Shopee Super Brand Day Bersama Tohtonku Sdn Bhd

| |

Shopee Super Brand Day Bersama Tohtonku Sdn Bhd. Assalamualaikum semua. Ya Shopee kembali dengan promosi hebat. Kali in bersama jenama best dari syarikat Tohtonku Sdn Bhd. Tahu ke Tohtonku tu mengeluarkan produk apa? Haa… Mereka adalah pengeluar jenama seperti Follow Me, Nutox, Ubermen dan Nano White. Mesti korang happy happy bila tahu rangkaian jenama ini kan.

Shopee Super Brand Day Bersama Tohtonku Sdn Bhd

Syarikat penjagaan diri anjur Super Brand Day pertama di Shopee. Tohtonku Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 1964 di mana produknya dijual dari pintu ke pintu oleh pasukan jualannya. Meskipun ramai antara kita yang mungkin tidak berminat dengan kerja menekan loceng pintu dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, konsep jualan itu terbukti berjaya. Disertakan dengan pengiklanan yang berkesan, tidak lama kemudian pelabur-pelabur antarabangsa mula datang mengetuk pintunya, dengan niat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Malaysia.

Shopee Super Brand Day Bersama Tohtonku Sdn Bhd

Lima puluh lima tahun kemudian, Tohtonku berkembang dari sebuah jenama keperluan rumah kepada sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di seluruh Jepun, Timur Tengah, China, Hong Kong, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Kini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, NUTOX, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can, King Kong. Untuk mengikuti perkembangan zaman dan mencapai lebih ramai pengguna yang tidak dapat didekati disebabkan oleh sekatan geografi, Tohtonku memasuki ruang peruncitan digital sebagai usaha untuk terus membantu membolehkan lelaki dan wanita tampak yakin dan merasa yakin dengan diri mereka sendiri.

Diskaun 50% Bermula 1 April – 7 April 2019

Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan setia yang tidak berbelah bahagi selama ini, Tohtonku menganjurkan Super Brand Day pertamanya di Shopee, platform e-dagang yang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 7 April ini menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas produk dari pelbagai jenama termasuk produk paling laris seperti Follow Me Anti-Bacterial Body Wash, Ubermen Hairstyling Wax, NUTOX Advanced Serum Concentrate, dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Terdapat juga jumlah baucar menarik bernilai RM150,000 yang ditawarkan untuk rebutan dan Shocking Sale harian dengan diskaun sehingga 50%.

Shopee Super Brand Day Bersama Tohtonku Sdn Bhd 1

Sempena kempen tujuh hari ini, Tohtonku Super Brand Day menawarkan Nanowhite Beauty Set dan NUTOX Anti-Ageing Beauty Set esklusif, mengandungi produk keperluan penjagaan kulit yang boleh dibeli oleh pelanggan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan dengan penjimatan sehingga 30%.

Peraduan Spend & Win

Selain itu, peraduan Spend & Win akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang mempunyai perbelanjaan yang paling tinggi sepanjang kempen ini dengan menawarkan hadiah hebat. Dalam permainan dalam aplikasi Shopee yang dinamakan Shopee Slice, pengguna boleh ‘menghiris’ produk Tohtonku untuk mengumpul mata bagi membolehkan mereka memenangi jumlah Shopee Coins bernilai RM500,000 dan jumlah baucar Shopee bernilai sehingga RM10,000. Ini adalah cara interaktif yang menyeronokkan untuk menambah baik pengalaman membeli-belah para pembeli.

4 April 2019 Penghantaran Percuma Dengan Minimum Pembelian RM 20

Tohtonku Super Brand Day pada 4 April 2019 menawarkan tawaran istimewa sepanjang hari termasuk baucar diskaun sehingga 30%, dengan penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM20 antara 3pm dan 6pm.

“Tohtonku Super Brand Day adalah satu daripada inisiatif kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesetiaan dan sokongan mereka kepada syarikat dan pelbagai jenamanya selama lebih 50 tahun. Dengan kempen yang diadakan sepanjang tujuh hari ini, pelanggan boleh memanfaatkan pelbagai tawaran hebat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih menyeronokkan. Justeru, kami menjangkakan pesanan yang meningkat dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan. Memandangkan angka muat turun Shopee mencecah 16 juta, kami dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia dan memberikan lebih nilai untuk wang Ringgit mereka apabila mereka membeli produk kami. Menerusi Shopee, kami akan dapat menjamin kepuasan pelanggan dan mengekalkan piawaian tinggi perkhidmatan dan kepuasan yang menjadi kebanggaan kami sebagai satu jenama. Super Brand Day kami bersama Shopee ternyata merupakan inisiatif digital kami yang terbaik setakat ini,” kata Jasper Lim, Pengarah Eksekutif, Tohtonku Sdn Bhd.

Mengenai Shopee Brand Day

Tohtonku Super Brand Day juga merupakan sebahagian daripada sambutan Shopee Brands Festival di mana pengguna Shopee dapat menikmati Bonus Voucher Days pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, mendapat dua kali ganda Shopee Coins pada hari Selasa dan Khamis, dan mendapat penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 pada hujung minggu mulai sekarang hingga 24 April apabila mereka membeli daripada jenama-jenama yang terdapat di Shopee Mall.

www.shopee.com.my/m/super-brand-daywww.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

Previous

Gabungan Hebat Nature’s Bounty Dan Freeman Beauty Bare Foot

Siti Khadijah Raikan Sukses Tahun Ke-10

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.