Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”. Assalammualaikum semua. Hari ini ruby ingin berkongsi tentang Hari Hati Sedunia yang disambut pada 19 April setiap tahun. Hati kita adalah organ kedua terbesar di dalam badan kita, tetapi kepentingannya sering diabaikan. Ruby ingin berkongsi pengalaman berkaitan penyakit hati. Anak ruby dua-dua lelaki jaundice terlalu lama. Sebulan lebih. Jaundice ini disebabkan sel darah merah bayi yang mengandungi fetal hemoglobin (HbF) mengalami pemecahan secara semula jadi iaitu hemolisis. Pemecahan ini mengeluarkan pigmen berwarna kuning yang dipanggil bilirubin. Proses metabolisme bilirubin seterusnya berlaku dalam hati dan disimpan sebagai garam hempedu di dalam pundi hempedu lalu dibuang melalui najis. Penting sangat fungsi hati kan? Sejak lahir sudah bertungkus lumus berkhidmat untuk kita.

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Bersempena dengan Hari Hati Sedunia 2019, Essentiale®, jenama penjagaan hati No.1 terkemuka di dunia melancarkan kempen kesedaran bertemakan “The Silent Hero in You”. Kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan kesihatan hati sambil menggesa para pengguna untuk menjaga superhero senyap mereka, iaitu hati, yang diam-diam melaksanakan lebih daripada 500 fungsi setiap hari, supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang penuh semangat dan daya hidup.

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

 

 

 

Terdapat kesalahpahaman umum bahawa hanya mereka yang mengambil alkohol, sering makan lebih mudah terdedah kepada kesihatan hati. Kebenarannya adalah, individu yang tidak menjaga hati mereka juga boleh berisiko mendapat Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). NALFD disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam sel-sel hati akibat gaya hidup yang tidak sihat, sama ada anda minum sedikit atau tidak minum alkohol. 2 hingga 3 orang berpotensi mendapat NAFLD. Penyelidikan menunjukkan 22.7% penduduk pinggir bandar di Malaysia mengalami NAFLD. Dalam erti kata lain, ia adalah keadaan hati berlemak yang tinggi. Di negara ini 1 daripada 5 rakyat Malaysia menderita hati berlemak.

Kempen Hari Hati Sedunia Essentiale®

“Hari Hati Sedunia ini, diraikan di seluruh dunia pada 19 April setiap tahun, Essentiale® mengambil langkah-langkah aktif untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai perubahan gaya hidup harian boleh memberi manfaat kepada kesihatan hati mereka,” kata Helen Lee, Brand Lead, Sanofi Consumer Healthcare

“Kempen ini akan menyaksikan Essentiale® melancarkan pelbagai kandungan sosial seperti video YouTube dan animasi Facebook mengenai rutin senaman mudah dan tips gaya hidup yang boleh diikuti dan disesuaikan untuk memastikan kesihatan hati yang optimum boleh dicapai. Essentiale® juga akan bekerjasama dengan Celebrity Fitness untuk menganjurkan aktiviti dan promosi pada bulan April untuk menggalakkan kehidupan yang sihat, ” tambahnya.

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Essentiale® terdiri daripada 76% fosfolipid penting yang dibersihkan daripada kacang soya. Ia menguatkan membran hepatosit untuk proses metabolik yang lebih baik. Membantu membaiki sel dan memulihkan fungsi penting hati dengan hanya 2 kapsul dan dimakan 3 kali sehari. Di samping itu, terbukti bahawa gejala yang berkaitan dengan NAFLD dapat dikurangkan dengan Essential Phospolipid.

“The Silent Hero in You”

Hati adalah organ yang amat penting untuk kita meneruskan kehidupan. Peranan hati sangat penting. Ia terletak pada bahagian kanan perut (otot diafragma) dan berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada jumlah berat tubuh kita. Nampak kecil aje kan? Tetapi peranan hati sangat penting. Sebab itulah penting untuk kita menjaga hati. Pasti anda ingin mengetahui apakah peranan hati sepanjang kehidupan kita.

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

  1. Meneutralkan toksik tubuh

    Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Makanan, ubatan atau suplimen vitamin kita ambil harian juga perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.

  2. Regenerasi Sel darah merah

    Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.

  3. Produksi cecair hempedu

    Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.

  4. Produksi protein dan sistem imun

    Protein tubuh yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.

  5. Tempat penyimpanan simpanan glukosa

    Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.

Kegagalan organ ini untuk berfungsi sebaiknya boleh membawa kepada penyebab masalah kesihatan. Ini kerana kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya. sumber : www.myhealth.gov.my

Mengenai Essentiale®

Essentiale® boleh didapati di farmasi dan kedai penjagaan peribadi di Malaysia dengan harga runcit disyorkan RM76.13 (50 Kapsul, termasuk SST). Dapatkan nasihat lanjut dari profesional penjagaan kesihatan setempat sebelum mengambil Essentiale®.

Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You”

Essentiale terdapat di 20 buah negara di seluruh dunia. Ia dipasarkan oleh syarikat Perancis, Sanofi, ia salah satu syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia pada hari ini. Essentiale adalah pemimpin di seluruh dunia dalam jualan di kalangan suplemen hati (sumber: Analisis Global Kesihatan IMS A5B Hepatoprotectors Lipotropic & 03B1 Penyakit Hati, euro berterusan, tahun penuh 2014). Ia telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan dengan gred farmaseutikal dan pengesahan GMP.

www.facebook.com/EssentialeMY

5 thoughts on “Essentiale Meraikan Hari Hati Sedunia 2019 Bertemakan “The Silent Hero in You””

  1. Hari hati sedunia? emi tak tahu pun wujud hari hati sedunia ni. Hehehe. Btw bersyukur sangat masih punya hati & jantung yang sihat walafiat ni. Perlu dijaga sebaiknya.

  2. Bagus lah kita tak tahu yang hati kita ni dalam keadaan macam mana sehingga kita buat pemeriksaan doktor baru kita tahu.. Tapi kalau orang kuat isap rokok ada kena dengan hati tak hehehe. Kita kena jaga kesihatan hati bukan sakit hati jer kena jaga kan kak Ruby hehehehe…

  3. Oh.. macam baru first time je dengar Hari Hati Sedunia.. Bagus usaha Essentiale ni mengadakan kempen macam ni, moga ia memberi kesedaran buat kita semua betapa pentingnya menjaga Hati kita untuk terus berfungsi dengan baik

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.