Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 1
Pelancaran kempen ‘Gumbatte Towards 1 Million Gum Self Checks’ bersama Yang Berusaha Dr. Norliza bt Mohamed, (4 dari kiri) dan Tatsuya Horiuchi, pengarah urusan Southern Lion Sdn Bhd.

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019! Assalamualaikum semua. Biasanya golongan dewasa di Malaysia mempunyai masalah gusi, adakah pernah anda rasa anda tergolong dalam masalah gusi? Sekarang dengan mudah anda boleh membuat penilaian secara percuma di laman web gumhealthchek.com.

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019

Laman web ini dibina adalah sebagai satu langkah kempen kesedaran Kearah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema dengan kerjasama persatuan doktor pergigian Malaysia. Matlamatnya untuk membantu rakyat Malaysia pentingnya kesihatan oral selaras dengan matlamat Kementrian Kesihatan.

Gumbatte ini diambil dari perkataan Jepun “Ganbatte” yang bermaksud anda boleh sekali gus menyeru rakyat Malaysia menjaga kesihatan gusi. Dr. Norliza bt. Mohamed melancarkan program ini kerana seriusnya penyakit oral boleh di kaitkan dengan masalah kesihatan yang lain. Menurut beliau, ramai masyarakat ambil mudah tentang masalah oral dan sikap ini perlu di ubah kerana wujudnya korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan juga Alzheimer. Kebanyakan penyakit ini boleh mengancam nyawa pada sesiapa yang di hidapinya.

Systema adalah jenama teras Lion Corporation, Jepun Corporation dan mempunyai warisan penjagaan oral lebih selama 120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar pergigian, saintis dan penyelidik. “Sistem Anti Plak Systema mengabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan Plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun dalam poket gusi.

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 2
`Gumbatte’! Systema berkerja sama dengan pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di lantik sebagai duta sempena Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 untuk menarik perhatian netizen betapa pentingnya penjagaan gusi. Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe berkata untuk mengurangkan masalah ini perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi keseluruhannya.

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 3

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019 ini akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad 17 Mac 2019. Disitu, mereka menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma. Systema Advance Anti-Plaque boleh di dapati di seluruh negara menerusi pasar raya dan farmasi pada harga Rm 12.55, manakala berus gigi pula berharga dari Rm 7.80 – Rm 12.55

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.