Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

| |

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas. Assalammualaikum semua! Wah bulan Ramadan hampir tiba, dah habis ganti puasa ke? Hehehe. Ruby teruja ingin berkongsi dengan anda semua lokasi terkini dalam sejarah penulisan Bufet Ramadan di blog ruby.my. Malaysian Petroleum Club (MPC) membenarkan orang awam berbuka puasa di sini dan menikmati lebih 100 jenis juadah masakan chef yang pastinya sedap! Selain itu, lawatan ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas. Lagi la seronok kan? Melihat suasana kota Kuala Lumpur yang dihiasi lampu neon pada waktu malam. Jangan lupa bawa kamera! Hehe.

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

“Malaysian Petroleum Club” adalah salah sebuah Kelab yang berprestij di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1991. Ia terletak di dalam bangunan Menara Berkembar KLCC di Aras 41, 42 & 43 di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga merupakan Menara Berkembar yang tertinggi di dunia pada abad ini.

Bagi Iftar untuk tahun ini, berberapa pembaharuan telah dibuat dimana kanak-kanak dibenarkan untuk masuk bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah berbuka disamping dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ini secara tidak lansung dapat memberi peluang kepada semua warga dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berpengalaman menikmati keindahan Menara Berkembar KLCC dari Aras 43. Bagi pengujung yang berbuka disini, mereka juga berpeluang untuk memasuki Sky Bridge di aras 42 secara percuma (Tertakluk pada Terma).

Di Malaysian Petroleum Club, mereka menyajikan pelbagai pilihan makanan segar yang terhidang di Meja Buffet. Lebih 100 jenis pilihan makanan yang terdiri daripada juadah makanan Malaysia dan juga luar negara. Untuk kanak- kanak, makanan khas juga tersedia untuk mereka. MPC juga mempunyai makanan yang dimasak secara lansung (Live Cooking) disamping makanan utama (Main Dish) yang disajikan khas daripada Chef MPC yang berpengalaman iaitu Chef Shahrul & Chef Shukor. Seperti yang sering digemari oleh kebanyakan pengunjung, MPC juga menyediakan “Kambing Golek” khas bagi penggemar kambing. Makanan yang akan disediakan akan berubah pada setiap hari. Menu berlainan adalah cara MPC menjaga kualiti hidangan bufet.

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

Disamping menjamu juadah lazat yang terhidang, MPC juga menyediakan alunan muzik santai daripada Band Akustik yang berpengalaman dari kumpulan “Seri Cahaya”.

Harga Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC)

Bertemakan Selera Bazar, Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club akan diadakan di KIKU Hall, Level 43 bermula 6 Mei – 1 Jun 2019; 6.30PM – 10PM termasuk hari Cuti Umum & ditutup pada setiap hari AhadHarga baucar bernilai RM 128 untuk dewasa, RM 68 untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke 12 tahun dan senior 60 tahun. Ahli MPC boleh mendapat 20% diskaun. Setiap pembelian Bufet Ramadan Selera Bazar akan berpeluang masuk ke Petronas Twin Towers Sky Bridge. Best kan??? Hubungi +60321663200 atau Shikin +60176466183 untuk pembelian. Oh ya, Iftar ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat. Jom!

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

Early Bird Voucher Promotion

RM 98 adalah harga yang sangat murah bagi lokasi berbuka puasa eksklusif di Menara Berkembar Petronas. Jadi, rebutlah peluang membeli baucar berbuka puasa untuk seisi keluarga, alami suasana berbuka puasa yang lain dari yang lain. Baucar mula dijual bermula 18 March – 30 April 2019. Dapatkan segera!

Tapau Jer Senang!

Bagi anda yang bekerja berdekatan atau bekerja di Tower 2 Menara Berkembar Petronas, pastinya menjadi keutamaan menapau juadah berbuka puasa sebelum pulang ke rumah. Di MPC, jualan “tapau jer senang” sudah menjadi acara tahunan sepanjang bulan Ramadan.

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

Pelbagai menu dijual di dalam bekas makanan. Anda hanya perlu memilih hidangan yang anda idamkan. Lokasi di Tower 2, Level 41 bermula pada jam 4PM – 6PM.

Protokol Pakaian Ke Malaysian Petroleum Club (MPC)

Untuk makluman anda semua, untuk memasuki tingkat 41, Tower 2 perlu mendaftar di lobi menara terlebih dahulu. Anda hanya perlu ke kaunter yang tertera logo Malaysian Petroleum Club sahaja. Perkerja bertugas sentiasa menyambut mesra tetamu dengan blazer berwarna merah.

Selain itu, ingin diingatkan bahawa beberapa terma & syarat bangunan, MPC juga menitik beratkan kepada syarat etika berpakaian yang anda perlu ikuti. Berpakaian kemas amat diutamakan. Tidak dibenarkan memakai

  • selipar
  • sandal
  • kasut sukan
  • seluar pendek
  • baju tshirt
  • pakaian berkoyak
  • pakaian yang menjolok mata 

Pakaian seperti diatas adalah tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam bangunan. Pada pendapat Ruby, pakai baju raya lengkap lagi manis. Baju kurung dan kasut bertutup, si jejaka memakai baju melayu bersama sampin dan kasut bertutup. Hensem dan menawan!

