Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL. Assalammualaikum semua! Wah fesyen lebaran dah tiba. Kali ini Ruby ingin kongsikan koleksi busana dari Adryssa Atelier. Ruby pertama kali tahu jenama ini dan setelah menyaksikan fesyen show mereka, Ruby rasa kagum sangat dengan semangat yang mereka tampilkan. Bukan senang ya nak keluarkan rekaan yang mempunyai seni labuci dan tambahan pula untuk mereka yang berbadan besar. Material kena selesa, potongan kena cantik, labuci kena besar juga. Huhuhu. Harga pula sama untuk semua saiz? Apooooo.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Ruby berkesempatan ke majlis perlancaran kolabrasi Adryssa Atelier bersama Serina Redzuawan RTW. Lima koleksi hebat telah digayakan. Dari klasik ke eksklusif, semuanya menjadi pilihan buat kami pencinta busana Aidilfitri yang lain dari yang lain. Pengasas Adryssa Atelier adalah En Norman Anwar. Ya beliaus seorang lelaki. Pengasas butik ini mencipta rekaan berdasarkan pengalaman beliau melancong di seluruh dunia. Idea tercipta apabila melihat pelbagai musim di dunia. Kesemua manik yang berada di setiap fabrik adalah di “import” khas dari luar negara. Fuhh kena kesabaran tinggi untuk dapatkan hasil yang eksklusif kan?

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Aidilfitri 2019 adalah Sakura Fall, Warisan, Andalusia, Azalea & Eridalea dan Adryssa Luxe. Semua koleksi memberi kelainan dari segi material fabrik dan lokasi labuci. Ada material yang bercorak tanpa manik dan ada material disulam kemas. Setiap satu koleksi terdiri dari beberapa kategori. Jadi, anda mempunyai pilihan untuk memilih dari segi warna, jenis koleksi dan hasil sulaman atau labuci.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW

1. Sakura Fall :

Koleksi Sakura ini mempunyai sulam kemas pada fabrik kain net dan “double lining” sangat kemas. Tersedia dalam 5 warna menarik! Ia adalah inspirasi Kurung Kedah yang cantik.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Magnolia tersedia dalam 5 warna. Material untuk koleksi ni sejuk dan bahagian tangan flowy.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Azalea dibawah ini adalah koleksi sulaman yang sangat cantik. Material kain bersesuaian dengan cuaca Malaysia. Kalau nak beraya seharian memang sesuai!

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL
2. Warisan

Dang Anum memberi inspirasi ala-ala wanita melayu terakhir. Kurung Pahang ini terdapat dalam 7 warna yang berbeza dan dijahit hanya 12 pasang untuk setiap warna. Boleh didapati dari saiz S hingga 4 XL.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Tun Teja memberikan anda tampak kemas dan ayu. Ini kerana material dua tona ini sangat eksklusif.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

3. Andalusia

Ini adalah koleksi Andalusia yang diminati kerana labuci dan maniknya di bahagian dada dan pergelangan tangan. Kemas dan tidak terlalu berat mata memandang.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL
4. Azalea & Eridalea

Koleksi ini adalah hasil dari sulaman indah bunga-bungaan dan ia direka bersama kurung Kedah kegemaran ramai.

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL
5. Adryssa Luxe

Adryssa Luxe adalah koleksi paling eksklusif dan istemewa. Perincian dari jenis fabrik, manik, labuci dan susunan lokasi rekaan adalah paling kreatif. Dicampur dengan bulu-bulu untuk menyerikan busana Luxe dari Adryssa Atelier. Warna manik, warna fabrik dan material kain amat memainkan peranan. Ini kerana setiap manik, labuci dan bulu adalah berat apabila digayakan. Keutuhan jenis fabrik dan jahitan amat sesuai dengan si pemakai. Anda akan tampil cantik dan elegan!

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL
Encik Norman Anwar bersama model yang memperagakan koleksi terkini Adryssa Atelier iaitu koleksi SEROJA yang bernilai RM 219 sahaja.

Harga & Saiz Koleksi Adryssa Atelier

Semua koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Dapatkan koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW sekarang! Ruby dah dapatkan baju raya ruby dari koleksi Andalusia. nanti Ruby kongsikan OOTD pakaian tersebut. InsyaAllah!

Sakura Fall : RM 199 to 439
Andalusia : RM 439 – RM599
Warisan : RM 439
Azalea & Eridalea : RM 439-RM699
Adryssa Luxe Collection : Harga bermula RM 1200 keatas bergantung kepada rekaan dan jahitan labuci

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

Lokasi butik di Damansara Perdana. Dapatkan sekarang! Baju raya dah ready. Tinggal nak bergaya je. Oh ya, Adryssa Atelier juga berada di booth AEON AU2 Setiawangsa, Petronas Twin Tower dan Bazaar RAYA KL 2019, PWTC. Datanglah beramai-ramai!

Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL Koleksi Adryssa Atelier X Serina Tersedia Sehingga Saiz XXXXL

 

Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana

www.facebook.com/Adryssa-Atelier
www.instagram.com/adryssaatelier

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.