanyak 80%.

Mr. Lew menjelaskan, “Walaupun pasaran kesihatan sedia ada sudahpun luas dan beraneka, pasaran kesihatan tidur semulajadi jarang diberikan perhatian. Dengan kajian tentang kesihatan tidur yang dijalankan oleh penyelidik terkenal di jagatraya, The Nielsen Company, kami faham bahawa pengguna ingin mencari rawatan semulajadi untuk memperbaikkan kualiti tidur.” Beliau meneruskan huraian, “Ini telah membentukkan arah perniagaan kami, iaitu untuk menyediakan penyelesaian yang semulajadi dan berasaskan teknologi untuk membantu pengguna-pengguna mencapai tidur yang lebih lena.”

Kaji Selidik Kesihatan Tidur oleh The Nielsen Company.

En. Edward Yong, Perunding Kesihatan AmLife, memberikan penerangan mengenai kaji selidik Kesihatan Tidur oleh The Nielsen Company. Beliau berkata, “9 daripada 10 orang di Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur. 78% daripada pengguna Malaysia berpendapat bahawa tidur yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan masalah kesihatan, dan 47% berpendapat bahawa ia boleh mendatangkan masalah kulit atau kecantikan.” Ujar beliau, “Semuanya bersetuju mengenai kepentingan mencari penyelesaian apabila menghadapi masalah tidur, dan 43% daripada pengguna mencari penyelesaian semulajadi untuk tidur dengan lebih penting lain yang didapati:

50% daripada orang Malaysia menilaikan kualiti tidur mereka sebagai ‘biasa’.

63% daripada orang Malaysia berusia antara 25 dan 49 memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur dan kebanyakan daripada mereka dalam kumpulan ini ialah kaum Cina (45%).

35% menghadapi masalah tidur sekali ataupun 2 kali seminggu, manakala 20% lagi menghadapi masalah tidur 3 atau 4 kali seminggu.

70% daripada orang Malaysia sedar bahawa tekanan merupakan antara sebab utama di sebalik masalah tidur.

Orang Malaysia di bahagian-bahagian Utara (48%) dan Selatan (43%) memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur.

Orang Malaysia di bahagian Tengah (43%), Selatan (52%) dan Timur Malaysia (46%) lebih mementingkan rawatan semulajadi bagi masalah tidur.

Lebih ramai wanita (46%) mementingkan rawatan semulajadi berbanding dengan lelaki (40%).

5 rawatan masalah tidur utama yang diketahui oleh orang Malaysia ialah senaman (59%), perubahan gaya hidup (54%), meditasi dan ketenangan (48%), urut (46%) dan aromaterapi (37%).

48% membaca buku, menonton televisyen dan memasang radio untuk membantu mereka tidur.

300 Juta Orang Di Asia Tenggara Mengalami Masalah Insomnia dan Apnea.

Juga hadir di acara tersebut ialah penceramah dan pakar-pakar tidur, Dr. David Samson, Penolong Profesor Antropologi Biologi di Universiti Toronto Mississauga, Canada, dan Dr. Koyabu Miki, pengamal perubatan bersepadu Cina dan Barat dari Jepun.Ujar Dr. David, “Manusia bergantung kepada tidur untuk fungsi kognitif, namun tidur paling sedikit berbanding primata yang lain. Tidur adalah kritikal bagi akal yang cergas, dan tidur yang tidak berkualiti telah dikaitkan dengan gangguan mental, bagi penuaan yang sihat, tidur yang lena melindungi seseorang itu daripada kerosakan kognitif yang berkaitan dengan penuaan, dan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan fizikal.” Beliau meneruskan, “Dijangka bahawa 300 juta orang di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia dan apnea, dan lain-lain.”

Tidur Amat Penting Untuk Kelangsungan Kehidupan

Dr. Koyabu mengukuhkan hujah Dr. David dan menekankan kepentingan tidur yang berkualiti untuk menggalakkan penuaan sihat dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup. Beliau menjelaskan, “Tidur adalah penting untuk membenarkan otak dan tubuh badan kita berehat, dan juga memastikan hormon kita seimbang dan imuniti kepada penyakit diperkuatkan. Untuk menjaminkan penuaan yang sihat, kita perlu memastikan bahawa kita mengamalkan tabiat tidur yang baik.”Demi mengiktirafkan usaha AmLife untuk mempromosikan kualiti tidur di arena antarangbsa dan juga ikhtiar pendidikan tidur di Asia, Persatuan Tidur Sedunia, sebuah lembaga antarabangsa yang diasaskan oleh Persekutuan Tidur Sedunia dan Persatuan Perubatan Tidur Sedunia, menyampaikan Anugerah Aktiviti Cemerlang 2018 kepada AmLife di acara ini. Ini menjadi kali kedua AmLife memenangi anugerah ini – membuktikan usaha-usaha syarikat tersebut dalam bidang kesihatan tidur.

