Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Ekzema dan Psoriasis. Assalammualaikum semua, baru-baru ini ruby telah hadir ke acara pelancaran Suu Balm eksklusif hanya di Watsons. Seronok sangat sebab ada sesi eksperimen dan penerangan dari Dr John sangat membantu untuk memahami kenapa Ekzema dan Psoriasis amat memerlukan produk Suu Balm. Kebiasaannya produk alternatif untuk penghidap Ekzema dan Psoriasis adalah krim pelembab. Tiada sensasi sejuk yang melegakan segera rasa gatal tu. Ramai yang mempunyai masalah kegatalan akan menjadi stress, malah jika untuk anak-anak kecil yang tidak faham. Mereka akan menggaru sampai lega. Tanpa disedari kuku penuh dengan kesan darah. Kesiannya!

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Ekzema dan Psoriasis

Suu Balm berasal dari Singapura, di uji dari National Skin Centre Singapore oleh Pakar Dermatologi Kulit iaitu Dr Tey Hong Liang yang telah membuat kajian formula untuk melegakan kegatalan pesakit di Hospital. Ada dua solusi yang diinginkan iaitu cepat melegakan kegatalan dan memberi kebaikan kepada kulit iaitu kelembapan sepanjang hari. Suu Balm adalah solusi untuk melegakan kegatalan segera dan memberi kelembapan. Pada tahun 2015 Suu Balm mula dijual di Singapura. Dalam masa 4 tahun telah mendapat perhatian ramai pengguna. Terutama untuk penghidap Ekzema dan Psoriasis.

Perkongsian Tentang Suu Balm dan Eczema Oleh Dr John O’Shea

Peratusan penghidap Ekzema dan Psoriasis adalah 1 dari 10 orang semasa hidup mereka dan ia berlaku pada semua peringkat umur. Manakala kulit Ekzema berbeza dengan kulit normal kerana ia tidak menutup kulit. Oleh kerana itu, kelembapan sukar untuk kekal di kulit.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Ramai ibu bapa risau tentang anak-anak mereka yang memiliki Ekzema. Kebanyakan masa mereka sentiasa mengawal tangan anak agar tidak menggaru. Tetapi, keadaan itu tidak dapat dilakukan selalu kerana ibu bapa juga perlu melakukan perkara lain. Selain itu, doktor akan memberi saranan agar memberi kelembapan berganda kepada anak-anak yang memiliki Ekzema. Suu Balm sangat bagus untuk seisi keluarga. Malah anak boleh menyapu sendiri apabila berasa gatal dan saiz yang disediakan sangat sesuai untuk dibawa ke rumah pengasuh, travel atau dimana-mana sahaja!

Isi Kandungan Utama Suu Balm Adalah Daun Pudina

Daun Pudina adalah isi kandungan natural yang mengandungi menthol semulajadi. Kami berksempatan melakukan eksperimen dan aktiviti mengenali isi kandungan Suu Balm.

1. Menthol Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

2. Stopwatch Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

3. Ceramide Experience

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

4. Wash Trial

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Suu Balm Adalah Alternatif Ubatan, Bukan Menggantikan Ubat Yang Sedia Ada

Kebanyakan pengalaman ahli keluarga yang mencari solusi Ekzema akan bertukar kepada satu produk kepada produk lain. Malah melupakan ubat yang diberikan oleh doktor. Preskripsi yang diberikan adalah yang terbaik. Tetapi penggunaan alternatif sampingan seperti Suu Balm dapat membantu anda dengan lebih efektif.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Perkongsian Pengalaman Cik Rocyie Wong – “The Psoriasis Fighter”

Semasa tidur tidak sedar menggaru sampai berdarah. Kuku ada bekas darah. Cik Rocyie Wong menggunakan Suu Balm setelah diperkenalkan kepadanya. Banyak jenis produk telah digunakan, tetapi Suu Balm banyak membantu. Kehidupan lebih bermakna dan dia bebas melakukan apa sahaja.

Tekanan Yang Dihadapi Oleh Penghidap Ekzema dan Psoriasis

Ruby juga ada pengalaman melihat penghidap Ekzema dan Psoriasis, malah ruby juga ada Psoriasis suatu masa dulu. Kebanyakan masa, ruby bergantung kepada ubat yang doktor pakar kulit berikan.

