Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik! Assalamualaikum semua, Ruby dan keluarga berpeluang untuk menonton tayangan perdana Upin Ipin Siamang Tunggal. Anak – anak Ruby, Adam dan Alif memang minat dengan animasi Upin Ipin ni. Selalu nyanyi di dalam rumah dan kereta setiap kali keluar kemana – mana.

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 1

Setelah 10 tahun akhirnya Upin Ipin kembali ke layar perak dengan penceritaan yang mantap dan penuh dengan aksi yang sesuai untuk kanak – kanak dan ibu bapa. Filem ini diarahkan oleh 3 pengarah muda yang berbakat dari siri Upin Ipin, siri Puteri dan siri Pada zaman dahulu.

Filem Upin Ipin Siamang Tunggal ini menelan belanja hampir Rm 20 juta ini menggunakan tenaga dan kepakaran anak tempatan. Dengan ini, ia mampu memberikan impak yang tinggi pada industri animasi Malaysia kepada peringkat yang lebih tinggi dan animasi keluaran dari Malaysia dapat pengiktirafan di pasaran antarbangsa.

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 2

Filem Upin Ipin Siamang Tunggal ini mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka berjumpa dengan pelbagai wKarektor popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Filem sebegini mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak pada zaman dahulu dan melihat cerita ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 3

Anak – anak Ruby begitu asyik semasa menonton filem Upin Ipin ini. Mereka tidak merungut dan hanya mahu menonton lagi. Les Copaque berjaya memberikan kepuasan pada kanak – kanak. Ruby memberikan 10/10. Memang seronok dan yang penting anak – anak puas menonton.

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 4

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 5

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 6

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 7

Upin Ipin Siamang Tunggal Animasi Terbaik 8

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.