Galeri Fesyen Lelaki Kini Di Suria KLCC

| |

Galeri Fesyen Lelaki Kini Di Suria KLCC. Assalammualaikum semua! Suria KLCC merasmikan Galeri Fesyen Lelaki pertama di Malaysia.Selalu kita lihat fesyen lelaki amat terhad dan sukar untuk mencari lokasi setempat yang menawarkan pakaian untuk kaum Adam khususnya. Ruby juga mengalami kesukaran mencari pakaian lelaki sejak berumahtangga. Hahaha. Sebab pakaian suami dan anak-anak lelaki hanya dibeli di butik pakaian tertentu sahaja.

Galeri Fesyen Lelaki Kini Di Suria KLCC

Suria KLCC kini menawarkan pengalaman membeli belah yang berbeza dengan kejayaan pembukaan Galeri Fesyen Lelaki, galeri khusus yang menghimpunkan pelbagai koleksi terkini dari label pakaian lelaki terbaik di dunia.

Suria KLCC Merasmikan Galeri Fesyen Lelaki Pertama Di Malaysia
Photo by All Is Amazing (www.allisamazing.com)

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC diperkenalkan seiring dengan trend global lelaki yang semakin bergaya dalam pilihan stail mereka.

“Bagi lelaki moden, fesyen dan penampilan merupakan salah satu alternatif untuk mengekspresikan diri. Dengan stail yang unik dan penjagaan diri yang rapi, mereka merancakkan lagi industri fesyen tempatan serta mencetus kepelbagaian dalam pilihan rekaan yang menambat hati.” kata Andrew.

Berkeluasan 38,000 kaki persegi di Tingkat Satu Suria KLCC, Galeri Fesyen Lelaki memenuhi keperluan dan permintaan setiap lelaki bergaya. Ia menghimpunkan pelbagai jenama pereka fesyen terkemuka seperti Brook Brothers, Coach Men, Hugo Boss dan Michael Kors. Turut serta adalah jenama seperti Bally, Boggi Milano, Dunhill, Dior Men dan Fendi Men – rangkaian jenama antarabangsa yang hanya eksklusif ditawarkan di Suria KLCC.

Suria KLCC Merasmikan Galeri Fesyen Lelaki Pertama Di Malaysia
Photo by All Is Amazing (www.allisamazing.com)

Selain menempatkan pelbagai jenama mewah, Galeri Fesyen Lelaki juga menempatkan jenama rias lelaki tersohor dunia, Truefitt & Hill; pakar audio inovatif, Sennheiser dan beberapa jenama jam tangan terkemuka seperti Breitling, Rado, Rolex, Montblanc, Cortina Watch, Tag Heuer, Longines dan Omega.

Menurut Andrew lagi, “Melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen lelaki, Suria KLCC bercadang untuk memperluaskan Galeri Fesyen Lelaki dengan lebih banyak jenama untuk menarik perhatian pengunjung. Ini sejajar dengan slogan Suria KLCC iaitu “Sentiasa Sesuatu Yang Baru”. Kami ingin menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk fesyen lelaki.”

Majlis Pelancaran Galeri Fesyen Lelaki Kini Di Suria KLCC

Bertemakan Cahaya Dan Cermin, majlis pelancaran Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC dihadiri pelbagai tetamu termasuk rakan kongsi perniagaan Suria KLCC, pelanggan VIP, ahli Kelab Ferrari, pengaruh sosial media dan rakan media.

Suria KLCC Merasmikan Galeri Fesyen Lelaki Pertama Di Malaysia

Malam gemilang dikemudi oleh pengacara Sarah Lian dan turut kelihatan rakan-rakan selebriti Sazzy Falak, Thanuja Ananthan dan Peter Davis yang bersama mengabadikan kenangan di Bilik Infiniti. Tetamu juga berpeluang membeli belah dengan tawaran eksklusif oleh Hugo Boss, Rimowa, Coach Men, Longines dan lain-lain di Galeri Fesyen Lelaki. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan jazz yang menarik dari Q Sound Band dan pertunjukan fesyen koleksi terbaru Bally, Brook Brothers, Michael Kors, Montblanc dan Tumi.

Turut disediakan Gentlemen’s Lounge, yang diilhamkan oleh filem The Kingsman di mana tetamu dapat menikmati rawatan wajah percuma dari Truefitt & Hill. Selain itu, bengkel mini dari jenama terkenal Rado dan Breitling serta sesi pendengaran oleh jenama fon kepala termahal di dunia, Sennheiser turut memeriahkan suasana.

Jenama Pilihan Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC

  1. Label Perancis terkenal, Kenzo yang diasaskan oleh pereka fesyen Kenzo Takada pada tahun 1970 merupakan butik terbaru di Galeri Fesyen Lelaki. Butik ini di Suria KLCC adalah satu-satunya butik terbesar Kenzo di Malaysia yang menampilkan koleksi fesyen lelaki yang lengkap.
  2. Lawati butik Michael Kors Men yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan pentas peragaan; selaras dengan rekaan Michael Kors berunsur estetik moden.
  3. Suntik siluet gaya maskulin bersama Dior Men. Buat pertama kali, jenama mewah ini menawarkan koleksi fesyen lelaki lengkap termasuk koleksi sedia dipakai, barangan kulit, kasut, kaca mata dan barang kemas. Penggunaan dekorasi mewah menampilkan persekitaraan membeli belah yang kontemporari tetapi elegan.
  4. Coach Men di Suria KLCC merupakan butik lengkap fesyen lelaki yang pertama di Malaysia. Keunikan kedai termasuk adanya Coach ‘Craftmanship Bar’ dimana servis memperibadikan pembelian seperti menyesuaikan warna trim pada tag label dan cetakan monogram disediakan. Anda boleh memilih dari koleksi gaya hidup Coach Men yang lengkap termasuk beg, barangan kulit, baju, kasut, jam tangan dan kaca mata.

Ganjaran Menanti Anda Apabila Membeli Belah!

Serentak pelancaran Galeri Fesyen Lelaki, anda berpeluang mendapat ganjaran hebat. Dari 26 April sehingga 9 May 2019, anda akan menerima ‘The Royal Cut’ dari Truefitt & Hill jika berbelanja sebanyak RM1,500 dengan maksima di dalam dua resit, di mana-mana kedai di dalam Galeri Fesyen Lelaki .

www.facebook.com/SuriaKLCCMall
www.instagram.com/suriaklccmall
www.suriaklcc.com.my

Previous

Jom Raya Dengan Shopee

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.