Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre

Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ruby ke Alamanda untuk makan-makan dan sambil itu ruby ternampak peraduan baru bermula. Lumayan juga hadiah yang ditawarkan. RM 700 baucar! Siapa nak bagi!? Jom join sekali, mana la tau rezeki kita untuk menang. Sebab ruby dah lama tak nampak peraduan fotografi makanan. Jadi, boleh la ruby join. Hehehe. Ruby join, anda pun mesti join. Lagi ramai, lagi meriah!

Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre.

Bermula dari 15 Mar hingga 31 Mar 2019 sedang berlangsung Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre. Sebanyak 21 restoran terlibat dan anda mempunyai banyak pilihan untuk makan! Hehehe. Untuk anda yang suka ambil gambar makanan, inilah peluang anda untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Peraduan gambar fotografi amat jarang diadakan. Jadi, apabila ada peraduan muncul. Jom join! Hehehe.

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Cara-Cara Penyertaan

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

1. Snap gambar anda dengan kad tenda dan makan di mana-mana restoran yang mengambil bahagian.
2. Like & Follow Alamanda Shopping Center di Instagram dan Facebook.
3. Muat naik di Facebook / Instagram, hashtag #AlamandaShoppingCentre,
#EatNSnap2019 & #[nama restoran] dan tag @Alamandashoppingcentre
dalam kapsyen dan gambar anda
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti & gambar berkualiti.

Anda boleh rujuk info peraduan di http://bit.ly/EatNSnap2019

Senarai Restoran Yang Terlibat

1. Sepiring
2. NY Steak Shack
3. The Chicken Rice Shop
4. Nando’s
5. Kenny Roger’s Roasters
6. Manhattan Fish Market
7. Big Apple Donuts & Coffee
8. Dunkin Donuts
9. Rotiboy
10. Baskin Robbins
11. Famous Amos
12. Secret Recipe
13. Sushi King
14. Tealive
15. Auntie Anne’s
16. Black Canyon
17. Johnny’s Steamboat
18. Boost Juice
19. Hokkaido Baked Cheese Tart
20. Mahnaz Food
21. Starbucks Coffee
22. Seoul Garden

Hadiah Peraduan Eat & Snap

  • 3 Pemenang Utama – Memenangi baucar bernilai RM700 dari Sepiring, The Chicken Rice Shop & NY Steak Shack.
  • 30 Pemenang Saguhati – Memenangi baucar bernilai RM50 dari Kenny Roger’s Roaster.

3 Tips Gaya Fotografi Makanan

Ruby nak berkongsi dengan anda semua 3 tips fotografi makanan. Tips ni dari pengalaman ruby lerrr. Ruby bukan jurufoto profesional. Tapi bab gambar, memang kena jitu! Haha

1. Pencahayaan

Pencahayaan yang bagus amat memainkan peranan. Kebiasaannya restoran menggunakan cahaya lampu yang bersesuaian untuk waktu operasi mereka. Contohnya, bagi restoran yang menyajikan sarapan pagi, anda akan dapati cahaya lampu terang. Ia bagi memberi anda tenaga untuk mulakan hari anda. Hehehe. Manakala pada waktu tengahari kebanyakan restoran menggunakan lampu suram atau hanya bergantung kepada cahaya matahari. Untuk waktu malam, cahaya lampu lebih malap. Tetapi bukanlah sehingga anda tidak nampak pasangan anda, ia bagi anda berasa selesa di restoran dan akan duduk lebih lama.

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Jadi, untuk ambil gambar di restoran, kedai mamak, gerai tepi jalan atau dimana sahaja lokasi. Ruby sarankan anda bawa siap-siap lampu LED mudah alih. Ia dapat membantu anda mendapatkan hasil gambar lebih jitu.

2. Fokus Objek

Fokus kepada objek yang kita ingin snap. Gambar makanan boleh memberi maksud berbeza, kadang-kadang nak ambil gambar satu set makanan, tetapi fokus kepada daging sahaja. Maka, di dalam gambar tidak kelihatan set makanan tersebut. Tetapi hanya daging. Adakah restoran menyajikan daging sahaja? Jadi, gambar anda perlulah ada komposisi yang seimbang. Nampak satu pinggan adalah lebih baik, kemudian anda fokus kepada isi kandungan di dalamnya.

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Untuk dapatkan gambar objek yang lebih naik adalah dengan penggunaan kamera yang mantap. Tangan anda perlu kuat memegang kamera, agar ia tidak bergegar atau gambar menjadi blur. Selain itu, penggunaan lensa amat penting. Untuk gambar makanan, ruby menggunakan 50mm lens. Ia lebih fokus dan efek bokeh teserlah. Pasti anda terliur tengok gambar makanan tersebut. Yayy!

