Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga

| |

Bufet Ramadan 2019 : Me’nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga. Assalammualaikum semua. Wah Ramadan bakal tiba. Dah plan lokasi berbuka puasa bersama keluarga? Kalau belum, Ruby nak rekemen lokasi berbuka puasa paling best. Ia sangat sesuai bagi anda yang meminati masakan barat dan daging. Nyummmy! Ingat daging, mesti ingat Me’nate kan? Waktu paling best nak menikmati makanan enak Me’nate adalah pada bulan Ramadan. Bufet Ramadan Me’nate menyediakan banyak juadah berbuka yang pastinya menepati selera seisi keluarga!

Bufet Ramadan 2019 : Me’nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga

Me’nate Steak Hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. Sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya dengan promosi ramadan. Kali ini Me’nate masih mengekalkan bufet ramadan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan.

Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.

IKON Me’nate Elly Mazlein & Shuk Sahar

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate telah melantik dua selebriti terkenal sebagai IKON ME’NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER. Selebriti tersebut adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. Anda pasti terhibur dengan kehadiran mereka. Hehehe

Bufet Ramadan 2019 : Me'nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga

Ramadan Preview kali ni juga akan memperkenalkan mereka sebagai IKON Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub tahun ini dan pihak media juga dapat menyaksikan kehebatan Syuk bergandingan Kak Lina Pom Pom menunjukkan skill mereka didalam sesi memasak masakan makanan barat secara langsung.

Harga Pakej Bufet Ramadan 2019

Menariknya Pakej Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran. Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan makanan barat di Me’nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.

Bufet Ramadan 2019 : Me'nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga

Kelainan dan keistimewaan Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub kali ini bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana 1 set boleh dimakan 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan dan setiap pakej tersebut boleh dinikmati seisi keluarga.

Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut@dessert. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.

Bufet Ramadan 2019 : Me'nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga
Sempena Ramadhan Ini Me’nate membawakan 3 pakej yang berlainan iaitu:

[Pakej A]
Buffet Western & Local Cuisine dengan Hampir 40 Hidangan dengan harga:
• Dewasa RM79.90(Exc SST)
• Kanak-Kanak RM39.90 (Exc SST)*Kanak-Kanak Umur 5 Tahun Kebawah F.O.C

[Pakej B] (5-6 Pax)
• Premium Family Platter –
RM 450 (Exc SST)

[Pakej C] (5-6 Pax)
• Super Premium Family Platter “Mengandungi Daging Wagyu” – RM 650 (Exc SST)

Lokasi Me’nate Steak Hub

Restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 5 (lima) cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta di selatan negeri iaitu Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat dengan selesa.

Bufet Ramadan 2019 : Me'nate Steak Hub Tawarkan Hidangan Pakej Seisi Keluarga

Lokasi boleh cari kami di google maps atau waze:
– Me’nate Setapak (Starparc Point)
– Me’nate Ampang Jaya (Jln Kolam Air Lama)
– Me’nate Bangi (Seksyen 9)
– Me’nate Shah Alam (Vista Alam, Sek. 14)
– Me’nate Johor Bahru (Jalan Glasiar, Taman Tasek)

Waktu operasi
11pg-11mlm (setiap hari) kecuali Jumaat (3ptg-11mlm)
(Cawangan Johor Tutup Jam 12 Malam)

Whatsapp nombor tertera untuk tempahan Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub!

• SHAH ALAM – wasap.my/60194771047/RSVPBERBUKA+MENATE
• BANGI – wasap.my/60192611047/RSVPBERBUKA+MENATE
• AMPANG – wasap.my/60168795947/RSVPBERBUKA+MENATE
• SETAPAK – wasap.my/60193911047/RSVPBERBUKA+MENATE
• JOHOR – wasap.my/60137510347/RSVPBERBUKA+MENATE

Me’nate juga menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.

Jom berbuka puasa di Bufet Ramadan Me’nate Steak Hub. Pasti puas hati. Hehehe

www.facebook.com/menatesteakhub

Previous

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Jom Raya Dengan Shopee

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.