Selamat berbuka di Malaysian Petroleum Club! Kehadiran anda amatlah dinantikan!

www.instagram.com/malaysianpetroleumclub
www.facebook.com/Malaysian-Petroleum-Club
www.malaysianpetroleumclub.com

Previous

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Next

19 thoughts on “Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club (MPC) Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas”

  1. wow classnya kena smart attire gitu nak makan buffet~

    Teringin gak nak naik ke atas. Kalau ada rezeki lebih bulan puasa ni nak try naik ke atas. bubur lambuk dalam gambar tu nampak sedappp.

  2. wahhhhhhhhh dah boleh BAWAK KANAK-kanak la. Baguslah kan, dah takde keterbatasan parents nak berbuka kat sini, kalau tak mesti memikir ke anak,hehe… but the best part is dapat ke sky bridge secara percuma, best ah!

  3. Besnta hidangan berbuka dekat sini Kak Ruby. nampak eksklusif dan mewah. inilah masanya nak bawa family dan anak2 naik menara berkembar, ye dakk ? mesti dorg suka kalau bawa berbuka puasa kat sini

  4. NAMPAK BEST LA KALAU DAPAT RASAI BERBUKA PUASA KAT SITU.
    BESTNYA JUGA SEBAB ADA ETIKA BERPAKAIAN.
    BARU LA NAMPAK SOPAN DAN MENGHORMATI BULAN RAMADHAN KAN..
    HARGA PUN OKAY LA. LAGI LAGI TEMPAT DIA PUN NAMPAK EXCLUSIVE KAN.

  5. Wah.. ada pakej lawatan ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas lagi tuu.. syoknya ruby.. dapatlah tengok sasana kota Kuala Lumpur pada waktu malam… tenang dan berwarna warni.. adoi.. teringin pulak dah nak try buffet ramadhan malaysian petroleum club ni..

  6. Best lah ruby kat sini dapat buka puasa dan masa sama dapat naik menara petronas yang tak semua orang boleh naik hehehehehe kita teringin sangat nak naik tingkat tinggi ni.. makanan pun banyak harga sangat berpatutan dengan suasana makanan yang tak ada kat tempat lain…

  7. Bestnya tema dia – Selera Bazar Ramadhan. Mesti meriah kan. Kalau Rawlins yang pergi, mau tak duduk diam asyik nak menjengah ke bawah, nak tengok pemandangan. Haha. Tapi promosi ini memang bagus dan sesuai untuk Rawlins bawa rakan-rakan dari luar negara.

  8. first time tahu tempat ni ada dibuat tempat berbuka puasa. Untung sebab dapat makan sedap dan menikmati pemandangan dari bangunan tertinggi. Ok la sebab kanak-kanak dah dibernarkan join berbuka sebab kesian jugak klau diaorg tak dpt join..

  9. Pertama kali tengok ada bufet ramadan yang strict pasal pemakaian tapi fadzi rasa bagus jugak dieorang buat macam ni. kat situ kan main attraction orang luar datang malaysia. so kite kena tunjuk pemakaian yang sopan kan

  10. Menarik menu-menu yang ada, yang paling best tu ada pakej tapau bawa balik tu.. bubur lambuk dia macam sedap sahaja… kalau pergi kl bolehlah singgah berbuka dekat sini.. terima kasih atas info ini..

  11. Bestnya dah dapat masuk n berbuka puasa kat sini. Sambil berbuka dapat tgok pemandangan kl lak tu. Teringin gak nak berbuka kat sana..insaallah kalau cukup budget dapatlah nanti coz nak kena bawak family sekali

  12. adUhaii….boleh tahan juga ye harga dia…tapi berbaloi la sebab menu best2..teringin juga nak berbuka kat tempat eksklusive ni..

  13. Wahh siap boleh tapau ye. Menarik tu. Banyak jugak menu yang disediakan untuk para pengunjung. Sambil menikmati juadah boleh santai lihat pemandangan.. etika pemakaian pon amat DITITIKRBERATKAn. Baguslah supaya dapat menghormati bulan yang mulia ni.

  14. tak pernah lagi lah naik klcc ni..syok dapat berbuka kat sini sambil tengok pemandangan waktu malam…ooo dulu kanak2 tidak dibenarkan masuk ye..alamak kena pakai pakaian formal lah nak masuk sini…siap 100 hidangan jenuh lah nak makan hihi

  15. bab pakaian kalau pergi weekdays lepas bekerja senang, sebab dah memang pakai pakaian formal. Murah dapat harga RM128 je siap pakej boleh pergi skybridge! lepas berbuka boleh posing bergambar dekat atas

  16. wah bestnya yang penting tapau style pun ada.comel n azriel jenis makan tak banyak. boleh diguna pakai package tapau bawa balik tu

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.