3. Bantuan Props & Susunan Flatlay

Penyusunan hidangan makanan amat penting. Anda pasti inginkan gambar yang membuatkan anda rasa ingin kembali lagi. Tambahan pula di zaman media sosial seperti sekarang boleh mempengaruhi status viral sesebuah restoran. Jadi, anda plan gambar anda ingin nampak seperti apa. Gunakan props sedia ada di restoran. Anda boleh gunakan dekorasi restoran, dinding, susun atur perabot, hiasan atau apa sahaja yang sesuai. Tapi, pastikan pencahayaan mencukupi ya. Susun pinggang, mangkuk dan gelas minuman untuk kemaskan lagi gambar anda. Ketika ini anda juga boleh ambil gambar flatlay dari “bird view”. Panjat kerusi sopan-sopan tau. Hehe.

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Makanan Enak Di NY Steak Shack

Ini adalah kali pertama ruby mencuba makanan di NY Steak Shack. Restoran ini ruby pilih sebab ia luas dan di dalam kawasan pusat membeli-belah Alamanda. Parking senang dan berdekatan dengan rumah sahabat ruby. Jadi perjumpaan kami, makan-makan bersama di NY Steak Shack Alamanda adalah pilihan tepat. Kami memilih hidangan besar dan kongsi makan bersama.

Starter: Trio Apps

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Hidangan pembuka selera yang paling popular di NY Steak Shack. Isi ayam, bebola daging, cendawan dan bawang. Dihidangkan bersama Cajun madu biji sawi dan sos Bistro. 1 set ini bernilai RM 28.80

Hidangan Utama: Beef Platter

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Trio bebola daging dan daging salai di atas nasi labu yang dilengkapi dengan sayuran campuran. Dihidangkan bersama dengan NY Striploin (200gms) di atas bawang segar dan kernel jagung manis. Dilengkapi dengan NYSS mentega bawang putih, bawang putih rangup dan pilihan sos black pepper atau sos brown. Set ini bernilai RM 98.80 dan boleh makan untuk 2 – 3 orang.

The Empire Burger

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre

Diilhamkan dari NYC Empire State Building. Daging lembu panggang (150gms) dilengkapkan bersama dengan cendawan dan bawang. Dihidangkan dengan Cajun madu biji sawi dan kentang goreng. Set ini bernilai RM 27.80

Minuman Milkshake

Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Red Velvet Milkshake RM 13.80
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Chocolate Milkshake RM 12.80
Peraduan Media Sosial "Eat & Snap" Alamanda Shopping Centre
Cornflakes Milkshake RM 12.80

Setelah membaca penulisan ruby ini, pasti anda lebih bersemangat untuk sertai peraduan ini kan? Jadi, jangan ketinggalan join Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre. Baucar RM 700 menanti anda! Good luck!

www.alamanda.com.my
www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
www.instagram.com/alamandashoppingcentre

20 thoughts on “Peraduan Media Sosial “Eat & Snap” Alamanda Shopping Centre”

  1. Rawlins terus terpandang kat milkshake tu. Sedapnya la. Tapi platters tu semua memang lazat sungguh.
    Nie peluang baik nie – lama tak menyinggah kat Alamanda dan juga boleh terus join contest. Mana tahu rezki kan?

  2. Terasa jauh pulak nak ke Alamanda. Kalau dulu masa duk belah2 Sg Besi, kerap jugak ke Alamanda. Lepas dah tak duduk sana, terus tak ke Alamanda dah. Makin jauh pulak. So duk pergi mall kat tengah KL ni jela most of the time.

  3. Tudiaaa..cantik2 tengok gambar-gambar makanan tu. ni yang buat rasa bersemangat nak join contest ni. MAna la tau ada rezeki kan. sape nak bagi kan RM700 voucher makan, banyak tu. Ok, nanti kalau ada urusan kat Putrajaya boleh la singgah Alamandaa.. hehe

  4. Seronoknya ada contest ambil² gambar makaanan ni! Mesti ramai join sebab syaratndia mudah! Mesti ramai berpusu² nak sandang juara dengan hadiah lumayan macam tu, siapa taknak kan? Siap sis bagi tips untuk ambil gambar yang bagus lagi . Terbaiklah sis ! Hebat

    • Lumayan tuh hadiah yang ditawarkan. Rm700 baucer. Siapa nak bagi kan. Peraduan pun mudah je. Eat and snap. Menu pun banyak. Tapi nak snap gambar makanan kena cantik cantik barulah boleh ada peluang nak menang. Betul tak? Rezeki kita siapa tahu

  5. Lama dah tak ke Alamanda. Dulu masa anak sek kat Alam Shah tiap2 minggu ke sana.
    Best betul peraduan tu..kalau menang perghhh syiok. Insaallah kalau ke Alamada boleh le sis join peraduan tu. Buat yg dh join..good luck semua

    • Lumayan tu hadiahnya. RM700 baucer siapa nak bagi kan. Peraduan pun mudah je eat & snap. Menu pun banyak dan dekorasi menu cantik cantik. Kalau ambil gambar memang cantik. Kena ada skill nak snap gambar cantik mana tahu boleh menang kan.

  6. Kak Ruby amik gambar tak pernah tak cantik. Kalau masuk contest ni mesti kak Ruby boleh menang jugak. heheh. Iza macam nak cuba jugak je. mana tau kot-kot ada rezeki boleh menang. Iza suka jugak amik-amik gambar makanan ni.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.