1. Kualiti kehidupan terganggu.
2. Masalah mental dan suicidal ideation.
3. Kualiti tidur yang tidak mencukupi kerana kegatalan mengganggu. 63% sentiasa terjaga.
4. Stress dengan persekitaran dan pandangan masyarakat.
5. Produk kecantikan – pelbagai produk di pasaran yang menarik. Tetapi tidak sesuai.
6. Kerap mandi – perlu mandi air suam untuk membersihkan badan dari peluh
7. Berpeluh – apabila ingin bersukan, ia amat terbatas! Ini kerana peluh dan bakteria membuatkan kulit lagi berasa gatal.
8. Debu dan haiwan peliharaan – kami tidak membela haiwan peliharaan dan tidak boleh terdedah kepada persekitaran berhabuk.
9. Sabun basuh pakaian – sentiasa melihat isi kandungan sabun, kebiasaannya beli yang ada antibakteria
10. Pencemaran alam – kadang-kadang kami lebih suka berada di rumah dari berada di luar rumah. Cuaca tidak menentu dan tidak selesa berada di luar terlalu lama.
11. Pemakanan – Kami makan seperti berpantang, elak pelbagai jenis makanan. Terutamanya yang mengakibatkan kegatalan dan tidak selesa. Kami perlu mencuba satu-satu makanan dan berjumpa nutritionist untuk bantu rancang pemakanan seimbang.
12. Gaya hidup sihat – Cuba untuk lakukan perkara bermanfaat yang bersesuaian dengan keadaan diri. Lebih suka ke tempat yang ada penghawa dingin. Rumah ada penghawa dingin adalah yang terbaik. Supaya saya boleh melakukan kerja tanpa batasan.

Ekzema & Psoriasis mengakibatkan pelbagai tekanan. Bercakaplah dan minta bantuan sokongan dari kawan-kawan dan keluarga. Jumpa doktor untuk sentiasa dapat preskripsi. Ini kerana Ekzema & Psoriasis mengakibatkan pelbagai kemurungan. Tidak kira sama ada anda kanak-kanak, wanita atau lelaki dan semua peringkat usia ada tekanan tersendiri.

Rangkaian Produk Suu Balm

  1. Suu Balm Kids
Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

2. Suu Balm Original

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Rangkaian penjagaan kulit SUU BALM sesuai untuk seisi keluarga. Suu Balm ultra-gentle moisturising washes TIDAK mengandungi SLS (Natrium Lauryl Sulfate), SLES (Natrium Laureth Sulfate), dan bebas daripada Parabens, bahan pengawet, dan wangian. Semua produk Suu Balm Original and Suu Balm Kids disahkan Halal oleh Jakim Malaysia.

Perbezaan diantara rangkaian Suu Balm adalah, Suu Balm untuk kanak-kanak kurang sejuk,tetapi lebih Ceramide. Manakala Suu Balm untuk dewasa lebih sejuk, tetapi kurang Ceramide. Mandian Badan Suu Balm, membantu memberi kelembapan dan pantas melegakan kegatalan. Sebelum tidur, gunakan mandian ini agar anda boleh tidur sepanjang malam.

Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis

Produk Suu Balm tersedia secara eksklusif di Watsons. Sekarang Watsons mempunyai tawaran pengenalan untuk Suu Balm Body Moisturiser (15ml) dengan hanya RM9.90 dari sekarang hingga 4 Mac 2019. Selain itu, tawaran Purchase-With-Purchase (PWP) 30% off pada produk Suu Balm dari 5 Mac hingga 1 April 2019.

www.watsons.com.my
www.facebook.com/watsonsmalaysia
www.instagram.com/watsonsmy

17 thoughts on “Suu Balm Alternatif Rawatan Untuk Penghidap Eczema dan Psoriasis”

  1. Wowww.. Ruby da pandai formulation ya. Lepas ni boleh buat homemade product sendiri la kan.. Nanti boleh sajes kat kwan2 yg kena ekzema la produk ni

  2. Yana ada seorang kawan yang mempunyai ekzema yang agak teruk..nanti yana recommend kat dia produk ni…harap-harap produk ni berjaya tumpaskan dia punya masalah kulit tu

  3. letop korang, siap pakai lab coat lagi memasing,hehehe… bagusnya produk ni. Sesuai untuk orang ekzema kan, harga dia pun murah gak after diskaun, rugi sape yang tak beli siap-siap tu.