Mr. Lew Mun Yee (kiri) menerima Anugerah Aktiviti Cemerlang daripada Persatuan Tidur Sedunia yang diwakili oleh Dr. David Samson (kanan)

Pelancaran Selimut AmLife AmPower Platinum

Dr. Koyabu Miki, En. Lew Mun Yee dan Dr. David Samson di acara media Hari Tidur Sedunia.

Harga Istimewa Untuk Pengikut Blog RUBY.MY

AmPower Platinum Blanket

Single Original Price: RM8,600
Harga Pengikut Ruby.my : RM6,880

Double Original Price: RM11,100
Harga Pengikut Ruby.my : RM8,880

Untuk membeli, hubungi Evi: 012-2160266 dan maklumkan promo kod Ruby – AL10

AmLife akan meneruskan perjuangan kualiti tidur bagi penuaan sihat, dengan membawa rawatan tidur semulajadi yang tidak memerlukan perubatan atau suntikan kepada pasaran Malaysia. Selimut Platinum AmPower dijual pada harga RM 8,600.00.

Mengenai AmLife International

AmLife telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Pengasas dan Presiden, En. Lew Mun Yee di sebalik lonjakan permintaan penjagaan kesihatan untuk merawat masalah tidur, insomnia dan masalah kesihatan tidak optimum di seluruh dunia. Dengan catatan rekod dalam pemasaran produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, kajian En. Lew dan pelbagai kaji selidik, yang dibuktikan oleh sains, mengenai potensi terapi elektrik membawa beliau ke Jepun. Di Jepun, beliau mencadangkan dan menghasilkan teknologi berasaskan Jepun untuk menjadikan ‘sistem penjagaan kesihatan dalam katil’. Secara ringkasnya, tilam dijadikan sistem katil yang berunsur teknologi terapi elektrik Jepun. Barangan katil penjagaan kesihatan AmLife, diimport 100% dari Jepun – adalah semulajadi supaya dapat “membina kesihatan daripada tidur” melalui terapi semulajadi tanpa perubatan, dan tanpa suntikan. Ia menggalakkan proses pemulihan semulajadi tubuh badan, dengan menyediakan terapi paling asas untuk orang zaman moden melalui kaedah “penjagaan kesihatan tidur” dan mengatasi sebab-sebabnya dalam gaya hidup harian kita.

Tilam thermoterapi potensi elektrik AmLife disahkan oleh lembaga-lembaga perubatan Jepun (dan juga Kementerian Kesihatan Jepun) sebagai perkakas perubatan. Pada tahun 2017, ia juga disahkan oleh Kerajaan-Kerajaan Malaysia dan Taiwan sebagai perkakas perubatan. Ia juga melulusi beberapa ujian ketat, termasuk pensijilan ISO 9001:2008 Pengurusan Kualiti Antarabangsa. Kementerian Kesihatan Jepun mengiktirafkannya sebagai perkakas perubatan yang boleh memperbaikkan 8 gejala yang berikut: Sakit kepala, Insomnia teruk, Sakit bahu / tengkuk, Sembelit, Senak, Tangan dan kaki sejuk, Sakit saraf / otot, Keletihan kronik – dan juga baik untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh untuk mengekalkan kesihatan harian.

Dengan imejnya yang mantap di Malaysia, AmLife juga sudah memasuki pasaran Singapura dan Indonesia, Taiwan, Brunei dan Hong Kong.

Pada tahun 2019, AmLife mengambil peranan baru sebagai pakar tidur dan akan melancarkan siri rawatan tidur yang dimajukan teknologi, seperti Selimut Platinum AmPower yang anti-penuaan, bantal kesihatan tidur dan supplement kesihatan untuk mempromosikan kesihatan, anti-penuaan dan kehidupan yang bahagia.

AmLife sudah memperjuangkan tidur lena bagi kesihatan dan kualiti kehidupan pada Hari Tidur Sedunia pada bulan Mac setiap tahun, dengan mengetuai sekumpulan pakar penjagaan kesihatan seperti doktor klinikal antarabangsa dan pakar tidur – untuk menyediakan pendidikan tidur di sebalik kenaikan kadar insomnia dan masalah tidur di Asia Pasifik dan di seluruh dunia. Pada tahun 2017, Persatuan Republik Czech untuk Kajian Tidur dan Perubatan Tidur, kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia di Prague telah menyampaikan Anugerah Tidur Cemerlang kepada AmLife – menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia yang telah menerima Anugerah ini untuk komitmen kepada ikhtiar promosi tidur.

Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi www.amlife.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “AmLife Memperlihatkan Peranan Baru Sebagai Pakar Tidur Sempena Hari Tidur Sedunia 2019

    ciktom

    (March 29, 2019 - 4:15 pm)

    wow macam best je selimut tahan haba sampai 9 jam.. boleh berspa kat rumah jelah macam ni..sambil tidur boleh buang toksik tu best..harap dpt capai misi nak kurus..hihi

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.