Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co. Assalammualaikum semua! Ruby sudah lama save draf satu penulisan tentang pengalaman berurut dan terapi di Beauty & Co. Beauty & Co ni seperti one stop beauty centre tau. Sebab semua jenis terapi kecantikan mereka sediakan. Cuma untuk rambut je tiada. Yang itu korang boleh pergi Salon la eh. Hehehe. Pengalaman ruby ke sini amat unik. Lokasi pusat kecantikan ini dalam pusat membeli-belah 1Utama. Bahagian hadapan tempat menyambut disediakan semua produk yang mereka gunakan untuk apa sahaja rawatan. Jadi ada keyakinan disitu. Cik Kelly melayan ruby dan  menghidangkan air teh panas. So, ruby pun rilex je. Hehe

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co

Apabila ruby masuk ke ruang dalam, disebalik pintu besar. Wah, suasana spa menyelubungi ruby. Lampu yang malap, bau aromaterapi dan setiap bilik ada ruang simpanan. Ruby tukar pakaian dan gantung kunci di pergelangan tangan. Tidak pegang telefon pintar, just “me time” je hari tu.

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.

Ruby ambil pakej Coffee Drainage Theraphy dan Full Body Massage. Memang best. 2 jam manjakan diri sambil meng-kurus-kan diri. Urutan dari tukang urut Puan Linda pun best. Apa yang ruby paling suka adalah tilam mereka sangat selesa. Sebagai ibu yang sudah melahirkan anak, badan ruby selalu kesejukan dan kekejangan di bahagian kaki. Nikmat sangat bila ada tilam suam dan selimut suam macam ni. Inilah keunikan Beauty & Co yang kita tidak tahu. Kalau la mereka tak buat trial Coffee Drainage Therapy RM 68, ruby pun tidak berpeluang nak cuba. Hehehe Pakaian yang disediakan di Beauty & Co, semuanya bersih dan selesa.

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co. Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co. Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.

Apa Itu Coffee Drainage Therapy

Tahu tak kenapa kacang kopi digunakan dalam rawatan ini? Kacang kopi tidak merosakkan kulit tetapi akan memastikan semua kotoran, minyak, dan bakteria dikeluarkan dari liang-liang. Kulit mampu menyerap 60-80% yang bersentuhan dengannya, sehingga kulit kita akan mendapatkan lebih banyak manfaat dari kacang tersebut. Terapi detoksifikasi badan yang menggunakan gabungan semulajadi kopi untuk memberikan pengelupasan sempurna dan mengeluarkan kulit kering selama-lamanya.

Kesesakan limfatik yang ruby alami juga sangat serius, tiada urut atau senaman dapat menyelesaikan masalah kesesakan secara berkesan. Sistem limfa tersumbat akan mempunyai toksin dan sisa yang terbina dalam badan dan akan menyebabkan ia bengkak! Coffee Drainage Therapy adalah terapi Detoksifikasi Badan yang menggunakan gabungan semulajadi kopi dan saliran limfa untuk membersihkan toksin dengan berkesan.

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.
Tilam & Selimut Haba Beauty & Co

Saliran limfatik dilakukan dengan menekan pada titik limfa semasa urut untuk mengalirkan keluar toksin dan sisa untuk melegakan kesambungan limfatik. Selimut haba akan ditambah untuk meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan pembakaran lemak dan mengembangkan kapilari tersumbat untuk menghilangkan toksin.

Faedah Coffee Drainage Therapy

  1. Hilangkan pengekalan air dengan kafein dalam kopi.
  2. Merangsangkan titik limfa untuk mengalirkan toksin dan sisa.
  3. Mengecutkan sel-sel lemak dan mengurangkan selulit.

Persediaan Sebelum Coffee Drainage Therapy & Full Body Massage

Ada lagi perkara yang menarik berlaku di Beauty & Co, mereka buat Body Analysis dekat badan ruby guna mesin hebat. Dari situ ruby tahu bahagian badan ruby iaitu perut dan peha banyak toksin. Lepas tu mereka ada cermin besar! Allahuakbar, dah berapa lama la tak tengok badan sendiri. Sedihnya tengok bentuk badan sekarang. Menggeleber je lemak dekat ceaseran area tu. Peha pula dah berlaga. Ingatkan biasa, tapi itulah yang tak cantik sebenarnya. Huwaaaa. Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co

Pengalaman Melakukan Coffee Drainage Therapy & Full Body Massage

Badan ruby rasa bertenaga, keluar angin yang sangat banyak. Sendawa je ruby masa Puan Linda urut. Kemudian ruby kurang beberapa gram berat badan selepas rawatan. Best sangat, terasa badan ringan dan terus ruby boleh lakukan aktiviti tanpa disedari masa berlalu dengan cepat. Pernah tak ibu-ibu semua rasa hari yang padat tapi kita berjaya lakukan semuanya. Itulah yang ruby rasa. Kalau masa badan tak sedap, mesti malas dan masa berlalu tanpa melakukan apa-apa perkara yang bermanfaat. Rugi kan?

Promosi Coffee Drainage Therapy Untuk Pengikut ruby.my

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.

Promosi untuk percubaan kali pertama RM 68. Harga asal RM 350. Tetapi untuk anda semua pengikut setia ruby.my, anda akan dapat first trial pada harga RM 38!!!!! Anda boleh lakukan temujanji mengikut keselesaan tarikh dan masa dengan cara menghubungi mereka di laman media sosial Instagram atau Facebook Beauty & Co. Anda hanya perlu mesej “Ruby – Coffee Drainage Therapy First Trial @RM38 (RubydotmyCoffee38)” . Beauty & Co mempunyai 8 cawangan di seluruh Klang Valley, sila semak di www.beautynco.com.my/about.php untuk butiran lokasi dan rawatan yang disediakan! Enjoy!

Mengenai Beauty & Co

Seluruh Badan Bertenaga Selepas Coffee Drainage Therapy dari Beauty & Co.
Bergambar bersama Cik Kelly dari Beauty & Co 1Utama

Beauty & Co bertujuan untuk menjadi pasaran prestij dalam menyediakan perkhidmatan kecantikan holistik yang terbaik dan berkualiti dalam dunia kecantikan. Pada teras budaya mereka, kecantikan dan kesihatan harus telus. Penyelidikan dan pasukan pembangunan tanpa henti mencari produk dan rawatan yang memberikan hasil yang terbaik kepada kecantikan terkini dan terus maju. Secara metodologi dan teliti mencari produk kecantikan dan kesejahteraan dari seluruh dunia yang mempunyai pensijilan dan jaminan yang bereputasi. Agat dapat memastikan setiap produk dalam semua kategori mempunyai kehadiran kuasa di negara-negara di seluruh dunia yang secara efektif menyasar untuk menyelesaikan masalah yang berlainan dengan rekod keselamatan dan keberkesanan yang terbukti. Hasil daripada komitmen terhadap falsafah para pelanggan kami boleh menempah janji dengan ketenangan fikiran dan berpindah dengan kulit yang berseri, berkeyakinan dan puas

Beauty & Co 1 UTAMA SHOPPING MALL

Tel : +60377317911 HP : +60103664760 Email : oneutama@beautynco.com.my

S117E, Second Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Web : www.beautynco.com.my Facebook : www.facebook.com/beautyandco.bc Instagram : www.instagram.com/beautyandco.bc

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.