  4. Ada banyak rupanya rangkaian produk Suu Balm ni. Nampak bagis dan menarik. Sekarang ni saya sendiri dah mula percaya dan beli produk2 di Watsons. Mentang mentang dah jadi ahli kan. Nak beli putik kapas pon cari kat watson. Mengadakan. Haha

  5. Suu balm, mula ingat salah eja Suu, rupanya mmg betul. Nama pun menarik. Saya pernah alami keradangan kulit akibat alergi sampai semua produk yg biasa pakai kene tukar. Kita yg dewasa juga tak tahan menggaru apatah lagi jika kanak2. Makin byk produk mesra dan sesuai tuk masalah kulit sekarang ni kan..

  6. wahhh baguslah sabun nie sebab mesra ekzema dan psoriasis. dua2 sakit kulit nie agak sensitif jadi kena pilih sabun chemical yang betul2 sesuai. kalau tak, azab dia tuhan je yg tahu. sejak kebelakangan nie, makin ekrap pulak sy dengar pasal dua sakit kulit nie, ajdinya rasa tertarik nak tahu. baguslah ada individu yg cuba utnk menghasilkan sabun untuk mereka2 yg mempunyai kulit sensitif mcm nie.

  7. Bagusnya ada produk macam ni yang boleh digunakan untuk pesakit enzema dan psoriasis. Best dapat buat sendiri ye kak Ruby atleast dpt tahu ingredient dan cara-cara nak hasilkan produk ni. Packaging pun cantik dan sesuai. Saya nak suggestkan kat kakak nanti sebab anak die pun ad sakit enzema ni.huhuhu

  8. Bagus laa kalau ada balm Balm alternatif rawatan untuk penghidap eczema dan psoriasis macam ni. memang kesian kalau ada masalah eczema dan psoriasis kerana mereka tak boleh menggunakan produk sembarangan untuk masalah kulit mereka. Thanks for info

  9. Bestnya bila dah ada solution dan alternatif untuk penghidap eczema, At least ada pilihan kan..bagus pihak watson peka dengan masalah eczema yang makin berleluasa dalam masyarakat kita. Boleh la akak suggest pada kawan- kawan dan sedara mara yang hadapi masalah eczema ni…

  10. masalah klit ni menyerang tanpa dijangka.. time tu lah kita tertanya tanya nak beli ubat apa.. sekarang ni dah tahu dan senang nak cari.. beli kat watsons je. Bila dah masuk watsons, kita tak perlu risau sebab konfirm selamat digunakan.

  11. Kalau kulit yg ada Psoriasis mmg tak selesa sgt. Pernah tgk kulit Psoriasis kat saudara, sampai menggelupas teruk. Krim ni bagus nye siap ada kids version lagi. Ni first time dgr actually.

  12. wah.. Brand baru ye utnuk mereka yang ada eczema dan psoriasis? Hemm.. TB pun ada Psoriasis gak Ruby.. hingga kini.. tak sedar dah 6 tahun masih tak kurang2.. sedihnya rasa tak dapat nak cerita macam mana.. kadang redha kan aje bila tengok ada lagi yang lebih teruk dari TB.. Cuma kena yakin 1 hari ia akan pulih seperti sediakala.. Walaupun Psoriasis ni dikatakan tidak akan sembuh sepenuhnya.. tetap Kena yakin Allah tu Maha Penyembuh.. Pasti ada cara..

  13. Yelah, budak2 mana tahan kalau sejuk2 ni kan. Kena kurang dingin sikit. Saya pun baru first time dengar Suu Balm ni, selalu dengar jenama lain je kat Watsons. Btw, nampak sangat best pulak pegi event tu kan! Menarik aktiviti dia.

  14. wahhh dah macam kerja farmasi haaa. siap buat test sendiri lagi …first time dengar produk Suu Balm nih , tapi biasanya produk yang masuk farmasi boleh diyakini…nanti nak sajes pada kawan yang anaknya ada masalah ekzema..mana tahu berkesan untuk digunakan

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.